Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, April 27, 2012

Mesti ramai yang kenal beliau ni...

Sekarang ni memang payah la nak update blog..dulu masalah gadget..sekarang ni dari note..tab..laptop..semua ada..tapi Allah yg menentukan. Akak nora tiada masa...sejak ada baby ni..bergabung pula dengan soleh...akak nora dah umpama dapat anak kembar.

Percaya atau tidak..larat atau tidak..aku kena hadapi juga tuntutan hidup aku. Dalam seminggu berpantang..aku dah kena dukung soleh seberat 10 kg tu untuk dimandikan..selepas itu baru selesaikan baby pula. Angkat besen mandi berisi penuh air. Itu semua adalah kerja yang sepatutnya aku kena elakkan. Apakan daya..masa tu mak aku kena segera balik kampung menyelesaikan urusan peribadi..tak cukup dengan itu aku kena sama2 dengn en.hubby ke hospital dari pagi untuk temujanji rawatan soleh. Petangnya ke pusrawi untuk cek kuning baby Iffat. Alhamdulillah..tak kena admit cuma dinasihatkan beri susu badan dengan banyak. Alhamdulillah juga..susu melimpah ruah buat Iffat. Malamnya..kami sambung dengan perubatan cara islam dan kebatinan..sampai pukul 1 pagi.

Dalam penat tu...sebenarnya di waktu petang kejadian yang bertarikh 26 April 2012 bersamaan dengan hari Khamis...semalam tau...akhirnya buat julung kali...saudari cantik jelita ni menjenguk teratak hinggap aku di Kg melayu subang ni.



Kenal tak... Makbed aaaa...yang glemer di blog makbed journal tu..sorry la tak le nak tag link blog dia..huhu...

Dia kata dia lagi gemuk dari aku..tapi aku segan di sisi dia...rasa sememeh betul aku ni...huhu...

Sekali mak mertua aku menjenguk...terus bantut aku nak snap2 gabo...rugiiiiinye...nanti senang2 kita dating2 tengok wayang ye makbed..haha...

Dah lama beliau merancang nak jumpa aku..macam2 juga halangan..hinggalah beliau nekad bersama suaminya yang kebetulan ada urusan di Klang.

Kalau ko nak tau MAKBED...ko lah rakan blogger pertama yang jumpa aku..lagi spesel terus sampai kat rumah aku...huh...terharu aku...sampai terus sign amik ko jadi agen insuran aku dengan Iffat Yunus...punya teruja.

Semoga pertemuan itu merapatkan dan memanjangkan usia persahabatan kita ya...amin...

posted from Bloggeroid

Monday, April 23, 2012

Gambar dulu...


Akak nora dah selamat melahirkan imam muda yang ke-3..
Muhammad Iffat Yunus bin Mohd Shah Idham.
Dilahirkan pada 18 April 2012..dgn berat 3.45kg.

Hari tu dah siap entri ringkas. Tapi tak boleh post..lepas tu badan asyik sakit...la ni agak ringan sikit sakit tu...

Senang2 akak nora citer kemudian...dan balas kunjungan ye..maaf sangat2 tak membalas lawatan...

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 11, 2012

Kali ini memang nak menangis sungguh..Allahuakbar!!

Hadiah en.hubby dah ada di tangan. Bulan Mac dapat Note sempena anniversary. Ni..en.hubby bagi mr.lappy pula...sempena hari jadi aku kononnya tak lama lagi ni. Huh..mengira hari tua dah aku ni. Sebenarnya aku tak kisah dah benda-benda macam ni. Sejak sibukkan hal anak-anak ni, memang tiada masa dah nak on lappy-lappy ni, sampai lah ms.lappy aku tu dilepaskan kepada adik en.hubby. Tak kisah la...

Bila dah dapat..jangan ditolak. Ucapkan Alhamdulillah..syukur..orang dah nak bagi kan...

Ada sahabat blogger beri komen di entri terakhir aku. Katanya dah tak sanggup nak baca kisah penderitaan Soleh. Maaflah...itu aje kisah akak nora selama lebih 5 bulan ni. Sampaikan susah nak berkisah tentang kehamilan akak kali ini. Dah nak menanti masa menjenguk dunia pula tu. Moga tak terasa si kecil nanti. 

Sejak Soleh disahkan ada tumor otak, memang aku rasa hidup aku sentiasa di sisi dia. Setiap detik setiap ketika. Jadi, memang kurang kisah yang lain..suka duka gembira sedih hanya berkisahkan kisah Soleh. Maaf bagi yang dah tak sanggup nak baca. Akak nora tetap nak semadikan detik kisah soleh di sini.

