Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, April 30, 2011

Hari yang lemau...

Erk..lemau..hari yang lemau. Apakah definisi anda sendiri? Bagi akak nora, hari yang lemau ini dimulai dengan bangun lambat. Malas nak masak. Asyik terduduk aje..

Kata pakar, sebelum tidur kita haruslah senyum dan gembira. Berdoa kepada Allah SWT mohon semoga hari esok adalah hari-hari yang lebih baik daripada hari yang berlalu. Dan baca doa tidur. Maka, insyaAllah kita akan bangun dengan bersemangat esok.

Akak nora tidur dalam kekacauan..kenapa? Biarlah rahsia, sampai lupa doa tidur. Ha..mimpi yang hampir meragut nyawa. Adik pula asyik meragam, tak sedap perut kot. Aduh..sakit kepala sekejap bangun sekejap bangun.

Bila bangun tidur pula, sebaik-baiknya senyum juga dan ucapkan Alhamdulillah atau panjangkan lagi dengan doa bangun tidur. Itu adalah untuk mensyukuri nikmat hidup yang Allah telah berikan untuk sehari lagi. Ha..teruskan dengan mengambil wuduk. Barulah ikatan syaitan yang mengikat kita supaya jangan solat subuh tu terputus.

Alhamdulillah..mata aku dah 'set' untuk bangun subuh. Seronoknya dapat solat kat masjid, tak mengapalah..anak kecik-kecik lagi. 2,3 tahun nanti mungkin berkesempatan.
Bila buka mata, memang kelat. senyum pun rasa 'nyerongen' je...hik hik..aper tu? cuma anda senyum tunjuk gigi je..macam tu la. Tapi, bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah itu penting ya..untuk mengelakkan kita ni lupa untuk berterima kasih dengan Allah SWT.

Tiba masa nak masak. En.hubby kerja, jadi masak ala kadar je. Alhamdulillah..tadi dia makan tak banyak komen. Cuma pesan jangan masak pedas-pedas, sebab tekak dia belum pulih sepenuhnya. Aku? sebiji cili padi pun dah huru hara, nak masak macam mak bed tu 50biji cili padi? arghhhhh....BOMBA!!!!

Apapun, ..bila akak nora sentuh mesin jahit, ditambah pula jahit kemasan leher baju kurung, memang menghilangkan kelemauan itu. Memang menjahit adalah terapi buat akak nora. Tapi...

Adik Soleh memang tak senang duduk sekarang ni. Sibuk ganggu operasi ibu.

Sedar tak sedar dah lama jugak aku tak masak-masak. Teringin pula nak kek coklat. Susah..adik soleh sekarang, bak kata lagu orang bercinta tu...

"Resah hidup tanpa kau di depan mata ku.."

MAcam tu lah..bangun aje mulalah. Memang payah nak buat kerja rumah. Ada setengah orang akan tunggu aje anak tu, tak boleh nak gerak. Ada juga yang sampai tak solat atau mungkin lambat solat.

Aku ada terbaca satu artikel, yang mengatakan jika semua keperluan bayi itu telah kita sediakan dan berikan, maka ketika hendak bersolat itu, biar aje kalau dia nak menangis. Sebab, mungkin Syaitan mengganggu anda yang ingin bersolat melalui bayi itu. Memang betul, masa mula-mula ada anak dulu, hairan..bila nak solat je..anak aku bersilat guling-guling. Akhirnya, kubiarkan saja. InsyaAllah, Allah itu Maha Mengetahui.

Bab tak boleh nak buat kerja tu, pernah la sekali aku 'bertukar' jadi Oshin jap..kenal Oshin? aku pun tak tahu..tapi dulu aku tengok Oshin berkebun dengan anak kecil macam aku ni..

ha..adik suka satu hari tu, aku keliling rumah dengan dia sekali.
Tapi, tak sanggup nak lama-lama, boleh patah bahu wo..kalah budak bawak beg ke sekolah tu..

 Bila ibu nak hela nafas penat sekejap, rupanya dia lagi penat. terus lena atas riba..haha..

Macam-macam kan..


Friday, April 29, 2011

Segmen: Bestnyer duduk di teratak Pinky Momma..



Hik..hik..bestnya..gambor dah boleh upload. Lepas ni, jangan muntah tengok akak asyik join GA, pasal list GA dah makin berkurangan..hadiahnya langsung tak mandang..wahhahaa..

Akak nora nak join segmen Pinky Momma. Dulu..kami selalu beramas mesra..tapi, lepas akak nora jarang singgah pasal sibuk yang melampau dan masalah network, terus la dah jarang keep in touch..tapi percayalah..u r always in my heart...ecehhh...



(klik Header di atas jika berminat)

Akak nak join kerana nak pastikan pinkymom selalu datang blog akak..bila dia datang akak akan jenguk dia semula, kerana keutamaan akak berblogwalking adalah kepada mereka yang membaca dan memberi komen di entri akak..kalau yang tinggalkan meseg di shoutbox tu agak selalu kelambatan la sedikit ya..jangan marah...

Kenapa akak suruh pinkymom jenguk selalu..?sebab bila join segmen ni dia akan letakkan nama kita dalam senarai bloglist yang akan dia jenguk dulu sebelum berblogwalking ke blog lain pula...weeehhhuuu...teruje nye...ok..ok..relax..sebelum pecah usus..kita kembali ke segmen..


Memang best duduk di teratak pinkymomma. Selain dari warna latarnya yang menyejuk hati, wajah dan senyumannya yang menyambut kehadiran tetamu begitu menceriakan suasana. Blog yang disertakan dengan tips..tapi..akak tak berapa tengok tips make up..cuma suka bab pakai shawl..hehe..best...

Lagi satu, yang membuatkan kita tidak jemu dengan sesuatu blog ni, tentulah olahan ayat yang digunakan. Bak kata Ben Ashaari..boleh merapu..tapi padat dengan mesej dan olahan ayat yang tidak membosankan. Ciri-ciri ini ada pada blog pinkymomma..serius akak nora kata, bukan semua orang minat membaca kisah susunan jadual hidup mereka hari-hari..namun jika dibentukkan dengan rekaan yang menarik..pasti menarik orang hendak membacanya selalu...Selain dari itu, kesah-kesah yang diceritakan kebanyakkannya menarik dan tak hairanlah dalam masa singkat follower pinkymomma meningkat..(kalah akak nora wooo...)

err..keterlaluan ke..tapi..itu lah sejujurnya...lastly..happy berblogging dan salam ukhwah dari akak nora ya..

saja suka-suka terlampau teruja dah boleh upload gabo...hahahahahah...

hik..hik..first time tepon WHI..hehe

Teringat masa di kolej dulu, ramai kawan sedorm...sebilik..gunakan pembersih wanita. Masa tu aku tak guna, ye lah..tak pernah pula emak aku ajar. Ikut Sunnah nabi pun guna air hingga hilang bau dan rasa..rasa pe? mengikut kata ustaz Zawawi..hingga rasa licin tu jadi kesat. Maknanya dah bersih lah tu.

Tapi, masa tu teringin juga nak cuba. Ha..ko seminggu selepas itu. Aku mula merenyam..hehe..tak senang duduk macam ada 'sesuatu' yang mengganggu di mahkota aku...wargh...aku cuba hentikan penggunaan. Tapi, agak rasa tersindir. Sebenarnya lebih kepada..."ya ka..?memang wajib ke kena guna..?"..

Bila dah kawin, aku sediakan juga. Botol kecil saja..persediaan untuk suami. Alhamdulillah, aku tiada masalah keputihan.

Tup..tup..topik hari ini tentang kesan pembersih wanita di Wanita Hari Ini TV3. Melonjak-lonjak rasa nak bertanya. Tangan pun mendail..memang line sentiasa busy. Ye lah..TV3 kan...

Tiba-tiba berjawab, tapi operator dia dulu. Dia tanya soalan apa nak tanya...aku pun cakap. Lepas tu.. terdengar dia bertanya kat orang belakangnya..

"Nak lepaskan tak call akak ni..yang ini tak de lucah-lucah..boleh ye.."

Maknanya, sebelum ni mesti banyak panggilan berbaur lucah.

"Ok..puan tunggu saja di talian ya.."

Hik..hik..akak gelak sorang-sorang..tapi nama dia taip salah..NARAZIMAH RAZALI..huhu..lantakkan lah..Soalan aku..

"Dulu masa saya remaja, memilik pembersih wanita ni macam trend dan wajib ada. Jadi, cuba gunakan, tapi mendatangkan kesan yang tidak selesa. Jadi, saya hentikan penggunaan. Lagipun, saya tiada masalah keputihan. Kalau bau tu bak kata suami saya..apa yang ko makan itu la bau dia kan..contohnya macam makan petai..petai la baunya..(gelak 1 studio..hehe..). Jadi, saya nak tanya..boleh tak kalau tak gunakan langsung.."

Dr. yang gelemer bab sakit Tuan/Puan ni jawab..TIADA MASALAH ya...orang dulu pun tiada pembersih. Jika memang dah ada kesan yang tidak baik, boleh dihentikan..

Aku ada amalkan petua orang dulu buat..guna air sireh je. Tentang nak 'ketatkan' bagi aku yang dah 2 kali kena tonjol dengan vakuum ni pasal anak besar sangat..senaman adalah jawapan tepat. Memang dari anak dara aku suka buat senaman tu. Bukan susah, sambil duduk-duduk pun boleh buat kan. Itu boleh menambahkan kekuatan kemutan otot kewanitaan anda. Tentang bau..mengikut pengalaman, jika tiada masalah di bahagian intim maka tiada bau yang tidak menyenangkan.

