Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, August 30, 2010

Telur Rebus Punya Pasal..

Sedang aku melayani karangan-karangan yang sedia ada, tertarik aku membaca satu karangan ini yang menceritakan pengalaman beliau. Mula=mula baca tak ada apa pun..akhir sekali terbahak-bahak juga aku. Meh la kita berehat seketika.

***************************************************************

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak
sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.



Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai
tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..
Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi
aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
*************************************************************************
Tergelak lagi aku...

Peritnya Kesabaran...

Apa lagi yang perlu dilakukan di saat begini. Menanti...menanti...itu lah separuh dari istilah kesabaran yalam lubuk hati aku sekarang. Nak mengamuk? hm..ada faedah ke..nak membebel..? aku bukan jenis membebel..tapi, tak tahu la pula bila anak meningkat dewasa.

Sebenarnya, aku tak larat dah nak simpan bebanan perasaan dalam hati ni. Nak saja aku luncurkan keluar melalui ketukan huruf di papan kekunci ini. Namun, itu tanggungjawab aku. Bersabar...moga aku mampu dan Allah turut membantu aku memberi kemampuan. Sesungguhnya terkadang, hanya lelehan air mata yang membawa keperitan itu. Siapa la wanita tanpa air mata.

Kisah kali ini, mesti mendatangkan kebingungan, tak ape lah kalau teman-teman tak memahaminya. Anggaplah aku ingin mengurangkan ras keperitan ini. Aku tetap manusia yang mempunyai batas perasaan. Batu pun lama-lama akan berlubang akibat titisan air. Ini pula jiwa halus aku.

Sabar...sabar...sabar...

Saturday, August 28, 2010

Lepatku Menjadi..hahaha..

Salam Ramadhan buat sahabat ku di luar sana. Sedar tak sedar dan makin jauh kita nak meninggalkan bulan mulia ini. Jadi, jangan lah kita sia-siakan saki baki ramadhan ini. Moga kita masih berkesempatan memperoleh keberkatan darinya.


Sejak dua menjak ni, bila aku kemaskini blog aje..mesti citer bab makan kan. Bukan apa, aku teruja. Maklumlah..dah terlewat baru nak cuba masak macam-macam. Puasa tahun lepas, aku dan suami banyak membeli juadah. Jadi, aku jarang memasak apatah lagi nak cuba buat kuih itu dan ini. Tahun ini, walaupun perut agak sendat dengan orang baru di dalam, macam-macam resepi pula yang aku cuba. Penat pun rajin je. Kata orang, kalau kita rajin sangat masa mengandung, berkemungkinan dapat anak lelaki..ye ke..? wallahualam..


Ketika ke kedai membeli sayur pagi tadi, anakku merenget nak pisang. Aku malas nak beli kerana pisang yang di jual itu, semuanya dah lembik-lembik. Hendak tak hendak terpaksa juga aku beli. Yang menyakitkan hati aku, dia cuma nak makan sebiji je. Dah..siapa nak makan yang baki tu. Rupanya dah lah tak berapa menarik...


Buka peti ais, ternampak kan sisa kelapa parut yang aku gunakan untuk buat sambal kelapa kelmarin. Jadi, menu yang terfikir..ialah lepat pisang..Ini adalah pertama kali aku nak melepatkan pisang. Hehe..nak kongsi resepi pun, aku tak pandai pasal aku ni jenis campak mencampak..tapi bila orang bagi resepi campak mencampak kat aku..aku marah woo...hahah


Daun pisang..tak ada masalah. Mak mertua aku rajin berkebun. Tepi rumah ada, belakang rumah pun ada. Pukul 6 aku mula kan operasi. Apalagi agak menggelupur..Tapi, jangan risau..aku 'cool' je. Akhirnya...

Masa dalam pengukus tadi, macam tak jadi je. Jadi tawakal aje lah...Masa berbuka tadi, dah makan kurma. Apa lagi..waktu untuk mencuba...Tersengih aku...kalau jual laku nih..pandai juga aku buat lepat..hahaha..masuk bakul sendiri nampaknya. Apapun Alhamdulillah...

Salam Ramadhan ya...

Monday, August 23, 2010

Di Mana Silap Ku...

