Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, May 31, 2011

Entri paling sengal...

Argh....dah 3 kali aku taip entri. hanya kerana satu punat ni...habis hilang sekelip mata. aku cuba juga menaip entri emo ni...tadi menaip dengan penuh semangat...tapi asyik hilang. mungkin dia tak bagi aku kongsikan apa yang aku nak sampai untuk tontonan umum kot.
apapun...aku cuba juga ni haa...geram tak habis...tak nak pulak dia hilang...
ha...bole lagi menaip...kang aku taip cerite dia hilang pulak...cuba lagi cuba lagi ketuk ketuk hp ni...ha...
tak hilang...saja je tau...ingat senang ke nak taip entri panjang2 guna hp...nak nangis tau...ni boleh la taip panjang-panjang...
akhirnya jadi entri paling sengal dalam blog akak nora. saja...exercise dua ibu jari ni...huhu..
jalan terbaik...berhenti seketika untuk menghadap Illahi....

Monday, May 30, 2011

Ini kisah orang kawen....kalau anda praktik kan diluar nikah...maknanya anda ber ZINA

Huh...keras tak amaran tu. aku takut nanti ada yang ngata aku buat kisah lucah...cuma...aku tak puas hati kisah lelaki-lelaki yang tergolong dalam "enjakulasi pra-matang" ...betul ke ejaan tu. kalau ada yang tak faham, aku minta maaf ye.
kutuk? bukan...cuma ingin memahami...apa yang dicari oleh mereka...banyak kes..suami makan luar..tapi bila dengan isteri, "dia yang dulu"..kalau diikutkan logik, wanita itu dulu yang teridam-idam kan kehangatan yang sepatutnya kan...haha.
ini gara-gara adik aku menunjukkan satu profile di Fb. kepunyaan seorang wanita, dia bergambar dengan seorang lelaki. dan yang buat aku terkejut, lelaki itu suami kawan adik aku. dan kawan adik aku bukanlah wanita yang bersama dengan lelaki di dalam gambar itu.
dan lagi aku terkejut, wanita itu telah mengandungkan anak luar nikah bersama lelaki ini...yang makin aku beristigfar..bila al kisahnya, si wanita meminta wang dengan si isteri untuk menggugurkan anak luar nikah bersama suaminya.
ya Allah...bila dengar kisah itu, bertimpa-timpa aku rasa dosa yang terlibat dalam kisah mereka. silap-silap aku yang mendengar dan berkongsi cerita dengan anda semua ni pun, kira dah bersubahat. tapi kita cuba ambil iktibar...ingat...sekarang ni pelbagai kisah buruk banyak dah berlaku. tiba-tiba terbayang wajah en.hubby..apapun kuasa Allah yang boleh memandunya ke jalan yang benar.
apa kena mengena dengan tajuk...faham-faham sendirilah. akak nora pun baru tahu...lepas dengar kuliah jumaat, rupa-rupanya kalau isteri tak puas dengan suami dan ianya berlarutan, iseri boleh fasakhkan suaminya. yang lelaki? ish...
haa...akak bukan nak salah pihak lelaki je tau..sama je, mungkin wanita itu pun ada silapnya.
yang pasti , hidup suami isteri saling memerlukan..dan sungguh indah berlandaskan iman...
akak nora sayang en.hubby...

bercuti ke...entahlah...

Walau pun memandu malam tadi dalam kebingungan dan mata yang kelat, alhamdulilah akak nora selamat sampai di Kampar, Perak. Mungkin akak nora lama di sini, jadi kepada siapa yang berdekatan nak tempah baju kurung murah-murah dengan akak nora di alu-alukan ye...hik sempat lagi tu.
Aku heran bila duduk kat rumah mak ni. Kalau kat rumah aku sendiri, aku masak beria ia...kira semua yang aku masak tu kena ikut tekak en.hubby.aku makan pun dalam sepinggan jek.
Tadi, mak aku hidangkan kerabu pegaga, tumis taugeh dan kucai tu dan ulam serlum...lauknya, ikan talapia yang adik aku jala depan rumah ni..haa ko...rasa nak tido kejap. Punya menyenak aku makan..bahagia betul bila dapat mengikuti citarasa.
Sekarang cuti sekolah kan..semalam jalan yang aku lalu untuk balik kampung tu, mak aih...boleh tahan juga. Dah la tak boleh merempit..barang banyak dan ms viva tu rasa macam semput je..selalu aku boleh sampai tak sampai 2 jam, ni semalam sampai selepas 3 jam lebih. Bila da sampai rumah...wajiblah terlelap...ni pun rasa ting tong lagi , mungkin baki kesan ubat selsema ni masih ada.

ok lah... akak nora tinggalkan anda dengan soalan masa akak hadiri kursus kawen masa muda remaja dulu...

"orang yang tak solat, jahat atau baik" fikir-fikirkan dan tinggalkan komen anda. jumpa lagi...

Sunday, May 29, 2011

Aku tanak bela ulat aaa...

Kisah ulat bangkai tu dah berakhir...agaknya la..tak ada pun lagi. Banyak komen suruh aku buang...heran aku...aku buat entri berbunyi ala-ala aku membela ulat tu ke? hehe...last-last kami berpakat ooo...jumpa je..bak kat usop wilcha.."kite bako!kita bako!"
Mula-mula en. hubby tak percaya kisah kami. Macam mana ulat tu boleh datang dari atas..tunjukkan bukti.
Ha...bila dah tiba-tiba ulat tu terjun kat dropzone, baru tergedik-gedik nak ambil tangga dan naik ke atas. Beliau pun buat apa yang patut...aku nak turut serta,tak sampai hati...huhu...takut mogok lapar lak nanti.
Hmm...aku tengah berfikir nak gerak balik kg kul berapa? barang apa pun tak siap...mata ngantuk lagi aaa..?sambung jap....zzzzzz

Friday, May 27, 2011

Misteri ulat di rumah aku terbongkar..

emm...semua yang komen tadi, semuanya bertuah. tak pe lah...setakat ni..takkan la aku nak bergaduh pasal buang sampah kan..redha kan aje...

Waaa...ingatkan da setel. Habis semua ceruk aku geledah dan kemas. Pandai benar ulat-ulat ni menyorok. Memang pasti, tiada sampah atau pun bangkai tersepit di mana-mana. Sampai aku naik buntu...apa masalah sebenarnya ni.
Kehadirannya mengejut dan sungguh misteri. Ye lah... sedang kita berehat-rehat...tetiba tergedik-gedik kat depan dan tepi dan pelbagai sudut lagi. Emak aku dah naik geli geleman dah...aku pun terasa kembang tekak dah...
Emak aku termenung dan duduk di tangga hadapan pintu rumah. Tiba-tiba...
"haa...aku tau dah...aku tau dah...dari mana dia..." kata mak sambil mendongak melihat siling rumah.
"emak teropong ke?" aku bertanya pasal mak tengok ala-ala teropong dengan tangan dia...
gelak jugak aku. dia kata buat macam tu boleh membantu matanya fokus melihat. nak lawan pun tak boleh..pasal dia yang telah membongkar misteri ulat itu.
Rupa-rupanya..ulat tu dari atas siling. Dia keluar dari antara celah-celah siling. Ya...pasti ada bangkai di atas ni....namun apa perlu aku lakukan...setakat ni..kami hanya sapu dan buang pasal dah nak geli nak tenyeh...

