Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, July 29, 2012

Separuh kekuatanku melayang...

Telah ditakdirkan ini ramadhan terakhir mak..
Tiada lagi mak menemani aku saat2 soleh dimasukkan ke wad..dan apa2 rawatan..
Tiada lagi mana2 telefon yg boleh salurkan suara mak di telinga ini..

Mak akak nora telah menghadap Illahi dengan tenang pagi tadi...

Pasti ada juga yg terbayang2..kisah akak nora bersama dugaan soleh..dan sentiasa ditemani opahnya. Apakan daya..opahnya tak sempat menunggu soleh benar2 sihat...

Akak nora?

Tamparan hebat buat akak...tp Allah swt lebih mengetahui apa yg terbaik..dan itu adalah masa untuk dia..dan kita tak tahu bila lagi.

Innalillah...

Akak pohon sedekahkan alfatihah buat arwah olah soleh...rupa2nya bakti dia bersama akak..itulah kenangan terakhir dia dengan akak..

Al fatihah..

Wednesday, July 25, 2012

Rabu membisu...argghhhh sendu di kalbu.

Soleh dripping kemo hari ni. Mungkin 2..3..jam. Ok tak da masalah..tapi ni lah pertama kali aku seorang. Dulu emak ada teman. Dan si iffat pula macam tak sihat. Dan urusan soleh mesti juga aku lakukan. Jadi aku ambil risiko. Sebenarnya. ..mungkin bukan masalah besar. Tapi, aku je emo kot..



Mengambil keptusan utk tinggalkan iffat dan izzat dgn neneknya. Izzat aku tak risau sangat. Tapi iffat...dia kan nyusu badan. Tetiba je nak bagi susu botol. Mesti agak payah. Dah la tu susu formula pula..sebab akak nora ada masalah dengan pam susu.

Nenek pula macam tak larat..tapi nampao dia kesian kan aku. Dan dia rela tak join tadarus hari ni. Sekarang iffat tidur...moga dia tak meragam sangat. ...

Sungguh..akak nora tak pernah tinggalkan anak seusia begitu dengan orang. Masa akak jadi cikgu tadika dulu pun..izzat seawal 2 bulan ikut akak nora ke sekolah. Tadika swasta...pandai izzat wooo...sekarang je makin tak nak dengar ajar...dah lama pun akak berhenti. Masa mula mengandungkan soleh. Rupanya itu la persiapan Allah..

Dah siap nak pergi..tup-tup..viva tak boleh hidup enjinnya. Kata en.hubby..masalah bateri. Aku dah terdiam..bergenang air mata. Bukan masalah kereta...biarlah tntg rasa itu.
Mungkin mak nampak aku diam membisu...dia mula keluar rumah..

Alhamdulillah...kebetulan abg ipar en.hubby cuti demam. Dapatla guna waja dia. Cuma dah lewat sikit nak menempuh sesak jalan lagi. Bukan apa..nak rebut katil...haha..mcm kelakr je kan..doakan untuk soleh ya...

P/s ; rabu kali ni tak berapa nak membisu...

Monday, July 23, 2012

Soleh makin pucat..kurus..tapi..

Akak nora sedang menanti nurse menyediakan ubat kemo soleh. Ubat makan. Dah nak seminggu le kami begini. Hari-hari datang hospital semata-mata nak makan ubat. Disebabkan ubat itu toxic dan perlu di uruskan dengan teliti, aku dilarang keras memberi sendiri ubat itu di rumah.


Sedih je tengok rupa dia kan. Walaupun dia senang makan ubat..tapi jelas ubat itu agak perit rasanya. Sebab dia telan menggelupur juga selepas itu. Dengan pantas nurse akan susuli dengan minuman jus pula untuk kurangkan rasa tak selesa itu.

Lepas tu..kebetulan doktor ada. Terus menanti dia cek soleh yang batuk dan selsema. Kot2 ada ubat yang sesuai boleh diberikan. Dalam keadaan soleh sekarang..amat bahaya jika soleh dihinggapi apa2 virus penyakit.

