Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, August 28, 2011

boleh ke boleh blah ni...

leh baca tak...?
haha..last entri..nasib baik tajuk dia selamat hari raya kan..sebenarnya isi dia panjang..tapi..mcm biasa la kan..dan macam biasa juga la dengan dua orang pengomen setia entri hampeh akak tu..si senja dengan gen2merah..hehe..betul2 memberi pendorong kepada akak nora supaya berusaha lagi.jadi..akak testing lagi ni..bila semua dah ok..baru la best nak jenguk blog kawan..kawan kerana segalanya dihujung jari sahaja..

Monday, August 22, 2011

memang sedih..tapi..kita perlu hadapi qada' dan qadar..Ganjaran syurga menantinya..

selepas menjenguk makbed..ada berita sedih dalam entri terbarunya. Aku ni baru on lappy..memang banyak entri terlepas. terus ku menjenguk dan mencari kisah sebelumnya.

bergenang air mata membacanya..comel puterinya ..tambahan aku memang lemah bab-bab keluarga ni..adakah aku cukup kuat diduga seperti hamba-hamba Allah yang terpilih ini.

Namun, kuasa Allah tak mampu jua kita menghalangnya..adik Dania pergi jua petang tadi mengikut update terbaru ibunya ...pasti ibunya sedih dalam hampir nak menyambut hari lebaran. Namun, kita hanya mampu berdoa...dan percaya bahwa Allah sudah sediakan tempat terbaik buat anak kecil ini.

Al-fatihah...kisah nya di sini



testing..testing..1,2,3..cobaann..cer try cube test..

Kalau entri pembukaan selepas masalah melanda blog akak nora ini boleh dibaca oleh rakan-rakan kesayangan akak nora semua..maknanya..dah ok la tu ..boleh menaip dan post entri. Kalau dia bengong lagi dan masih paparkan tajuk tanpa kupasan..tak pe..akak tau anda semua rajin memaklumkan kepada akak nora yang lemah lagi "kerdil" ni..(entah bila nak hilang lemak ni..dah tepu kot..)


Akak baru habiskan tempahan terakhir untuk raya tahun 2011 ni. Kawan en.hubby bagi kain ni hari Jumaat lepas. Nasib baik baju budak..sebaya dengan izzat yusuf..sekali hadap aje la..ok tak..macam ni akak nora kenakan rm 15 je sepasang..tahun depan siapa nak cuba tempah baju anak-anak dara yang comel tu dengan akak nora..roger-roger la ek..

Ada lagi tempahan dalam barisan..tapi mereka ni memang sporting. Walaupun tahu akak boleh buat, merka dah putuskan nak ambil lepas raya. Alhamdulillah..benar-benarnya memang dah tak larat.

Bukan apa, baju aku belum habis berjahit. Pasal sebelum ni mengadap baju orang j kan. Sekarang ni tengah adjust baju izzat yusuf, sampin nya..maklumlah saiz tak berapa secocok dengan badan..nantilah ibu belajar buat baju melayu ..saiz budak pun jadi la..hehe..

Dari awal puasa..sampai sekarang, tengah puasa penuh. Siapa yang dengar..tak ada fikir lain la tu. Adik soleh dah kena jadi abang soleh la tu..tapi, akak Nora ni MERANCANG...tak tau la pulak kalau terkena..ye la..Allah yang menentukan kan..atau mungkin Allah nak mudahkan akak takpayah ganti-ganti..hanya berpuasa enam dengan amannya nanti..InsyaAllah...jangan buat apa-apa spekulasi tentang keadaan akak nora ni ek.

oh ye..kepada rakan yang sudi komen entri hampeh berhampas sebelum ni..terima kasih ye..kerana anda begitu prihatin dengan akak walau pun kecik masalah tu..tapi pada akak nora dah besar sangat tu..

Salam beribadah ya..

Saturday, August 13, 2011

Hari ke-20:: hari ke 20..apa yang telah terjadi:: Luka lama berdarah kembali?

Sebenarnya, hari ini adalah hari pertama akak nora berbuka di luar. Kawan en.hubby sibuk nak tengok kami anak beranak. Berjumpa lah juga aku dengan 3 orang perempuan bergelar isteri juga. Kami tak berapa bersembang. Mungkin nampak muka garang aku kot. Sebelum balik sempat la sembang sikit-sikit dan ada juga antara mereka menyatakan nak hantar tempahan baju kurung. Aku kata kalau setakat sepasang tu..sempat lagi siap sebelum raya..rezeki..memang tak de cukup nya RM 20 tu, tapi akak nora amat berharap rezeki selepas dia merasa hasil tangan akak ni kan..moga dia boleh rekeman kat rakan-rakan dia yang terdekat..tak ke gitu..