Beginilah kehidupan kami di wad ni..dah nak masuk 3 minggu. Mula-mula nurse tolong lapkan badan Soleh. Tapi..aku tak puas hati. Jadi, aku gagahkan juga bersihkan badan Soleh. Semua celah aku gosok. Maklumlah nak mandikan masih tak boleh..sebab masih ada jahitan yang belum di buka masa tu.

P/s: Terkejut tengok gambar ni...rupanya..kerja abang Izzat. Dia yang snap gambar ni.

Entri terakhir, pakar barah mengatakan Soleh berkemungkinan akan menjalani kemoterapi untuk mematikan sel kanser atau tumor yang mungkin ada lagi dalam kepala Soleh. Memang terasa beban dalam hati ibu tak berkesudahan. Namun, masih berbaki lagi kekuatan mendengar penjelasan doktor itu.

Jadi, untuk memantapkan cadangan Dr. Lin , pakar bedah itu..dia minta soleh buat MRI hari itu juga..9 April. Soleh mula tak makan 11.30 tengah hari.

Punyalah lama..pukul 4 petang baru di tolak ke bilik MRI. Lepas tu sibuk mencari line..sebab nak masuk ubat contrast untuk mengesan kehadiran benda asing dalam badan Soleh. Berjam juga sebab line susah nak dapat. Akhirnya dr. Sofiah juga yang tolong. Soleh masuk dalam gelung MRI pada pukul 6.31 petang. Tanpa ubat tidur sebab kata staff MRI Soleh tak gerak-gerak mungkin tak perlu ubat tidur.

Scan dimulakan dengan tulang belakang...wah..sejam lebih juga..pukul 8 lebih baru soleh keluar. Tapi belum habis scan. Mereka terpaksa bagi ubat tidur juga sebab mereka nak scan bahagian kepala. Bahagian yang paling rumit. gerak sikit pun tak boleh. Ubat tidur diberikan. 

Sampai hampir pukul 10 malam..soleh masih tak tidur. Dan satu jenis lagi ubat tidur diberikan. Hampir kul 11 malam baru soleh tidur. Scan di bahagian kepala pula diteruskan. dalam sejam juga.

Habis juga hampir pukul 11.30 malam. Soleh masih pengsan ketiduran ketika ditolak ke wad.

Risau dengan keadaan soleh, kami cuba gerakkan soleh. Alhamdulillah ada respon cuma nampak sangat soleh bawah pengaruh dadah. Tak lalu nak angkat mata. Nurse nak bagi ubat pun tak boleh..apatah lagi nak bagi susu..lagi merisaukan sebab dari kul 11.30 tengah hari Soleh tak minum atau makan apa-apa.

Akhirnya..kena masuk air sebab takut soleh dehidration. Badan kekeringan. Tapi...memang soleh pengsan sampai pagi...dia ada respon tapi payah nak angkat mata.

Tengahari juga baru soleh sedar dan kurang sikit mamainya.

Semalam dr. Kumar menjenguk Soleh dalam keadaan yang sungguh tidak ceria. Sebelum ini kan aku ada katakan dr. kumar berjaya mengeluarkan semua tumor di kepala Soleh. Mungkin dia rasa tercabar bila ada doktor lain mengatakan masih ada tumor tertinggal lagi.

Cuma dia kata..
"kita tunggu gambar MRI dia dulu.."
lepas tu dia keluar gitu.

Wad Soleh dekat dengan kaunter nurse sebab soleh perlu dipantau selalu. Akibat bilik ni berkepuk macam-macam bau..aku bukakan pintu.

Tiba-tiba terdengar dr.kumar bercakap di telefon..antara butir yang sempat aku dengar dia mengatakan dato' halili letak shunt dengan baik sekali..then dia ada cakap bahasa saintifik lain..aku tengah sibuk layan soleh makan masa tu.

Tiba-tiba dia masuk menyapa..

"kita ada berita baik dan berita buruk.." jantung aku berdetak..rasa penat dah menghadapi situasi begini..tapi tabahkanlah aku ya Allah..

"saya basuh tangan dulu.."

Kemudian, dia pam shunt di kepala soleh.

"inilah berita buruk dia..u masih kena pam shunt ini kerana air masih susah nak turun. banyakkan duduk.."

"berita baik..ketumbuhan memang sudah tiada..tak perlu kemo.."
Senyum dr.kumar memberi penjelasan itu.