Tension dengan ulat

Kalau kita tak buang sampah sisa-sisa makanan lebih dari 3 hari, anda akan lihat kemunculan ulat berenga..atau senang akak panggil ulat sampah. Memang tension, geli dengan keadaan dia tergedik-gedik beramai-ramai tu.
Pengalaman en.hubby cuai membuang sampah betul-betul menjadikan aku lebih berwaspada. Diulangi sekali lagi...aku tau? aku yang berwaspada..bukan dia tau..dia apa peduli.

Masa tu, dia tersilap membuang sampah di tempat sampah kertas. Aku pun tak ada la syak wasangka. selagi kertas tu tak penuh sebakul, tak lah aku buang..sekali...tergedik-gedik la ulat tu muncul bila cukup masa. Aku jugak yang setel kan. Aku memang teliti betul bab-bab kebersihan ni, tapi bukanlah sampai taksub gila-gila.
Cuma masalahnya sekarang ni, aku kehairanan dari semalam. Ada ukat sekaum macam ulat sampai tu tapi warnanya hitam. Berlegar-legar di ruang tamu. Kalau dari sampah..tak mungkin..tiap-tiap hari aku bagi setel.
Aku solat di ruang tamu ni. Masa subuh tadi, habis baca surah Al-kahfi, berbulu juga aku bila nampak kaum-kaum mereka macam baru keluar dari tempat persembunyian. Aku dah sapu dan mop satu rumah semalam. Aku cari apa yang tak kena, rumah aku pun memang tak berperabot..tapi, memang tak dapat di kesan...
Argh...tension weh...gemuk-gemuk...aku geli.....

Wednesday, May 25, 2011

Akak cuti ari ni hehe...

Siapa kata surirumah tak boleh cuti kan..?lagi di galakkan supaya mereka turut mendapat masa bersendirian juga. Last aku keluar bersama kawan,bulan 1 tahun lepas. huhu...tapi tak best pasal aku tengah alahan mengandungkan soleh masa tu.

Bukan tak ada keluar langsung, cuma keluar seorang tanpa anak, memang payah nak direalisasikan. Sebabnya, suami aku bukan dikategorikan cekap menjaga anak..pengasuh? zaman bila pulak aku hantar anak kat pengasuh. Emak mertua? memang emak mertua aku depan rumah je...tapi sungguh aku tak sanggup tinggallan anak aku. Walau aku nak ke kedai beli ikan sekali pun.

Jadi, mana aku pergi aku harung la dengan abang dan adik ni. Tapi, nasib baik kawan aku tak lokek pertolongan..ringan sikit bebanan. Jadi.. kurang la aku bersiar-siar melainkan kalau emak dan kakak aku ada..kenapa dengan en.hubby pun aku tak boleh ngam...biarlah rahsia...?
Cuma...kali ini aku minta izin nak keluar. sejak kahwin..memang jarang sangat2 aku gi date ngan kawan-kawan. Jadi, bila sekali dapat..walaa..
Mesti ada yang kata..siannya akak nora ni duk umah je...huhu..memang pun..namun,terus menggalas tanggungjawab.

Sms cik zai da sampai dah..aku nak bersiap. see ya..

Tuesday, May 24, 2011

Giveaway: 'MJ Birthday GiveAway

Marilah sama-samamendoakan kesejahteraan MJ dihari jadinya.
Waa...akak nora merajinkan diri on pc ortodox en.hubby ni. Niat nak buat entry untuk MJ atau akak kenali dia dengan nama Myra. Di sebalik senyuman manis dia, pelbagai dugaan rupanya yang dia hadapi sebagai seorang wanita.

Myra selalu jenguk blog akak yang...sob..sob..(menyedihkan ni.,.) entah bila nak gempaqnya. Terima kasih ye Myra.

Di kesempatan ini, akak nora mendoakan semoga Myra bahagia sejahtera di samping orang tersayang. Sihat selalu dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Yang penting tingkatkan iman dan amal dari sehari ke sehari ya..kerana itu yang menguatkan hati dan jiwa kita menghadapi dugaan. (eceh...akak nora berkata-kata)

Patutnya, orang bagi Myra hadiah..ni myra nak bagi orang hadiah. Apa-apa la, akak takkisah..terima je (hahah..macam dah confirm dapat..)

Apa pun..kirim salam kat ibu ya. Kerana dia, anda ada hingga ke hari ini..Alhamdulillah...

Lastly, SELAMAT HARI JADI Myra...

Monday, May 23, 2011

Boleh bw tp No Komen.

Semenjak tak ada lappy ni, aku banyak ngadap samsung wave aku je. Dulu, masalahnya..aku tak boleh nak taip entri. Tapi, bila ada opera mini..Alhamdulillah...cuma tak boleh nak taip sakan lah..kena berpada.

Ni masalah baru pula...bila nak bw..oo je. bila nak tinggalkan komen, di bahagian pengesahan visual tu...aduh..ada yang boleh, ada yg boleh..betul-betul merosakkan mood nak komen. tadi berkobar dah.

persoalan akak nora, adakah penting pengesahan visual tu...?

Sunday, May 22, 2011

Nur Kasih The Movie - dah banyak yang bagi komen ni..

Masa kecoh cerita bersiri ini nak dipanjangkan sebagai filem, memang aku dah lama merancang nak tengok juga kat wayang, walaupun dah bertahun berkurun aku tak jejak kaki ke sana.
Nak dijadikan cerita, filem ini membawa publisiti yang agak tinggi. Tak tau langsung sipnosis dia..hinggalah waktu nak ditayangkan pun macam gempak sangat.

Ramai dah blogger yang buat review dan bagi pendapat, tak kurang juga yang berniat nak rosakkan mood orang yang tak pergi lagi. Ye la..dunia maya ni kan luas. Kita bukan boleh nak tahan orang tu nak taip apa dalam blog dia. Langkah yang anda rasa selamat nak ambil, jangan lah baca entri berkaitan benda tu. Takut rosak mood nak pergi tengok.

Tapi aku tak kisah apa. Memang dah merancang nak tengok dengan member. Lambat...tapi lantaklah. Ada juga aku baca blog-blog orang dah tengok. Ish..banyak juga komen negatif. Biasalah tentang teknik-teknik filem tu. Itu pun kira penarik cerita kan..

Tak pelah tengok jalan cerita aje la..

Walaupun banyak dah yang aku baca, tak pe la..tak ubah pendirian pun. Bak kata pelakon yang jadi mak adam dan aidil tu, filem ini sesuai untuk orang yang dah jelak atau geli dengan cerita cinta muda mudi, sosial dan bagi aku yang dah jelak dengan cerita hantu buat-buat nampak real yang dah makin berlambak di pasaran ni..

Ada yang emo ke? itu hanyalah pendapat aku..kita kan lain-lain kepala...

Saturday, May 21, 2011

cer cube try testing...

assalammualaikum...
mencube teknologi terkini..walaupun agak leceh..kalau menjadi..Alhamdulillah juga.
ms. lappy da jumpa tuan baru semalam...sedih gak tengok ia tangan orang lain..apa kan daya..terpaksa menurut kata suami...
akak nora di kampung. memandu pulang bersama adik..esok kembali semula ke subang bersama ibu tercinta..ok lah..akak tinggalkan anda satu soalan..akak perlukan kata bimbingan bukan cercaan...
"Bagaimana nak terus bersabar, terkadang terasa diri tidak dihargai..."

Friday, May 20, 2011

Tiba masa kita berpisah...

Sudah setahun 2 bulan kita bersama
Apa kan daya kita di takdirkan berpisah jua
Moga kau berbakti dengan dia
Sebagaimana eratnya kita berdua...

sedih ni....

.


.

.

.

.

.

Lepas ni jarang la aku berblog...pasal..