Dr. Lin pastikan tiada yang bahaya. Kena register dulu baru dapat surat ubat. Dengan mengendong iffat ke hulu ke hilir aku uruskan. Sekarang soleh dah bertukar..jeles bila ibu dukung adik..peluk adik..walau hanya agah..kuci..kuci...dengan adik pun dia da melalak menangis. Jadi..episod tangisan agak kerap sekarang ni. InsyaAllah..semoga soleh kuat untuk sihat..ibu akan tabah menghadapi segalanya. Termasuklah keseorangan menguruskan segalanya.

"Puan datang seorang ke?" tanya nurse. Aku angguk saja. Dia nak tolong pegang baby sementara aku tenteramkan soleh terbaring dalan stroller. Tapi..dia kan nurse...ada kerja lain. Sekejap je dia boleh pegang..servis bertukar tangan dan bertukar tempat. Soleh pula aku dukung dan iffat di dalam stroller. Kena tunggu giliran ambil ubat pula. Ya Allah...memang mata bergenang..weh..jangan la nangis..kerja tak habis lagi. Jangan lah anak2 menangis buat hal...lama la pula menanti giliran.

Akhirnya selesai..rasa longgar lutut. Tapi en.hubby dah sampai dan menunggu di luar.



Ha..mencari manusia tersembunyi...hehe

Walau begitu soleh tetap lasak cuma tak berapa kuat. Perlahan sedikit. Dia kurang makan..tak selera akak fikir sebab soleh ni jenis pemakan juga.

Kami masih di rumah mak mertua akak. Bukanlah alasan untuk akak berdiam. Tempahan baju kurung harus disiapkan. Bulan ramadhan ni tak menunggu..sedar2 dia da sampai penghujung je. Alhamdulillah..sempat akak nora ngaji serba sedikit dan berzikir. Pilu juga tak dapat nak buat terawih.. sunat yang hanya hadir bila bulan ramadhan sahaja.

Melihatkan soleh...

Semoga Allah murahkan rezeki nya...permudahkan rawatan dia..sihatkan lah tubuh bdan dia..jauhkan dia dari derita..kelilingi dia dengan insan mulia..moga dia menjadi insan beriman pada Nya.

Terima kasih. ..

Wednesday, July 18, 2012

Rabu membisu..moga tak sendu..


Soleh dah pandai..letak atas katil je dia menangis. Dah tau la tu nak kena apa..

Makbed tersayang datang jenguk kat hospital pula. Sahabat susah senang ku ini

Ubat kemo dah masuk. Tak lama lepas tu nangis..bukan pasal ubat..tension kena duduk diam. Drip problem..argh darah memancut..tp jarum tak tercabut.

Cuba pujuk soleh..adik dia je boleh pujuk..ibu pun kalah.

18 julai 2012 - genap usia iffat yunus 3 bulan di bumi Allah ini. Balik nanti nak ke klinik..injection.

Sejak akak nora sibuk dengan anak-anak, akak nora berblog guna handphone saja. Jadi..pagi ni terkejut akak nora tengok ramai yg buat entri membantu Soleh..tak kurang di facebook juga. Jadi..akak nora tak mampu nak buat entri khas ucapan terima kasih tak terhingga buat anda2 yang membantu...semuanya blogger2 hebat. Sesungguhnya akak terharu dengan bantuan itu. Alhamdulillah..soleh dipertemukan dgn insan2 berhati mulia ini.

Akan ku kenang mu dalam doaku.

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 17, 2012

Aduhai..Iffat Yunus..


Budak kecik ini boleh membuat jantung aku rasa macam nak melompat keluar.

Mula tidur dan sungguh Alhamdulillah..aku ada di sisi dia. Entah apa puncanya dia tersedak dan batuk. Aku yang memang dah trauma sejak melihat izzat bertukar biru akibat tersedak dulu memberikan aku refleksi tindakan pantas mengangkat dia. Meniup ubun2 dengan kuat beberapa kali. Selalunya kalau dia tersedak, dia akan reda begitu.

