Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, April 30, 2011

Hari yang lemau...

Erk..lemau..hari yang lemau. Apakah definisi anda sendiri? Bagi akak nora, hari yang lemau ini dimulai dengan bangun lambat. Malas nak masak. Asyik terduduk aje..

Kata pakar, sebelum tidur kita haruslah senyum dan gembira. Berdoa kepada Allah SWT mohon semoga hari esok adalah hari-hari yang lebih baik daripada hari yang berlalu. Dan baca doa tidur. Maka, insyaAllah kita akan bangun dengan bersemangat esok.

Akak nora tidur dalam kekacauan..kenapa? Biarlah rahsia, sampai lupa doa tidur. Ha..mimpi yang hampir meragut nyawa. Adik pula asyik meragam, tak sedap perut kot. Aduh..sakit kepala sekejap bangun sekejap bangun.

Bila bangun tidur pula, sebaik-baiknya senyum juga dan ucapkan Alhamdulillah atau panjangkan lagi dengan doa bangun tidur. Itu adalah untuk mensyukuri nikmat hidup yang Allah telah berikan untuk sehari lagi. Ha..teruskan dengan mengambil wuduk. Barulah ikatan syaitan yang mengikat kita supaya jangan solat subuh tu terputus.

Alhamdulillah..mata aku dah 'set' untuk bangun subuh. Seronoknya dapat solat kat masjid, tak mengapalah..anak kecik-kecik lagi. 2,3 tahun nanti mungkin berkesempatan.
Bila buka mata, memang kelat. senyum pun rasa 'nyerongen' je...hik hik..aper tu? cuma anda senyum tunjuk gigi je..macam tu la. Tapi, bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah itu penting ya..untuk mengelakkan kita ni lupa untuk berterima kasih dengan Allah SWT.

Tiba masa nak masak. En.hubby kerja, jadi masak ala kadar je. Alhamdulillah..tadi dia makan tak banyak komen. Cuma pesan jangan masak pedas-pedas, sebab tekak dia belum pulih sepenuhnya. Aku? sebiji cili padi pun dah huru hara, nak masak macam mak bed tu 50biji cili padi? arghhhhh....BOMBA!!!!

Apapun, ..bila akak nora sentuh mesin jahit, ditambah pula jahit kemasan leher baju kurung, memang menghilangkan kelemauan itu. Memang menjahit adalah terapi buat akak nora. Tapi...

Adik Soleh memang tak senang duduk sekarang ni. Sibuk ganggu operasi ibu.

Sedar tak sedar dah lama jugak aku tak masak-masak. Teringin pula nak kek coklat. Susah..adik soleh sekarang, bak kata lagu orang bercinta tu...

"Resah hidup tanpa kau di depan mata ku.."

MAcam tu lah..bangun aje mulalah. Memang payah nak buat kerja rumah. Ada setengah orang akan tunggu aje anak tu, tak boleh nak gerak. Ada juga yang sampai tak solat atau mungkin lambat solat.

Aku ada terbaca satu artikel, yang mengatakan jika semua keperluan bayi itu telah kita sediakan dan berikan, maka ketika hendak bersolat itu, biar aje kalau dia nak menangis. Sebab, mungkin Syaitan mengganggu anda yang ingin bersolat melalui bayi itu. Memang betul, masa mula-mula ada anak dulu, hairan..bila nak solat je..anak aku bersilat guling-guling. Akhirnya, kubiarkan saja. InsyaAllah, Allah itu Maha Mengetahui.

Bab tak boleh nak buat kerja tu, pernah la sekali aku 'bertukar' jadi Oshin jap..kenal Oshin? aku pun tak tahu..tapi dulu aku tengok Oshin berkebun dengan anak kecil macam aku ni..

ha..adik suka satu hari tu, aku keliling rumah dengan dia sekali.
Tapi, tak sanggup nak lama-lama, boleh patah bahu wo..kalah budak bawak beg ke sekolah tu..

 Bila ibu nak hela nafas penat sekejap, rupanya dia lagi penat. terus lena atas riba..haha..

Macam-macam kan..


7 comments:

  1. alalalala...
    comel nye muka tdo...
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah..alahaiii comelnya dia lena

    ReplyDelete
  3. suka sgt tengok baby tido. geram nak cubit pipi.

    ReplyDelete
  4. cutenya adik soleh...dyea pun dah lama tak alami situasi cam ni..sebab hero dah besar..lepas ni la mesti alami apa yg kak nora alami..hehehheheh..masih menunggu dgn sabar nak tgk orng baru...ari2 cik soami ajak g jln2 supaya cpt beranak katanya...sakit kaki ini..

    ReplyDelete
  5. hehe..
    ragam jd mak orang, gitu la kn..
    seronoknye..

    ReplyDelete
  6. itu belum dapat lesen kaki,kalau dah lulus nanti ibunya kena beli rantai basikal...hehe

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...