.

.

.

.

.kena kongsi monitor dan tv dengan abang Izzat..sebab..

.
.
.
.

abah nak jual ms.lappy ibu..tapi yang baru lambat lagi dapat..

kejam..kejam...huhu...

Entri Jumaat : Fadhilat Amalan Asma ul Husna

1.   daripada abu Hurairah r.a, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda :"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu seratu kurang satu; sesiapa yang menghafal seluruhnya masuklah ia ke syurga." (HR. Bukhari)

2.   Sabda Nabi SAW :
Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke dalam syurga dan sabda baginda lagi sesiapa yang dalam duka dan runsing lalu berdoa seperti di atas maka Allah SWT akang menghapus duka dan runsing dan digantikan dengan kegembiraan.

Erti Doa Asma ul Husna

Ya Allah, sesungguhnya aku hambamu dan anak hambaMu dan anak hamba perempuanMu, uburku dalam genggamanMu. PerintahMu telah lalu atas diriku dan Engkau maha Adil dalam Qada'Mu.

Aku memohon kepada Mu dengan segala nama Mu yang untuk Engkau berikan atau Engkau turunkan di dalam kitab Mu atau Engkau mengajarkan sesiapa makhlukMu atau Engkau yang sembunyikan ilmu ghaib (dalam) pengetahuanMu disisiMu supaya jadikan Quran penyejuk hatiku dan penerang dadaku serta menghapuskan duka dalam diriku.

Akak Nora Berkata:

Dalam khutbah jumaat tadi akak terdengar, nabi katakan dahulu..jika kamu masih hidup pada zaman itu, kamu akan tempuhi zaman dimana penuh dengan fitnah, penipuan dan pelbagai khabar angin yang boleh memecahbelahkan manusia.

Hmm..lihat keadaan sekeliling..luangkan masa untuk berfikir. Kasihan anak kita, hidup dalam zaman yang sungguh 'keras'..hanya Allah yang boleh memberikan hidayah.

Thursday, May 19, 2011

Kontroversi akak nak bertunang dulu-dulu..haha..

Ketika emak en.hubby memakaikan gelang kristal sebagai hadiah dari dia, disamping cincin batu kristal dan cincin bertunang..cincin belah rotan

Dulu, sebelum aku nak bertunang. Macam-macam aku fikirkan. Nak buat dulang apa-apa ke..nak buat kenduri ke..ye lah..aku yang beria nak bertunang. Adik beradik lain dah kahwin. Adik aku pula, tunggu masa nak kahwin terus. Pasal, suami dia dah kecewa 7 kali bertunang.

Aku..? saja nak merasa dan berkenalan dengan family en.hubby, pasal..memang aku tak pernah beramah-mesra dengan adik beradik mereka.

Apa yang kontroversinya..tak ada apa..saja je buat tajuk.

Tentang dulang hantaran. Aku sediakan dalam tempoh setahun. Kalau ada yang nak bagi buah tu, janganlah simpan setahun..aku tak ajar macam tu ya.  Jangan kata bulan depan nak bertunang, bulan depan la baru nak beli segala-galanya. Dan aku siapkan sendiri..seronok rupanya menghiaskan hantaran. Dan yang penting masa kahwin tak payah sibuk nak sediakan apa-apa..nikah saja..hehe
Bersama dulang balasan.
Kenduri, kami masak sedikit je. Ye lah..antara 2 buah keluarga aje kan. Dan ada la dalam 2,3 kawan aku. Yang penting kami masak sendiri dan.....guna duit aku.. tiada duit keluarga yang dikeluarkan. Itulah pentingnya persiapan. Bertunang ni mengajar aku bersedia untuk perkahwinan pula. Memang la duit belanja dari pihak lelaki, tapi pengurusan wang itu adalah penting. Tak guna meriah beria tapi tak padan dengan kemampuan sendiri. Kalau orang nak buat besaran, itu mereka punya pasal..kita dengan keadaan kita.

Tentang pakaian. Aku tak beria nak bertempah. Aku cari yang dah siap..berlambak kedai aku keluar masuk. Bukan cari yang glemer..aku cari yang MURAH..pasal bertunang bukanlah segala-galanya. Akhirnya aku jumpa juga. Baju kurung rm 40. Bahagianya aku.

Solekan.. Aku tak ada tempah mana-mana mak andam. Memang aku nak sental sendiri je. Bukannya aku nak jadi artis kan. Jangan comot..sudah.


Selesai ditunangkan. Ringkas.
Yang aku saja nak kontroversikan ialah penerimaan cincin pertunangan. Dulu masa kawan se UITM aku bertunang, dia kata "cincin bertunang belah kiri, dah kahwin nanti belah kanan."

Biasalah aku..tak puas hati.."kenapa lak, confirm ke dia kawin pun dapat cincin. Entah-entah rantai ke, gelang ke.."

Dia jawab, "memang adat kat tempat kite macam tu .."

"Malu la..sambut benda orang bagi dengan tangan kiri.." dia terus diam dengar jawapan aku.

Adat kan...so, tak salah la kalau aku terima cincin dari emak aku tu belah kanan...alasannya, aku nak lebih berkat lebih bersopan. Alangkah buruknya menerima sesuatu pemberian, lebih-lebih dari orang yang bakal jadi emak kita tu dengan tangan kiri..ishh..

Tak salahkan..cuma yang aku faham pertunangan adalah tempoh untuk mengenali lelaki dan keluarganya dan mencari keserasian sebelum berkahwin. Jadi, tiada kena mengena belah mana awak nak pakai cincin tanda pemberian dari belah lelaki itu.

Kalau takut orang nampak kita macam dah kahwin dengan cincin di sebelah kanan...haaahh!! Apakah..anda takut dengan gelaran itu..anggap kita sedang bersedia..cuma kena ingat ..BERTUNANG BUKAN LESEN UNTUK ANDA BERKELAKUAN SEPERTI SUAMI ISTERI..kan kan..

Jadi, cuti sekolah dah nak dekat ni, mesti ada juga yang nak bertunang selain daripada nak nikah-nikah tu..semoga majlis anda di redhai Allah dan kekal hingga ke akhir hayat.

Tiada jodoh ku ke sana..Al-Fatihah..

Aku selalu terbaca nama dia di bloglist kawan-kawan blogger. Tapi, sungguh tiada masa nak menjenguk. Usahkan blog orang, nakkemaskini blog aku pun kena pakai oksigen.

Terkejut juga bila membaca tajuk entri,  di bloglist aku, ramai yang mengucapkan takziah kepada blogger tersebut. Innalillah...dia sudah pergi dulu. Perjanjian kehidupannya di dunia tamat disini. Moga dia aman bersemadi menanti pengakhiran alam fana ini. Kita sedekahkan Al-fatihah dan berdoa semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman.

Mengingatkan nama dia, pasti anda takkan lupa membasuh telur sebelum dimasak..matinya harimau meninggalkan belang, kembali manusia ke sana meninggalkan nama...blog..facebook..dan twitter..ish..kalau akak, sayu je jenguk.

Alfatihah buat mu, http://telordibasuh.blogspot.com/

Tuesday, May 17, 2011

Hiiissshhhh...Si Soleh ni....

Argh...pakai smart fon konon..line 3G+..tapi tak boleh nak upload gambar. Aku guna belas kasihan wi-fi line masjid depan umah nih. Walau linenya agak lemah, tapi boleh lah upload gambar..

Bukan penting mana..tapi blog Akak Nora kan...ikut suka akak la..yang penting, akak tak ngata hidup anda. Hei..melalut sudah.