Memang dia diam tapi mata hitam ke atas!! Nafas senyap...aku tepuk sekuat yg cukup untuk tubuh kecik..di belakangnya. Macam struggle juga. Tanpa fikir panjang..aku sedut hidung nya..hingus...? Ada..tapi gila ke aku nak telan..huhu...

Lagi sekali dia buat..kali ni dia terjang2 macam lemas..aku sedut mulutnya pula berkali-kali. Rengek..dan ada nafasnya..tapi di terus tidur begitu.

Aku tak puas hati..aku cuba sikit ibu jari kakinya. Dia menangis..ya Allah...sungguh aku takut lalui saat2 begini. Dulu..mak aku ada..dia lah yg bantu aku.

Situasi itu membuatkan mata aku tak lekang dari dia. Mula terfikir..mcmana kalau masa tu aku di toilet ke. Benda nak jadi sekejap je. Hanya pada Allah...ku bergantung hidup..

*mulut juih2 cari susu..Alhamdulillah..

posted from Bloggeroid

Monday, July 16, 2012

Dia membantu aku berkisah tentang soleh dan kami..

Sungguh aku tak mampu nak kongsikan dengan menaip kisah kami di duga.

Namun..sekali lagi beliau membantu. Terhiba juga...apa-apa kebaikan buat soleh..akak nora terima. Terlalu detail kisahnya...memg takkan keluar dari jemari akak sendiri

Terima kasih buat makbed dan rakan blogger yang membantu. Allah saja yang boleh membalas budi baik kalian yg membantu akak nora yang dalam kesempitan ini.

http://makbedsjournal.blogspot.com/2012/07/adik-soleh-memerlukan-bantuan-kita.html?m=1

posted from Bloggeroid

Sunday, July 15, 2012

Mereka la sahabat..terima kasih..

Oh ye...lupa nak kisahkan, aku sudah berada di rumah. Soleh dibenarkan keluar wad pada hari Selasa lepas dengan bekalan ubat yang mesti dia makan. Bertambahlah jumlah ubat yang Soleh kena ambil hari-hari. Mengenang jadual makan ubat, tempoh berapa lama kena dan pastilah jenis ubat..agak memeningkan kepala aku. Tapi..nak buat macam mana...kau tak boleh lari nora. Alhamdulillah..sudah ku fahami. Yang risau takut lupa dalam kesibukkan.

Kali ini dugaan memuncak muncak...akak nora luahkan perasaan dgn sahabat jauh akak nora. Makbed la..siapa lagi...nak berderaian air mata ini...bercerita dgnnya walau hanya jari jemari kami saja yang bergerak.

Dia putuskan utk buat sesuatu bg mengutip dana utk menampung keperluan soleh. Dari dulu lagi dia nak buat..dr soleh nak tenat..dia nak buat. Tapi...akak yang tak mahu. Akak nora takut org katakan akak mengambil kesempatan dgn keadaan anak. Kami cuba sedaya upaya. Masa itu pun..akak nora berdaya lg menjahit. Mampu la beli supplement buat soleh...Alhamdulillah..tiada sesak hingga RATUSAN RIBU..alhamdulillah di cover company...kalau ikutkan insuran soleh pun tak cukup nak cover perubatan soleh.

Dan rawatan soleh masih panjang..termasuk rawatan kemo dia..ya Allah...bantulah kami..berkati usaha kami..

Tapi..hingga semalam..susu soleh dah habis...terdengar keluhan kecil en.hubby..sayu di sudut hati..susah macammana..sesak macammana en.hubby tak pernah terdiam begitu. Itu buktinya dia dah sempit amat sangat. Supplement soleh pun dah terhenti. Kalau tidak. .kami tak mahu soleh terputus makan benda tu..ada la juga kudrat dia melawan ubat kemo tu. Itu yg akak suka dengan benda tu. Apakan daya...

Sebagai isteri..akak diam tak mahu menambah resah. Alhamdulillah stok milo ada di rumah..kan akak nora seminggu di wad..jadi milo tu tak berusik. Ada la juga sesuatu untuk soleh minum.

Akak upload gbr soleh di FB..



