Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, March 28, 2012

Friday, March 23, 2012

update ringkas tentang soleh ya...

Kesihatan akak nora agak terganggu. Terutama bahagian pinggang dan ari-ari. Dah cek klinik..doktor tetap bagi tarikh 26 april sebagai due date nya. Jadi..dia tak nampak le tanda2 akak nak beranak awal kan.


Alhamdulillah..Soleh dah sedar dua hari selepas kepala dia ditebuk untuk aliran keluar air berkuman tu. Semakin hari dia tunjukkan respon. Dia kenal lagi dengan akak nora dan abahnya. Alhamdulillah...tapi airnya masih belum jernih..keruh lagi. Jadi..doktor masih teruskan dengan antibiotik untuk melawan kuman tu.


Yang susah hati ni..doktor kumar ada spine conference kat germany. Ahad ni pergi untuk 10 hari. Dia pass kes soleh kat doktor lain. Nampak kerisauan pada riak wajah doktor kumar bila melawat soleh. Kalau boleh dia tanak pergi...tapi tuntutan kerja. Jadi..dalam masa ketiadaan dia..jika soleh bertambah stabil dan perlukan pembedahan shunt yang baru..doktor tu la yang meneruskan prosedur itu. Esok..kami akan di perkenalkan dengan doktor baru tu..Dato' Halili katanya...


Soleh dah bertambah berdikari sekarang..mungkin dah biasa sedut nebulizer..sampai dia sendiri boleh pegang..senyum pun ok. Kekadang dia gelak..cuma menyusu tu kembali la menggunakan 'belalai' dia tu. Kesian kan...kena sabar la soleh...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, March 20, 2012

sekali lagi doktor sahkan soleh KRITIKAL..

Sekali lagi ujian besar datang melanda kami sekeluarga. Sebagai hamba Allah swt..aku cuba sebaik mungkin redha...kenapa nak marahkan taqdir. Cuma..ada sebak sedikit di lubuk hati badan yang lemah ini. Terkenangkan saat2 semalam..soleh sungguh ceria dan gembira..tiba hari ini dia tak sedar dan tak bermaya.


Pada mulanya, doktor dah putuskan nak operate ganti tiub shunt di sebelah kanan kepalanya pula. Sementara itu, doktor menyedut cecair yang menyebabkan belakang lehernya bengkak dan terbonjol. Tiada bonjol lagi masa aku dibenarkan melihat dia di dalam icu. Sekejap je..sebab nurse sibuk nak sediakan dia..biasalah..segala wayar nak dilekapkan.


En.hubby tiba lengkap beruniform. Kami hanya menanti di ruang menunggu sehingga di panggil oleh doktor masuk ke dalam icu.


Doktor sahkan air yang terkumpul di dalam kepala soleh itu sudah dijangkiti kuman. Itulah penyebabnya mengapa tiub dia gagal berfungsi. Ada sedikit tak puas hati aku di situ. Tapi...dah berlaku...aku harap dia lebih peka.


Jadi..sekarang ni penukaran tiub tidak akan dilakukan. Soleh sudah kritikal tak sedar lagi. Apa yang mereka nak buat sebentar lagi...doktor akan masukkan tiub dari ubun-ubun soleh. Air itu akan keluar tanpa melalui perut sebab air itu dah kotor. Tiub yang ada akan dibuang kerana sudah dijangkiti kuman. Doktor terangkan keadaan itu akan berlarutan sambil soleh di beri ubat dan antibiotik sampai air bertukar jadi jernih.


Soleh akan lama di wad icu tu. Kami suami isteri serahkan pada kepakaran doktor dan kebesaran Allah swt.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Emergency..soleh tak sedar..belakang kepala membengkak..muntah lendir hitam...pembedahan dgn segera..

Macam kes adik faris..bukan senang nak tangkap gambar kat sdmc ni. Itu je yang termampu...


Doakan soleh dan sedikit utk akak nora ya...setakat ni akak sedang stabil menghadapinya.


Doktor kata tiub shunt soleh tak bekerja. Mereka nak letakkan di bahagian yang lain pula..sekali lagi operate dalam masa terdekat..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, March 19, 2012

Bila doktor dah heran...akak nora lagi konpius...

Alhamdulillah..jumaat lepas, soleh selamat menjalani pembedahan kecil menukar tiub shunt dia. Tapi...kiranya tiub dia tak bertukar...yang bertukar hanya pam dia. Doktor gantikan dengan tekanan yang lebih rendah.