Hari ini, aku begitu tawaduk menggunakan masa yang agak lengang dengan menggunting kain. Tak ada lengang mana. Cuma, mood potong tu ada, jadi kerja agak semangat. Kalau gunting kain dalam tak ada mood, kena buat perlahan-lahan tau...


 Dalam aku tawaduk tu, dapat 3 pasang je. Hik..hik..termasuk masuk aku yang putih tu sepasang. Kena pandai menyelit. Kalau tak sampai ke sudah baju aku tak berjahit. Ni menanti nak jahit tepi..kalau mak aku, dia cakap "jahit bulu"...masa mula-mula menjahit dulu, aku pun sibuk la menjahit bulu juga di kedai. Tercengang orang tu dengar aku minta jahit bulu. Ye lah..kan tepi-tepi kain tu berbulu..huuu..

 Itupun dugaan untuk kain yang terakhir. Soleh dah bangun dan mula lah jadi model tak berbayar memperagakan kain tempahan ibu dengan gaya tersendiri. Argghhhh.....Bersusah, bersondol, bertonggeng-tonggeng dengan dia untuk menghabiskan kain terakhir. Alhamdulillah...

Oh ye..dah lama tak cerita pasal anak aku. Hendaknya Si kecil bernama Soleh ni atau nama penuhnya Muhammad Irsyad Soleh. Dah berumur 7 bulan. Tapi, ligat dia mengalahkan abang dia dulu.

 Kalau aku sibuk di dapur, dulu dia merengek kat ruang tamu, depan tv tu je. Sekarang dia dah pandai meneroka. Tu dah separuh jalan dia mencari. Sekarang ni, dia dah berjaya sampai ke dapur. Habis...

 Belum boleh duduk, tapi bersungguh nak duduk. Kena lah duduk kan, anak sulung aku pun begitu. Sibuk lah orang marah..nanti bongkok, Tapi..memang mereka ni tak sedar diri. Nak duduk juga. Umur 3 bulan, memang dah boleh duduk macam ni. Tapi, kalau terbaring..tak ada orang di belakang..memang naya la..Jadi dia kena duduk dengan pengawasan orang tua.

 Bukan itu je..dalam usia 7 bulan ni pun adik Soleh dah boleh berdiri. Memang ligat...abang dulu..1 tahun baru boleh berdiri. Yang ini memang semangat waja..ibu pun lebih bersemangat la..huhu..
 Kalau mereka tersenyum..memang tiada yang indah melainkan mereka..anak-anak kita. Moga mereka membesar menjadi insan yang soleh.
Hee..adik Sole dah pandai sengih depan kamera..dulu masam je.

Tapi..adik tetap tak suka ibu penyek dia..sedap..muk-muk la katakan..hehe..

Monday, May 16, 2011

Kau pun salah...

Bukan niat nak menunjuk pandai apatah lagi berlagak bijak. Sekadar, naluri hati membentak-bentak ingin menegur kesilapan dalam erti kata di sesuatu perbualan. Namun, akhirnya diherdik.."kau pun tak betul..". Bukannya aku kata aku yang alim, beriman soleh dan ahli syurga. Cuma, ingin menegakkan apa yang salah.

Tersentap hingga ke jantung rasanya tatkala di balas dengan sepotong ayat itu. Tapi, memang la betul ketika itu. Diri ini pun tak betul lagi. TApi, kalau difikirkan sampai bila kita boleh menegur dan berkongsi ilmu menerangkan mana yang salah dan mana yang betul.

Masa tetap berlalu, walau kita inginkan ia terhenti seketika. Tak mungkin. Alhamdulillah..dengan petunjuk dan keadaan sekeliling banyak membantu insan ini mengikuti landasan yang benar. Namun, tidak sesekali dia mengatakan dia adalah penghuni tetap syurga. Namun, gentar jiwanya jika dikaitkan dengan neraka. Doa, tak putus dan berusaha untuk kembali ke jalan Allah yang selama ini di tinggalkannya.

Tanpa disedari, dia tertegur juga kesilapan yang jelas di mata.

"Ala..kau dulu pun begitu..jangan la nak berlagak alim."

Aduh..manusia..penuh dengan alasan. Jika itu benar berlaku, hanya Allah saja yang mampu bukakan mata hati kalian. Hanya ianya prinsip dari diri ini, YANG SALAH TETAP SALAH...jika hati sudah sedar dan insaf kesilapan lalu, mengapa..mengapa masih dikaitkan dengan zaman jahilliahnya..berikan ia peluang..kerana dunia ini bukan milik anda...sedarlah...

Sunday, May 15, 2011

Wanita..kaum yang lemah..

Mesti dah biasa kita dengar pepatah itu. Sehinggakan kita pernah di pandang serong oleh kaum lelaki. Hinggalah kaum wanita kini bertungkus lumus nak sama taraf dengan lelaki. Ada yang nak jadi bos, ada yang nak jadi juru terbang, jangan tak tau..ahli bina badan yang pakai seluar kecik dengan badan berketul-ketul tu perempuan nak buat. Banyak lagi sebenarnya bidang yang kaum wanita nak ceburi untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki.

Pada aku. Lelaki pun KAUM YANG LEMAH juga..tapi dari sudut berbeza..dan mereka sendiri yang mengaku yang mereka lemah. Contohnya:

" Ni yang LEMAH ni..budak mengangis-nangis macam ni..."
" Bila perempuan seksi, pujuk aku gitu..ni yang buat aku LEMAH ni...cair woo.."
" Bila aku balik rumah, bini aku membebel. Ni yang aku LEMAH ni, malas la nak dengar khutbah dia.."

Banyak lagi situasi yang lain. Jadi, jangan terlalu highlight kaum wanita itu kaum yang lemah..kerana setiap manusia ada kelemahannya.

Cuma kelebihan lelaki adalah mereka telah ditetapkan menjadi ketua keluarga yang menyara, medidik dan membimbing ahli keluarga mereka. Jika isteri dan anak-anak anda tidak melakukan apa yang Allah perintahkan, adakah itu kaum yang kuat dan hebat..

Seorang isteri yang demam dan sakit, namun gagahi juga bekerja. Balik rumah pula selesaikan kerja rumah, menyediakan santapan untuk keluarga dan macam-macam lagi hinggakan terasa..masa rehat itu adalah membazir untuk digunakan walhal, badan juga perlu penjanaan semula kuasa. Rasanya ramai tak suami yang mengambil berat, picitkan bahagian yang sakit, ringankan kerja isteri di rumah, mengambil sedikit tugasan menjaga anak, membantu isteri di dapur. Bukan tiada..cuma terlalu sedikit sehingga tak nampak. Aku, nampak lah..ada kat sebelah rumah aku ni..huhu..

Kalau mereka yang demam, isteri tak tentu hala. Tidur pun tak senang, terjeling-jeling kan suami. Memicit apa yang lenguh..tapi, sayang..suami bertambah berdengkur jika isteri tak sihat. Ish..ish..adakah itu dikatakan kaum yang hebat. Komunikasi itu penting, perlulah 2 hala..jika sehala, tak kemana..

Niat bukan untuk melagakan kaum. Cuma sedih dengan persekitaran. Terlalu banyak kritikan buat wanita. Namun, wanita sekarang tidak mahu berdiam. Mereka juga ingin bangun menentang. Tapi, INGATLAH..hukum hakam sebelum menentang. Janganlah disebabkan mereka curang dengan anda yang setiada, anda juga ingin curang seperti mereka. Adakah itu penentangan yang sepatutnya.