Salam Ramadhan...bila dah berminggu, rasa macam biasa je kan. Cuma bagi insan seperti aku ni lain sikit la rasanya. Dulu, masa mengandungkan anak sulung, banyak juga tinggal puasa. Sebab, aku risau kot jadi apa-apa kat anak aku. Tambahan, kakak aku yang dah banyak pengalaman ada menasihatkan aku. Tapi, baru-baru ni ada paparan khas tentang ibu mengandung yang berpuasa di Buletin TV3 yang mengatakan tiada masalah bagi ibu mengandung nak berpuasa. Melainkan jika mereka kuat alahannya. Apa lagi, semangat la aku nak berpuasa penuh..heee.

Itu adalah muqadimah je. Sebenarnya, aku tak puas hati dengan resepi baru yang ku cuba ini. Aku dah amati bahan-bahannya, cara memasaknya berkali-kali. Cara nak memasak Udang Mentega ni tak lah susah mana. Bahannya pun mudah nak di dapati. Suami dan anak aku suka makan udang. Jadi, saja nak cuba resepi istimewa sikit.
Sangka di hati, mesti jadi macam ni. Halus-halus keraknya itu. Mesti suami dan anakku ligat nak meratah ni. Jadi, bersemangat la aku ni menyiapkan bahan. Dan memulakan kerja memasak dengan kalimah Bismillah..setiap langkah dituruti dengan berhati. Maklumlah...pertama kali. Akhirnya...
Uwaaa....kenapa jadi macam ni. Ini bermakna, aku tak lulus lagi nak masak resepi ini. Dan di manakah silap ku. Apa yang tak betul ye...penat ku tanya semua pakar-pakar memasak..tapi, aku belum cuba untuk kali kedua lagi. Namun, Alhamdulillah..walaupun rupanya begitu, licin juga suamiku kerjakan. Nasib baik tak membazir. Yalah..rasanya tetap rasa udang, kenapa pula tak nak makan kan...Nanti, aku cuba lagi...nantikan ya..

Saturday, August 21, 2010

Orang Yang Beriman Banyak Cobaannya

Terdapat riwayat yang shahih bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Artinya : Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cobaan) , Tawwab (senang bertaubat) , dan Nassaa’ (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat”. (Silsilah Hadits Shahih No. 2276).

Hadist ini merupakan hadits yang menjelaskan sifat-sifat orang mukmin, sifat-sifat yang senantiasa lengket dan menyatu dengan diri mereka, tiada pernah lepas hingga seolah-olah pakaian yang selalu menempel pada tubuh mereka dan tidak pernah terjauhkan dari mereka.

1. Mufattan
Artinya : Orang yang diuji (diberi cobaan) dan banyak ditimpa fitnah. Maksudnya : (orang mukmin) adalah orang yang waktu demi waktu selalu diuji oleh Allah dengan balaa’ (bencana) dan dosa-dosa. (Faid-Qadir 5/491).

Dalam hal ini fitnah (cobaan) itu akan meningkatkan keimanannya, memperkuat keyakinannya dan akan mendorong semangatnya untuk terus menerus berhubungan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala, sebab dengan kelemahan dirinya, ia menjadi tahu betapa Maha Kuat dan Maha Perkasanya Allah, Rabb-nya.

Menurut sebuah riwayat dalam shahih Bukhari dan shahih Muslim, sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Artinya : Perumpamaan orang mukmin ibarat sebatang pokok yang lentur diombang-ambing angin, kadang hembusan angin merobohkannya, dan kadang-kadang meluruskannya kembali. Demikianlah keadaannya sampai ajalnya datang. Sedangkan perumpamaan seorang munafik, ibarat sebatang pokok yang kaku, tidak bergeming oleh terpaan apapun hingga (ketika) tumbang, tumbangnya sekaligus”.
(Bukhari : Kitab Al-Mardha, Bab I, Hadist No. 5643, Muslim No. 7023, 7024, 7025, 7026, 7027).

Ya, demikianlah sifat seorang mukmin dengan keimanannya yang benar, dengan tauhidnya yang bersih dan dengan sikap iltizam (komitment)nya yang sungguh-sungguh.

2. Tawaab Nasiyy
“Artinya : Orang yang bertaubat kemudian lupa, kemudian ingat, kemudian bertaubat”. (Faid-Al Qadir 5/491).