Alhamdulillah...Sebak menyesak hati..kali ini memang rasa lapang selapang-lapangnya..walaupun begitu ..tak lah nak rasa soleh bebas sepenuhnya. tapi, sekurang-kurangnya..berita itu ada la sedikit memberi ketenangan dan kelapangan seketika.

"esok boleh balik.."kata doktor..memang aku nak balik hari ini sebab esok aku ada cek-up kat Pusrawi. Entah-entah kena tahan terus..

Namun begitu..ada berita yang agak sedap tak sedap dari pandangan dr pakar barahnya. Tak apalah..biar kisah itu dulu ye..

hari ini Soleh bangun dengan sungguh ceria. Asyik tergelak..terseyum..dan...dah pandai bergaduh dengan abang Izzat..


Bil dah setel dah ni..akak nora balik dulu ya...

senang-senang malam nanti sambung cerita di rumah juga. Kalau masih sempat perut ini menahan..hahah

Monday, April 9, 2012

Hari ini..soleh bertemu jua dengan Dr. Lin..doktor apa pula tu?


Akak nora sedang menanti hari. Walau terasa dah tak mampu...kuharungi jua. Masa ni soleh masih di icu. Kami ambil kesempatan bawak mak akak nora ni gi tukar cermin mata dia. Dah daif sangat...



Inilah keadaan Soleh ketika kepala dia ditebuk untuk mengeluarkan air berkuman itu. Setiap hari air yang ditakung itu di analisis. Dalam 3 kali juga soleh tak sedar bila alat tu di laraskan ke tahap tinggi. Kalau tak sedar..itulah yang menyebabkan soleh akan koma. ALLAH Maha Besar...Soleh berjaya mengharungi detik-detik cemas itu.
















Sehinggalah, doktor Dato Halili terpaksa juga meneruskan pembedahan meletakkan shunt baru di bahagian kiri kepala soleh. Selama ni di bahagian kanan. Kenapa terpaksa? Sebab..analisis terakhir air di kepala soleh menunjukkan keadaan yang masih tidak jernih seperti di kehendaki. Keruh dengan kehadiran berdarah. Doktor risau darah itu sendiri akak membentuk keadaan berjeli dan menyumbatkan tiub shunt soleh. Kalau nak tau..tiub shunt tu bukan la besar mana lubangnya. Memang potensi tersumbat atau berkuman sentiasa ada.

Pembedahan itu telah meninggalkan pelbagai parut jahitan di kepala dan abdomen Soleh. Menangis hati kecil ini melihat keadaan anak kecil ini. Tapi...Soleh sentiasa menunjukkan dia kuat. Oleh itu..ku campakkan jauh-jauh perasaan itu. Hingga ada pelawat berkata.."u masih boleh senyum ketawa ya..." mana dia tahu apa yang aku tanggung. Secara logik..gembirakah aku melihat soleh...tambahan sakit menanti hari. Cuma...apa yang aku sematkan..inilah cara Allah dekatkan aku dengan Dia. Maka...tabahkan aku menghadapinya. Sungguh..aku takut mohon dipermudahkan...apa yang tak putus aku mohon...tinggikan dan kuatkan iman aku menghadapi semua ini.






Soleh sungguh ceria hari ini. Hari ini juga Dr. Lin berjumpa dengan kami. Doktor ini telah dicadangkan oleh dr. Sofiah..pakar neuro Soleh. Siapa doktor baru dalam rawatan soleh ini? Dia adalah pakar barah. Dengar jawatan dia saja..dah mendetakkan jantung aku.

Tapi..aku telah diterangkan oleh dr.sofiah sebelum soleh keluar dari icu lagi. Katanya..keadaan air dalam kepala soleh yang berdarah itu telah menunjukkan tumor itu masih ada bakinya. Jadi..mereka nak ambil langkah berjaga-jaga untuk mematikan kuman yang mungkin membesarkan tumor itu kembali atau menghadirkan kumab kanser dalam kepala Soleh. Macam selalu..aku mendengar dengan tenang. En.hubby tiada..semua perkara melibatkan soleh di hospital aku hadapi sendiri walaupun kini.



Kalau dia makan..mesti nak suap mulut ibu. Walaupun kecil situasi ini tapi terlalu menyentuh hati ini.

Jadi, apa cerita dr. Lin tadi..

Doktor lelaki berbangsa cina itu agak tua juga rupanya berusaha menerangkan kepada aku.