Hidup berkeluarga terutamanya, bersandarkan antara satu sama lain. Mengapa..kita perlu fikirkan yang lain walhal yang di rumah berkhidmat untuk anda sudah bernekad hidup setia bersama anda hingga akhir hayat. Kan lebih penting sama-sama membawa ahli keluarga, membimbing mengenali erti kehidupan, erti iman kepada Allah..mengenali dosa dan pahala juga balasannya. Kerana manusia sekarang, sudah bingung...pening..dan keliru...apa itu DOSA..

Bak kata izzat...apa yang penting...KERJASAMA..

GIVEAWAY DARI DAPUR CHIQ DINA

Meh SERBU DAPUR CHIQ DINA
Punyalah senang GA ni..akak nora tak kisah macam mana pun..tapi, agak berat kalau ada tag mengetag..dan..LIKE fesbuk..pasal..akak nora jarang on FB macammana jarangnya nak update entri.

Siapa-siapa yang berminat dan akak nora pun nak promote CHIQ DINA ni.

Salam kenalan....

Ni menyampah tengok cerekarama ni..

Aduh..baru lepas tengok Sejadah Kaabah kt tv3 ni. Kalau adik ku tengok ni mesti dah sroot..sroot belakang bantal. Aku dengan arwah ayah dulu rajin ushar dia.Aku tak main la tangkap leleh ni. Jiwa tabah..huu

Selalu aku layn cite lain dulu. Akhirnya memilih juga slot cerekarama.

Punyalah tabah aku tengok. Tapi part dia dah nazak masih tanya kat mak dia duit cukup ke tidk nak pergi mekah..aduh..aku dah bertukar..mungkin dah ke arah jiwa keibuan. Huh..menghayati watak betul aku ni..aku pulak yang sroot..tapi memang tengah selsema pun...(ecey..)

Nasib baik en.hubby dah tidur..huhu..malu aa nak tengok movie sedih kat wayang ni..

Saturday, May 14, 2011

Sedetik menjadi guru...

"Cikgu jahat...cikgu jahat,." itulah perkataan yang paling aku tak boleh lupa sepanjang karier aku menjadi Guru Tadika. Kejadian awal tahun. Maklumlah, budak yang tak pernah datang sekolah. Murin perempuan berumur 5 tahun, melalak bila kakinya mencecah lantai tadika. Bila emak atau ayah dia pusing nak balik. Lagi la mengilai...

Yang aku tak tahan tu..bila aku pujuk..dia kata aku jahat. "berkenalan pun belum lagi..macam mana awak tahu cikgu ni jahat..ishhh..."

2, 3 hari jugak dia buat hal macam tu. Dia lain dari yang lain. Tegar tangisan nya tak boleh dipujuk. Langkah terbaik...aku kurungkan dalam bilik. Nak keluar kena diam dulu.

Ada juga bagusnya murid ni..dia faham dan mengambil tindakan yang bagus. dia diam dan keluar dai bilik kurungan. Memang aku tak suka memukul..walupun hanya acah-acah. Sebab..tangan aku ada 2 biji tahi lalat. Depan dan belakang tangan. Orang kata kalau kena..mesti bisa pada orang yang terkena tu...Ha..sudah, akak nora bawak fahaman mengarut. Tu orang yang kata, tapi..memang aku tak suka menggunakan istilah memukul. Biar mereka nampak aku garang.

Masa berlalu, dan murid bernama Aisyah tu makin terkawal. Dia murin bawah pengawasan aku kerana aku mengajar murid berumur 5 tahun. Dari yang aku kaji, dia ini lemah. Agak lambat menerima pelajaran. Tapi, aku puji dia..semangat dia kuat. Bila bagi kerja, tekun dia buat. Baguskan..kalau anak-anak kita begini. Atas ketekunan dia tu, dia makin maju. Mak dia selalu bertanyakan aku tentang kemajuan anak dia. Jadi, aku khabarkan yang sejujurnya. Emak dia pun mengiyakan. Di rumah, sungguh-sungguh dia buat kerja rumah dan membaca. Nama aku sentiasa di mulut dia.

Dialah murid yang selalu bawak kek coklat untuk aku...sampai muak wo...tapi, memang sedap. Dia kata ibu dia masak.

Tahun sebelumnya, ada seorang murin perempuan..jangan terkejut. Nama dia Aisyah juga. Pendiam sangat..terseksa nak dengar suara dia. Kalau buat latihan membaca, macam nak letak microfon kat mulut dia.

Dia anak tunggal. Bila sampai birthday dia..ha..meriah betul mak dia buat. Kek besarnya..mcD untuk bebudak tu apa nama nya..tetibe lupa..ha dapat sekotak sorang..paling tak tahan aku pun dapat, izzat pun dapat woo..ye lah masa tu aku mengajar sambil mengasuh izzat. Tu pasal izzat 2 bulan dah masuk tadika huhu..

Aisyah yang ini terlalu mengenang jasa. Dia dah darjah 2 pun dia singgah tadika untuk hantarkan hadiah untuk hari guru kat kami. Siap kek sebiji tu.

Itulah kenangan aku menjadi guru dan menyambut hari guru. Sungguh mulia kerja sebai guru..memang rindu nak mengajar..tp, masa ni aku menjadi guru kepada 2 teruna ni..

Kepada para guru diluar sana...SELAMAT HARI GURU..sesungguhnya jasa mu sentiasa di kenang..

2nd GA Makbed sudah tiba. -pengalaman menyusukan anak sulung


Last..last..dah habih citer dah...

Kalau ko rasa entri penyertaan aku menyemak, aku minta maaf la. Anggap aku menaip entri aku dan menumpang lesen GA ko ek..teruja nak kongsi pengalaman ni..hehehe..aku mulakan kisah.

Apabila anak sulungku selamat dilahirkan. Pertama kali aku fikirkan, tentulah nak menyusukan dia. Tiba masa dan ketika, selepas semua family en.hubby pulang..nurse membawakan Izzat Yusuf kepada aku. Emak aku suruh menyusukan. Aku pun melagakkan gaya dari pembacaan aku dan visual-visual yang berkaitan dengan penyusuan bayi.

Hish...punyalah banyak gaya aku. Dia buat tak tau jek..tidur...mesti nurse dah bagi susu formula ni.

Bila balik ke rumah. Operasi di mula kan..menyusukan Izzat Yusuf. Hehehe..Izzat dah mula mengesel-gesel mencari..jumpa..tapi, macam tak betul je. Tak dapat..mulalah dia menangis..lapar...hendak tak hendak mak aku bancuhkan susu formula gift dari hospital. Diam dia sekejap. Kenapa ye..? Aku dan mak berfikir..Aku cuba-dan cuba tapi tetap macam tu, susu formula juga yang dia minum.

Malam itu aku rasa semacam. Sejuk. Mengigil gila-gila aku. YA Allah...kenapa ni. Rasa macam tak kena. Baju sejuk dan stokin dah pakai. Aku menggigil dalam selimut. Esok paginya aku rasa macam ada buah kelapa kat dada aku..dah boleh tanding ngan Pamela Anderson. Huu..sengal..Izzat tetap macam tu. Aku cerita dengan mak yang aku tidur menggigil. MAk kata tu demam susu...

Berlarutan sampai aku balik kampung. Kali ni lagi menggila sakitnya dada aku. Macam nipis je kulitnya sebab dah bengkak membesar sangat. Susu banyak tapi tak minum. Aku cuba pam keluar..tapi tak mahu..(rupanya pam tu salah pasang..)Aku cuba tuam ngan tuala basah, tapi lupa..panas ke sejuk. Aku bantai sejuk..Argh...tak kurang pun. Mak aku telefon mak bidan sorang ni. Dia kata pakai tuala panas. Patutlah..tapi selesa dia sekejap je. Mak aku cuba urut pakai sikat. Dia kata opah ajar..urat kat situ kan halus-halus jadi dengan tangan tak kena. Huhu..sakit wo....tahap meleleh juga airmata.