Seorang mukmin dengan taubatnya, berarti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala, yaitu sifat yang terkandung dalam nama-Nya : Al-Ghaffar (Dzat yang Maha Pengampun). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

“Artinya : Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal shalih, kemudian tetap di jalan yang benar”. (Thaha : 82).

3. Nassaa’ – Apabila Diingatkan, Ia Segera Ingat.
Artinya : Bila diingatkan tentang ketaatan, ia segera bergegas melompat kepadanya, bila diingatkan tentang kemaksiatan, ia segera bertaubat daripadanya, bila diingatkan tentang kebenaran, ia segera melaksanakannya, dan bila diingatkan tentang kesalahan ia segera menjauhi dan meninggalkannya.

Ia tidak sombong, tidak besar kepala, tidak congkak dan tidak tinggi hati, tetapi ia rendah hati kepada saudara-saudaranya, lemah lembut kepada sahabat-sahabatnya dan ramah tamah kepada teman-temannya, sebab ia tahu inilah jalan Ahlul Haq (pengikut kebenaran) dan jalannya kaum mukminin yang shalihin.

Terhadap dirinya sendiri ia berbatin jujur serta berpenampilan luhur, sedangkan terhadap orang lain ia berperasaan lembut dan berahlak mulia, bersuri tauladan kepada insan teladan paling sempurna yaitu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang telah diberi wasiat oleh Rabb-nya dengan firman-Nya :

“Artinya : Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka …..”. (Ali Imran : 159).

Inilah sifat seorang mukmin. Ini pula jalan hidup serta manhaj perilakunya.

Syaikh Ali bin Hasan bin Ali bin Abdulhamid Al-Halaby

p/s: Jadi, kita ni tergolong dalam golongan yang mana? Wallahualam,...

Tepung Pelita Bazar Vs Kuih Limas Aku

Tepung pelita? Kuih limas? Berbeza ke..loghat orang je. Di kampung aku orang panggil kuih tepung pelita tu dengan nama kuih limas. Kata orang kuih ni memang jadi kemestian di bazar setiap kali Ramadhan. Memang tak di nafikan, aku pun suka. Tapi, tak ada la samapi hari-hari aku nak pulun. Tambahan pula, yang dijual di bazar tak menepati cita rasa aku. Kecuali di Bazar Kampar, Perak. Ada seorang saudara aku ni yang jual..memang boleh percaya rasanya. Memang cukup segalanya, dia memang dah pakar buat kuih ni bertahun-tahun dah. Kalau letak je kat meja, sekejap je dah habis. Selalunya, kalau aku balik kampung mesti ke rumah dia sebelum dia berangkat nak gi ke bazar...hehehe..




Ini rupa yang di jual di bazar. Cantik je di permukaannya kan. Aku tak suka pasal..bahagian atasnya keras. Sepatutnya, atas nya tu macam pecah lemak sikit dan berkrim. Barulah masuk dengan bahagian tepung di bawah.


Ha..yang sebelah kanan, siap masih dalam pengukus ni aku punya. Tak leh aku nak berlagak pasal ini adalah pertama kali aku buat kuih limas berdaun pisang gitu. Kalau tengok betul-betul bahagian ats nye kan bersantan berkrim tu. Tu lah kegemaran ku..tu pasal tak leh makan selalu..heheh
Lagi satu, untung buat sendiri. Adunan tepungnya tak ada lah banyak mana. Dalam 4 sudu tepung je. Tapi banyak kan boleh dapat. Kenapa aku buat banyak-banyak tu walhal suami aku tak makan pun. Sebab hari ni aku berbuka di rumah mak mertua aku. Aku terkenangkan anak-anak buah aku yang suka sungguh makan kuih ni. Jadi, nak bagi rasa buatan aku punya. Kalau tak sedap tak pelah..yang penting aku ikhlas dan.................tekak aku sedap je menelannya. Hehehe..

Friday, August 20, 2010

Rezeki Masing-Masing...