Ok, kita beralih ke kisah hari ke 20 ini.
Cabaran yang lepas ada mengisahkan tentang pergaduhan yang paling teruk yang pernah aku alami kan..atau sedikit ceritanya di sini.

Aku menaip kisah itu dengan tulus, tak sebut nama dan menggambarkan rupa parasnya. Hanya luahan hati dan perasaan. Kisah itu sudah lama  berlalu..dan ianya terbuka semula apabila aku paparkan di blog picisan ini. Dan sesungguhnya kes itu habis di situ sahaja.

Apa aku merepek ni..?

Kerana tiba-tiba..aku dapat msg di FB aku, berkata-kata...

salam sha,(nama pena di UITM dulu..shahaira..)







ape kabar? bz menjahit ker? alhamdulillah rezeki anak2 ko..






Tujuan aku msg ko ni sbb aku bru je godek2 ko pnye blog, dan ade satu entry ni aku macam perasan yg ko tujukan entry tu tentang aku, btul ke?






Serius selama ni sampai sekarang ni aku mmg tak tau langsung aku da wat ko n zai sampai mcam tu skali. Bile aku bace, menitis air mata aku rasa bersalah ya amat sangat...


Sbb seingat aku sblm kejadian tu korang sempat bgi kt aku hadiah sempena besday aku yg aku masih simpan sampai sekarang....dan aku jdi kompius knp korang memulaukn aku selepas tu...






Aku mmg tak sangka...mungkin aku tak sedar perbuatan aku tu dan aku rasa sedih sebab korang tak bgtau kt aku ape salah aku yg mungkin aku boleh perbaiki sikap buruk aku...huhuhuhu....






Jadi hari ni aku ........... mengambil kesempatan di bulan baik ni nk mohon maaf semaaf-maafnya atas perbuatan aku yg lalu pde ko n zai.


Dan terima kasih sbb skrg ni pon korang masih mau nk cakap n balas komen2 aku di fb.






Ikhlas dari hati,


xxxxxx (akak rahsiakan nama dia..)

Wahai kawan ku..sesungguhnya, terlalu lama aku memikirkan kisah itu. Sepicing pun aku tak mahu memalukan kau, oleh itu aku pendamkan saja apa yang aku rasa. Aku tidak mengadu domba kisah ini pada rakan kita yang lain selain zai. Mereka kata aku yang burukkan keadaan, tapi tidak sedikit aku melenting.

Bukan kita tak boleh berkawan..kita masih berkawan..percaya lah..

Masa berlalu mengajar kita semakin matang dan lebih berfikiran. Moga itu membantu kita lebih berpengalaman menghadapi manusia dengan pelbagai jenis sifat, siapalah kita nak melawan kuasa Allah yang telah mencipta hamba Nya pelbagai rupa untuk kita saling kenal-kenalan,

Sempena bulan baik ini, ingin kunyatakan sekali lagi..dari dulu lagi telah aku maafkan. Tiada guna menyimpan dendam. Jadi, jika ada yang masih tersaki baki rasa tersinggung tu, aku dengan rendah hati memohon ampun dan maaf kerana aku tetap manusia biasa. Aku bukan yang terbaik, namun sentiasa berdoa dan berusaha menjadi yang terbaik. Salam Ukhwah..

Friday, August 12, 2011

Hari ke-19:: jenis manusia yang menarik perhatian anda.

Jawapan yang mudah..manusia yang tahu batasannya sebagai manusia, perbualan tak membosankan dan paling alergik orang yang suka membanggakan orang lain dan membanggakan diri sendiri lebih dari hadnya.


senyum...
mak akak nora kata..budak lain lepas dilahirkan menangis..akak pula senyum dengan bidan tu..hikhik..tapi idak le rupe kucing tu

Hari ke-18:: Benda yang paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri

Mula-mula akak nora fikirkan..handphone kot..
Tapi dulu nokia 3310 je akak beli mahal, berapa ratus masa tu.
Lepas tu beli phone second hand je..tak mahal.
Bercinta dengan en. hubby dia yang belikan pelbagai jenis phone tu.