Katanya..tumor yang tertinggal itu masih bersaiz agak besar. Aku tak terkejut kerana tumor dulu terlalu besar hingga ke puncak otak. Iaitu kawasan yg paling sukar dan bahaya untuk dikorek buang.

Jadi..pendarahan dari tumor yang baki itu mengakibatkan air berkuman tersebut. Dan mungkin menyebabkan masalah lain di masa hadapan. Soleh terlalu kecil untuk radioterapi.

Jadi..apa yang dia cadangkan...soleh perlu menjalani kemoterapi dan mungkin akan dibedah sekali lagi untuk buang baki tumor itu. Jika bernasib baik...mungkin hanya menjalani kemoterapi saja.

Aku angguk tanda faham. Kalau anda ditempat akak nora...anda akan rasa apa akak nora rasa. Tapi..dalam hati...Allahuakbar..Kau yang aturkan buat aku. Redhakan aku tanpa tumpahnya air mata...aku berjaya menahan.

Cuma..terkadang..ada juga rasa bahangnya hati bila soalan banyak diajukan. Itu sebab aku tak minat terima tetamu. Kalau sekadar melawat..aku terima. Tapi..soalqn yg banyak buat aku tertekan dan tak minat langsung nak menjawab. Tak payah dr org lain. Dari emak aku pun dah cukup...

"masalahnya..kan dr.kumar kata hari tu dah buang habis..kenapa ada lagi?"

"ubat mahal soleh makan tu tak boleh ke nak baikkan soleh..?"

Aku hanya mampu menjawab..doktor yg belajar tinggi2 tu pun dia kata kita hanya mampu berikhtiar. ALLAH juga yang menentukan. Mereka hanya manusia biasa. Hebat mana mereka..Allah juga yang izinkan setiap perkara itu berlaku. Emak terdiam...salah ke cara aku menjawab...memang hingga ke saat ini aku tak henti berusaha untuk soleh. Tak putus asa..sampai nak berpantang pun aku tak fikir sangat.

Jadi sekarang ni...aku berada di bilik MRI. Soleh perlu di scan lagi. Mungkin mereka nak pastikan keadaan soleh sebenarnya.



Masalahnya sekarang...mereka tak dapat lagi line ditangan atau dikaki Soleh. Memang sejak berisi..susah nak dapat line bila diperlukan. Kesian juga lah sebab kena cucuk berkali-kali.



Baru semalam benda ni dibuka. Kalau cakap awal-awal nak MRI tak ada la minta doktor buang benda ni. Kan da susah. Tadi staff MRI da cuba buat kat bilik kecemasan. Tak dapat..sekarang ni cuba dengan doktor sofiah yang sedang menunggu di wad. Aku ambil keputusan tunggu je di sini. Sebab..bila aku tak ada..soleh tak nangis..harap2 dapat la line tu.

Di saat begini..apa yang diperlukan oleh aku...pasti jawapannya SOKONGAN...dari pelbagai pihak terutama...orang disisi yang hampir dengan aku. Tapi...apa yang aku hadapi..TEKANAN dari segenap arah...oleh itu aku lebih suka berdiam. Namun..mereka tak faham juga...kita sama-sama di uji jadi..jangan terlalu memikirkan kusut sendiri. Kasihanilah diri ini..

Itu sebab..aku tak kisah bila en.hubby kata dia ada kursus mula hari ini. Susah la bagi dia nak menuju ke sini jika ada kecemasan..termasuk kalau aku sakit nak beranak. Izzat pun ada dengan aku..sedih tengok dia kurus tak makan walhal duduk dengan nenek dia kat subang. Kesian dengan emak aku yang setia temankan aku..walhal pelbagai masalah menanti dia diluar sana. Walau badan emak di sini...dia selalu ceritakan masalah itu dan ini..terasa benar aku dah menyusahkan dia sangat2 bila mendengar masalah itu.

Jadi...tiada SOKONGAN buat masa ini. Aku diuji sentiasa bila segenap sudut sengaja mencari amarah aku. Termasuk orang yang sepatutnya kuat disisi aku. Apa yang sematkan dalam hati..
"aku tahankan amarah ini..aku pelihara perasaan ini..aku jaga lidahku ini...semata mata kerana mu ya Allah..."