Bagi yang sukar nak mengandung tu, mungkin anda suka cuci selepas berhubungan. Cuba tukar 'stail'..selesai saja..tinggikan bahagian punggung anda (letak bantal ke..). Macam aku dulu, siap angkat kaki. Nak malu apa...bukan orang nampak pun..kita usahakan sendiri. Usaha dan doa itu akan Allah nilaikan untuk dimakbulkan atau tidak..Wallahualam..

Wednesday, April 27, 2011

Kubur masing-masing katanya...

Pernah tak kita 'berkata' sedikit..tapi di balas..

"Kau sibuk kenapa..? Kubur nanti lain-lain.."

Hehe..dengan selamba jawabkan aje..

"Pasal kubur lain-lain la aku ingatkan kau. Kalau kubur kita sama, bolehlah aku back-up kau ke, tolong kau ke masa kena seksa nanti.."

Agak-agak apa dia balas..mau dapat sedebik kan kalau dia jenis tak faham-faham lagi la.

Aku baru terdengar kisah dalam kuliah maghrib ni.

Alkisahnya...Nabi Muhammad dan bala tentera islam baru selesai berjuang satu peperangan besar. Dengan masih memakai pakaian perang, badan kotor yang masih belum di cuci, luka-luka yang masih belum di ubati, Nabi SAW berkata..

"Sesungguhnya ini adalah jihad yang paling kecil.."

Bala tenteranya terkejut. Kerana dalam peperangan itu sungguh banyak yang terkorban dan ada juga yang parah-parah. Dan mereka bertanya,

"Jadi, apakah jihad yang paling besar ya Rasulullah..?"

Jawab Baginda..

"Sesungguhnya kita semua sudah tahu bahawa jihad yang paling besar di sisi Allah SWT ialah apabila kita berjuang menundukkan nafsu kita ke jalan Allah SWT. Hidup dan matinya kerana Allah, segala perbuatannya niat kerana Allah SWT.."

Imam ini turut menyatakan walau apa jua yang anda hendak lakukan, hatta nak keluar rumah untuk melakukan pekerjaan sebagai peniaga, niatlah segala kerana Allah SWT. Semoga segala pekerjaan anda menjadi ibadah dan di permudahkan oleh Allah dari awal hingga akhir.

Bukan semua orang sukakan kita...

Aku juga macam manusia biasa. Aku bukannya manusia seperti nabi yang dianugerahkan
"maksum" iaitu terhindar dari melakukan dosa dan kesalahan. Aku juga pernah leka dan alpa dari jalan Allah swt. Namun bersyukur kepada Allah, aku tidak terlalu jauh terpesong. Niat dihati yang selalu ingin mendekati Allah telah menyelamatkan aku dari jauh terpesong.

Satu prinsip yang aku cuba pegang.."dah tahu benda tu salah, bertaubat jangan buat lagi.." Mudahkan..aku pun cuba tak beza-bezakan orang lain. Kerana aku mungkin sama seperti mereka dulu. Leka dan lupa dengan perintah Allah.

Jadi, bila ada seseorang meluahkan rasa tertekan dalam kebingungan, aku cuba terapkan "kembali pada-Nya". Kerana itu adalah sebaik-baik tawakal setelah kita cuba berusaha sebaik mungkin. Aku ingatkan kepada mereka itu semua dugaan Allah yang rindukan rintihan doa kita kepada Dia. Atau dia ingin melihat sekuat mana CINTA kita kepada-Nya.

Mungkin atas perkataan-perkataan yang sering aku gunakan, aku sering di siniskan dengan:

"haa....habis ustazah dan mula bercakap"
"ye la ustazah nora..."

Bukan aku nak bangga, tapi aku malu. Ilmu aku jika dibandingkan dengan pangkat 'ustazah' tu, suku pun tak sampai. Terlalu jauh bezanya. "Ustazah" adalah golongan guru dan pendidik yang amat-amat aku hormati. Melalui insan yang bergelar ustazah jugalah aku sedar dan mula mengenal kesilapan diri yang selama ini aku ambil ringan saja.

Walaupun aku pernah mengajar asas-asas bacaan Al-quran..aku rasa tak kena murid-murid aku panggil aku 'ustazah'..panggil cikgu sha saja ye...segan dengan gelaran itu. Rasanya tak sampai lagi. Ala..macam anda-anda yang bekerja kuli, tapi orang atasan anda panggil anda 'bos'..tak ke malu..

Alkisahnya, masa aku mula-mula mengenali FB dulu, tiba-tiba di suatu hari ada rakan yang add aku. Aku rasa macam kenal. Fotonya dia pakai seluar ketat dan baju pendek memang tutup had dada je dan perut terdedah. Suasana seperti di kelab. Aku agak mesti dia ni penyanyi kelab, sebab masa sekolah dia suka masuk koir atau nasyid. Memang suara dia ada power, high key..hehe..

Aku pun terima dia, tak adalah niat nak block. Kawan tetap kawan. Kemudian, aku tengoklah album dia. Barulah aku makin jelas dan faham, mengapa orang kata FB ni pun menjadi salah satu tempat pengumpulan dosa. Memang dasat-dasat gambarnya. Tapi, yang aku sedih...komen dia dapat semuanya kata cantik, nice dan macam-macam yang positif. Ye la..yang tak setuju tu mungkin macam aku, diam aje tanpa komen.

Sering juga status dia menunjukkan dia dalam kerunsingan, selalu tak sihat, hati yang gundah..dan macam biasa, komen-komen aku adalah seperti selalunya. Cuma, aku ringankan sikit ayat-ayat itu, takut dia terasa tersangat. Aku nak buktikan, walaupun dia begitu, aku begini..aku tetap anggap dia kawan.

Tapi, tak lama selepas itu..aku tak boleh nak komen apa-apa. Bila aku tanya kat mereka yang pro FB ni, ternyata..AKU SUDAH DI BLOCK..terdiam aje lah..kita nak kata apa kan..

Bukan semua orang sukakan kita...macam aku menulis dalam blog ni, bukan semua yang datang suka membacanya. tinggal nota persinggahan saje di shout box..tapi, akak nora tak terasa apa pun..kita semua ada cara kita tersendiri kan..yang pasti hindarkan diri dari kemungkaran dan sayangi diri anda ya..

Tuesday, April 26, 2011

Anak di panggang kerana mencuri...

Pergh..berjaya tak akak nora buat tajuk entri hari ini. Jangan marah ya..ini perkongsian pengalaman masa aku darjah 1 dulu.

Aku bersekolah agama dalam sesi petang. Bersama seorang rakan yang turut tinggal di area flat itu, kami berjalan sama-sama ke sekolah. Hinggalah, ada sekali tu aku tak ke sekolah beberapa hari. Tak ingat la nape..ponteng kot..hahaha..

Bila dah ok, aku ke sekolah macam biasa dengan dia. Tambah seorang lagi 'kawan'. Aku pun tak ingat siapa..

Pelik, bila balik. Mereka ajak aku menyinggah di satu pasar raya yang tidak jauh dari sekolah agama tu..(jauh tak jauh la..). Hairan juga aku ni, yelah..darjah 1 masa tu belanja 40 sen je. Mesti lah dah habis masa rehat tadi. Yang budak-budak ni siap singgah situ nak beli aa..banyak nya duit..

Aku ni ngikut aje la...member aku ni cakap.

"Kau ambik benda-benda ni buat macam aku buat, tak payah bayar." Dia pun ambil dan sorok dalam baju la, tudung la...

Weh....memang aku ni darjah 1. Tapi, aku tak bengap sampai ke situ..ITU NAMANYA MENCURI la..bila aku mula nak membebel ala-ala ustazah at sekolah tadi, mereka marahkan aku. Suruh diam...aku tengok je perlakuan mereka. Memang sah dan sahih, mereka ni mencuri.

Mereka ni dari kelas lain, tak sama dengan aku. Mungkin tahap pemikiran berbeza. Kadang-kadang tension juga aku. Aku kata macam ni..mereka bangkang.."bukan..macam tu la.."

Dalam 2, 3 kali..aku dah tak tahan nak tanggung. Masa tu kecik la weh..mana leh tahan simpan benda macam ni lama-lama kan.

Macam biasa, aku ke rumah dia. Tunggu dia bersiap. Mak dia ada...aku pun mula la..

"Hari ni..aku tak nak ikut ko gi Bintang lagi. Tak nak la buat macam tu lagi, tu mencuri la..kalau kena tangkap nanti, aku pun sama kena."

Wargh..saja aku kuatkan suara bagi mak dia dengar. Apalagi mak dia terus 'sambar' budak ni dan soal siasat, sambil tu..

"Uji..(kakak dia)..ambik suratkhabo..tali..cepat..ikat dia.." Aku makin kaget. Aduh..biasa aku dengar rotan ke..tali pinggang ke..apa kes nak tali sekali ni. (Nyesal tak jugak aku ni..)

Aku berjalan ke bilik tempat mereka 3 beranak 'beroperasi'. Dari pantulan pintu bilik yang berkilat tu..aku nampak member ni diikat kaki dan tangan. Emak pegang kaki dan kakak pegang tangan..di hayun-hayun atas suratkhabar yang dibakar hingga besar apinya itu. Meremang bulu roma aku masa tu..real..budak tu sedang dipanggang dengan gaya tersendiri. Sambil tu, mak dia bising marahkan dia dan bertempik.."nak buat lagi tak..."..raungan tak payah nak cakap la...