Oven..tak juga paling mahal, masa tu rm 130 akak nora beli.

Eh..baju nikah...rm 300, akak ni alergik benda mahal. Tapi masa tu entah kenapa nak juga suh dia buat baju nikah ikut kehendak akak. Kenalah bayar kan..

Lama akak nora menung...apa paling mahal. Barang emas di badan pun..hadiah emak dan en.hubby..yang ku beli sendiri hik hik..dah tolak pasal dah rosak.

Kereta?

Rumah?

Rupa-rupanya..benda yang aku hadap tiap-tiap hari tu.

Mesin jahit aku yang tersayang.

Sebelum aku dapat mesin ni, mak mertua aku bagi mesin jahit dia. Auto..huh..jakun kejap pasal selama ni memang goyang kaki punya mesin je aku terel. Hebatnya mak mertua aku ni, dia bagi mesin jahit dia tu tapi dia tak ajar macam mana nak pakai, nak pasang benang..macam-macam la. Aku habiskan seharian untuk berkenalan dengan mesin tu. Meamng payah giler. Tapi, boleh pakai...Alhamdulillah..baju pertama aku jahit baju nak ngadap konvokesyen bebudak tadika, masa tu kan aku cikgu tadika.

Bos aku dapat tau aku boleh menjahit, dia terus suruh aku jahit baju untuk dia sedekahkan ke anak-anak yatim. yang aku ingat 40 pasang atau lebih. Dia bagi sempena nak raya..tahun 2008. Aku dah mula jahit sebulan sebelum puasa pasal masa tu aku kerja lagi. Nama je kerja tadika tapi macam apa ntah..bz sampai lewat malam..

Nak jadi cerita, aku tension dengan mesin jahit emak mertua aku ni. Leceh, sikit-sikit nak sangkut benang, pastu sekoci dia mudah rosak..bukan senang nak cari sekoci dia, harga pulak tu nak dekat rm20 satu.

Dan hinggalah satu hari tu, ada salesgirl datang rumah, tunjuk ajar menjahit guna mesin tu. Aku dah jatuh cinta betul aa..tambahan dengan tempahan raya yang dah mula melambak tu..tapi duit pendahuluan di tangan tak ada. En.hubby pun tiada di rumah. waa..masa tu, ada kereta. Aku gi sendiri ke bank.

Harga dia Rm2900..yang senangnya aku boleh bayar ansur-ansur. habis selesai dah pembayaran dalam tahun lepas. Sekarang, dengan mesin tu la aku cari rezeki sampingan sambil jaga anak-anak kat rumah. Senang guna barang sendiri sebenarnya, kalau rosak pun kita punya..

handphone kena 'rasuk' sudah diganti. tapi...


Ingat lagi dengan handphone ni? Dalam entri ni, aku ceritakan yang handphone ni adalah hadiah hari jadi aku dari en.hubby pada bulan April lepas. Dapat pun masa 1 April, tarikh di mana orang sibuk buat kerja bodoh nak ngenakan orang kan..

Banyak-banyak phone pemberian en.hubby, phone ni paling best. Skrin besar dan ibarat laptop kedua bila masa aku masa nak on lappy. Paparan facebook dia mudah. Sebelum ni, aku memang bosan layan fb atau blogging dalam phone. Kena bayar kan..

Tapi, sejak en.hubby pakejkan internet tiap-tiap bulan, rugi tak guna. Bila orang tengok aku, budget aku kerja hebat-hebat. Tapi, suri rumah je dah dapat itu ini. Hebat apa suri rumah tu..hikhik..sebenarnya suamiku yang begitu prihatin bab-bab teknologi ni.

Tapi, phone ni terlallu sensitif. Anak-anak aku pulak tak sensitif langsung. Si soleh yang baru 8 bulan tu jadi je berebutkan phone aku ni dengan abang Izzat nya. Argh..kalau depan mata aku, memang aku jaga. Belakang aku..budak-budak sekarang tak payah ajar menggunakan teknologi canggih manggih ni walau touch screen sekalipun. Pandai je..itu pun aku tak free kan lappy ni..

Maka, bermulalah saat-saat handphone tu kena 'rasuk'..kenapa?

Sebab dia akan menaip msg, call, main game, dan bukan apa saja application ikut suka dia tanpa di tekan oleh sesiapa. Yang terbaru ni dia di cas tanpa perlu di sambungkan ke charger..kalau bateri penuh memanjang, ok jugak kan..ni makin cepat habis bateri.

