Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, August 10, 2011

Kasut raya..? "Akak Nora" perlu ke kasut raya?


Huhu..dah macam biskut chipsmore..kejap ada kejap tak ada.

Maklumlah, macam tahun lepas, lepaskan aje tempahan. Maklumlah masa puasa tahun lepas, perut dah memboyot. Nak membongkok-bongkok potong kain tu agak lah haru biru rasa..sarat 8 bulan.

Tahun ni, boyotkan lemak aje. Jadi usaha bekerja keras untuk membakar lemak. Hik hik..tu yang agak payah ke udara. Asyik melekap kat mesin tu..bak kata Haji Bakhil tu..."ge de dek..ge de dek.."


Baru selesai tempahan baju kurung pahang ke riau ke, aku pun kurang arif...selagi ada contoh aku ikutkan aje. untuk ibu dan anak. Itu yang ada besar dan kecil tu. Dah penat menjahit kain lembut dan lembik..tiba-tiba dapat kain cotton gini. Waaa....menghela nafas lega aku. Memang jauh bezanya..nak iron pun kurang...Oleh kerana, mereka baru pertama kali mencuba, 2 pasang itu hanya RM30 sahaja. Mahal ke?

Jadi, sekarang ni tempahan dah habis. Tinggal baju adik aku je sepasang. Hah..nak siap awal-awal buat pe..bukannya ko datang sini nak ambik kan. Dan..aku meluangkan masa yang terluang ini untuk menggunting kain baju kurung aku pula. Kang aku juga yang tak berbaju..(tak ada maknanya..)

Tu la kan..nak raya ni. Semua dah sibuk nak cari kuih la, baju fesyen-fesyen la, kasut la...

Tiba-tiba aku pun terfikir..hmmm..baju, kalau tak sempat jahit. Pakai je apa yang ada. Dah biasa dah..
Langsir...waaa..dah bertahun asyik pakai basuh kain ni je..nak buat belum beli kain lagi. Biar je la..
Kuih? hik hik..member en.hubby jual macam-macam jenis kuih, 50biji-RM20..bukankah murah tu. Tapi, Tak banyak kot nak beli..2,3 je..kot member datang rumah lepas balik kampung nanti.

Haaa...kasut?
Fuh...kasut raya akak ke tu...
-sumber google-

Huh..tak ada maknanya aku nak pakai kasut macam tu. masa muda remaja dulu..memang koleksi dalam almari kasut lebih kurang macam tu lah..tapi bila dapat en.hubby, kena kurangkan ketinggiannya. Sedih la bila dia tengok kita kena mendongak.
Bila dah menjadi ibu anak kecil ni, pastilah lagi payah nak bergaya dengan kasut macam tu.

Dan aku perhatikan rugi beraya pakai kasut cantik-cantik ni, sebab adat orang Melayu masuk rumah kena buka kasut..pernah sekali tu, aku pakai selipar je. Bukan apa senang nak buka pakai..bila dah menziarahi kan banyak rumah saudara mara yang nak disinggah..

Dan, pakai kasut tinggi ni boleh merosakkan postur kaki dan badan. Hm..nanti entah apa yang terkehel kan.

Dan nak mendidik menjadi wanita solehah..haruslah melupakan kasut seksi sebegitu. Carilah kesederhanaan dalam hidup ini.

Kesimpulannya..nekad, tak payah beli kasut raya..huhu..pakai je kasut tahun lepas yang aku beli pada harga RM10 tu..hah ..tak ada kelas? pakai kasut mahal-mahal pun kat Padang Masyar nanti kita tak berkasut juga..siap bogel lagi..jom kita beramal...



7 comments:

  1. dah lama x pakai kasut tinggi sejak pregnant ni. Nanti mesti kekok bila nak pakai balik.. wah sama la kita kak.. tahun ni puasa sarat 8 bulan.

    ReplyDelete
  2. murah sgt dah tu kak nora... kat sini baju kurung sepasang around RM 35...tu belum kurung pesak gantung lagi :)

    ReplyDelete
  3. ceroi raye biase jew...
    xmcm dulu2...
    janji yg adik2 happy...

    ReplyDelete
  4. biler saye cakap ngan asben nak beli kasut raye.. aseben terus tanye.."ape beza kasut raye ngan kasut biasa..sebab orang tengok die beli tetiap bulan tak kisah raye atau tak.." eerrrr...terkedu.. so..kesimpulannye sekarang.. tahun ni tak rase nak beli kasut raye..tapi nak beli kasut biase.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Setujuuu sangat pasal kasut tu. Kalau bertandang ke rumah yg jauh pun, pakai sandal yang sarung jer... Senang nak cepat2 keluar rumah dan pakaikan kasut anak..

    Erkk..Nora dah habis tempahan? Ni yg gatalll jer akak nak menghantar nie...
    Macam mana nak contact awak privately ekk...tak jumpa e-mail address awak la..

    ReplyDelete
  6. dah buat persiapan raya ye Nora,
    kak Amie belumlagi buat untk diiri sendiri, baju2 anakpun anak buah yang tolong belikan di Kelang,
    nantilah boleh ronda-ronda Kelang, KL & Nilai... buka puasa apa hari ni...

    ReplyDelete
  7. E-na x sedia pe pn utk raya kali ni...last raya kt jepun, pakai yg mana ada je la, malas nak suh family pos bagai...selamat berbuka.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...