Akhirnya, aku sekolah sendiri. Tanpa inform apa-apa. Esoknya...aku jumpa dia. Jelas di tepi-tepi rambut ada yang 'terbakar'. Tapi tak de kejadian melecur. Aku rasa mak dia hayun kasi panas je. Takut-takutkan dengan 'api neraka' kot. Lepas tu memang dia tobat tak mencuri lagi. Yang bagusnya kami tetap kawan seperti biasa dan mak dia tak pernah la nak muncung-muncung dengan aku pasal aku ngadu anak dia mencuri.

Cuma, aku hairan situasi sekarang. Kenapa bila ada orang mengadu tentang anak kita..kita teruskan marahkan si pengadu. Apa kata kita tanya anak kita dulu, selidik dulu...selidik juga si pengadu tu..takut dia 'fitnah' anak kita jugak kan...

Apa-apa pun itu semua pengalaman akak nora...moga kita berjaya mendidik anak kita bercakap benar, kerana bila berbohong lama-lama nanti mencuri tau...,

Monday, April 25, 2011

psssttt...nak tanya ni...

tengah akak nora syok blogwalking dan follow siapa yang pernah follow akak nora, tetiba ada nota blog yang akak nora follow dah 300..haaaa..dah tu akak tak leh follow dah ke..?

macam mana ni...?

kadang-kadang nak marah jugak...uhh..istighfar cepat!!!!

Macam yang sedia maklum, aku ni duduk rumah berhampirang sangat-sangat dengan rumah ibu mertua aku. Berdepan sangat...

Mula-mula dulu, aku berang juga. Sikit-sikit nak gi sana..sikit-sikit nak ke sana. Bukan aku nak jeles atau nak sekat. Cuma keadaan tu buat aku bengang. Contoh..nak kejar masa, klinik nak tutup. Dia on kereta, dan kami tunggu di dalam kereta nak sampai setengah jam. Dia pergi rumah mak. Kadang-kadang aku heran apa lagi yang bual tak habis. Rumah bukan jauh, balik kang pergi le...

Aku ingat, aku sorang je perasan. Tapi, kalau mak aku dan adik beradik yang datang melepak kat rumah ni pun last-last akan bertanya..

"apa yang dia buat asyik ke sana je..."

atau...situasi seperti aku, duk dalam kereta tunggu nak bergerak. Mereka pun..

"apa lagi tu..bila nak gerak ni.." aku tersenyum je...

Kawan-kawan (ada yang pangkat adik sepupu dia..) pun heran...boleh dikatakan kalau dia nak tidur atau mandi dan tengok tv je dia ada kat rumah ni.

Bila dah biasa, aku malas nak bising. Lagipun itu mak dia..memang aku tak pernah nak halang. Tambahan dia anak lelaki, tanggungjawab dia masih kuat.

Yang buat aku bengang...

ni waktu aku mula sibuk..nak mandi, tambah mesin basuh dah tak ada ni. Nak bash kain tu jangan bagi bertimbun. Anak-anak nak mandi..nak makan..argh...aku dah masuk bilik air tadi, kena keluar balik, tak jadi nak mandi..pujuk adik melalak...bila nak gerak je, dia ngamuk..kalau dia tak selsema memang aku biarkan aje dia melalak..kang semput plak..dari kul 5.30 ptg aku tungggu ni..kang aku jerit dari sini kang...BALIK LA ABANG SAYANG WEHHHHHHHH......

istighfar.....bak kata kak aziela kan..luahan hati dan perasaan...cubalah memahami diri ini ...

p/s: nak cuba lari juga kang..melalak-lalak la anda berdua ya..

Takkan nak taip dengan kaki kot...

Walaupun hanya sehari aku tak menjengah blog, rasa macam dah lama je. Risau pula kot-kot tetamu yang datang fikir aku dah berpindah kan..hikhik..

Al-kisahnya semalam aku memulakan aktiviti seperti biasa. Kain yang dalam 2 hari terkumpul perlu disegerakan. Dah isi air juga serbuk pencuci..bila di pusingkan...arrrgggghhhhhh...

Pemusing kat bawah tu tercabut. INI......SERIUS....kain dah basah..hendak tak hendak, kasi berus sama tangan jugak. Banyak tu...ade baju uniform en.hubby juga.

Bukan nak mengada-ngada tak boleh nak basuh pakai tangan. Tapi, sejak eksiden retak pergelangan tangan kanan ni, memang pergerakan agak terbatas. TApi, aku lanyakkan juga. Kalau tak buat, siapa nak buat lagi kan..tak nak merungut rangat aje. Tapi, nampak gaya memang dah rosak tu..kena cari yang baru ni. Alhamdulillah pengeringnya masih boleh berkhidmat walaupun hanya boleh isi 4,5 helai je untuk satu-satu masa. Kalau aku yang perah, hah...sebaldi air menitik lagi dari baju tu..huhu..

Kerja berjalan seperti biasa. Bila malam menjelang...rasanya macam nak putus tangan. Usahkan nak menaip, nak tidur pun tak boleh. Tahan aje, jangan tunjuk muka sakit..pasal en.hubby tengah tak sihat, batuk-batuk dan luka kerongkong. Adik pula selsema dan batuk-batuk..nasib baik abg yusuf  ada perkembangan yang baik...sihat.


Tentang gambar tak boleh upload tu, aku rasa betullah angkara network sebab..ada masanya ok, laju. 10 blog aku boleh jengah. Tapi, sekarang ni 1 blog pun susah, aku nak kasi kemas blog sendiri pun rasa nak lentok. Kepada follower-follower yang akak nora tak jenguk lagi..akak nora minta maaf. Bukan saja-saja, memang tak berkemampuan..nak jengah bloglist pun mana yang sempat. ya..

Akak dah rindu nak berkongsi kisah..tapi, kena sesuaikan dengan keadaan kan..tak suka la keje tergesa-gesa, nanti hilang mood. Macam bersolat, lakukan dengan perlahan dan penuh penghayatan, janganlah tergesa-gesa dan nak cepat habis je, hilang kekusyukkan nya kan...

Saturday, April 23, 2011

Bila bosan berblogging...

waaa..tajuk emo tu ek..

Tak ada pula berblogging tu mencetuskan rasa kebosanan di jiwa aku ini. Malah ia menjadi satu arena untuk aku salurkan apa saja yang rasa terdetik di benak pemikiran ini. Namun, sesekali ingin juga ku selitkan cerita-cerita ku ini dengan gambar-gambar berkaitan agar makin jelas maksudnya.

Yang jadi masalah seterusnya sebagai penyebab aku dah makin bosan, kenapa susah sangat nak masukkan gambar. Berhari-hari aku tunggu, masih tak berjaya juga.

Entri bergambar ini penting di kala idea berayat-ayat hilang tak kunjung tiba. Melalui sekeping gambar, sedikit sebanyak dia boleh memujuk ayat-ayat itu hadir.

Bukan itu saja..aku nak join mana-mana contest dan GA pun dah masalah sekarang ni. Kerana, syarat utama nak join contest pelbagai tu haruslah menempekkan banner contest atau GA di ruangan entri aku kan.

Bila perkara-perkara yang membuatkan kita teruja namun bertukar menjadi huru-hara, sudah pastilah..ayat 'kebosanan' akan menerjah di ruangan minda ini.

Masalah ini takkan timbul kalau aku hanya menaip sahaja..

Jadi, kepada yang berpengalaman dalam bab-bab macam ni. Mungkin boleh membantu suri rumah yang merangkak IT ni. Khidmat anda, akak nora dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Friday, April 22, 2011

Contest : Masukkan dialog Lucu.




Akak nak cuba nasib..mana tau kan..bukannya anda nampak tuah akak nora kat celah mana kan..lagipun senang untuk menyertai contest ini..
Contest Masukkan Dialog Lucu
Pakngah: " Makngah nye..sapa aje yang awak duk tepon tu, call nyer dah berkali..cakapnye idak jugak. Jiran sebelah-sebelah nun dak duk sibuk terenjut-enjut ngintai awak tu..kot dikatakanya tak pernah jumpa henpon.."

Makngah: " Eh..dah lama ke deme gitu bang...maknanya, deme dah nampak la gelang besar baru saya ni.."

hehe..maaf la kepada makngah dan pakngah jika dialog agak keterlaluan..apa pun bday makngah sama ngan saya la...13 april..huhu..happy belated bday kita ya...

teruja masuk contest ni kerana tak perlu TAG sapa2....YEY......AKU BEBAS...HAHA...

salam kenalan buat penganjur ya...

Entri Jumaat : Fadhilat Surah Al-Mulk (bah. 1)

1.   Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda:" Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga di beri kemapunan untuknya iaitu surah Al-Mulk "Tabarakal-Lazi".

2.   Daripada Anas Ibnu Malik berkata:" NAbi SAW telah bersabda :" Sesunggunya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabarakal-Lazi". Maka Apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan.

 Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah shafaat daripada-Nya. Maka diapun (surah) menemui Allah SWT, dan berkata :"Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitab-Mu. Dan Allah SWT berfirman :" Aku nampak kamu marah. "Dia menjawab (surah):"Sesungguhnya saya marah. Allah SWT berfirman :"Pergilah, sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat keatasnya."

Nabi SAW bersabda: "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati."

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (mati) tidak merassa kesunyian."