Masalah aku bukan tak ada susu, tapi tak ada puting. Anak aku bengong nak hisap macam mana. Penatla aku tonyoh-tonyoh masuk mulut dia. Tapi, mungkin anak aku ni malas nak berusaha lebih sikit. Tak dapat aje ngamuk la, Aku terpaksa picit manual untuk melegakan kesakitan..pekat je..rugi susu awal ibu tau. Banyak kolostrum..

Alkisahnya, emak dan kakak aku ke farmasi membeli pad. Aku pakai yang ikat punya gara-gara sakit bernanah tu. Tapi, masa tu tak tau lagi.

emak aku berjalan di bahagian puting-puting botol. Dengan niat nak beli puting botol. Bila jurujual bertanya. Emak aku yang peramah ni bercerita.

"Anak tu, putingnya tak ada..susu banyak. Agaknya kot nak pakai puting palsu kot..hehe.."Emak aku sangka dia buat lawak.

"Ada, makcik nak ke?" mau tak terkasima emak aku..ada jual puting palsu. Emak aku pulak ingat jurujual tu buat lawak. Huhu..

Memang ada, silicone nipples. Kelakar jugaklah masa mula-mula emak aku tunjukkan kat aku. Penggunaannya senang je. Bila dan cuci dan keringkan. Letak je kat tempat sepatutnya. Memang Izzat hisap..sebab puting dia memang tersedia besar kan. Bila baby hisap, udara makin kedap dan makin lama puting kita akan memenuhi kawasan dalam silicon tu.

Rasa nak menangis tengok anak aku menyusu. Akhirnya menyusu juga ko dengan susu ibu. Dalam 2,3 hari aku cuba. Aku cuba trick pula. Bila dia sedap menyusu aku tarik silikon tu dan bagi direct kepada dia. Erm...mengamuk jugalah. Dia da biasa rasa getah kan..apa la..tapi kalah juga. Akhirnya, dia menyusu sepenuhnya. Banyak...hingga, aku terpaksa pam dulu baru bagi dia menyusu selepas pengalaman dia tersedak sampai biru badan dia ..tak bernafas . Jadi, aku fobia kalau susu banyak.

Rupanya..anak lelaki ni kuat menyusu kot. Bila dah dapat nikmat susu badan, kerjanya asyik menysu sampai muak-muak. Heran aku..aku bagikan aje pasal susu badan kan. Tapi, mula-mula menyusukan memang rasa menyentap sampai ke rahim. Pedih wooo...kulit tu baru nak biasa galak dihisap. Pernah sekali aku tengok terbit darah di aerola tu..ish kang jadi bersiung pula anak aku..

Tapi, untungnya menyusu badan..memang kawasan peranakan kita cepat kecut. Betul...

Anak kedua pula. Puting dah ada la..tapi susu tak berapa nak keluar. Jadi, Soleh malas nak hisap..lambat..gelojoh betul anak-anak aku ni. Tak ada pula simptom bengkak-bengkak. Mak aku urut juga pakai sikat..ikutkan aje. Masa cek kat hospital sebelum balik kampung, doktor ada bagi ubat. Ubat penambah susu, tapi kalau baby tak hisap susah sikit nak dirangsangkan.

Di kampung, rebusan lobak putih menjadi sajian berpantang. Ada nurse bagi petua. Makan lobak putih tu boleh menambahkan susu. Berkesan, tapi bukan tu aje..aku minum susu hari-hari, ubat doktor tu aku makan..dah tentulah..aku tuam dengan menggunakan tungku juga. Tapi, syukur..masih lagi menyusukan Soleh.

Thursday, May 12, 2011

Masalah baru aku..AKU BERTUKAR!!

Aku menyedari diri ini macam tak kena. Masalah baru..aduh..dan serius aku tak suka. Aku sedar tapi..boleh terbabas juga terkadang. Memang dugaan, aku banyak bermonolog dengan jiwa aku sendiri.

Sekarang ni aku kerap rasa nak baran. Mudah rasa nak marah. Kot simptom datang bulan, rasanya belum lagi. Lagi menyampah kalau si izzat yusuf buat hal ngada-ngada dia. Kalau mak bapa tak tahan sabar..mau kena masuk tong sampah dah budak ni. Terkadang..terbabas juga..mulalah aku berleter, tengking..
Tapi, bila aku menghadap Nya..ibarat aku mengecas kembali ketenangan aku. Bayangkan kalau aku terus jauhkan diri dr Dia..pasti anak aku lembik kena belasah atas sebab kebaranan aku kan. Jadi..sekarang aku cuba luangkan masa.

Terkenang dosa dulu..aku pun manusia biasa..pernah leka dulu. huhu..nk nangis pula..walau pun aku ni garang tapi dalam hati ada taman dan boleh menangis tengok Bersamamu wo..

Nak minta pendapat macamana nak berlembut dengan permintaan tak relevan dari anak..dalam masa yang sama aku tak nak kelihatan macam tunduk dan memanjakan kehendak dia..aku ni insan yang menyampah dengn sikap ngada-ngada. Lantaklah budak atau mak bapak budak..ce help me skit...

2nd GA Makbed sudah tiba.- si sulung yang di nanti.



Aku klik lagi sekali..alang-alang nak cerita boleh aku turut serta sekali lagi ya...KLIK jika berminat
 Mengimbau saat-saat pertama kali melahirkan anak memang satu perkara yang sungguh bernilai. Sakit, perit ibarat nyawa di hujung tanduk, namun itu satu pengalaman yang sungguh bernilai. Sekurang-kurangnya Allah telah mengurniakan anugerah yang menceriakan lagi rumah tangga kami.

Masa yang dinanti kian terdetik kian hampir. Due date aku aku lebih kurang pada 1 MAC 2008. Tapi doktor yang merawat aku itu memberi aku peluang ketika aku menjalani pemeriksaan terakhir sebelum due date. Nak lahir hari itu atau esoknya?

"eh..boleh pulak macam tu..?" itu perkataan pertama yang terpancul dari bibir aku. Memang aku tak pernah dengar kisah boleh pilih tarikh nak melahirkan. Doktor sahkan kandungan aku besar untuk kali pertama. Mungkin tak de la besar sangat tapi rahim aku agak bermasalah..maklumlah kan aku pernah terbabit dalam satu kemalangan yang agak parah ni. Jadi, doktor takut aku tak mampu menanggung bebanan kandungan. Memang ada simptom pelik yang aku rasa, contohnya perut jatuh macam dah nak beranak..tapi, belum lagi. Sakit di bahagian bawah tak payah cakap la selalunya.

Aku memilih keesokkannya. Maka, berangkatlah aku dengan pelbagai kelengkapan. Emak aku memang sentiasa menemani aku. Walaupun aku kata tak payah, dia tetap nak tunggu. Kul 12 tengah hari, ubat 'sakit' dah di masukkan di 'jalan'. Doktor kata dah mula buka 3cm. Aku berehat saja atas katil. Sakit nak terbuang dah mula...memulas..mulas..yaAllah. Nak beranak dah kot..belum juga...

