Apalah dosa cikgu tu sampai ada yang kita suka dan ada yang tidak suka. Tanggungjawab mereka sungguh murni ingin menjadikan kita insan berilmu dan berguna di mata masyarakat. Tapi, mungkin pendekatan mereka dengan murid yang menjadikan mereka kesukaan atau bukan pilihan pelajar.
Bagi aku sendiri, pada aku semua guru ada cara mereka. Cuma ada seorang guru atau lebih tepat ustazah yang benar-benar memberikan aku kesedaran.
Tak pernah la pula rasanya aku meluahkan atau berkongsi masalah. Tapi, aku rasa tenang aje bersama dengan dia. Itulah dia Ustazah Romsinah.
Dari tingkatan 1 aku kenal dia, tapi di tingkatan 3 kami lebih kerap berjumpa kerana kami ada kelas penilaian PAFA. Walaupun giliran aku terawal..aku tetap yang terakhir keluar dari surau sekolah tu. Setia di sebelah ustazah, bukan nya aku nak dengar kawan aku di nilai seorang-seorang, tapi ustazah ni rajin selitkan apa-apa yang perlu. Dan aku rasakan macam dia fokus kepada aku.
Aku ni kira agak kesunyian. Bukan terabai la sebab emak bapa aku bekerja. Kenapa mesti aku nak salahkan mereka, kerana mereka berusaha memperbaiki kehidupan kami sekeluarga. Adik aku pula sekolah, habis sekolah duk rumah jiran kami. Memang masa aku sungguh lapang..keseorangan. Alhamdulillah, aku buat hal merayau ke apa ke..aku seorang diri, memang tak pernah pula terdetik nak babitkan LELAKI sebagai teman. Macam budak-budak sekarang ni..geli betul aku.
Mendekati ustazah, seperti membuka satu ruang kosong dalam minda aku untuk di isi dengan perkara yang sungguh menenangkan aku. Alhamdulillah, aku tidak membuang masa seperti sebelumnya. Masa terluang, aku cari ustazah buat kelas kat surau dan mula mendengar pengajarannya. Jumaat di sekolah kami selalu ada usrah..memang aku tak tinggal. Benar kata orang, mendekati ahli ulamak atau insan guru agama ni memang lain kesannya.
Hingga aku berpindah ke Perak. Ustazah tak pernah lupakan aku. Dia utuskan surat dan kad raya tiap-tiap tahun. Gambar teakhir aku dapat, gambar dia buat umrah. Dan berita terakhir dia dah kahwin..lepas tu mungkin dia berpindah dan aku pun pindah rumah juga. Putus di situ...sedih gak..
Jumpa di FB, tapi macam tak aktif..tak pernah on langsung..dia dah ada anak seorang..comel..Rindu dengan didikannya..
guru adalah insan terbaek...
ReplyDelete