Seharian di rumah, menjalani tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu begitu menduga kekuatan stamina dari segi mental dan fizikal. Tambahan, membawa kehulu kehilir insan baru yang setia berehat dalam rahim ku yang semakin membesar. Alhamdulillah...
Terkadang. kesabaran ku tercabar dengan kerenah putera sulung ku, Izzat. Namun, mungkin itu yang dikatakan naluri keibuan, ku turuti dengan penuh berhemah. Namun, bila dah mencecah tahap maksima, aku biarkan saja dia mengamuk terguling-guling. Asalkan jangan aku yang marah. Sebab, bila manusia mula saja perasaan marahnya, syaitan pasti meniupkan lagi kemaraan api amarah itu.
Kenyataan ini bertepatan dengan pepatah "anak umpama kain putih, yang menanti corak yang akan kita coretkan, kalau berkualiti..mahallah hasilnya", aku tambah sikit aa.
Anak-anak yang mengalami proses tumbesaran, pasti ada yang nakal, aktif dan degil. Ini semua sebenarnya sudah dilalui oleh ibubapa kita dahulu dimana kita juga pernah kecil dahulu.
Bila berhadapan dengan anak-anak sebegini pasti kemarahan akan mudah tercetus. Maka, mulut pun mula lah meratus ucap yang bukan-bukan, mencaci dan memaki hamun. Sedarkah kita bahawa apa yang keluar dari mulut kita sebagai ibu bapa, merupakan satu doa. Dan jika doa itu di ucapkan ketika waktu makbul, maka terimalah padahnya kepada anak-anak kita atas permintaan kita tanpa kita sedari. Nak menyesal? mungkin dah terlambat...
Nauzubillah, itulah yang aku ingatkan bila marah menguasai fikiran. Maklumlah, aku ni pun bukan manusia yang sempurna. Tambahan bila melihat muka sememeh anak aku yang mengerti dia yang buat salah, nak tergelak pun ada.
Jadi, siapa yang aku risaukan..kita faham-faham je lah. Sentiasa berdoa moga kita semua saling membimbing moga kita tak jauh terpesong dari landasanNya. Dan yang penting, diberi petunjuk mendidik amanah kita menjadi insan yang soleh dan solehah..kan itu harta kita dunia dan akhirat.
BETUL TAK KAWAN-KAWAN ?
No comments:
Post a Comment
Akak Nora suka baca komen anda....