Anas berkata: "Apabila Nabi SAW khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi SAW memanggil surah ini Al-Munjiah : iaitu yang menyelamatkan."

p/s: terlewat post entri jumaat hari ini..moga sentiasa sempat untuk diingati bersama...

Thursday, April 21, 2011

Contest :"pengalaman dating yang paling memalukan"

Contest pengalaman dating yang paling memalukan
Wah..seharian akak nora tak on lappy. Sebenarnya, no idea di malam hari ni. Kak Aziela tag akak nora untuk contest dia atas nun...ha ha ha..macam best, tapi penatnya lah akak nora nak fikir apa-apa kenangan dating memalukan. Bukan akak nora nak berlagak tau..akak ni sempoi, jadi mana-mana kenangan macam masa nak turun motor, kain baju kurung bleh pulak sangkut, terduduk akak nora, yang en.hubby boleh gelak je..akak pun gelak kan aje. Pernah, tapak kasut tercabut..tp apa susah, belilah kasut lain. Jadi, tak ada lah memalukan sangat...cuma...

Al kisahnya......

Tak dapat dilupakan bila pertama kali akak nora baru belajar-belajar nak keluar dating dengan en.hubby. En.hubby terserempak dengan kawannya..
masih jelas di ingatan akak nora, akak memang dengar sesangat kawan dia tanya..

"ni siapa..makcik ko ke kakak ko...?"

Agak malu tersangat lah akak ketika itu, sebabnya dia bertanya akak ada disitu dan mendengar. Senyum pun dalam kelat-kelat..huduh sangat kot nak digelarkan sebagai 'tercinta'...

Ingatkan kot-kot en.hubby berfikir panjang...rupanya dia nak juga 'makcik huduh' ni..huhu...

Masa mengetag :

MAkbed
Nini D
leyzajamil

Salam kenalan buat penganjur, pertama kali menjenguk, terhibur baca ayat-ayat macam akak nora tengah lepak ngan member2 jek..hehe..akak nora pernah duk kolej kenanga tu, kolej cempaka dan koleh mawar last sekali..hehe..belajar rajin-rajin ya..

Tuesday, April 19, 2011

Ada yang takut kubur tak...

Tiba-tiba teringatkan kisah lama. Lama sangat, ketika itu aku masih dalam darjah 1. Dulu-dulu, tak ada istilah naik bas sekolah. Memang menapak ke sekolah. Siapa yang tinggal di area Ampang, mesti tahu flat Taman Dato' Ahmad Razali. Ha..berjalan lah aku dari rumah aku di flat itu sampai la nun Kampung Melayu Ampang. Bergilir..ada yang sekolah rendahnya pagi dan sekolah agamanya petang dan sebaliknya. Begitulah kehidupan aku sehingga tamat graduate darjah 6. Teringat lagi, ketika sesi pagi sekolah agama, aku ke sekolah gelap-gelap subuh woo...saja suka-suka. Aku memang dalam kategori pergi sekolah awal. Senang....masa tu kecil, tak ada perasaan pun, takut ke apa ke. Serius masa aku kecil, mana ada kes rogol-rogol budak kecik ni berleluasa. Sekarang je...BUKAN LELAKI SANGAP...TETAPI DAH LEBIH MAKAN UBAT NAK KUAT, DAN PENGARUH VISUAL-VISUAL SEX NI DAH TAK PAYAH SOROK-SOROK..KAT SHOPING COMPLEX PUN BANYAK...MACAM-MACAM RUPA ADA...JADI 'TEGANG' TU TAK PERNAH KENDUR..SAMPAI KANAK-KANAK YANG 'TAK ADA APA-APA' PUN JADI..GUNA BOTOL TAKNAK PULAK..(tiba-tiba emo...)

Dalam kawasan sekolah agama aku tu, ada kawasan perkuburan. Masa zaman aku, nak ke kantin kena la melintasi kawasan kubur tu..bukan lintas gitu je. Ye la..kira macam meredah kawasan kubur tu, baru lah sampai kantin...realistik kan..tengah sesubuh lalu kawasan kubur..ish...waktu itu sikit meremang pun tak ada. Rasa jiwa yang amat damai, tenang, sayu...hendaknya waktu subuh..Sudah tentulah kami di ajar bagi salam kepada penghuni kubur tiap kali melaluinya. Kalau peluang dapat duk tepi tingkap dalam kelas, memang tepi tingkap tu pun ada kubur..aku pun tak tau sejarah sekolah tu. Tapi, aku amat suka dengan suasananya.

Gangguan? sepanjang 6 tahun aku disitu, pagi-pagi subuh atau petang senja sudah aku lalui..tiada pula aku terdengar kes-kes gangguan. Cuma, aku langsung tak pernah terserempak dengan acara pengebumian siapa-siapa yang meninggal. Mungkin dah sendat..memang penuh..

Rumah sepupu aku terletak tak jauh dari sekolah agama tu. Kami panggil dia 'akak'. Dia rajin ajak emak aku tidur rumah dia, dia suka sembang-sembang dengan emak. Sampai sekarang. Aku pulak tak berapa ngam ngan dia lagi teruk sampai sekarang..bukan bermusuh..cuma tak sehaluan. Itu kisah lain ya.

Tidur rumah dia lagi menakutkan dari meredah lalu di tepi-tepi kubur. Entah lah..mungkin aku di amuk-amuk dengan kisah dari akak yang selalu ada kelibat lembaga hitam berlegar di dalam rumahnya. Ish...

Tapi kan, tiap kali azan subuh dari masjid berdekatan, akan disahut pula bunyi anjing menyalak...

"aaaauuuuuuu......"pagi-pagi tu. Aku tak bertanya, tapi akak yang bagitau..katanya, anjing tu mendengar jeritan orang tersiksa dalam kubur tu. Wallahualam...

Masa berlalu, masa aku darjah 5 atau 6, dah lupa la..sekolah tu dah makin luas. Maka, terbinanya lorong pejalan kaki di sebelah kawasan perkuburan. jadi, tak perlu meredah kawasan kubur..lalu di tepi sahaja..amalkan memberi salam dan sedekahkan saja Al-fatihah, tiada ruginya..mereka saudara seislam dengan kita. Kita juga akan seperti mereka, cuma tak tahu bila ketikanya.

Itu bezanya pemikiran kanak-kanak dan dewasa kan. Kubur, tiada apa makna bagi kanak-kanak. Mereka tau, orang yang mati di dalamnya. tapi nak tanya lebih lanjut pun mereka tak tahu. Sebak memang sebak...terasa sakitnya menahan sebak melihat jenazah ayah aku di masukkan ke dalamnya. Aku tahan meraung, tak baik..sebagai anak, teruskan berakhlak dan beriman, doakan kesejahteraan mereka di sana. Itu lebih penting dari anda membina kubur itu dengan batu marmar la, apa la..serius kubur ayah kak nora bernisankan batu sungai saja. Dan dibina simen sekelilingnya. kerana takut tindakan tanah menjadikan ia rata dan mudah mendak ke dalam.

Pernah sekali, ketika itu izzat baru setahun umurnya. Aku menzirahi kubur arwah dengan kakak dan emakku. Terkejut melihat kubur tu berlubang ..tanahnya mendak ke dalam. Dengan kudrat perempuan, kami gunakan apa yang ada di sekitar kawasan perkuburan itu untuk menambah tanah dan menambaknya. Masa tu memang musim hujan. Banyak lagi kubur di sekitarnya begitu.

Bila Izzat penat, aku berehat dalam kereta bagi izzat menyusu. Ketika itulah izzat 'bersembang' di tingkap kereta. Makin seronok macam 'di agah-agah'. Tentulah tiada siapa. Dia kan bayi lagi...Wallahualam..

Itulah kisah akak nora berkaitan dengan kubur. Akak suka terkenangkan kubur, berada di dalam nya..serentak itu kita rasa takut, cacing, ulat, yang paling besar...ular membelit hingga berselang tulang belulang..anda mahu tak? KALAU NAK...TERUSKAN JANGAN BERSOLAT SAMPAI ANDA MATI..

Sunday, April 17, 2011

Contest : Penulis Senja Terakhir

Akak nora join contest ni atas jemputan TK .. Terima kasih TK.


Memang terasa suasana senja di blog penulis senja ini.

Sungguh akak nora ni tak pandai nak berpuisi, sungguh tak pernah minat dengan sajak menyajak ni. Tapi, akak nora minat bergurindam...ala.. macam Gurindam Jiwa tu..

Tuai padi antara masak,
Esok jangan..layu-layuan..
Intai kami, antara nampak..
Esok jangan..rindu-rinduan..

Itulah sebabnya akak nora suka filem lama-lama. Especially, filem Panca Delima..dialog dia penuh dengan gurindam. Akak suka betul la.

Alkisahnya, setiap kali akak menyusun kata, pengomen menggelarkannya 'puisi'. JAdi, akak nora minta maaf, akak memang tak pandai tulis puisi, tapi suka join contest-contest sebegini..Akak suka membaca puisi penuh dengan peringatan, mengingatkan kita ini siapa dan matlamat hidup kita.

Dengan itu, kita boleh sama-sama berkongsi hasil coretan masing-masing kan..

Itulah alasan akak buat penganjur , mengapa akak nora join contest ini.

Inilah kata tersusun untuk ku kaitkan dengan :

SENJA TERAKHIR

Senja kan tetap tiba,



Siang yang sentiasa setia,

Menurut perintah Maha Berkuasa,

Memberi ruang malam menjelma,

Itulah tanda kebesaran-Nya,

Siang dan malam tak pernah salah masa,

Tambah istimewa..

