Kehidupan,
Segala onak duri serta dugaan,
Bergolak gembira dalam adunan,
Membentuk satu campuran,
Menerbitkan rasa penuh keruan,
Adakah aku terus kekeliruan..
Oh ..kehidupan..
Terlalu mudah nasihat kuberikan,
Buat mereka yang hadapi kekusutan,
Tapi..apabila diri sendiri berhadapan,
Tumbang tersungkur dalam tekanan...
Kehidupan ku kabut,
Ada masa aku tetap kalut,
Tiba juga ujian-Nya terpaksa ku sambut,
Dengan jiwa ibarat dijerut,
Air mata di undang tak surut-surut..
Kehidupan...
walaubagai mana 'kau; di ertikan,
terkadang di ulit kegembiraan,
terkadang dihiasi penderitaan..
namun itu kehidupan,
aku tetap teruskan,
sehingga diri ini ketemukan..
KEMATIAN...
itu sahaja kata-kata buat masa ini...
benar kak..
ReplyDeleteujian sentiasa ada..
TK pun serupa..
ada hr gmbira, ada hari rasa nk nangis je..
jom kak join kontes wat puisi..
akak bagus bab2 ni..
ujian mmg sering melanda diri kita, antara kita sedar atau tidak shj..
ReplyDelete