Aku faham perasaan en.hubby...perbelanjaan makin bertambah..habis simpanan kami...itu pun Allah itu mengasihani kami dimana tiada masalah dalam rawatan..cuma perbelanjaan keperluan soleh dan kegunaan harian kami di hospital ni. Moga ada rezeki buat soleh..sabar ya soleh..ini juga alasan dimana aku tak pernah bising hubby jarang menjenguk soleh..masanya di isi dengan kerja dan overtime. Tambahan kursus ini nanti menyebabkan gaji dia berkurangan sebab dia dianggap tak berkerja..bukan sehari dua tapi 3 bulan. Tabahkan suami ku ya Allah..

Alhamdulillah..soleh berjaya dapat line kat tangan dia dan sekarang ni..6.31 ptg dia da berada dalam gelung MRI. Sempat ku jeling tadi..mereka bukan scan kepala je..tapi seluruh badan.



Doakan semoga soleh terus kuat menghadapi dugaan hidup dia ya...

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 4, 2012

Dah pindah wad biasa...

Alhamdulillah..setelah 3 minggu di icu, semalam..bersamaan dengan 3 April 2012..Soleh telah dipindahkan ke wad biasa. Semalam..memang aku agak lemah dalam ertikata sebenarnya. Sebab selama ni..aku tak larat juga..tapi aku gagahkan juga. Tapi yang semalam..memang aku tahap ternganga di kerusi ruang menunggu. Orangnya pula boleh tahan ramainya. Nasib baik la air liur tak meleleh weh..memang dah tahap ada aku kesah..buka je mata rasa berpusing dan nak muntah. Serius lembik...

Jadi..mak aku la yang pikul tanggungjawab menjenguk soleh dalam icu. Cuma..bab memberi makan, nurse yang bagi. Selama ni aku yang suapkan. Tapi..aku dah angkat bendera putih kan..nurse la yang ambil alih. Mengikut kata nurse..soleh tak selera makan. Aku katakan dengan emak..bukan soleh tak ada selera. Dia dah dalam tekanan lama sangat baring atas katil icu tu. Maklumlah..walau soleh ada masalah penyakit..tapi dia ligat. Pastilah dia bosan suda...

Jadi, makan tengahhari semalam..nurse order mashed potato. Mengikut kata emak aku..soleh makan sampai habis. Hati aku tak sedap...sebab dia cuma makan tu dengan aiskrim. Nasi langsung tak ada...

Emak aku kata..semua nurse dalam tu peluk cium soleh. Ye lah...dah lama mereka bersama soleh..dari kes kecemasan tak boleh bernafas tahun lepas...soleh menderita berguling-guling ketika tumornya sudah diperingkat kritikal..mereka bersama soleh ketika bersabung nyawa kembali pulih dari operation. Juga saat-saat soleh mula mabuk tak sedarkan diri bila tekanan air dalam kepalanya meningkat. Dari soleh tak ada rupa orang..sampailah soleh dan tembam semangat sekarang ni. Memang la itu kerja mereka..mereka di bayar gaji untuk itu. Tapi..nampak keikhlasan mereka melayan kerenah soleh. Dari melayu..cina..hinggalah nurse berbangsa india..semua dah rapat dengan soleh. Dari soleh terlantar tak bergerak..hingga lah soleh dah boleh tunjuk minta macam-macam dengan mereka. Syukur...sekurang-kurangnya..masa dia di icu..aku boleh balik tidur berehat di rumah sementara menanti pagi.




Ketika 10 hari lebih selepas pembedahan buang tumor dia. Mula diperkenalkan dengan fisioterapi. Tangan kanan langsung tak bergerak..perlu di rangsangkan dengan aliran elektrik sedikit membantu merangsang pengecutan otot tangan dia.





Gambar ni soleh klik sendiri. Ketika di icu baru-baru ni. Kira wajah terbaru dia. Nampak semangat sikit..




Soleh dah mula pakai kasut spesel ni...kata doktor neuro dia..kalau ada rezeki soleh berjalan..insyaAllah..kaki dia tak terjengkek jengkek ketika berjalan.

Jadi..semalam juga dapatlah soleh tidur dengan ibu. Tapi..mula pukul 10 malam..perut soleh kembung sampai berkilat. Aku agak mesti kentang tadi dah bertindak balas. Nasib baik doktor datang melawat waktu malam..dia pun terkejut dan berfikiran macam aku fikir. Ubat diberikan.

Bermulala...perjuangan meriam sahut sahutan. Soleh kentut memanjang..sekali dengan cirit yang cair berkerim..hahaha..memang tak boleh tidur lena. Memang tidak melenakan diri juga. Sebab soleh perlu dikejutkan dalam tempoh masa tertentu. Sebab takut dia tak sedarkan diri dalam tidur.