Si senja sebagai pengantara.



Senja nan syahdu,

Terpulang pada diri mu,

Tafsirkan senja pada hari itu,

Kerana itu peringatan Yang Maha Satu,

Satu episod hidupmu telah berlalu,

Apa ilmu mu?

Apa harta mu?

Apa jariahmu?

Apa bekalanmu..

Yang kau kumpul di hari itu,

Kerana senja terakhir mu....

Masanya tak tentu,

Adakah kau yang pergi dulu,

Atau kau segolongan di waktu langit pecah serpihan beribu..



Senja yang terakhir,

Lambat atau pantas pasti kan hadir,

Sempatkah syahadah berakhir di bibir,

Qiamnya tanganmu tanda hayatmu berlabuh tabir,

Perginya kita selamanya umpama si fakir,

Kerana semua kebendaan dimiliki dibiar tercicir,

Nasib kita umpama butiran pasir,

Hanya dosa dan pahala yang di taksir.



Sebelum senja itu tiba,

Tanyakan diri kita,

Api dunia terasa panasnya...mampukah kita api di neraka,

Luka di dunia terasa sakitnya..mampukah hadapi azab di sana,

Kita berkata mahu berakhir di syurga,

Tapi apa usaha kita..

Renungkan seketika,

Sebelum senja terakhir itu tiba...




Bab mengetag ni...yang akak tak sampai hati...akak cuba ya...
 
Kak Ainnoraini ...(bleh la bleh la ek...)
Noody..( kan baru lepas berjiwang2..of kos akak tak nyusahkan hidupmu kan...)
kawan baru akak..Nawwar..(sudi sudikan yek...)


Bila Allah menarik nikmat senang...

Macam makin kadang-kadang je aku menaip entri baru. Berkongsi pengalaman...dah kurang. Berkongsi resepi...dah lama tak buat. Berkongsi ilmu..sikit-sikit kan..siapa perasan..(mesti korang jawab..ADA AKU KESAh..)huhu..saje je bertanya..Akak Nora kan setiasa berkisah..kepala masih berat..entahlah..

Kehidupan,
Segala onak duri serta dugaan,
Bergolak gembira dalam adunan,
Membentuk satu campuran,
Menerbitkan rasa penuh keruan,
Adakah aku terus kekeliruan..

Oh ..kehidupan..
Terlalu mudah nasihat kuberikan,
Buat mereka yang hadapi kekusutan,
Tapi..apabila diri sendiri berhadapan,
Tumbang tersungkur dalam tekanan...

Kehidupan ku kabut,
Ada masa aku tetap kalut,
Tiba juga ujian-Nya terpaksa ku sambut,
Dengan jiwa ibarat dijerut,
Air mata di undang tak surut-surut..

Kehidupan...
walaubagai mana 'kau; di ertikan,
terkadang di ulit kegembiraan,
terkadang dihiasi penderitaan..
namun itu kehidupan,
aku tetap teruskan,
sehingga diri ini ketemukan..
KEMATIAN...


itu sahaja kata-kata buat masa ini...

Saturday, April 16, 2011

Giveaway: MAKANAN WAJIB SI NAWWAR GA ..

Akak nora telah dijemput oleh seseorang menyertai GA dia...hebat la ko dik..baru-baru je dah ada semangat terbitkan GA, akak nora ni belum ber idea lagi..en.hubby dah kata dia sponsor hadiah..henpon..lap top..akak nora pun kata..TAK PAYAH!!!!

Boleh la menjenguk blog sahabat ni, NAWWAR

Nawwar suruh akak teka meneka, tapi sungguh la akak nora memang lemah bab teka meneka ni..dia ada masa dan ketika. Dah tu memang tersimpan kemas..klu sikit pun tak ada..nak tengok rupe pemilik blog pun macam tak ade..jadi akak nora main hantam kromox je la ek..

Akak nora teka, awak nak makan:

SALAD dan COKLAT hari-hari..haha...memang dasat tekaan akak kan..huhu...

Siapa-siapa nak cuba meneka boleh jenguk dan beri sokongan kepada rakan blogger ini ya..

Friday, April 15, 2011

Entri Jumaat : Fadhilat Surah Al-Hasyar

Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda :"Sesiapa membaca ketika bangkit subuh "A'uuzubillahis-Sami'il-'alimi-Minas-Syaitanir-Rajim."

Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allas SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.

Akak Nora Berkata :

Surah ini mempunya 24 ayat sahaja. Namun, tetap memiliki fadhilatnya sendiri dan pasti kita tidak boleh 'membelinya' di mana. Hanya tips yang mudah, 70 malaikat akan berselawat dan moga kita mendapat syafaat salawat itu untuk membantu kita di kemudian hari nanti.

Kongsi ilmu, sama-sama beribadah.

Thursday, April 14, 2011

Berblogging, memang perlukan masa..

Memang tak tercalon la akak nora nak jadi macam Ben Ashaari tu..atau ada yang masih bermentorkan dia...tak mampu akak nora nak post kan entri kalau benar-benar dalam keadaan sibuk. Lagi satu faktor, network internet. Dah terbukti, pakai la broadband ke , wi-fi ke..kuali dengan sudip dan senduk sebagai antenna pun dah tentu lembab sungguh..Akak nora ni ada anak kecil 2 orang yang perlu di selesaikan setiap hari setiap masa. Bila network lembab..akak nora terpaksa ucapkan..ba-bye...hanya memberatkan beg bawa laptop balik kampung (weh..balik naik kete..bukan jalan kaki la..)

Tapi, sekarang akak dah ada kat rumah. Selesai mop satu rumah. Tinggal dapur je. Selepas itu, nak mulakan menjahit baju kurung tempahan..

Terkejut bila tengok wall di FB akak nora tadi, tak de la beratus yang meninggalkan pesan..tapi sweet semuanya. Walhal, pada tarikh itu semalam akak sibuk entah buat apa. Oh ye..belikan dapur baru emak, dan barang-barang dapur sebelum aku bertolak balik ke Shah Alam. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kurang sikit beban emak..bukan apa, jauh nak ke kedai membeli barang dapur.Hehe..akak nora dah bertambah umur..huhu...

Dah lama tak jenguk..ada juga follower yang baru..terima kasih..pada akak nora, anda semua kawan baik akak. Sama-samalah kita memberi dan menerima tunjuk ajar menjadi insan yang sempurna di mata Allah ya...salam ukhwah dari Akak Nora...

k lah..nak pi jalan-jalan kejap..mana yang dan aje la..lama tak jenguk kawan-kawan..

Monday, April 11, 2011

Giveaway : Ariana's Story 1st GA

Dalam perasaan yang nak bersuka ria kerana nak melayari internet sesuka hati di kampung, bertukar menjadi si badang nak bertukar HIJAU...argh...baju je tak koyak lagi..haha

Sungguh la perlahan juga..ni mesti angin depan lombong ni kuat sangat...

Kalau Lulu tak tag, tentu akak nora terlepas GA yang best ni..(semua GA akak nora masuk best-best yek..tak ada yang tak best...)

Hehe..katanya dengan GA ini untuk menghargai pengunjung blognya, dan boleh menambahkan follower..huhu..akak nora pun...

yang mengujakan akak nora, hadiah dia ada yang besar, sederhana besar, kurang besar..yang pasti ada besar-besarnye la..(macam tokok tambah jek akak nora ni..) siap clue english style lagi..(pasti...) kerana pemilik blog ni suka English style..

Jika berminat SILA KLIK BANNER ya..
Apa-apa pun akak nora tag.....ala...tak sampai hati nak tag..takut ter tag insan yang tak sudi wo..ibarat akak nora menganggu kehidupan mereka..so, moga-moga mereka bersama-sama akak memeriahkan GA Ariana's Story ni...

Noody
Dyea Irdina
Kak Ain
 errrr...siapa-siapa yang nak ye...akak tak marah pun..

salam kenalan buat penganjur dari akak nora ya...

ye..ye..boleh 'tenet' akhirnya di kampung...

Dulu, kalau akak nora balik kampung aje, mesti tak boleh nak 'berpoya-poya' di alam tenet ni, nak menziarahi jiran-jiran blogger, pasti payah. Kerana keadaan internet yang sungguh teruk..kalau nak juga, kena duduk bertapa depan lombong. Kalau tengah hari panasnye terbakar la, kalau malam kang kot ada 'kawan' sama-sama bertenet.

Rupa-rupanya en. hubby dah siapkan plan dia dengan 'hadiah harijadi' aku tempoh hari. Dengan henpon tu, dia suruh aku register Smart Plan. So, no more broandband and top-up of course..hehe..

Aku balik kampung pun tumpang adik aku, dia dan hubby dia bawak kereta NAZA abang aku, mereka balik dulu dengan kakak ipar dan setengah dari anak mereka (boleh plak setengah ye..)

Jadi, akak sekarang ni kampar..yeee haaaaa...bersuka ria sekejap.

Ada dapat tag..sekarang, tak boleh buat. Busy kejap..tak pe..teruskan tag..jap g akak terjah...

Friday, April 8, 2011

Giveaway :White Pouch Ga oleh 'LULU CALDINA' DAN 'Lenloy-Closet'

Warghh..hebat aa lulu, cepat dan tangkas buat GA ni..rasa baru lagi dpt hadiah dari lulu, dah ketagih ni..dah tu siap sponsor. Sebagai pengunjung tetap LUlu..akak pun nak join juga..memang menarik purse tu..

klik banner sesapa yang berminat ye...

akak nora tag kawan baru...