Sedar tak sedar kita sudah pun melewati hari kesepuluh berpuasa. Alhamdulillah, bernafas lagi kita hingga ke hari ini. Kisah ku kali ini, bukan lah menyentuh hal-hal berpuasa. Namun, tetap juga ku mengharapkan agar Ramadhan kali ini lebih diberkati walaupun agak banyak juga ibadah-ibadah terkandas. Moga yang di "top-up" akan diterima-Nya.

Petang tadi, aku terbaca satu blog rakan ku yang menyentuh bab-bab mencari duit di rumah. Terasa juga diri ini. Boleh dikatakan aku bukanlah kategori insan yang suka bekerja di ofis. Boleh bengong kepala otak ini terperap di ruangan itu saja. Tak juga insan yang suka bekerja di luar. Ke sana ke mari. Entah-entah aku ni kategori orang yang malas bekerja ek..

Hehe..tak lah. Dulu, aku seorang yang lasak. Zaman muda remaja la. Habis SPM aku mula melilau mencari peluang kerja. Kerja pertama dalam hidup aku ialah di restoran. Semua kerja aku kena buat. Dari pelayan, cuci pinggan, pembantu dapur dan lain-lain. Tukang masak dan buat air je aku tak buat. Masa aku bekerja pukul 2 petang sampai kul 12.00 malam, kadang-kadang terlewat. Tapi, aku tetap di bayar RM10 sehari dan makan sekali je tak boleh lebih-lebih. Mana-mana pelanggan yang kenal aku waktu tu semua marahkan aku sebab nampak sangat aku dibodoh-bodohkan. Huhu..mana la aku tau. Itu lah pengalaman pertama memahami erti bekerja.

Tapi, bila difikirkan dari kerja itu hinggalah macam-macam kerja yang aku lakukan sehingga kerja ku yang terakhir, semuanya masalah ku melibatkan majikan. Hairan aku, aku bekerja memberi komitmen tinggi terhadap kerja aku. Tapi, kenapa bos pijak-pijak kepala aku. Tak cukup dengan itu, aku dimalukan dengan macam-macam kisah lagi. Astaghfirullah...kalau aku teruskan lagi kata-kata aku ini mau kurang pahala puasa sepuluh hari ini.

Itu semua pengalaman, mematangkan diri membuatkan aku berfikir..manusia tetap manusia. Mudah lupa yang dia adalah manusia kerana ditutupi dengan kuasa bahawasanya dia lah ketua. Apapun bos kan selalu betul. Tapi , percayalah ..bos pun manusia, munajat la sedikit apa yang anda lakukan kepada anak buah. Berbaloi atau tidak...

Wallahhualam...

Anak Tertelan Duit Syiling..

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

copy@KisahLawak
*********************************************************************
Jangan main-main dengan budak-budak sekarang. Minda mereka berkembang sejajar dengan arus kemodenan dunia kita. Ini mengajar kita mempersiapkan diri untuk menjawab pelbagai jenis soalan yang akan meluncur keluar dari mulutnya suatu hari nanti.

Wednesday, August 18, 2010

Hampir Hilang Kesabaranku..

Ramalan cuaca sekarang ini menyatakan bahawa hujan dan panas tidak menentu. Selalu juga ku tonton berita di tv yang memaparkan kisah rakyat Pakistan yang menderita dengan bencana alam yang menimpa mereka. Apa yang mampu kita nasihatkan pada mereka, bersabar. Bersabar....

Tapi, bila perkara itu benar-benar berlaku ke atas diri kita. Mungkin kita akan melenting, sebelum kesabaran menjelma jauh di lubuk hati ini. Kenapa aku berkata sedemikian? Kerana, aku dah alami nya. Kelmarin dan yang paling mencabar kesabaranku adalah detik-detik semalam. Hujan yang kuat dan lebat menyebabkan bahagian dapurku di naiki air. Aku cemas keseorangan. Dengan perut memboyot aku menahan air dengan tuala dan apa-apa yang boleh menahan air itu dari ke ruang tamu. Kalau tidak, lagi haru biru aku. Dalam hati dah mula nak mengamuk, nak menggerutu rasa marah ni..pasal dah banyak kali perkara macam ni terjadi. Aku dah tak larat ..penat...