Tapi sebelum tu makbed lebih prihatin..



Dan ada sahabat lain ikut prihatin..



Akak nora terharu. Ada juga rakan2 yang minta no akaun nak menghulurkan bantuan. Terasa sebelah batu dalam hati ini terangkat..ringan sedikit.

Makbed..shehan..nik..dan ada lagi...terimakasih semua...Allah merahmati insan baik seperti kamu.



*tgh mcm ni..iffat pula tak sihat..sbr..

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 11, 2012

Ini dia istilah penyakit soleh

Akhirnya..sampai juga istilah penyakit tu kat aku. Selalu aku kata brain tumor je..tapi apa kena mengena tulang belakang pula. Dia ada kiatannya..nama penyakitnya Ependymoma. Apa dia..kena baca tu..pasal akak guna phone je dik..da berkurun tak buka lappy.

http://www.braintumor.org/patients-family-friends/about-brain-tumors/tumor-types/Ependymoma.html



Hari ini jelas bertaburan rambut soleh. Pilu...

posted from Bloggeroid

Saturday, July 7, 2012

Dugaan Soleh belum terhenti.

Fuh..!!!
Rasa berkurun abadnya juga aku tidak mengemaskini blog ku ini. Tuntuttan tanggung jawab sebagai ibu kepada anak yang tidak sihat dan kehadiran si kecik yang menambahkan keriuhan rumah tangga ku.


Hanya sunyi bila mereka terbongkang menidurkan diri. Tapi, pada waktu itu jugalah aku berkali ganda tangkasnya mengerjakan apa yang belum dikerjakan. Sahaja nak menung menarikan jemari menaip entri blog?...tiada kesempatan langsung..

Tapi sekarang..aku di wad menanti Soleh yang admit kerana demam yang amat panas..mencecah 40C. Kenapa...akan ku cuba kisahkan di sini.


Mulanya hanya pembedahan menukar tiub shunt dalam kepala Soleh, namun soleh koma pada hari kami dibenarkan pulang. Ini akibat jangkitan kuman air di dalam kepalanya, sekali lagi soleh dimasukkan ke ICU. Kali ini la aku rasa lama sangat. Hampir sebulan pada bulan Mac yang lepas. Aku pun dah sarat memboyot. Tapi, aku lanyakkan juga diri ini ke hulu kehilir.


Oleh kerana saluran keluar air berkuman itu tidak boleh melebihi 10 hari, doktor terpaksa juga operation letak shunt baru di belah kiri kepala soleh pula. Tawakkal sebab airnya masih keruh..jangkitan kuman masih ada. Selesai semua..soleh menunjukkan kesan positif dan dia menjalani pemeriksaan MRI satu badan yang hampir memakan masa 1 hari 1 malam..hampir pukul 12 malam baru selesai. Dan soleh dimasukkan air kerana satu hari tu dia tak makan atau minum apa-apa, tambahan dia tak sedarkan diri kerana terpaksa diberi ubat tidur dengan dos yang tinggi. Untuk memudahkan kerja-kerja MRI.


Soleh menunjukkan kesan pemulihan yang positif. Namun, ketika itu kami berkenalan pula dengan Pakar Kanser di sini. Itulah berita tak berapa sedap di dengar sebelum kami pulang ke rumah. Kalau rajin dan ingat..ada dalam entri akak nora ketika soleh dibenarkan pulang. Sekarang ni guna phone saja..jadi susah nak tag entri tu.

Pakar kanser itu atau namanya Dr.Lin menyatakan bahawa soleh mungkin perlu menjalani kemo. Terkedu juga akak nora sebab..kalau terus di kemo, Soleh baru nak pulih dari 2, 3 operation masa tu. Dan akak sendiri menanti hari nak bersalin. Tiada siapa boleh ambil tugas akak.

Selepas report MRI keluar, Dr.Kumar menyatakan ketumbuhan dalam otaknya memang tiada masalah. Tiada masalah. Tapi, Dr.Lin menyatakan ada sesuatu dalam tulang belakang soleh. Kecil sahaja. Dia masih perlu pantau benda tu. Tak nak kemo sesuka hati.

