Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, August 12, 2011

Hari ke-18:: Benda yang paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri

Mula-mula akak nora fikirkan..handphone kot..
Tapi dulu nokia 3310 je akak beli mahal, berapa ratus masa tu.
Lepas tu beli phone second hand je..tak mahal.
Bercinta dengan en. hubby dia yang belikan pelbagai jenis phone tu.

Oven..tak juga paling mahal, masa tu rm 130 akak nora beli.

Eh..baju nikah...rm 300, akak ni alergik benda mahal. Tapi masa tu entah kenapa nak juga suh dia buat baju nikah ikut kehendak akak. Kenalah bayar kan..

Lama akak nora menung...apa paling mahal. Barang emas di badan pun..hadiah emak dan en.hubby..yang ku beli sendiri hik hik..dah tolak pasal dah rosak.

Kereta?

Rumah?

Rupa-rupanya..benda yang aku hadap tiap-tiap hari tu.

Mesin jahit aku yang tersayang.

Sebelum aku dapat mesin ni, mak mertua aku bagi mesin jahit dia. Auto..huh..jakun kejap pasal selama ni memang goyang kaki punya mesin je aku terel. Hebatnya mak mertua aku ni, dia bagi mesin jahit dia tu tapi dia tak ajar macam mana nak pakai, nak pasang benang..macam-macam la. Aku habiskan seharian untuk berkenalan dengan mesin tu. Meamng payah giler. Tapi, boleh pakai...Alhamdulillah..baju pertama aku jahit baju nak ngadap konvokesyen bebudak tadika, masa tu kan aku cikgu tadika.

Bos aku dapat tau aku boleh menjahit, dia terus suruh aku jahit baju untuk dia sedekahkan ke anak-anak yatim. yang aku ingat 40 pasang atau lebih. Dia bagi sempena nak raya..tahun 2008. Aku dah mula jahit sebulan sebelum puasa pasal masa tu aku kerja lagi. Nama je kerja tadika tapi macam apa ntah..bz sampai lewat malam..

Nak jadi cerita, aku tension dengan mesin jahit emak mertua aku ni. Leceh, sikit-sikit nak sangkut benang, pastu sekoci dia mudah rosak..bukan senang nak cari sekoci dia, harga pulak tu nak dekat rm20 satu.

Dan hinggalah satu hari tu, ada salesgirl datang rumah, tunjuk ajar menjahit guna mesin tu. Aku dah jatuh cinta betul aa..tambahan dengan tempahan raya yang dah mula melambak tu..tapi duit pendahuluan di tangan tak ada. En.hubby pun tiada di rumah. waa..masa tu, ada kereta. Aku gi sendiri ke bank.

Harga dia Rm2900..yang senangnya aku boleh bayar ansur-ansur. habis selesai dah pembayaran dalam tahun lepas. Sekarang, dengan mesin tu la aku cari rezeki sampingan sambil jaga anak-anak kat rumah. Senang guna barang sendiri sebenarnya, kalau rosak pun kita punya..

3 comments:

  1. wani kenal mesin ni kak nora :)

    *sebab kerja kat HQ kampeni ni...hihi..dan dapat sebijik free kampeni bg...dg mesin ni la wani blaja2 menjaet...

    ReplyDelete
  2. saya sebenarnya teringin sangat nak beli mesin jahit.. tapi tengok mahal2 jer.. lagi satu saya mana reti jahit menjahit ni...

    ReplyDelete
  3. beli sendiri kite jaga lebih sket...
    sebab duit kite...
    ceroi la...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...