Di saat beginilah..sekali lagi imanku di duga..bayangkan ketika sarat menanti hari melahirkan, kena bangkit bingkas bergerak. Namun...Alhamdulillah...emak sentiasa ada di sisi membantu. Jauhkan lah aku dari menjadi insan yang tidak bersyukur..ya Allah..

Cuma yang sangat aku minta...janganlah tetiba nak beranak kat sini. Memang boleh..tapi moga dapat juga aku nak pergi hospital yang dirancang itu.

Risau juga..sebab nampak seperti lama lagi kat hospital ni. Ada lagi kisah lain tentang soleh...memang terkejut. Tapi...aku serahkan pada Allah..

Nanti akak nora update lagi ya..rindu nak jenguk blog kawan-sementara masa tengah lapang boleh berehat ni..Alhamdulillah..

posted from Bloggeroid

Monday, April 2, 2012

Soleh dah bosan...

Masuk minggu ni dah nak 3 minggu la soleh dalam icu. Terakhir kisahnya, soleh selamat di bedah untuk menempatkan tiub shunt dia yang baru di sebelah kiri pula. Akak nora tak dapat nak upload gambarnya sebab hp dah bertambak besor..susah sikit nak hala2 kamera...dapat nanti, akak nora kongsikan. Ada pelbagai jahitan di atas kepala soleh.

Kuman dalam air tu terlalu banyak. Mengikut sukatan saintifik...perlu kurang dari 4. Soleh punya ada 3 ribu lebih...terkejut juga mula-mula aku memikirkannya. Sebenarnya berkali-kali soleh tak sedarkan diri masa dia menggunakan tiub shunt mengalirkan air terus keluar. Ini kerana alat tu ada tahap-tahap. Doktor tukar-tukarkan tahap dia untuk menentukan jenis shunt yang akan digunakan oleh soleh. Bila soleh buat hal macam tidur tapi tak sedar tu memang menakutkan. Tambahan pula dengkuran soleh macam tersekat nafas tehenti-henti. Kalau diikutkan, memang dah nak jerit nama soleh. Tapi mohon Allah kuatkan iman aku....aku hadap juga soleh...apa nak jadi jadi la...tetapkan dalam hati soleh kuat..dan tiap kali nurse turunkan tekanan barulah soleh sedar semula. Hinggalah doktor putuskan tekanan shunt soleh perlu tekanan rendah.

Masa soleh di bedah, airnya masih keruh. Dan kiraan kuman masih 300 lebih. Namun, doktor tetap kena teruskan sebab tempoh penggunaan tiub aliran terus keluad tu hanya 10hari penggunaan je. Kalau tidak potensi kuman yang lain pula. Jadi, walau soleh selamat diletakkan shunt baru, hati ini tetap tak senang. Kalau dulu soleh buat hal tak sedarkan diri, mereka boleh turun naikkan alat tu. Sekarang shunt dalam kepala, kalau ada problem lagi...penyelesaiannya pastilah di bedah lagi.

Ya Allah....runtun hati aku. Bila ada peluang...aku menangis juga. Selalunya waktu solat isyak kat rumah. Sakit tahan sebak...kang nangis sesaja..mesti mak aku risau. Walhal, bukan aku nak nangis tension...cuma nak melegakan. Sambil berdoa la ku hamburkan segala-galanya.

Alhamdulillah...setakat ini nampak soleh cepat pulih dari pembedahan tu. Dia banyak minum susu, makan pun dah separuh mangkuk. Soleh dah tembam...sambil tu, aku suapkan juga makanan kesihatan yang pernah membantu soleh nak pulih dulu. Doa-doakan semoga soleh terus sembuh...pulih...macam kanak-kanak lqin. Bermain dengan abangnya..dan menanti kelahiran adik dia...hm...mungkin lambat lagi. Tapi...usaha tetap usaha kan. Ramai yang mndoakan soleh...Alhamdulillah..anda semua dalam doa akak nora.

InsyaAllah, hari ini mungkin dapat masuk wad biasa. Yang buat akak nora tak sedap hati...perut ni dah semacam..hehe...moga ada masa lagi...baby sabar yek...

Best gak taip enti guna tab ye...pinjam izzat yusuf punya..maklumlah ibu dapat NOTE dia pun dapat tab juga...abah bermurah hati nak bagi.

Nanti berpeluang...akak upload gambar soleh ketika di sini ya..sekarang tak dapat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...