Kata orang..hospital swasta ni akan proceed dan paksa kita ikut solution mereka. Tapi, pada akak SDMC. .mereka beri masa untuk kami berfikir. Jadi..kami tangguhkan. Diulangi sekali lagi..kami tangguhkan.

Kami pulang.

Tiba masa akak melahirkan iffat.

Soleh banyak berubah dengan kehadiran Iffat. Dia bertambah kuat dan mampu bergerak walau dalam keadaan meniarap.

Kami masih teruskan usaha berubat, makan apa yang patut dan usaha pelbagai cara. Kami tak diam saja melihat keadaan soleh. Walau ketika itu..akak masih dalam pantangkan iffat, seminggu je akak rehat. Lepas tu entah ke mana pantang aku.

Dr. Lin nak jumpa kami dalam sebulan lagi. Tapi, atas kesulitan kami sempat Dr.Kumar di Ara Damansara. Dan bulan depannya..12 jun soleh admit sekejap untuk MRI. Mungkin pesakit tak ramai, petang itu juga kami dapat report MRI. Dan dr.kumar nyatakan sesuatu di belakang soleh itu seperti dah membentuk dinding yg tebal. Maknanya dia dah mereka. Dia suruh kami buat appoinment jumpa ketiga-tiga doktor pada 25 jun.

Pada tarikh itu..dr.sofiah menerangkan gambar scan tu. Bahagian kepala dia memang ok dan tiada masalah. Bahagian tumor otak tu pun airnya mengalir elok. Oh ye..dr.kumar ada sedut sedikit air kepala soleh..jernih sungguh jernih. Membuktikan tiada jangkitan lagi.

Tapi, tulang belakang pula ada berita sedih. Penyelesaiannya cuma kemoterapi. Dia tanya apa keputusan aku. Aku kata dah lama ditangguhkan.

Kami jumpa pula dr.Lin, dan dia menerangkan tentg kemoterapi itu. Memang ada baik dan buruk juga kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Aku bersedia. Aku usaha..Allah...kau saja yg menentukan.


Hari pertama kemo- 27 jun. Melalak juga dia. Tapi bukan masa di cucuk jarum. Tapi..dia tension kena baring je atas katil tu. Lama juga le menenangkan perasaan dia. Alhamdulillah, masa cucuk line dan ubat dia diam tak meronta.


Keesokkannya..Soleh ok sedikit. Dia happy dan langsung tak menangis bila doktor inject ubat kemo ditangan dia. Hinggakan semua parent kat situ tengok je soleh di cucuk.

"dia sungguh kuat..good boy.."kata Dr.Lin kepada nurse.

Nurse pun suka layan dia. Dia kata soleh sungguh berbeza. Soleh redho je apa dia nak buat. Biasanya budak budak kat situ semua melalak, meronta dan memukul nurse pun ada.

Ya la...siapa yg suka kena cucuk kan. Orang dewasa pun ada yg takut. Inikan pula budak..cuma Alhamdulillah..soleh banyak memberi kerjasama. Walaupun dia rengek bila di cucuk tidak disentap tangannya. Kesian...tapi untuk kesihatan dia juga.

Ada orang kata kenapa nak buat kemo juga. Tangguhkan.

Akak nora kata..akak dah cuba tangguhkan. Dia nak sebulan..akak tangguh 2 bulan lebih. Dan keputusannya agak menakutkan akak nora. Jadi..akak kena usaha dengan kemo juga. Sambil itu akak nora masih usaha cara lain.


Minggu depannya, soleh hanya suntik ubat kemo. Tapi..disebabkan darah soleh sedikit menurun, soleh perlu menjalani pemindahan darah. 1 beg la jugak.

Sebelum soleh diputuskan menjalani kemo, aku dah ambil tempahan yang agak banyak. Jadi, sementara menung menunggu soleh...aku mengisi masa menjahit mana yang boleh. Biasanya aku jahit kemasan di leher yang memerlukan jahitan tangan. Iffat pula perlu diriba kalau tak, penat opahnya mendukung je. Sesekali aku bermain dengan soleh yang sedang baring menunggu.