En.hubby yang prihatin. Menggantikan phone aku dengan phone baru semalam.

 Samsung juga sebab aku tak suka guna Nokia jauh sekali Sony Ericson. Baru nak berkenalan dengan phone baru ni. Tapi, memang jauh beza dengan Wave tu..huhu..memang kureng sikit. En.hubby kata guna dulu sementara dia repair dan TOLAK wave tu..arghhh..sedihnya aku dengar. Maknanya, memang aku kena lupakan terus Wave tu.

Lagipun biarlah dia nak beli apa pun..asal jangan tak ada phone sudah..susah aku nepon emak aku kat kampung nun..en.hubby pun hari2 nak nepon masak apa pun susah kalau tak de phone kan. Alhamdulillah..nanti..jenis apa lagi dia nak bagi aku. Dia sendiri pun tak pernah guna touch screen..aku dah masuk 3 jenis dah dia belikan...

k lah tadi bangunkan dia bersahur..la ni aku nak sambung keje lain plak..pasal tepon pun aku nak panjangkan citer..haha..luahan hati dan perasaan tu..

Thursday, August 11, 2011

Kisah ini begitu meruntunkan hati aku.

Member aku post kisah ini di FB. Konon-konon nak berlagak bersemangat waja la. Sebab dia kata pasti sedih. Ceh..macam la aku ni sayu sangat. Tapi..baru suku pertama, dah bergenang..huhu..seterusnya, menahan sebak. Aduh..tapi nak juga baca sampai habis. Sakitnya dada..nape ye? Tapi, mungkin kisah antara hubungan ibu, anak dan kekeluargaan...begitu menyentuh hati. Dan aku letakkan diri aku di situ. Mungkin dah ada yang baca..tapi, biarlah aku abadikan di dalam blog picisan aku ini.

Moga empunya artikel tak marah, akak nora kongsikan di sini ya.

*************************************************************************

Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....


Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"



Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.



Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.



Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.



Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.



"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.



Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.



"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"



Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.



Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.



Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"



Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.



Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.



Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.



Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.



Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?



Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.



Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.



Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.



Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.



Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.



Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.



Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.







26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!



Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,



Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.



Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.



Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.





7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.



Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.



Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.



Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"



Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.



Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.





13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.



Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"



Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"



Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"



Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.



Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"



Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.



Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.



Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"



Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"



Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.



"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"



Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.



Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.



Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.



Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!



Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!



Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.



Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!



27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.



"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"



Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.





5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.



"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"



Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.



Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.



7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.



Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.



Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.



Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.











8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.



Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.



Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.



Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.



"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"



Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia











Abang pada tahun 2007.







9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.



Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.



Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.



Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.



"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"



Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.



"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"



Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.



Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.



"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.



Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.



"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."



Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!



Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"



Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.



"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"



Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.



"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"



Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.



Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.



Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.



"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...



Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?



Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.



Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.



Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.



Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.



Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.



Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.



Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

*************************************************

Amacam..yang belum baca kat FB masing-masing tu, ada sikit sroot..sroot.. tak?

Yang pasti moga mesej kisah itu sampai di hati kita yang bergelar ibu, bahawa anak itu anugerah Allah. Bagi yang bergelar anak..fahamilah naluri ibu yang sungguh sensitif dan murni juga ikhlas membesarkan kita. Mengapa mereka dibiarkan begitu

Terima kasih juga buat Azairy Khalib, kawan yang post  di wall FB.



.

Wednesday, August 10, 2011

Hari ke-17:: Gambar bilik idaman anda






hmmm..banyak-banyak jenis, kenapa berkenankan keadaan macam ni ye..

Hari ke-16:: guru sekolah anda yang anda paling suka?

Apalah dosa cikgu tu sampai ada yang kita suka dan ada yang tidak suka. Tanggungjawab mereka sungguh murni ingin menjadikan kita insan berilmu dan berguna di mata masyarakat. Tapi, mungkin pendekatan mereka dengan murid yang menjadikan mereka kesukaan atau bukan pilihan pelajar.

Bagi aku sendiri, pada aku semua guru ada cara mereka. Cuma ada seorang guru atau lebih tepat ustazah yang benar-benar memberikan aku kesedaran.

Tak pernah la pula rasanya aku meluahkan atau berkongsi masalah. Tapi, aku rasa tenang aje bersama dengan dia. Itulah dia Ustazah Romsinah.

