Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, March 20, 2012

sekali lagi doktor sahkan soleh KRITIKAL..

Sekali lagi ujian besar datang melanda kami sekeluarga. Sebagai hamba Allah swt..aku cuba sebaik mungkin redha...kenapa nak marahkan taqdir. Cuma..ada sebak sedikit di lubuk hati badan yang lemah ini. Terkenangkan saat2 semalam..soleh sungguh ceria dan gembira..tiba hari ini dia tak sedar dan tak bermaya.


Pada mulanya, doktor dah putuskan nak operate ganti tiub shunt di sebelah kanan kepalanya pula. Sementara itu, doktor menyedut cecair yang menyebabkan belakang lehernya bengkak dan terbonjol. Tiada bonjol lagi masa aku dibenarkan melihat dia di dalam icu. Sekejap je..sebab nurse sibuk nak sediakan dia..biasalah..segala wayar nak dilekapkan.


En.hubby tiba lengkap beruniform. Kami hanya menanti di ruang menunggu sehingga di panggil oleh doktor masuk ke dalam icu.


Doktor sahkan air yang terkumpul di dalam kepala soleh itu sudah dijangkiti kuman. Itulah penyebabnya mengapa tiub dia gagal berfungsi. Ada sedikit tak puas hati aku di situ. Tapi...dah berlaku...aku harap dia lebih peka.


Jadi..sekarang ni penukaran tiub tidak akan dilakukan. Soleh sudah kritikal tak sedar lagi. Apa yang mereka nak buat sebentar lagi...doktor akan masukkan tiub dari ubun-ubun soleh. Air itu akan keluar tanpa melalui perut sebab air itu dah kotor. Tiub yang ada akan dibuang kerana sudah dijangkiti kuman. Doktor terangkan keadaan itu akan berlarutan sambil soleh di beri ubat dan antibiotik sampai air bertukar jadi jernih.


Soleh akan lama di wad icu tu. Kami suami isteri serahkan pada kepakaran doktor dan kebesaran Allah swt.


Published with Blogger-droid v2.0.2

20 comments:

  1. Allahuakbar kak... kenapalah sebegitu berat dugaan Adik soleh.. sy berdoa agar soleh kembali ceria seperti biasa. Insyaallah.. Amin.. =( - Lela

    ReplyDelete
  2. soleh, kuatlah kamu sayang.. setulus doa buat kekuatan kamu.. semoga kamu selamat..

    ReplyDelete
  3. semoga akak Nora sekeluarga tabah hadapi ujian ini..saya doakan Soleh sembuh dari jangkitan kuman

    ReplyDelete
  4. YA ALLAH.. sy harap akak ngan suami kuat n tabah.. sy doakan soleh makin pulih dan sihat..

    ReplyDelete
  5. hanya doa yg dpt dipanjatkan untuk kesejahteraan adik Soleh...semoga akak terus tabah,usaha dan redha....

    ReplyDelete
  6. YA Allah berikanlah kekuatan buat keluarga yang sedang teruji ini
    berikanlah kesembuhan buat anak yang bernama soleh itu..
    sedarkanlah dia YA Allah

    Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah sedihnya kak...munna doakan yg terbaik dari Allah semoga kurang sakit adik Soleh dan kuatkan dia ...semoga akak dan suami tabah menahadapi dugaan ini ye kak

    ReplyDelete
  8. YAALLAH...permudahkanlah urusan anak ini..agar dia kembali ceria bersama keluarganya...sesungguhnya hanya engkay yang maha mengetahui segala perancanganmu...ya allah ya allah ya allah.. amin..amin.. ya robbal alamin

    kepada nora bykkan bersabar & berdoa mohon padaNYA...sy dapat rasakan apa yg nora rasa...harapan kami semua agar soleh pulih sihat ceria selalu hendaknya...insyaallah

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum Nora....moga tabah menghadapi dugaan ini yer mama akan tetap mendoakn kesejahteraan Soleh...:(

    ReplyDelete
  10. Kuat kak! Kuat soleh! Kuat! Amin ya Allah!

    ReplyDelete
  11. salam akak.
    saya selalu ikut perkembangan soleh.
    kadang2 sayu bila tengok tubuh kecil tu menanggung beban yang sangat berat.semoga adik soleh cepat sembuh.tabahkan hati akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum dik Nora,
    sudah banyak berusaha, sudah cukup berikhtiar... terus berusaha terus berikhtiar selagi mampu, ya... kita serah kepada kepakaran doktor dan kebesaran Allah... doa kakak dari jauh, semoga semuanya akan baik-baik saja, insya-Allah...Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, tiada yang lebih berkuasa selain dari-Nya. Kun fayakunnn.....

    ReplyDelete
  13. smga nora sekrga tabah menghadapinya..

    ReplyDelete
  14. di harap kak nora n family sentiasa tabah n kuat mengharungi dugaan ni...kekuatan kak nora n family adalah kekuatan soleh...sememangnya soleh budak yang kuat..inyaalh semuanya akan bjalan ngan lancar...aammiinn...

    ReplyDelete
  15. Sabar ye nora... Semoga allah permudahkan segalanya... Semoga adik soleh kembali sihat dan ceria seperti biasa..

    ReplyDelete
  16. betapa pilunye hati sy setiap kali membaca kisah soleh..semoga kalian sentiasa tabah ya..

    ReplyDelete
  17. salam kenal kak....semoga ALLAH beri kesembuhan pada anak akak..semoga akak tabah ye

    ReplyDelete
  18. Sabar ye nora.. Kakain hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan segala2nya...
    Mcmmana keadaan soleh sekarang ni...

    ReplyDelete
  19. ya allah..semoga semuanya berjalan dgn lancar..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...