Petangnya, ubat di tangan pula di masukkan. Dapat la pistol laser bak kata makbed dulu-dulu..huhu..bila masuk ubat tu, lagi berguling rasanya. Aku sakit sangat...tak menagis tapi air mata mengalir je. Menahan, orang kata kalau menangis lagi penat. Jadi, aku tahan kan saja.

Dalam aku melayani rasa sakit sekejap datang sekejap hilang tu, baru aku sedar dasyatnya sakit dipaksa. Sebab sebelum ni aku dengar cerita emak dan kakak aku bersalin, sekejap je. Sakit-sakit..teran-teran..dah keluar. Aku pulak dah sampai ke malam menahan sakit. Keluarnya tak juga.

Malamnya..doktor menjenguk.."Esok, kita sambung sakit lagi ye..hari ini macam tiada sambutan"..macam main-main pulak doktor ni. Tapi, aku yakin bukan sengaja. Berserah kepada Allah. Aku ditolak masuk wad. Dah lewat malam..laparnya..mak setuju nak tunggu aku di wad. Jadi, Minta en.hubby belikan roti canai. Dalam sakit-sakit tu aku balun juga 2keping..lapar weh berjuang dalam kesakitan.

Malam tu sebenarnya tak berapa boleh rehat, rasa sakit tu sentiasa ada, ye lah..kesan ubat tu kan masih ada. Bila kencing je, terkeluar lendir berdarah. Tapi, masih tiada anjakan baby nak melonjak keluar.

Esok pagi-pagi doktor mulakan operasi dalam bilik bersalin. Lagi sekali ubat sakit dimasukkan. Aku dah pening gelap dalam kesakitan, memang penglihatan pun dah kabur. En.hubby sentiasa ada menggenggam tangan aku.."mengucap yang..selawat...zikir...lailahaillah.." tu je yang aku dengar, aku cuba juga walau dalam kelemahan.

Setelah air ketuban dipecahkan oleh doktor. Aku diberikan masa lagi. Tapi, aku rasa macam dah tak nak tunggu dah. nak selesaikan semuanya secepat mungkin. Dan dalam ketika itu aku rasa macam gelap-gelap..lampu di syiling dah rasa berputar-putar. Aku katakan yang aku macam nak pitam pada en.hubby dan dengan cepat dia panggil doktor ke nurse ke..yang aku ingat aku di beri gas penyedut. Memang tak macam ko mak bed..sempat berbual dan tau benda-benda yang ko buat, aku dah rasa di awang-awangan. Yang aku ingat, mengucap...entah-entah nyawa aku di situ. Tapi, bila dapat gas tu aku agak 'sedarkan diri'. Sakit tetap datang kali ini makin kerap dan kuat..

Hinggalah.."Ya Allah..sakit sangat bang.." En.hubby lari keluar menekan butan emegency. Doktor dan nurse sebenarnya dah bersiap nak masuk.

"Jalan awak baru ada 8 cm, saya bukakan habis ye.." nurse tu berkata. Tapi aku dah tak rasa apa..dan bagaimana dia buka.

Mengikut kata en.hubby, lepas doktor menyuntik di segenap tempat sepatutnya. Doktor belahkan saja dengan menggunakan pisau...(nasib baik laki aku tak pengsan tengok darah)..Aku di surun meneran. Aku dah buat pembacaan, cara-cara meneran. Nurse tu jugak membantu aku menunjukkan arah macam mana aku meneran..macam mana? susah nak dikatakan. Tapi, aku boleh rasa aku nak meneran bila dia buat macam tu. Masa meneran jangan tolak badan kebelakang dan angkat punggung, bahaya. Aku di suruh pegang kaki dan meneran sambil mengangkat kepala menghala ke lutut. Wargh..memang tiada masalah meneran, nafas aku panjang dan lama aku guna untuk teran. TApi, masalah aku untuk mendapat semula nafas seterusnya, proses itu harus cepat dan ini menyebabkan aku makin lemah. Yelah dah sehari semalam aku kesakitan..kudrat memang dah hilang.

Akhir sekali, aku kumpul segala-galanya dan lepaskan "PUSH...."..keluar lah insan yang dinanti-nanti selama ini. Rupa-rupanya hanya separuh kepala je keluar walaupun aku setengah mati meneran. Doktor terpaksa vacuum, dan dia gunakan masa aku teran kali terakhir paling kuat tu..rasanya mata pun nak terjojol keluar.

Muhammad Izzat Yusuf Bin Mohd Shah Idham
21 Februari 2008
Doktor kata, dia takut baby lemas. Dan aku pun penat..jadi, dia terpaksa membantu. Aku tak kisah..asalkan dia selamat. Lagipun tiada kesan lonjong di kepala Izzat. Cuma di sebabkan itu, Izzat terkena 'sakit kuning' yang tinggi. Tapi turn naik turun naik. Aku cek di hospital kerajaan sebab masa tu aku dah berpantang di Perak. Yang aku pula..bahagian jahit asyik sakit je. Makan memang berpantang, cuci siap pakai air garam dan ubat dengan ubat kuning doktor tu. Apa lagi tak kena ni..

Memang huru hara anak pertama. Akibat indek ukuran yang tinggi kuning nya itu, aku bertolak dengan kakak dan emak aku ke Shah Alam. Aku menyampah dengan klinik kerajaan tu. Setelah di periksa, doktor kata itu adalah kesan vakum. Dia da bagitahu, mungkin aku tak dengar. Cuma sehari semalam je Izzat duduk bawah lampu. Aku pula lupa nak suruh cek aku punya kenapa sakitnya merenyam. Aku yang baru merasa "dijahit" ni beranggapan memang rasa begitu kot. Sabar aje la..tapi was-was sebab kakak aku kata sekejap je sakit nya. Aku dah nak 3 minggu.

Hinggalah, nurse yang datang kerumah tu buat pemeriksaan macam biasa, dia tengok bahagian jahit aku macam geli-geli..memang aku menyampah dengan klinik kerajaan. Dia kata macam ada nanah..aduh...dugaan betul aku. Kat mana yang salahnya ni. Petang tu aku kena juga ke klinik kerajaan nak tak nak aku pergi juga.

Bukan doktor, hanya pembantu ye. Dia korek je bahagian nanah tu dah siram ubat kuning tu je. Faham-faham lah macammana aku kena tahan begitu saja..Tuhan je tahu. Dia kata besar lubang kena korek tu (bukan di anu ye..di sebelah tepinya)..Berhampiran punggung. Dia nak jahit hidup..hidup..wargh..ada siapa-siapa yang sanggup. Jahit tanpa di bius..di 'situ' pula..angkat tangan!!!Aku jawab nanti la..tengok keadaan dulu. Nanti aku datang balik kalau tak pulih-pulih lagi.

Balik rumah aku nekad. Tak nak guna langsung ubat kuning tu. Aku guna jus intra yang aku makan tu. aku cuci setiap kali kencing dan ubat di bahagian berlubang tu dengan guna kapas yang basah dengan jus Intra. Begitulah aku setiap kali buang air kecil. Emak aku yang tolong masa mula-mula balik dari klinik. Muka emak semacam. Tapi, dia kata boleh baik ni. Aku faham maksud mak..mesti parah..aku tak boleh nak tengok kat cermin sebab kelahiran petama membuatkan badan aku tegang sampai nak bongkok pun tak boleh. Yang kakak aku siap cakap..nanti Am rasa lain la nanti..(nak menyatakan aku dah longgar la tu..)apa punya kakak la..tiada simpati langsung..kakak aku memang mulut lepas..

Aku teruskan juga, hampir sebulan lebih. Akhirnya kesannya sungguh menakjubkan..luka berlubang itu pulih dan tiada parut yang menakutkan.
 Itulah Jus herba yang aku cakap tu..bukan air herba buatan sendiri tau...

