Sedar tak sedar kita sudah pun melewati hari kesepuluh berpuasa. Alhamdulillah, bernafas lagi kita hingga ke hari ini. Kisah ku kali ini, bukan lah menyentuh hal-hal berpuasa. Namun, tetap juga ku mengharapkan agar Ramadhan kali ini lebih diberkati walaupun agak banyak juga ibadah-ibadah terkandas. Moga yang di "top-up" akan diterima-Nya.
Petang tadi, aku terbaca satu blog rakan ku yang menyentuh bab-bab mencari duit di rumah. Terasa juga diri ini. Boleh dikatakan aku bukanlah kategori insan yang suka bekerja di ofis. Boleh bengong kepala otak ini terperap di ruangan itu saja. Tak juga insan yang suka bekerja di luar. Ke sana ke mari. Entah-entah aku ni kategori orang yang malas bekerja ek..
Hehe..tak lah. Dulu, aku seorang yang lasak. Zaman muda remaja la. Habis SPM aku mula melilau mencari peluang kerja. Kerja pertama dalam hidup aku ialah di restoran. Semua kerja aku kena buat. Dari pelayan, cuci pinggan, pembantu dapur dan lain-lain. Tukang masak dan buat air je aku tak buat. Masa aku bekerja pukul 2 petang sampai kul 12.00 malam, kadang-kadang terlewat. Tapi, aku tetap di bayar RM10 sehari dan makan sekali je tak boleh lebih-lebih. Mana-mana pelanggan yang kenal aku waktu tu semua marahkan aku sebab nampak sangat aku dibodoh-bodohkan. Huhu..mana la aku tau. Itu lah pengalaman pertama memahami erti bekerja.
Tapi, bila difikirkan dari kerja itu hinggalah macam-macam kerja yang aku lakukan sehingga kerja ku yang terakhir, semuanya masalah ku melibatkan majikan. Hairan aku, aku bekerja memberi komitmen tinggi terhadap kerja aku. Tapi, kenapa bos pijak-pijak kepala aku. Tak cukup dengan itu, aku dimalukan dengan macam-macam kisah lagi. Astaghfirullah...kalau aku teruskan lagi kata-kata aku ini mau kurang pahala puasa sepuluh hari ini.
Itu semua pengalaman, mematangkan diri membuatkan aku berfikir..manusia tetap manusia. Mudah lupa yang dia adalah manusia kerana ditutupi dengan kuasa bahawasanya dia lah ketua. Apapun bos kan selalu betul. Tapi , percayalah ..bos pun manusia, munajat la sedikit apa yang anda lakukan kepada anak buah. Berbaloi atau tidak...
Wallahhualam...
No comments:
Post a Comment
Akak Nora suka baca komen anda....