Dari tingkatan 1 aku kenal dia, tapi di tingkatan 3 kami lebih kerap berjumpa kerana kami ada kelas penilaian PAFA. Walaupun giliran aku terawal..aku tetap yang terakhir keluar dari surau sekolah tu. Setia di sebelah ustazah, bukan nya aku nak dengar kawan aku di nilai seorang-seorang, tapi ustazah ni rajin selitkan apa-apa yang perlu. Dan aku rasakan macam dia fokus kepada aku.

Aku ni kira agak kesunyian. Bukan terabai la sebab emak bapa aku bekerja. Kenapa mesti aku nak salahkan mereka, kerana mereka berusaha memperbaiki kehidupan kami sekeluarga. Adik aku pula sekolah, habis sekolah duk rumah jiran kami. Memang masa aku sungguh lapang..keseorangan. Alhamdulillah, aku buat hal merayau ke apa ke..aku seorang diri, memang tak pernah pula terdetik nak babitkan LELAKI sebagai teman. Macam budak-budak sekarang ni..geli betul aku.

Mendekati ustazah, seperti membuka satu ruang kosong dalam minda aku untuk di isi dengan perkara yang sungguh menenangkan aku. Alhamdulillah, aku tidak membuang masa seperti sebelumnya. Masa terluang, aku cari ustazah buat kelas kat surau dan mula mendengar pengajarannya. Jumaat di sekolah kami selalu ada usrah..memang aku tak tinggal. Benar kata orang, mendekati ahli ulamak atau insan guru agama ni memang lain kesannya.

Hingga aku berpindah ke Perak. Ustazah tak pernah lupakan aku. Dia utuskan surat dan kad raya tiap-tiap tahun. Gambar teakhir aku dapat, gambar dia buat umrah. Dan berita terakhir dia dah kahwin..lepas tu mungkin dia berpindah dan aku pun pindah rumah juga. Putus di situ...sedih gak..

Jumpa di FB, tapi macam tak aktif..tak pernah on langsung..dia dah ada anak seorang..comel..Rindu dengan didikannya..

Kasut raya..? "Akak Nora" perlu ke kasut raya?


Huhu..dah macam biskut chipsmore..kejap ada kejap tak ada.

Maklumlah, macam tahun lepas, lepaskan aje tempahan. Maklumlah masa puasa tahun lepas, perut dah memboyot. Nak membongkok-bongkok potong kain tu agak lah haru biru rasa..sarat 8 bulan.

Tahun ni, boyotkan lemak aje. Jadi usaha bekerja keras untuk membakar lemak. Hik hik..tu yang agak payah ke udara. Asyik melekap kat mesin tu..bak kata Haji Bakhil tu..."ge de dek..ge de dek.."


Baru selesai tempahan baju kurung pahang ke riau ke, aku pun kurang arif...selagi ada contoh aku ikutkan aje. untuk ibu dan anak. Itu yang ada besar dan kecil tu. Dah penat menjahit kain lembut dan lembik..tiba-tiba dapat kain cotton gini. Waaa....menghela nafas lega aku. Memang jauh bezanya..nak iron pun kurang...Oleh kerana, mereka baru pertama kali mencuba, 2 pasang itu hanya RM30 sahaja. Mahal ke?

Jadi, sekarang ni tempahan dah habis. Tinggal baju adik aku je sepasang. Hah..nak siap awal-awal buat pe..bukannya ko datang sini nak ambik kan. Dan..aku meluangkan masa yang terluang ini untuk menggunting kain baju kurung aku pula. Kang aku juga yang tak berbaju..(tak ada maknanya..)

Tu la kan..nak raya ni. Semua dah sibuk nak cari kuih la, baju fesyen-fesyen la, kasut la...

Tiba-tiba aku pun terfikir..hmmm..baju, kalau tak sempat jahit. Pakai je apa yang ada. Dah biasa dah..
Langsir...waaa..dah bertahun asyik pakai basuh kain ni je..nak buat belum beli kain lagi. Biar je la..
Kuih? hik hik..member en.hubby jual macam-macam jenis kuih, 50biji-RM20..bukankah murah tu. Tapi, Tak banyak kot nak beli..2,3 je..kot member datang rumah lepas balik kampung nanti.

Haaa...kasut?
Fuh...kasut raya akak ke tu...
-sumber google-

Huh..tak ada maknanya aku nak pakai kasut macam tu. masa muda remaja dulu..memang koleksi dalam almari kasut lebih kurang macam tu lah..tapi bila dapat en.hubby, kena kurangkan ketinggiannya. Sedih la bila dia tengok kita kena mendongak.
Bila dah menjadi ibu anak kecil ni, pastilah lagi payah nak bergaya dengan kasut macam tu.