Syairah MA
Farah Shamsudin

p/s:kali kedua ni ada can dapat lagi ke..?insyaAllah...

Thursday, April 7, 2011

Jangan masak versi akak nora ya...

Hari ini aku puasa. Ganti..jangan amalkan dah nak dekat sangat, baru nak ganti kan..selalunya macam tu lah aku. jadi, cuba sebaik-baiknya tahun ni.

Semalam dah minta izin dengan en.hubby. Memang dia balik lepas aku berbuka, tapi saja nak maklumkan. Dengar aje aku nak berpuasa hari ni, terus dia kata tak payah masak.

"Nanti abang belanja ayang makan Pizza Hut.."

Err...betul ke ni. Aku masak juga ala kadar, pasal aku tau dia tak leh hidup tanpa nasi. Aku ni memang serba boleh, dah makan pizza nanti, kenyang lah..

Tu yang emak aku terkadang marah tu.." takut bini tu gemuk, tapi susah hati bini tak makan.." Aku memang jenis selera makan. Kalau dah terhidang, memang sental aje..susah la nak kawal makan, yang macam setengah tu..makan sayur dan ikan aje..hisshhhh..

Cuma sekarang, cara aku. Bila dah makan je, Rehat 5minit, lepas tu aku bergerak lah buat apa yang patut. Maksudnya, tak ada istilah duduk je..atau lagi teruk..terus tidur, itu amalan nak jadi panas baran ye..hindarkan. Alhamdulillah..tak kurang dan tak naik badan ni. Tapi, boleh pakai seluar dulu-dulu aaa...mana taknya, hidup dengan 2 hero ni..lepas setel sorang..sorang pulak..sorang lagi..hehe..mencabar tul..

Hari ini akak nora ingat nak makan kuih limas a.k.a tepung pelita. Tapi versi aku la ek..



Aku guna tepung hoon kwe hijau dan putih, sebab cepat dan mudah..hehe..santan pun santan feveret aku, KARA.
Bancuhan memang tidak bergula, harap gula yang ditaburkan dalam loyang je.. 


letak bancuhan hijau dan kukus 15 minit.


Bancuh adunan putihnya, santan pekat,secubit garam nak lemak kan, dan sedikit tepung ..ada la macam pekat sikit.

Disini silapnya akak..hijau belum masak sepenuhnya, jadi, bila letak yang putih, dia bercampur..pas tu tak cukup santan..jadinya kurang cantik..pucat aje..tak pe la..aku sorang je makan.

Rasa tak tau lagi..pesan akak nora jangan masak macam akak ye, main letak je ikut suka..kan payah bila orang minta ajar..

Nak tengok yang menjadi..(masa ni akak nora rajin la...) KLIK SINI hehe..


Kasihan budak sekolah sekarang...

Kisah yang tak sepatutnya berlaku antara guru dan murid sekarang ni makin bermbah-tambah pulak. Mencabul, merogol, dan terbaru ni..di belasah hingga meninggal dunia budak tu. Ish.. apa nak jadi.

Teringat masa akak nora jadi cikgu tadika dulu. Tambah tolak, lebih kurang hampir 6 tahun jugak lah aku berkecimpung melambung-lambung dalam arena itu.

Memang bukan cita-cita aku menjadi guru, sebab aku cepat 'hangin' tengok budak-budak mengada-ngada. Tapi, kisahnya bermula, ketika itu aku sudah menyandang jawatan Pembantu Tukang Masak..kadang-kadang merangkap juga jadik Tukang masak. Jangan main-main wo..masak bihun samapi 8 bungkus. Pakai kuali besar kawah dah masaknya. Masak nasi lemak macam nak gi buka kedai. Maklumlah kena masak sampai 3 tempat iaitu tadika 4,5,6 tahun belajar, taska budak dan baby (budak makan ramai..), dan Day care ( bebudak yang dah habis sekolah duk tunggu mak bapa balik kerja..)hehe..

Paling aku tak boleh lupa, tiap-tiap hujung minggu aku basuh 4 comforter sorang-sorang. Pakai tangan la...bila van hantar ayam sampai, aku angkat la 10 ekor ayam dalam satu besen tu ke dapur. Nasib baik siang ayam tu bukan aku sorang-sorang..Kalau tak..aku pun jadi ayam gak kat situ. Kena siang asing daging dan tulang, daging tu pula kena potong kiub-kiub kecil. Yelah..budak nak makan kan..

Entah macam mana bos boleh tahu aku ni lepasan Diploma, terus dia gasak aku jadi cikgu. Argh....tension aku, pasal tak pernah ngaja..aku ajar adik aku pun last-last aku give up.

Mula-mula cuba, aku pakai baju ala-ala kerja kat dapur juga. Tapi lagi dasyat, dapur dan kelas aku kena cover (bila tukang masak ada hal dengan bos).

Berbulan juga hinggalah akhirnya aku jadi 'jelita' sepenuhnya sebagai cikgu 'sha' pasal dulu aku bagi nama glamor je..hik hik...

Memang tension dengan bebudak ni..naknya yang bijak. Macam-macam hal..mau sakit jiwa mengadap mereka. Aku pun pernah tension, mau tidak..aku kan tak suka budak mengada-ngada. Tapi, aku tak pernah sikit pun 'sentuh' anak murid aku. Denda aku satu je..dan memang mujarab dengan mereka..

MASUK TOILET!!! Sekarang...!!orang yang suka kacau orang nak buat benda baik, nak belajar  sama macam......

"SYAITAN..." bebudak tu jawab...

SYAITAN duduk kat mana?- aku tanya..

"Kat toilet!!!" mereka jawab..

Maka gentarlah budak yang buat kacau ketika budak lain sibuk buat kerja masing-masing. Itu je ugutan aku, dan siap dengan alasan. Memang berkesan...Tapi, aku bukan kejam. Terkadang, aku bagi juga kebebasan kepada mereka untuk bising dengan kawan-kawan. Budak tadika maa..kita tak boleh sekat mereka sedang berkreativiti. Tapi, aku suka mereka..waktu belajar...memang konsisten. 6 tahun tak ada masalah baca karangan dan mengira tambah tolak 1 hingga 100 pakai jari tau..(teknik congak)..
Dalam tak ada kelulusan jadi cikgu, sekejap je aku dah di kenali. Entah bila pula mak bapak tau no tel aku. Memanjang tel pasal nak anta anak tuisyen dengan aku la, ngaji la apa la...hehe amacam..bleh tak?

Itu semua berubah bila...kita faham niat kita menjadi guru. Serius, aku tak tau gaji aku ketika itu (masa memula jadi cikgu)..yang aku fikir macam mana nak mengambil perhatian kanak-kanak ini. Sesungguhnya mengajar budak tadika memang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka memang kain yang kosong yang perlukan coretan yang membimbing.

Pernah aku layari 1 blog ni yang menjawab tentang melanjutkan pelajaran. dia tekankan, pilih aliran menjadi GURU kerana PASTI dapat kerja. Itulah yang akak nora lihat sekarang, bila kerjaya cikgu hanya dipandang sekadar cabang untuk mendapat duit sahaja, dan tanggungjawab di tolak ke tepi..cikgu pun dah ramai sangat sekarang ni kan...kawan-kawan akak pun berapa ramai jadi cikgu, akak dan abang ipar akak nora pun cikgu juga...

Teringat kat ustazah Romsinah, ustazah ketika aku belajar di tingkatan 3. Itu adalah tahap kita di awang-awangan keremajaan. Tapi, bila watu pendidikan Islam, aku suka duduk sebelah dia ketika dia buat PAFA setiap murid, bukan apa..kadang-kadang aku selitkan pertanyaan. Seronok dengar dia menjawab..sejak itu akak nora jaga solat, puasa dan diri akak sendiri. Pokok pangkal nya pada diri kita, jangan bila kita tersesat kita asyik mencari kesalahan orang. Allah dah berikan kita aka dan fikiran, mengapa jadi binatang juga yang dipilih...

Jadi, akak nora kesiankan budak sekarang..jika ada yang seperti akak nora..seperti masa itu, perlukan bimbingan dan tunjuk ajar..tapi cikgu pulak, diri sendiri tak terjaga ( kan ada guru agama di tangkap sedang khayal ambil dadah..aper tu..) Kesiankan cikgu? cikgu tu lagi besar dari murid...lagi 'terpelajar' dari murid..lagi bijak berfikiran dari murid..jadi, janganlah kita sia-siakan anugerah itu semua. mengapa anda yang jatuhkan maruah anda sendiri.

KEPADA GURU-GURU YANG BERMATLAMAT, TERUSKAN USAHA ANDA. SESUNGGUHNYA STATUS GURU ITU SUNGGUH MULIA, MELALUI GURU, MEREKA BELAJAR MENGENAL SEGALA-GALANYA TERMASUK LAH KEHIDUPAN DI DUNIA DAN BEKALAN DI AKHIRAT. PELAJAR BERMASALAH...ITULAH DUGAAN DAN CABARAN BUAT ANDA, HADAPI DENGAN KELAYAKAN ANDA SEBAGAI SEORANG GURU.

p/s:moga-moga cikgu-cikgu anak aku nanti baik-baik semua..anak aku pun jadi murid yang baik-baik dan soleh solehah semua..