Selesai hari Rabu...Khamis lepas ni kami hanya datang ambil suntikan naikkan sel darah putih saja. Nurse pesan kalau demam datang ke hospital sebab demam tandanya darah soleh diserang kuman.

Memang malamnya soleh demam. Panas memanjang. Pukul 3 pagi semalam kami ke kecemasan. Opah dan iffat ikut. Iffat tidur di rumah dan en.hubby meminta emaknya tidur dirumah kami menemankan izzat. Payah kalau nak kejutkan dia. Kalau masih ada yang tak tahu..rumah emak mentua akak nora depan rumah akak je.

Sampai di ruang kecemasan..suhu diperiksa. 38.6C kepanasan badan soleh. Aku menunggu di sisi dia. Kena cucuk tangan lagi nak masuk air dan ubat antibiotik rawatan jangkitan kuman. 4,5 kali cucuk di tangan dan di kaki..tp masih tak dapat uratnya. Hingga doktor incharge terpaksa panggil doktor lain. Alhamdulillah..ada doktor disekitar situ yang membantu. Sekali cucuk..

Wad penuh. Soleh terpaksa masuk NICU tp di cas sebagai bilik single room. Sebelum masuk, suhu diperiksa la. Naik sampai 39.6..oleh kerana NICU..opah dan iffat perlu menunggu di luar. Nasib baik selesa ada sofa.

Aku tunggu untuk menjawab segala soalan. Dengan keadaan soleh yang agak serius..jantung yang kencang dan kadar pernafasan yang tak teratur tak jadi mereka cas sebagai wad. Mereka terus ambil kes NICU juga. Suhu soleh panas memanjang dan mereka cakap soleh macam ada tarikan kejang2 nak jadi sawan. Belum pernah soleh ada sawan..tapi macam-macam boleh berlaku dengan suhu nak sampai 40C tu kan.

Opah menunggu di dalam kerana iffat nak susu la..nak di dodoila..jadi opah tak lalu. Lenguh weh...iffat nampak je kecik..tapi kus semangat tau..boleh lari urat belikat. Penat nak kejar.

Paginya...doktor Lin kata dah stabil. Cuma perlu dipantau. Sebab panas badan soleh masih turun naik. Soleh dibenarkan masuk ke wad biasa.


Opah dan iffat sebelum soleh ditolak ke wad. Sampai di wad. Opah tak hirau orang keliling. Dia menggigil sejuk. Biasalah kalau dia sejuk memang macam tu. Tapi dah sejam..aircond dah lama ditutup. Dia muntah-muntah dan macam tak sedar alam sekeliling. Sebelum tu aku dan info adik. Dia datang dengan yop. Mak sedar tapi tak larat bangun dan berdiri. Oleh kerana opah soleh gelemer di wad..ramai nurse datang membantu. Mak ditolak ke kecemasan. Susah hati aku. Masa aku susah..mak menolong. Masa mak macam tu..kaki aku terikat. Aku minta en.hubby ushar apa patut.

Suhu mak demam 40.3C dan tekanan darah tinggi. Takut nak bawa jauh2 sebab boleh berlaku strok. Biarkan dia terima rawatan di emergency..dan aku tak duduk diam. Kenapa? Biarlah rahsia....Alhamdulillah..tak lama lepas itu. Demam mak menurun dan dia sedar sedikit. Adik bawa mak ke rumahnya. Ye la..kat rumah aku..tiada siapa boleh tengokkan. Aku redho..itupun mak dia. Bukan mak aku seorang. Alhamdulillah..adik beradik masih ambil berat. Moga kesihatan mak bertambah baik.


Tinggal le semalam aku dengan mereka. Tak tidur juga la aku..bukan senang. Demam soleh asyik turun naik tinggi suhunya. Tunggu sikit masa lagi...

Huh...dari soleh admit wad ni..khamis aku mula taip sampai sabtu baru siap. Akak nora post ya...see ya..

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...