Selain dari itu, ulaman segar pun senang di cari. Kalau pegaga tu jangan kutip daun je. Basuh bersih-bersih dan makan bahagian akar dia. Kat situ la khasiatnya..sedap.. Dulu, kawan akak ada bagi sejenis daun ni, tapi dia tak ingat nama nya. Ish..terkenang akak sampai sekarang. Apa lah nama dia, nak cari balik. Katanya ia elok untuk kesihatan wanita. Tapi, akak nora suka rasa dia...
Bersambung kisah temulawak..
Yang ini ter tua sangat..akak suka yang agak kurang tua sikit (punya lah tanak cakap 'muda')
Nama Tempatan: Temu lawak
Nama Saintifik: curcuma xanthorrhiza
Nama Lain: Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih
Famili: Zingiberaceae
Lokasi dijumpai: India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara
Pengenalan :
Temulawak (curcuma xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede" dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.
Tingkat kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, di berbagai macam jenis tanah pada ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.
Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temulawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita. Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal mahupun campuran. Sumber dari :http://www.bio-asli.com/herb/daun.asp#lawak
Dari segi keishatan wanita, memang terasa ada bezanya. Kulit pula, Alhamdulillah..tiada masalah. Apa-apa pun sekadar pengetahuan ya.
Kalau orang lain tak pernah makan..ada ke macam muka adik ni?hehe..adik belajar makan roti tu..
alalaa.comeyy.. temulawak tu bukan buat bedak ke? aku nampak kat kedai.
ReplyDeleteUlam -ulaman nih memang sedap. Segala ulam saya makan. Lama awak tak terjah blog saya. Keep in touch yer.
ReplyDeletekalau macam tue apa kata kak nora try buat 1 product tuk muka nanti angah jadi ejen nak??hehehe
ReplyDeleteselalu tau ade bedak temulawak jer...
ReplyDeletebyk kegunaanye tu ye...
kalo makan rasa ape ye kak. pahit tak
ReplyDeletealamak mmg tak pernah mkn..klu bab ulam2 bley p stakat ulam raja je..huhuhuhuhu takut pahit..
ReplyDeletemakan tu buat ulam ke atau masukkan dlm masakan...? rasa mcm mana?
ReplyDeletecomelnye...
ReplyDeletexpernah try akak...