Wednesday, April 6, 2011

Contest: “Si Manjaku Comot Tapi Comel by Sayangkuzie”

Rasanya..pernah dijemput masuk contest ni..tapi, tengok tarikh da tutup. Rupanya, itu contest lain memang dah tutup dah. Yang ini yang lain pula..tarikh tutup 30 April..lambat lagi, sempat ni.

Sekali tengok..dipercepatkan kepa 11 April 2011. Wajiblah akak nora join sekarang juga.

KLIK BANNER jika berminat...


Akak dah cek dah..'comot-comot' tu bukan berkaitan dengan aktiviti 'makan' aje kan...Jadi,


Ini gambar ketika Izzat kantoi dengan projek senyap dia...

Nama anak : Muhammad Izzat Yusuf Bin Mohd Shah Idham
Umur : 3 tahun
Nama ibu : Norazima Binti Muhamod Razali

TAG:

mama najla
mama bitt (hehehe)
mama dyea

p/s: kalau akak nora tersilap kot-kot tak ada anak kecik atau dah join..akak nora say sorry ya..

Giveaway: " GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY "

Akak Nora suka warna pink dan purple..orang kata memang dah sinonim warna-warna berikut dengan wanita. Tapi, itu bukan warna kegemaran. Cuma, bila membeli baju dan apa-apa kes yang melibatkan warna..wajiblah warna itu menyenangkan mata melihat. Dan sudah tentulah..warna pink. Tapi, sampai sekarang akak gagal..buat blog ni nampak purple..huhu..

Tapi, Blog Mrs.Mimi ni so cute in pink..banyak dah akak jumpa blog ala-ala pinky..ni..macam...Pinky Momma jugak kan..hehe..

Jauhnya citer..akak nora nak masuk GA lagi, bila no idea for new entry, akak pun searching new contest and GA..jangan marah ya...


KLIK BANNER jika berminat ya..
Tarikh tutup adalah pada 30 April 2011.

Mrs. Mimi kata bulan April ini adalah bulan yang istimewa kepada dia, kerana ini adalah bulan kelahirannya. Untuk Mrs. Mimi..kita sama bulan laaaa...akak nora pun dilahirkan dalam bulan april juga..belum tiba lagi..tapi prezen dari hubby..da dapat dah..jadi, hepy bday to Mrs. Mimi juga...

tag..
Noody
Nelly
Nisha

(triple N ya..)


Salam kenalan buat Mrs. Mimi...

Tuesday, April 5, 2011

Nota Nora : Isteri Solehah seperti 10 SITI - Siti ke-6

Siti Hajar.

Siti Hajar adalah lambang isteri solehah dan wanita islam yang hebat. Ini digambarkan dalam kisahnya ketika baru melahirkan Nabi Ismail. Ketika itu juga, suaminya Nabi Ibrahim terpaksa memikul tanggung jawab dan meninggalkan Siti Hajar terkontang kanting di tengah padang pasir.

Lalu Siti Hajar, merayu, luluh hatinya apabila mengetahui suaminya akan meninggalkannya sendirian bersama anak yang baru lahir, tanpa sedikit makanan apatah lagi minuman.

Dengan sebak, Nabi Ibrahim menyatakan, bukanlah dia tidak menyayangi isteri dan anaknya. Namun, itu adalah tanggungjawab dan perintah Allah yang harus dilaksanakannya.

Mendengarkan tugasan tersebut adalah perintah dari Allah, dengan rela dan terbuka hati Siti Hajar melepaskan suaminya pergi.

Akak Nora Berkata :

Sungguh syahdu kisah ini. Serius..kisah yang berjaya meruntunkan hati akak adalah berkaitan dengan kekeluargaan. Syahdu betul akak nora rasakan. Namun, itulah kehidupan.

Telah Allah swt maktubkan dalam surah An-Nisa' ayat 34, akak nora ringkaskan, nak jadi isteri solehah terlalu mudah..

Menjaga solat - cukup dan di awal waktu
Taat - sentiasa patuh kepada suami
Menjaga kehormatan - menutup aurat dah menjaga maruah sendiri

Tapi, bukanlah susah juga kalau kita nak dicampakkan ke neraka jahanam oleh Allah..nauzubillah..salam beramal..

Contest : "Contest Photo Anakku Ceria"

Dah lama akak nora tengok banner contest ni, tapi tak berkesempatan nak join. Bukan apa..terpikat betul dengan hadiah yang ditawarkan..dan boleh tambah kawan ibu-ibu lagi kan..hehe..


Akak nora tengok yang join..dah ramai kawan-kawan akak nora join. jadi serius akak nora nak tag sapa ni..so, siapa yang akak terlepas pandang tu..boleh la join..KLIK BANNER ya...dan boleh tengok hadiah yang ditawarkan...sungguh menarik...

 Photo anak ku yang ceria...
Nama anak : Muhammad Izzat Yusuf bin Mohd Shah Idham
Nama ibu: Norazima Bt Muhamod Razali
Umur anak : 3 tahun.
 
Akhir sekali..salam kenalan buat pihak penganjur...

Giveaway: GA OurkizunaStore

Akak nora terjumpa satu GA yang menawarkan hadiah yang sungguh comel untuk bayi-bayi kecil belajar nak membesar..

Awal-awal akak nora nak tag :

MakBed ( kot-kot dapat untuk si kecik atau kak dia)
Mamaleesya (hehe..)
Humaira (erm....bleh kan..)

 Dan sesiapa berminat boleh Klik BAnner di atas. Tarikh tutup 30 April..

Comel kan hadiah dia...ish...suke sangat...

p/s:Salam kenalan buat penganjur...

Monday, April 4, 2011

Bila akak nora pegang gergaji...(dan TQ LULU Caldina!!)

Hari ini bukan akak nora tak on  ms.lappy. Sampai habis bateri dia, tapi akak nora betul-betul tak larat. Al-kisahnya, hari sabtu akak ke rumah kawan baik akak nora, ada jamuan makan-makan sambut harijadi anaknya.

Balik dari stu, en,hubby ambil akak dari rumah member akak lagi seorang ni di serdang. Terus ke bangi jenguk kakaknya balik dari Dubai dan abang iparnya dari Paris. Pergh..kul 12.30 malam juga baru keluar. Boleh pulak en.hubby memanjang salah jalan dan terlepas susur keluar..perjalanan dekat menjadi jauh macam nak sampai kampung akak nora nun.
Alhamdulillah sampai juga. Tapi, ada kejutan di dapur. Ada peti ais baru aaaa...tapi benar-benar dah tak larat. Akak nora biarkan aje dengan 'kesemakan' di dapur.


Hehe..di pagi Ahad akak nora mula berfikir. Punca elektrik cuma di situ. Mana nak aku 'terebankan' (campakkan) benda-benda atas peti ais lama tu.


 Terpandangkan meja dapur akak nora yang dah nak di buang. Pasal, rumah yang akak nora duduk ni, arwah abah sempat buatkan para untuk dapur. jadi tak payah meja dapur dah.
Tapi, kalau nak letak sebelah peti ais tu, pasti tidak muat. Kedudukannya akan menganggu akak nora nak buka pintu dapur nanti.

Jadi, berjuanglah akak nora gergaji buang bahagian yang idak dikehendaki tu. Ingat senang je. rupanya...pergh...perit..dengan gergaji karat lak tu. Tapi, usahakan juga dengan kadang-kadang ke depan bila adik soleh melalak dalam buaian.
Guna gergaji sahaja tidak cukup kerana akak tak cukup kuat nak buat. Jadi, ku hentakkan aje mengunakan tukul batu dan  pahatnya. Jadi, senang nak teruskan menggergaji.

Selesai, akak nora jumpa pula kertas pasir en.hubby buat wiring..hahaha bantaikan aje untuk haluskan permukaan kayu yang sudah dipotong tu..setel..basah baju macam baru lepas main hujan.
Lunyai juga la nasi lemak yang akak nora makan buat sarapan pagi tu..huhu..


 Bila dah selesai dan kemas semula, kan selesa mata melihat. Akhirnya akak nora berjaya menggunakan rak tu sehabis-habisnya. Bukan apa, sakit hati akak nora kalau buang 'benda' yang masih boleh digunakan. Biarlah orang nak kata apa..yang pasti akak nora makan nasi juga bukan pasir kan..haha..ke situ pulak..

Peti ais lama? akak nora dah angkat dan simpan dalam stor dulu. Emak akak ada request dulu..senang dia nak simpan ikan yang adik akak dapat menjaring hari-hari.

Ha...jangan kata akak suri rumah tak buat kerja berat..ingat ringan ke peti ais kecik tu, ni kan yang besar tu pulak. En.hubby pulak tak ada, lagi pun akak tak suka ajak dia buat keje begini, bukan semua lelaki faham kehendak perempuan. Bila dia tengok dah siap.."fuh..isteri aku..IRON LADY.." itu je dia cakap..

Malamnya, terasa sengal. Sakit badan...Izzat pula tak boleh tidur, selsema. Adik pula cirit birit..akak tak dapat tidur dengan lena. Tak apa la..jaga anak. Pagi tadi, pagi-pagi dah masak sup ayam untuk orang sakit termasuk en.hubby.

Kul 11 akak boleh melayang sekali dengan adik dan abng izzat. Semua ting tong..hahah

Dan akhir sekali, untuk LULU CALDINA...


Dah sampai!!!


Memang kanak-kanak riang ribena betul Lulu ni..comel...akak nora nak guna, tak tau nak isi apa..anak akak suka tapi, mesti jahanam dia buat nanti. Akhirnya..simpan buat koleksi..comel sangat..terima kasih ya lulu..pada lulu ianya sungguh kecil pada akak nora tiada sumbangan yang kecil..berharga sangat.