Masa dah selesai..di mana soleh telah di masukkan ke dalam icu untuk pemantauan, aku agak hairan kerana doktor buat tak tahu dengan kehadiran kami. Pokcik kumar tu la...dia macam bingung..terpinga-pinga..dan macam mencari ayat nak terangkan kepada kami..ibu bapa soleh.


Kata doktor, tiub sebelum ni memang ada masalah..dia seperti sumbat di bahagian kepala dan juga hujungnya di bahagian perut soleh. Tapi..yang hairannya..bila dia uji ketika di luar kepala..tiub itu berfungsi. Bila diletakkan di dalam kepala..ia tidak berfungsi. Namun, doktor tukarkan juga pamnya untuk memudahkan pengaliran air itu.


Tapi..kata-kata akhir dari pokcik doktor tu macqm tak best. Dia kata kalau tak berubah juga kandungan air di kepala soleh..mungkin tukar tempat untuk letak shunt itu pula. Aduhai....doakanlah ini yang pembedahan terakhir dan soleh bertambah pulih. Kesian la..banyak kali operate dalam masa terdekat je.


Tapi..nampak perubahan soleh. Dia dah macam soleh yang dulu. Kalau tidur..mesti nak peluk leher ibu. Kalau nampak abah dia datang..cepat2 tunjuk tangan nak salam abah. Mulut dia dah ringan nak berbunyi. Makan dah pandai memilih..nak yang sedap je..dan dah pandai minta..dia tunjuk je..hikhik..


3 pakar yang merawat dia gembira tengok perubahan dia. Alhamdulillah...moga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk dia kan..


Tadi..pokcik kumar dia kata dah boleh balik esok...minta-minta lah pasti dan betul. Bukan apa..kekadang cakap doktor ni leh berubah-ubah. Sungguh akak nora tak larat sungguh dah. Ni pun kuat pasal paksa en.hubby import opah dari kampar. Kalau tak..mau nangis guling2 dengan si soleh juga..haha..seminggu sudah dalam hospital ni...kekadang perut merengat sakit. Hik..hik..sabar ye baby..tau la dah nak dekat..tapi bawak2 bersabar..kita kasi setel abang soleh dulu..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, March 17, 2012

17 Mac hadir sekali lagi...

17 mac...tarikh ini hadir sekali lagi untuk menggenapkan tahun aku bersatu sebagai suami isteri dengan si dia sudah 5 tahun lamanya. Dan kami hampir dikurnia 3 orang cahaya mata.


Jika di wall fb tu macam-macam kisah bahagia rumah tangga mereka. Biarlah mereka nak war-warkan...tak de sikit pun nak jeles apa-apa. Setelah 5 tahun timbul tenggelam dan terkadang hampir lemas dalam lautan dugaan..mematangkan diri dalam menjalani dugaan rumah tangga. Alhamdulillah..Allah masih memberi kekuatan buat diri ini tabah dan berfikiran waras menghadapi situasi kusut.


Walau baru 5 tahun..masih jauh perjalanan hidup ini..anak pun semua masih berhingus..merangkak..dan akan datang lagi seorang ke dunia ini. Kehadiran mereka benar-benar menceriakan hidup kami..walau terkadang rasa nak jadi reksasa hijo..haha


Buat en.hubby...dia kata ada apa dengan 17 Mac..bukan birthday ayang....


Aku bukan jenis nak merajuk itu dan ini pasal dia tak ingat tarikh apa-apa..banyak lagi benda penting yang dia perlu ingat. Hinggalah dia tengok tarikh pada kad akuan nikah..dan tersengih sendiri...hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, March 16, 2012

hari ini operation soleh yang ke - 4

Sekarang ni soleh tengah ngamuk tension minta susu. Sampai tertidur kat ibu yang dah sendat ni.


Soleh dah mula puasa pukul 8 tadi. Dijangkakan waktu pembedahan dia pukul 2 ptg nanti. Moga berjalan dengan lancar. Dalam tenang-tenang..tipulah kalau tak rasa apa jika anak kita di bedag sampai 4 kali. Bahagian kepala pula tu. Tapi..aku serahkan pada Allah..kita usaha nak diq bertambah baik dan sembuh seperti dulu.