Kedua-dua kejadian tersebut terjadi di saat aku sibuk menyediakan juadah untuk hidangan berbuka. Tidak lama selepas itu, aku beristighfar dalam hati. Begini kah aku menyambut dugaan dari Allah. Memohon ampun dan bantuan moga diringankan beban ketika itu. Aku sedar dugaan ketika itu tidaklah seteruk seorang ibu di Pakistan melihat 3 orang anaknya tenggelam timbul lemas di bawa arus banjir. Nauzubillah...insaf aku di dalam hati...

Kepada rakan-rakan, jika ada kata-kata aku yang membawa kepada perkara yang tidak baik, sedarkan aku. Biar lah aku malu di dunia. Janganlah aku malu di depan Allah, menggalas dosa yang bertimbun. Wallahualam..

Salam berpuasa ya...

Sunday, August 15, 2010

Takuti Seksa Kubur

Detik ini aku bersendirian di rumah. Suamiku ke tempat kerja untuk punch-card kerja dia. Si kecil pun nak mengikut sekali. Jadi, tinggallah ibunya bersendirian di rumah. Tadi macam dah ngantuk sangat. Namun, gatal pula jari nak menaip di arena blogging ini.

Sedang mengemaskini status ku di Facebook (konon-kononnya sibuk la tu), aku terbaca sebuah artikel dari sebuah blog. Aku rasa tak salah kalau kita sama-sama berkongsi ilmu dan jadikan ia sebagai peringatan sepanjang hidup kita untuk berjuang menemui Allah dalam keadaan yang di redhai-Nya.

************************************************************************

Untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya,seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith dan Sunnah :

1. Memelihara Solat 5 Waktu
---------------------------
Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya"Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian
------------------------------------------------------- -------
Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah
b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai keSyurga." (bagi mereka yg beriman).
** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh AbuNu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.
------------------------------------------------------- ---------
Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah"(Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda;"Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaanKubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusiIbnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan.

"Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur"Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.

Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) danTabaarak

4. Mati Syahid
---------------
Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajahbahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.
Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda :
"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih utama".Terkadang berliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedanghatinya masih terikat dengan
perjuangan menegakkan kalimah Allah) nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur;sedangkan amalannya subur(terus bertambah;dipahalai sebagai hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat."Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat
----------------------------------------
Rasullulah s.a.w bersabda :"Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur"Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut
--------------------------------
Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu':"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah AlBaihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah
------------------------------------------------------- -----
Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda:"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:
------------------------------------------------------- ------
Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda :"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan)Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolong orang sedang dianiayai:
------------------------------------------------------- -----
Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan : "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan.Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah disebabkan)
engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidak memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10. Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur
------------------------------------------------------- -----------
Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan sebelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi : "Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi:

"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" Riwayat Abi Umaamah

Wallahu'walam. Semoga kita mendapat faedah dari pengajaran ini.


Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
**********************************************************************

Moga kita sama-sama mengambil iktibar. Ku ingatkan diriku dan teman-teman ku di luar sana, tiada siapa dapat mengubah kita melainkan seru dari-Nya. Jadi, sentiasalah berdoa agar kita taubat kita sentiasa didengari-NYa sebelum kita dipanggil ke sana. Dan, tak lupa, moga kita di dalam golongan hamba-Nya yang terhindar dari seksaan kubur. Amin...

Sehari lagi berlalu...

Salam Ramadhan..



Nampaknya ada sawang sikit-sikit di blog ku. Bukan sawang kerana ramai pengunjung. Tapi, sunyi tiada pengunjung. Dulu, aku terfikir gak..tapi sekarang..lantak la. Sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk membebel seorang diri, heheh..



Sedikit tidak konsisten menulis blog atau memeriksa status aku di Facebook. Bukannya sibuk, kehidupan ku berlalu seperti biasa. Cuma mungkin agak lelah sedikit, jadi bila dah habis kerja..ku mengambil sisa masa itu untuk berehat. Perut pun tentu tegang.



Hari ni aku rasa sihat sedikit dan semua persediaan dah siap. Jadi, aku cuba rajinkan diri dan jemari ku untuk menaip. Saja nak perbaharui ruangan blog. Jangan marah ye..



Semalam aku dan suami membeli-belah membeli sedikit barangan persediaan menantikehadiran orang baru dan barang-barang dapur. Bila dah sampai rumah, mula lah penat yang amat sangat. Tapi, nasib baik lah kami berbuka di rumah mak mertua ku. Jadi, ringan sedikit beban semalam. Alhamdulillah...