Sunday, April 3, 2011

Nota Nora : Isteri Solehah seperti 10 SITI - Siti ke-5

Siti Maryam a.s

Seorang wanita yang suci dan memelihara kehormatan diri.
Ini adalah salah satu kriteria yang menjaminkan kita sebagai isteri masuk ke syurga iaitu menjaga kesucian dan  kehormatan diri. Tidak memperlihatkan sesuatu yang menjadi 'hak' kepada suami sahaja dan tentulah menjaga kehormatan jangan menghampiri zina.\

Namun begitu Allah swt telah menduga Sti Maryam. Beliau mengandung tanpa suami. Ini adalah bukti menunjukkan kebesaran Allah swt.

Siti Maryam menerima ujian Allah itu dengan tabah dan tetap beribadat kepada-Nya tanpa sangsikan kekuasaan Allah. Jadi, ingin menjadi isteri solehah, teruskan beribadat walaupun kita di uji dengan pelbagai dugaan dari Allah.


Akak Nora Berkata :

Siti Maryam, perempuan biasa yang tidak bersuami, suci dan menjaga kehormatannya turut di duga oleh Allah swt. Allah berbuat begitu untuk menguji tahap keimanan kita dan juga membuktikan kekuasaan-Nya.

Cuba kita bandingkan dengan keadaan sekarang. Pelbagai masalah sosial, politik dan macam-macam lagi keadaan yang mata kita 'jamukan' setiap hari. TAK TAKUT KE MUSIBAT DARI ALLAH...akak nora takut...sesungguhnya hanya pada Allah yang akak takutkan..azab dan balasan musibah di atas pengkhianatan kita terhadap nikmatnya.

p/s: akak nora tak masak hari ni..tapi..tak bermakna tengah bersuka ria..lepas off ms.lappy ni..nak sambung balik...ok..(pe le yg akak buat ni...)

Saturday, April 2, 2011

Nota Nora : Isteri Solehah seperti 10 SITI - Siti ke-4

Siti Asiah

Siti Asiah merupakan isteri kepada Firaun. Beliau sabar dan tabah menghadapi suaminya yang panas baran dan kejam. Namun begitu, kesabaran Siti Asiah masih lagi bertempat. Ibarat..

"Jika abang nak pukul saya, pukul lah sampai abang puas..tapi saya tetap beriman dengan Allah dan agama saya Islam."..lebih kurang macam tu.

Teringat akak nora tentang kes masa akak kecil-kecil dulu..serius akak kata akak bertudung masa tingkatan 1, dah akil baligh. Ada seseorang marah akak bertudung. Dia kata dia yang bergaya sakan ni pun ada masalah dengan suami. Ni kan pula yang bertudung macam akak ni kan..mesti suami lari.

Mesti anda kata, Astagfirullah..bila seseorang buta hati dan hilang usaha nak mencari hidayah, begitulah jadinya. Bila hidup bermatlmatkan dunia semata-mata, hancurlah semuanya. Akak nora masa kategori kecil lagi ketika itu, jadi akak diamkan saja..

Kalau fikirkan orang mengata kami adik beradik (akak n adik perempuan akak), dah berguni-guni. Tapi, kami dilahirkan oleh ibu kami yang amat bersabar dan tak pernah menjawab walaupun orang itu memburukkan kami dihadapan dia, cuma bila ada bab serang menyerang, emak akak kalah..dia akan sedih.

Jadi, kami pun terikut kan perangai emak kami, diamkan aje...dalam hati malu sangat..ye lah orang ngata kita berdepan kan..sabar aje...Paling tak best nak datang rumah mereka kalau ada kenduri kendara, berat je rasanya. Sebab, pasti kami jadi bahan di kata di sana..tapi, kesian kat emak..pergi juga la...

Masa berlalu...dulu mereka ngata kami ni 'gatal' nak kahwin cepat. Walhal aku sempat habis diploma, kerja setahun..yang mereka tak sempat nak habis sekolah. Dulu deme kata laki aku macam-macam, Alhamdulillah..Allah berikan aku dari seseorang dari keluarga yang baik-baik.

Yang paling mengejutkan aku...yang marah aku bertudung tu..suaminya berkahwin lain, dan mereka sudah bercerai..Kini, dia baru kahwin dengan bangsa asing..ish..bukan nak burukkan dia, doa aku selalu termasuk dengan mereka-mereka itu sekali. Semoga Allah sama-sama menunjukkan kita jalan ke arah yang benar..kan gitu..

Kata Rasulullah saw " Nilai sabar itu merupakan satu khazanah dari khazanah-khazanah syurga."

Doa nak lembutkan hati suami/isteri dan anak-anak (yang panas baran):

surah As-Syura ayat 19 atau surah Al-Hasymi ayat 21
bacakan dan hembuskan ke atas makanan atau air minuman anak-anak

KALAU SUAMI...hembuskan di lehernya (best waktu nak tidur)

Tentang kahwin awal tu, mungkin ada yang 'beranggapan' sama..tapi, akak nora suka dengar orang kahwin awal..akak nora rasa cinta sebelum kahwin itu satu BEBANAN..serius..kita bukan NABI..kita manusia biasa. Bila dah berkahwin, akak nora bersyukur sangat, menitiskan air mata ketika akad tu bukan bermakna akak dah selamat jadi isteri orang, Tapi..akak bersyukur, kurang dosa akak dalam hubungan akak bersama lelaki bukan muhrim.

Friday, April 1, 2011

Kerana Myra..(MJ)..



Kerana Myra, selesai masalah,
Tak adalah asyik tercangak-cangak,
Nak cek satu-satu..boleh bengkak, Nasib baik Myra tolong akak...

Kerana Myra,
Akak sedar masih lagi ada,
Insan yang ikhlas jiwanya,
Menghulur bantuan walau cuma di maya,
Namun sungguh besar maknanya,
Buat insan yang terkadang tak jelas matanya,
sapa?..akak la...hahaha

tq untuk tutorial hal kecik ni..tapi pasal hal kecik ni huru hara la hidup blogging akak ni..

p/s: tolong menolong tu amalan mulia...tapi pastikan yang ditolong itu perkara mulia ya..kang kata menolong mencuri pasal akak nora pesan tolong menolong itu amalan mulia..ishhhh

April Fool yang beshhhh....

Ha....dah ramai ke yang kena?
kena apa? ala...lawak april fool le..
Akak ingat akak tak kena..
maklumlah duk umah aje..


(curi gabo henset dia..konpem dia marah nanti)

tibe-tibe si dia pulang,
bagi salam sambil "apa khabar sayang..?"
dengan jelingan yang panjang,
sambil tangan disorok ke belakang...



pertama april orang buat lawak je..


En.hubby pun nak bagi aku terbahak-bahak ke?


tapi hati tetap berbunga-bunga


dia bagi hadiah..cepatnye..





Sumpah aku tak tahu,


apa besh nye phone baru tu,


Yang penting itu hadiah aku,


Sungguh aku tak pernah minta ini dan itu,


sempena harijadi aku entah lagi berapa minggu,


terima kasih sayang ku,


macam-macam teknologi kau hadiahkan buatku...


jika tiada apa-apa darimu,


tak bermakna kasih ku berubah kerana itu..





tapi...


sayang juga dengan yang ini,


dah bertahun dia di sisi,


juga hadiah pertama anniversary kami,


version pertama pakai touch screen ni..


jatuh dah berapa kali,


tapi best..tetap tegap menghambakan diri..



Best tak april fool akak nora,


sebab akak nora dah alih kabinet dengan perkasa,


tup-tup..peti ais baru tak kunjung tiba,


sakit pinggang sudah terasa,


tiba-tiba penat terlupa..


hehe..tau la tak hebat mana..


tapi, ia dari yang ku cinta..


moga Allah kekalkan kasih kita,


hingga ke sana..


itu la doaku setiap waktu setiap ketika...

Entri Jumaat : Fadhilat Surah Al-Waqiah

1. Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, Abu Bakar Al-Siddiq berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua). Maka Nabi saw bersabda :"Saya berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-surah Hud, Al-Waqiah, Al0Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza Syamsu Kuwwirat." (HR. Al-TArmizi)

2. Daripada Abi Dhibah berkata:"Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a beliau bertanya, apa yang kamu adukan? Beliau menjawab: Dosa-dosaku dan apa yang kamu mahu sekarang? Beliau menjawab: Rahmata Tuhanku. Perlukah saya panggil doktor? Beliau menjawab doktor lebih sakit daripada saya."

Usman berkata :" Adakah kamu perlukan kepada wang...."

Abdullah menjawa :"Saya tidak berhajat kepadanya."

Usman berkata :"Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya jadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar RAsulullah saw bersabda:"Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

Akak Nora Berkata :

Emak mertua akak selalu pesan ni. Tiap kali bertandang kat rumah dia, dia akan selitkan baca surah ni. Bukan sura ni je...surah-surah yang akak nora entrikan fadhilatnya sebelum ini.

Sural Al-Waqiah ini, jika kita amalkan, InsyaAllah..kita akan rasa tenang dan tak merasa bebanan kesusahan tidak cukup harta tu. Percayalah...walau Allah dah turunkan maha hebat harta kekayaan buat kita, ada yang tak terasa ketenangan hidup.

Jadi, pendek kata..bermulalah bersyukur dan memahami erti kesyukuran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...