Pembedahan kali ini adalah bertujuan menukarkan tiub didalam kepala soleh. Valve nya perlu ditukar kepada tekanan yang lebuh rendah untuk membantu mempercepatkan aliran turun air yang ada dalam kepala soleh.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, March 12, 2012

doktor batalkan operation soleh..suspek lain pula dulu..

Hari ini..seperti yang dah ditetapkan..soleh admit ward semula di SDMC. Sebab..esok dia ada operation penukaran tiub shunt. Semalam juga dia da mula demam di rumah. Risau juga..sebab tiba-tiba demam. Sampai di SDMC lagi merisaukan aku..badan soleh panas sangat sampai menggigil. Paling tinggi suhunya 38.9 C. Nurse dah mandikan dia..tapi masih tak bagi ubat sebab tunggu ujian darah.


Doktor Kumar datang menjenguk dan melihat keadaan soleh. Aku katakan le soleh mula demam semalam...tiada selsema dan batuk cuma tiba-tiba demam. Dia kata ujian darah soleh ok..tiada masalah..sepatutnya kalau demam ujian darah dia mesti down sekali. Dan dia bertanyakan kes DENGGI di tempat aku.. Aduh...bukan tak terlintas di fikiran aku..cuma aku takut nak fikirkan.


Akhirnya doktor putuskan untuk batalkan sahaja operation untuk esok dan soleh telah dikuarantin ke single room dari double room..memandangakan kawan sebilik tadi anaknya baru lepas operation..jadi mereka mengambil langkah berjaga-jaga.


Soleh masih menggigil..dan sekarang menanti doktor pakar kanak-kanak pula memeriksa dia. Ya Allah...sungguh tak tenang rasanya. Tambahan tinggal sendirian je di wad ni. Tiada lain yang sesuai..hanya bersabar...moga tiada yang lebih teruk berlaku kepada Soleh...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, March 1, 2012

Kasih abang Izzat Yusuf...

Belum sempat nak menjengah blog sahabat yang berkunjung. Lembab pula Galaxy s2 ni tiba-tiba. Entah-entah dia merajuk sebab en.hubby selalu war-warkan nak hadiahkan akak samsung note pula. Huhuu...jangan la merajuk s2..khidmat mu masih diperlukan.


Kami dah selamat berada di rumah setelah berjaya discharge dari wad hari selasa lepas. Jadi, sekarang ni kami menanti tarikh nak masuk balik untuk pembedahan soleh..kali ke-4.


Di rumah, soleh dah banyak menunjukkan interaksi dengan alam sekeliling dia. Dia menangis bila tak ada orang keliling dia. Dulu..dia buat tak tahu je. Sekarang ni..dengar la tangisan manja dia ibarat memanggil orang duduk dekat dia. Kadang-kadang aku sibuk masak di dapur. Jadi, tugas menemani adik pastilah di pikul seketika oleh abangnya..Izzat Yusuf.


Melihatkan Izzat peluk cium adiknya yang terdiam terbaring..rasa sendu dalam hati ni. Ye la..kalau diikutkan umur, masa ni Soleh mungkin dah ligat berkejaran dengan abg Izzat. Mungkin dah huru hara rumah ni dengan jerit pekik mereka bermain. Mesti abg Izzat tak lah main seorang diri macam sekarang. Selalu juga abg izzat bertanya..bila adik nak sihat..main dengan abg..mandi laut sama-sama...aduh...sabarlah sayang...


Aku ingat..hanya mainan jiwa aku seorang. Rupanya..terkadang abahnya turut terasa. Abahnya lagi sedih..tak sanggup tengok budak kecil sebaya soleh ligat berjalan jatuh..bermain sana sini. Terus dia terkenang saat-saat soleh ceria..dah mula jalan jatuh masa umurnya 9 bulan..hinggalah dia tak mampu duduk sekali pun. Itu sebabnya aku pun tak sanggup lagi nak kenang kisah dulu. Apa yang penting..masa sekarang ni dan akan datang...berusaha untuk kebahagiaan keluarga kami. Moga Allah permudahkan segalanya.


Alhamdulillah...abg izzat tak pernah jemu. Namun..aku rasa dia lebih banyak membantu dalam pemulihan soleh. Sekarang ni soleh ibarat mcam bersembang dengan dia...da pandai minta itu ini dari abg dengan menunjukkan jari kepada apa dia nak. Bila abg main-main kaki..soleh gelak-gelak...dalam hati tak putus..sembuhkanlah soleh ya Allah...


Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...