Tapi, terfikir jugak..takkan berlenggang je datang. Mereka tak ada lah kata apa. Cuma, aku nak meriah kan keadaan je. Benda yang sempat aku buat dalam masa yang singkat ialah Kuih Tako. Tapi, tak sempatlah nak buat bekas tako daun pandannya. Jadi, yang nak dibawa kerumah mak mertua ku, aku letak dalam acu kecil2 je..yang bakinya..aku bantai aje lah..

Inilah rupanya, rasanya..rasa Kuih Tako la, tapi kureng sikit. Sebab, aku tak sempat juga nak rebus air pandan..kira kuih bidan terjun la tu..hehe..

SALAM RAMADHAN BUAT TEMAN-TEMAN..

Tuesday, August 10, 2010

Pertama Ramadhan.


Assalammualaikum...

Salam Ramadhan buat saudara mara dan rakan-rakan di luar sana. Malam ini terasa hening sedikit, mungkin kesayuan Ramadhan dah tiba. Maklumlah malam ini juga, pertama tarawih tahun ini sudah dilaksanakan. Gembira tak terkata di hati ini. Syukur masih lagi berkesempatan menemui bulan yang hanya berkunjung setahun sekali.

Sebenarnya, kami terlepas berita pada pukul 8.00 malam tadi. Jadi, tiadalah pengumuman puasa yang berkumandang di dalam rumah ini. Ini semua gara-gara anak aku melalak, hendak juga menonton cd Finding Nemo. Apa lagi, cucu dah melalak..di sambung pula dengan ngomelan opahnya yang tidak tahu sama ada esok puasa atau tidak. Aku malas nak bising, walhal aku tau esok puasa..heee..Akhir sekali, dia mendapatkan kepastian dari kakak aku. Baru boleh pejamkan mata nak lena...

Dalam keterujaan nak menyambut pertama sahur Ramadhan esok, terkenang aku akan emak mertua ku di Shah Alam nun..mesti sedikit sebanyak terusik sedikit hati tuanya. Ini adalah Ramadhan pertama tanpa abah..namun, pasti dia cekal dan meneruskan kehidupan ini. Buat ayah aku dan abah mertuaku..doa buat kalian tak pernah putus.

"Raya terakhir tahun lepas"



Aku pula..? ingatkan dapat nak bersahur bersama Sayangku. Tapi, dia tak mengikut plan. Sepatutnya dia dah sampai petang tadi di sini untuk menyambut pertama Ramadhan dengan aku. Tapi tak jadi. Aku pun tak merenget2 macam budak-budak..biarlah, asalkan dia buat mana yang wajib. Dan selamat di sana...


Buat semua..rasanya dah berkali ku ucapkan tapi apa salahnya kan...

Sunday, August 8, 2010

Kisah Seorang Guru dan Murid-Muridnya.

Hari ini, saat-saat kegeringan aku bermula sekali lagi. Selepas mandi dan bersarapan pagi, aku rasa suasana di mata ku kabur-kabur dan berputar. Mula-mula aku cuma berbaring di atas katil. Tapi akibat pening sangat, ku pejamkan mata. Bila dah pejam mata, faham-faham lah..Bila sedar di dunia nyata, dah nak waktu Asar..Astagfirullah...

Nasib baik aku di rumah emak, kalau tidak kesian anak aku keseorangan..

Jadi, sekarang aku tak ada kisah yang menarik untuk di taipkan. Cuma, marilah berkongsi kisah lawak yang berjaya membuat aku terbahak-bahak hingga meleleh air mata.

***************************************************************************


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid-murid: Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid-murid: Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid-murid: UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid-murid: Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid-murid: Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.....

copy@KisahLawak
****************************************************************************
Amacam? terbahak2 tak...atau aku seorang je yang syok sendiri dengan kisah ini. Apapun, bagi sesiapa yang mengunjung laman ku yang tak seberapa ni, tinggal-tinggalkan lah jejak..berbunga rasa hati ini kalau ada yang sudi singgah. Terima kasih rakan-rakan.


Salam Ramadhan buat Teman Semua...

