Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, July 23, 2012

Soleh makin pucat..kurus..tapi..

Akak nora sedang menanti nurse menyediakan ubat kemo soleh. Ubat makan. Dah nak seminggu le kami begini. Hari-hari datang hospital semata-mata nak makan ubat. Disebabkan ubat itu toxic dan perlu di uruskan dengan teliti, aku dilarang keras memberi sendiri ubat itu di rumah.


Sedih je tengok rupa dia kan. Walaupun dia senang makan ubat..tapi jelas ubat itu agak perit rasanya. Sebab dia telan menggelupur juga selepas itu. Dengan pantas nurse akan susuli dengan minuman jus pula untuk kurangkan rasa tak selesa itu.

Lepas tu..kebetulan doktor ada. Terus menanti dia cek soleh yang batuk dan selsema. Kot2 ada ubat yang sesuai boleh diberikan. Dalam keadaan soleh sekarang..amat bahaya jika soleh dihinggapi apa2 virus penyakit.

Dr. Lin pastikan tiada yang bahaya. Kena register dulu baru dapat surat ubat. Dengan mengendong iffat ke hulu ke hilir aku uruskan. Sekarang soleh dah bertukar..jeles bila ibu dukung adik..peluk adik..walau hanya agah..kuci..kuci...dengan adik pun dia da melalak menangis. Jadi..episod tangisan agak kerap sekarang ni. InsyaAllah..semoga soleh kuat untuk sihat..ibu akan tabah menghadapi segalanya. Termasuklah keseorangan menguruskan segalanya.

"Puan datang seorang ke?" tanya nurse. Aku angguk saja. Dia nak tolong pegang baby sementara aku tenteramkan soleh terbaring dalan stroller. Tapi..dia kan nurse...ada kerja lain. Sekejap je dia boleh pegang..servis bertukar tangan dan bertukar tempat. Soleh pula aku dukung dan iffat di dalam stroller. Kena tunggu giliran ambil ubat pula. Ya Allah...memang mata bergenang..weh..jangan la nangis..kerja tak habis lagi. Jangan lah anak2 menangis buat hal...lama la pula menanti giliran.

Akhirnya selesai..rasa longgar lutut. Tapi en.hubby dah sampai dan menunggu di luar.



Ha..mencari manusia tersembunyi...hehe

Walau begitu soleh tetap lasak cuma tak berapa kuat. Perlahan sedikit. Dia kurang makan..tak selera akak fikir sebab soleh ni jenis pemakan juga.

Kami masih di rumah mak mertua akak. Bukanlah alasan untuk akak berdiam. Tempahan baju kurung harus disiapkan. Bulan ramadhan ni tak menunggu..sedar2 dia da sampai penghujung je. Alhamdulillah..sempat akak nora ngaji serba sedikit dan berzikir. Pilu juga tak dapat nak buat terawih.. sunat yang hanya hadir bila bulan ramadhan sahaja.

Melihatkan soleh...

Semoga Allah murahkan rezeki nya...permudahkan rawatan dia..sihatkan lah tubuh bdan dia..jauhkan dia dari derita..kelilingi dia dengan insan mulia..moga dia menjadi insan beriman pada Nya.

Terima kasih. ..

11 comments:

  1. semoga kak nora kuat...kekuatan soleh dtg dr akak...semoga soleh cpt sembuh.

    ReplyDelete
  2. tabahla ye kak..walau tak smeudah yg dikata..tp ganjaran pahala tu tentunya tinggi bagi seorg ibu yg berkorban utk ank2nya..

    ReplyDelete
  3. sedih tengok keadaan Soleh... semoga Allah permudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  4. semoga adk soleh n akk nora terus tabah.. insyallah.. amin..

    ReplyDelete
  5. MOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN YE NORA...
    BYK2 BERDOA & BERSABAR...

    ReplyDelete
  6. semoga soleh boleh lawan rawatan kimo ini...kuat ya dik.

    ReplyDelete
  7. as salam..

    bergenang2 air mata saya tgk soleh dan semoga dia sentiasa soleh seperti nama nyer... lain.. speechless...doa saya semoga kak nora kuat dan saya juga kuat seprti mama2 yang pernah diuji.. Bersyukur lah kak sbb kak dipilih utk ujian ini.. dan berdoa lah kak.. sbb doa di RAMADHAN ini dikatakan MUSTAJAB... ada org bagi tahu.. cuba akak amalkan minyak habbatus sawda..
    nanti akak email address akak pada email kuazue@gmail.com inysa Allah saya usahakan sebotol pos utk kak nora try utk soleh..anak mu .. anak ku...

    ReplyDelete
  8. rsnyer kalo sy ditempt akak nora.sy xpasti smp mn sy boleh tahan smp ketahap itu..sedih sy dgr..tp sy berbangga pd k.nora sbb akak nora begitu kuat menghadapi ujian yg ALLAH berikan pd akak.. diberikan kekuatan kpd soleh untuk terus bersama akak sekeluarga...nak tny sikit..k.nora ada cuba x cara perubatan islam?yela kita hny mampu berusaha tp ALLAH yg menetukannya..Maaflah kalo soalan sy di atas xkena pd tempatnya...

    ReplyDelete
  9. Ya Allah..kau permudahkan lar segala urusan Kak Nora ini..sesungguhnya amat berat dugaan yg akak tempuhi..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...