Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, July 15, 2012

Mereka la sahabat..terima kasih..

Oh ye...lupa nak kisahkan, aku sudah berada di rumah. Soleh dibenarkan keluar wad pada hari Selasa lepas dengan bekalan ubat yang mesti dia makan. Bertambahlah jumlah ubat yang Soleh kena ambil hari-hari. Mengenang jadual makan ubat, tempoh berapa lama kena dan pastilah jenis ubat..agak memeningkan kepala aku. Tapi..nak buat macam mana...kau tak boleh lari nora. Alhamdulillah..sudah ku fahami. Yang risau takut lupa dalam kesibukkan.

Kali ini dugaan memuncak muncak...akak nora luahkan perasaan dgn sahabat jauh akak nora. Makbed la..siapa lagi...nak berderaian air mata ini...bercerita dgnnya walau hanya jari jemari kami saja yang bergerak.

Dia putuskan utk buat sesuatu bg mengutip dana utk menampung keperluan soleh. Dari dulu lagi dia nak buat..dr soleh nak tenat..dia nak buat. Tapi...akak yang tak mahu. Akak nora takut org katakan akak mengambil kesempatan dgn keadaan anak. Kami cuba sedaya upaya. Masa itu pun..akak nora berdaya lg menjahit. Mampu la beli supplement buat soleh...Alhamdulillah..tiada sesak hingga RATUSAN RIBU..alhamdulillah di cover company...kalau ikutkan insuran soleh pun tak cukup nak cover perubatan soleh.

Dan rawatan soleh masih panjang..termasuk rawatan kemo dia..ya Allah...bantulah kami..berkati usaha kami..

Tapi..hingga semalam..susu soleh dah habis...terdengar keluhan kecil en.hubby..sayu di sudut hati..susah macammana..sesak macammana en.hubby tak pernah terdiam begitu. Itu buktinya dia dah sempit amat sangat. Supplement soleh pun dah terhenti. Kalau tidak. .kami tak mahu soleh terputus makan benda tu..ada la juga kudrat dia melawan ubat kemo tu. Itu yg akak suka dengan benda tu. Apakan daya...

Sebagai isteri..akak diam tak mahu menambah resah. Alhamdulillah stok milo ada di rumah..kan akak nora seminggu di wad..jadi milo tu tak berusik. Ada la juga sesuatu untuk soleh minum.

Akak upload gbr soleh di FB..



Tapi sebelum tu makbed lebih prihatin..



Dan ada sahabat lain ikut prihatin..



Akak nora terharu. Ada juga rakan2 yang minta no akaun nak menghulurkan bantuan. Terasa sebelah batu dalam hati ini terangkat..ringan sedikit.

Makbed..shehan..nik..dan ada lagi...terimakasih semua...Allah merahmati insan baik seperti kamu.



*tgh mcm ni..iffat pula tak sihat..sbr..

posted from Bloggeroid

10 comments:

  1. sayunyaaa.. nora smga dipermudahkan segala2nya.. berat mata memandang tentu berat lagi bahu yg memikul.. skrg ni akk kerap juga ke shah alam.. teringin sunggun nk memeluk soleh.. nnti akk cari nora di fb dulu supaya senang nk pm..

    ReplyDelete
  2. Kak, sedih saya. Serba salah sebab saya beria-ia dengan persiapan raya tanpa memikirkan ada orang lain yang lebih memerlukan. Kak Nora, boleh tak kalau saya turut nak menyumbang? Biarlah tak banyak tapi sedikit sebanyak dapat tambah dana untuk Soleh. Saya memang mudah terusik dengan budak kecil. Selagi tak bantu, saya tak boleh nak tenang. Akak email saya no account akak. Demi Soleh... (nadia_rotu@yahoo.com)

    ReplyDelete
  3. untung kak nora ada kwn mcm tu...

    slmt berpuasa...baju melayu 1...hehe

    ReplyDelete
  4. tabah kan hati kak.. terima kasih buat rakan2 yang sudi memberikan no akaun maybank kak Nora..

    ReplyDelete
  5. semoga ALLAH beri kesembuhan tu soleh..amin

    ReplyDelete
  6. sabar yerr kak, ramai yg memdoakan akak, semoga di permudahkan utk akak.. semoga soleh kuat dan tabah.. uurmmm

    ReplyDelete
  7. Sabar ye kak, ini dugaan .. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

    HH ada 3 orang anak, 2 lelaki, seorng perempuan .... dan HH jaga yang paling kecil sejak dari lahir sampai skang ...

    ReplyDelete
  8. akak semoga terus tabah dan sabar ye kak....sy doakan anak akak cepat sembuh & sgala permasaalahan yg akak hadapi ini akan berakhir...

    ReplyDelete
  9. Kak, Myra ada baca entry MakBed, bergenang airmata..
    Myra ada bagi sedikit sumbangan, memang tak banyak tapi at least dapat beli stok susu Soleh ye kak..


    Myra transfer thru Maybank2u ye kak.. (Ikhlas dari hati)

    Status: Successful
    Reference number: 1664648413
    Transaction date: 18 Jul 2012
    Transaction time: 14:38:21

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...