Friday, August 6, 2010

Isu Kahwin

Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rizal : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan



copy@KisahLawak

********************************************************************************
Bila sebut bab kahwin, teringat masa aku dulu. Hehe...2 kali suami ku kena..bukan kerana tak betul..Tok Kadi tu dah tua, mungkin dia tak berapa dengar dah. Jadi kena ulang suara sekali lagi dengan jelas. Apa-pun selamat...Alhamdulillah..

Wednesday, August 4, 2010

Argh...TENSION...

Ibu mertua ku singgah ke rumah aku dalam perjalanan pulang dari masjid tadi. Dia menyampaikan berita yang tukang urut juga kawan nya itu akan datang nak mengurut perut aku esok.

Aku hargai niat baik mak mertua aku tu. Masalah nya, aku tak suka TUKANG URUT tu, Macam mana aku nak nyatakan yang aku taknak lagi di urut olehnya. Anak sulung dulu aku dah kena...kenapa? Ada beberapa sebab :

1 - Dia urut aku dalam keadaaan tak berkain, malu lah aku..mak mertua n kakak ipar aku tengok je punggung aku. Memang la semuanya perempuan. Dia bagi alasan memang itu cara beurut. Dia ingat aku bodoh ke tak pernah berurut. Dengan dia je macam tu...

2 - Dia gosok perut pakai minyak panas. Doktor pun marah weh..terkejut gak aku, dia ni betul ke tidak belajar cara-cara mengurut.

3 - Urut kejap bayar mahal. Aku ni memang jenis biar berbaloi dengan apa yang aku dapat. Jadi, memang tak berbaloi berurut dengan dia..tak selesa langsung.

Jadi, aku dalam dilema nak hadapi hari esok. Aku takut kot bergaduh pulak..jadi, kalau betul terjadi benda ni esok, sekali lagi aku kena jadi orang bodoh yang diperbodohkan.

Lagi Suci.

Seorang ulama' menaiki kapal terbang untuk ke Mesir.Penerbangan mengambil masa yang boleh dikatakan lama jugak. Beliau pergi ke tandas utk mengambil wudhu'. Disebabkan ruang tandas tersebut agak sempit,beliau biarkan saja pintu tandas terbuka dan mengambil wudhu' di sinki.

Kebetulan lalu seorang pramugari seksi di situ dan memerhatikan ulama' tersebut tertonggang tonggek mengambil wudhu'. Pramugari menegur tingkah laku ulama' tersebut tanpa segan silu, dengan nada yg serius,

Pramugari: Encik.....encik tidak dibenarkan mencuci kaki di sinki ini.

Ulama': ????????????.Mengapa tidak boleh???

Pramugari: Sinki ini hanya utk mencuci muka. Kalau cuci kaki di sinki ini,ia akan menjadi
kotor.

Ulama': Saudari...berapa kali saudari mencuci muka dalam satu hari???

Pramugari: Lebih kurang 2-3 kali sehari....(pramugari menjawab dgn bangga)

Ulama': Saudari nak tau...saya cuci kaki saya 5 kali sehari......ini bermakna kaki saya lebih suci dr muka saudari....(jawab ulama' selambe)

copy @ KisahLAwak
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Huhu..tersenyum juga aku membaca kisah ini. Tapi, benar kata Ulama' itu. Air wudhu' lebih suci dan terpancar di wajah kita jika kita mengambilnya dengan niat dan cara yang betul. Jangan buat ikut cikai-cikai je, nanti tergolong lah kita dalam golongan orang yang rugi kerana tidak medapat berkat dari perkara yang sungguh mudah. Wallahualam..

Islam Larang Ibu Bapa Laknati Anak.

Seharian di rumah, menjalani tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu begitu menduga kekuatan stamina dari segi mental dan fizikal. Tambahan, membawa kehulu kehilir insan baru yang setia berehat dalam rahim ku yang semakin membesar. Alhamdulillah...

Terkadang. kesabaran ku tercabar dengan kerenah putera sulung ku, Izzat. Namun, mungkin itu yang dikatakan naluri keibuan, ku turuti dengan penuh berhemah. Namun, bila dah mencecah tahap maksima, aku biarkan saja dia mengamuk terguling-guling. Asalkan jangan aku yang marah. Sebab, bila manusia mula saja perasaan marahnya, syaitan pasti meniupkan lagi kemaraan api amarah itu.
Ini juga mengingatkan aku akan artikel yang aku baca di dalam sebuah surat khabar. Artikel itu ditulis oleh seorang guru. Ia, adalah tentang Islam melarang kita melaknat anak-anak dan harta milik kita.