Dan aku perhatikan rugi beraya pakai kasut cantik-cantik ni, sebab adat orang Melayu masuk rumah kena buka kasut..pernah sekali tu, aku pakai selipar je. Bukan apa senang nak buka pakai..bila dah menziarahi kan banyak rumah saudara mara yang nak disinggah..

Dan, pakai kasut tinggi ni boleh merosakkan postur kaki dan badan. Hm..nanti entah apa yang terkehel kan.

Dan nak mendidik menjadi wanita solehah..haruslah melupakan kasut seksi sebegitu. Carilah kesederhanaan dalam hidup ini.

Kesimpulannya..nekad, tak payah beli kasut raya..huhu..pakai je kasut tahun lepas yang aku beli pada harga RM10 tu..hah ..tak ada kelas? pakai kasut mahal-mahal pun kat Padang Masyar nanti kita tak berkasut juga..siap bogel lagi..jom kita beramal...



Monday, August 8, 2011

hari ke-15 :: kalau anda dapat RM 1juta, apa yang anda buat dengan duit itu..?

Rasa macam dah berkurun meninggalkan cabaran 30 hari ni. Mereka yang sama-sama mulakan atau seperti Makbed yang terkemudian mulakan pun dah nak tamat dah. Aku baru nak separuh bulan je ni..Selagi belum habis akan ku teruskan perjuangan ini..(berjuang la sangat..)

Nasib baik tajuk sempoi je.

Kalau dapat RM 1 Juta..tak susah mana pun..selesaikan apa yang patut selesai kan..hutang la tu, tokok tambah keperluan yang agak compang camping, membahagiakan emak-emak aku dan akhir sekali menunaikan apa yang mampu dan membantu mereka yang memerlukan. Yang penting sama-sama cuba menikmatinya kerana dalam 1 juta itu mungkin ada hak-hak mereka..kan...

hehe..tamat cabaran ke 15.

Sunday, August 7, 2011

Pertama kalinya dalam Ramadhan ini.

Sudah seminggu rasanya tidak menitipkan kata-kata apatah lagi berkongsi kisah di sini. Sejak umat Islam menunaikan puasa di bulan berkat ini, sejak itulah aku terus tutup lappy ini dan tiada jadual khas untuk aku mengadapnya. Kalau FB tu, aku guna phone je..tapi, sejak phone kena rasuk ni, payah juga lah aku dak update guna phone. Jadi..diam begitu saja. Namun, percayalah..blog ini masih hidup dengan ligatnya jari-jemari ini mengetuk papan kekuncinya seligat itulah otak ini memerah memikirkan setiap baris kata yang perlu di pantulkan dilembaran ini...erkk..perut kosong bahasa tulus aa..ekeke..

Lagipun, memang aku tiada masa. Tambahan, tempahan baju kurung tengah Alhamdulillah..memberangsangkan. Moga-moga ada lah cabang rezeki aku di situ, sambil-sambil berhempas pulas sebagai raksasa yang akan ditewaskan oleh ultraman duo di rumah ni. Bila hari mula merangkak ke petang aku mula lah berlagak jadi chef tak cukup ijazah di dapur kan..jap lagi nak peram ayam..buat ayam terbakar dalam oven jek...

Bila dah malam..pastilah kita akan menhidupkan Ramadhan kan...sekarang ni pun aku bosan buka lappy ni..mula la ada 'pembantu yang tak dilantik'. Kerjenya asyik nak hentak lappy ni..aduh..kalo jahanam mana nak cari lagi dik Soleh weh..kat kedai memang banyak..sayap Rm je sudi tak sudi menerbangkan diri kan..nasib baik la sekarang ni dah pengsan dengan mr. abahnya...ceh..macam dia yang penat sangat..ahad ni..

walaupun begitu..rupa-rupanya, ada pengunjung yang sudi mengikut blog picisan yang terpencil ini. Terma kasih..dan akak nora cuba menyusul anda kemudian ya..sungguh...

kepada rakan-rakan yang selalu ada dekat akak nora..walaupun tak bersua rupa, akak nora ucapkan salam ramadhan dan semoga bulan penuh keberkatan ini dapat kita penuhi sebaik-baiknya dengan ibadah yang sebaik mungkin ya...

Kan ku kunjungi kalian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...