Kenyataan ini bertepatan dengan pepatah "anak umpama kain putih, yang menanti corak yang akan kita coretkan, kalau berkualiti..mahallah hasilnya", aku tambah sikit aa.

Anak-anak yang mengalami proses tumbesaran, pasti ada yang nakal, aktif dan degil. Ini semua sebenarnya sudah dilalui oleh ibubapa kita dahulu dimana kita juga pernah kecil dahulu.

Bila berhadapan dengan anak-anak sebegini pasti kemarahan akan mudah tercetus. Maka, mulut pun mula lah meratus ucap yang bukan-bukan, mencaci dan memaki hamun. Sedarkah kita bahawa apa yang keluar dari mulut kita sebagai ibu bapa, merupakan satu doa. Dan jika doa itu di ucapkan ketika waktu makbul, maka terimalah padahnya kepada anak-anak kita atas permintaan kita tanpa kita sedari. Nak menyesal? mungkin dah terlambat...

Nauzubillah, itulah yang aku ingatkan bila marah menguasai fikiran. Maklumlah, aku ni pun bukan manusia yang sempurna. Tambahan bila melihat muka sememeh anak aku yang mengerti dia yang buat salah, nak tergelak pun ada.

Jadi, siapa yang aku risaukan..kita faham-faham je lah. Sentiasa berdoa moga kita semua saling membimbing moga kita tak jauh terpesong dari landasanNya. Dan yang penting, diberi petunjuk mendidik amanah kita menjadi insan yang soleh dan solehah..kan itu harta kita dunia dan akhirat.

BETUL TAK KAWAN-KAWAN ?

Tuesday, August 3, 2010

Bihun vs Mee

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.


Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.



Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Monday, August 2, 2010

Bila Marah Menguasai Diri.

Baru-baru ini, hatiku dilanda ombak yang mengganas. Menghempas-hempas di tepian jiwa. Rasa nak pecah karang-karangan di lubuk hati ini. Walau seganas mana ayat yang aku gunakan, percayalah..hanya mampu yang aku lakukan. Menangis..bukan ku pinta ia mengalir. Kerana ia keluar bersama munajat ku padaNya. Ya Allah...walau banyak dugaan Kau turunkan, yang aku harap janganlah kau palingkan rahmatMu. Kerana itulah dugaan yang paling aku takuti.

Selama ini aku suka menasihati, rakan-rakan yang dirundung muram. Walhal aku tahu, kata-kata tak mampu memadamkan api kemarahan mereka melainkan mereka sendiri. Namun, doa ku sentiasa bersama-sama kalian.

Aku tak boleh melayani jiwa yang lara saja. Kehidupan mesti diteruskan. Berbekalkan zikir memohon ampun dan petunjuk aku teruskan tanggungjawab tanpa menimbulkan kekecohan.
Aku bukanlah insan yang penuh ilmu agama di dada. Tapi, apa yang rukun apa yang diperintahkan itu yang ku usaha untuk lengkapkan.

Kini, kita sudah menjejak bulan 8. Bermakna, bulan Ramadhan makin menjelang. Alhamdulillah, kita berkesempatan lagi menunaikan ibadah yang termaktub di dalam salah satu prinsip dalam Rukun Islam.

Syahdu rasanya, namun kesihatan agak terbatas. Kalau tak, ingin rasanya hari-hari bertarawih. InsyaAllah..

Moga kehadiran bulan mulia ini, menambahkan lagi kekuatan hati dan jiwa ini. Dalam melayani dugaan, terasa diri ini diperhatikan. Terima kasih ya Allah dengan dugaanMu, kerana dengan itu aku tahu Kau menyayangiku. Aku akan berusaha untuk lebih kasihkan Mu lebih cintakan Mu.

Rakan-rakan, doakan kemudahan bagiku menyelesaikan urusan hidup dari awal hingga akhir.

SALAM RAMADHAN BUAT TEMAN SEMUA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...