Adik soleh dalam pantang. Tu nampak tak Jus Intra kat belakang dia. Masa pantangkan dia sepenuhnya aku guna jus tu. Alhamdulillah..semuanya ok tiada seperti dulu. Luka penjahit pun elok sebelum 2 minggu. Muka pun tak pucat..rasa segar je..

Aku dah tangkap gambar bunjut penuam tapi tak boleh upload untuk ko tengok. Aku pun heran. Gambar-gambar ni pun aku copy paste je. Bunjut tu kecik je, diisi dengan bijan hitam..Gunanya..layurkan atas api lilin sekejap, rasa di tangan ye la...kang panas-panas ko letak kat perut baby..bukan salah aku mengajar tau. Nak efektif letak minyak sikit je sebelum layur kat api. Tuam macam ko tungku perut ko. Tapi, tak payah la nak kuat-kuat. Memang nampak kesannya, tiada simptom perut kembung. Kalau ko nak ko cakap umah ko kat mana, aku cuba hantarkan dan bg tutorial sekali kat ko ek..

Apapun setiap ibu ada cara masing-masing..nak buat pun cara masing-masing kan..hik hik..sekadar berkongsi pengalaman dengan kisah aku sendiri..

Wednesday, May 11, 2011

Ukur baju di badan sendiri.

Blog aku ni masih dalam pembikinan. Tak ada yang istimewa. Cuma nak tukar warna dan susun benda-bend bersepah ni. Cadangnya nak buat malam tadi..boleh pula pukul 2 pg abang izzat bangun terduduk dan muka kerut semacam..argh..abng meneran. pukul2 pgi pun jd.

Selesai hajatnya di buang, merengek pula ditengah pagi-pagi tu. Terjaga pula adik soleh...ha berguling berdekah dekah la di tilam tu. Selesai cerita..terus lupa nak sambung semula pengubahsuaian tadi.

Mengikut makna pepatah dalam tajuk entri aku hari ini adalah menjalani kehidupan dengan kemampuan sendiri. Atau lebih mudah nak faham..kalau duit tu ciput jangan la menggatal nak guna barangan yang mahal.

Berbeza dengan kes adik aku ni. Dia ada menempah baju kurung dengan aku. Tapi emak aku yang ukurkan sebb masa tu aku tiada di kampung. Yang tak tahan tu..mak siap agak agak lebar punggung untuk kain dia. Yela..adik aku ni bukan besar mana. Aku lagi perkasa.

Baru baru ni kan aku kerumah dia..bawalah sekali baju yang dah siap tu..ha ko..tak bole msuk..haha..berdekah aku tergelak. Rupanya minah ni dah membesar dengan sihat. Da lebih kurang je perkasanya dengan aku. tu la dulu kutuk akk ko ni..kan da tulah.

Satu kerja nak kena tetas semula jahitan yang dah siap. Nsib baik dah siap da..aku nak teruskan dengan baju orang lain pula.
p/s..huhu..memng haru kan kalau ukuran yng dapt tu salah..customer pula asyik menyalahkan..huhu..

2ND GIVEAWAY MAKBED'S JOURNAL - yeeee....aku hamil lagi..!!

Jom Join 2nd GA Makbed
Klik untuk join dengan kisah kehamilan anda.

Ketika anak sulungku berusia 1tahun, aku dah mula berhenti ubat perancang. Jadi, aku berserah je..dapat atau tidak. Tapi, bukan automatik selang 2,3 hari melekatnya. Dalam setahun juga aku berusaha. Hinggalah tahun baru 2010, azam aku nak tambah lagi seorang. Nekad, walau Izzat Yusuf baru nak cecah 2 tahun. Bukan apa, terfikirkan badan yang makin lama makin berumur.

Bila aku merancang nak anak, aku akan lebih sensitif dengan kitaran haid aku. Catat apa yang patut supaya menjadi rujukan. Hinggalah dalam pertengahan Januari 2010, aku belum lewati kitaran haid aku. Bahagian bawah perut aku sakit, mengeras. Biasanya bila begitu, aku akan berurut dan minta mak cik tu urutkan perut sekali. Barulah lega.  bila bahagian rahim tu dinaikkan ke atas.

Tapi, bila aku dah merancang nak hamil lagi, aku kena berwaspada. Aku beli tester tu sampai 2 jenis. Bukan apa, pernah terkena yang rosak. Punya la tak sabar  tunggu hujung bulan untuk melepasi waktu kitaran, aku test juga.

"ish....mesti rosak ni..."line kedua itu kabur. Esoknya aku cuba lagi..

"ish..kabur juga.." macam ada sesuatu je kan. Masa tu aku bekerja sebagai guru lagi. Jadi, selepas habis sekolah esoknya aku terus memandu ke klinik panel kami. Memang kami dah kamcing dengan doktor itu. Aku pun ceritakan apa yang musykil. Seperti biasa, ujian urin dijalankan. Pembantu dia ambil masa yang lama. Doktor tak puas hati, 'kabur'...Kali ini, dia sendiri yang buat.

"Ye lah Zima..kabur line kedua ni. Mengikut yang sepatutnya, dah ada la ni. Tapi, tak pe..hujung bulan, dah lepasi tarikh. Kita pastikan.."Doktor memberi kata putus pada hari tersebut.

Dan seperti dijanjikan, aku ke klinik. Dan, memang azam tahun baru aku tercapai. Mengikut kiraan berdasarkan catatan aku, doktor sahkan dah sebulan aku hamil. Alhamdulillah..memang seronok. Izzat dapat adik..

Kehidupan ku berlalu seperti biasa, seperti zaman hamil dulu. Kurus kering pada permulaan kehamilan kerana tak lalu nak makan, asyik muntah monggek. Alahan yang kuat. Cubalah makan ubat apa yang patut, dia nak muntah..muntah juga. Warisan dari mak aku yang kuat alahan kot. Tapi, mak kata aku dan adik aku masih kuat lagi kerana mampu bekerja. Dia nak tengok cahaya matahari pun tak boleh.

Pernah aku adukan kepada doktor. Doktor kata bawa bersabar, hikmah orang yang alah asyik kuat muntah ni maknanya kandungan dia kuat tak mudah gugur. ooo..patutlah emak dan kakak aku yang pernah berpengalaman jatuh guling-guling dari basikal, Alhamdulillah..memang tiada apa-apa dengan kandungan mereka.

Izzat pun masih menyusu badan. Kadang-kadang sedih juga, sebab bukan ada susunya pun..ada pun sikit. Cuma dia gian ketagih. Alhamdulillah 2 tahun setengah umurnya, dia dah tak nak. Dia lebih suka minum di cawan.

Keadaan aku hamil macam ko la Makbed (tetibe jer..) tapi, ko kuat lagi..hehe..tapi bila baca kisah ko macam tak jauh beza, selera ko..minat ko bercelak tu..cuma..ko dah sepasang..aku kena 'maaf, sila cuba sebentar lagi..' lebih kurang macam tu lah.
5 bulan kehamilan ke 2. Besar kan, macam nak meletup. baru makan pizza tu..tapi percayalah, banyak lagi ruang kosong.

Dulu, masa lahirkan anak yang sulung, aku sibuk nak cari produk untuk aku berpantang dengan jayanya. Membazir kerana anak aku tak tahan. Tapi, bila menghadapi anak kedua..aku buat ala kadar je. Produk khas pun tak beli. Sebab takut kesan kepada anak aku. Jadi, yang penting masa pantang anak kedua ni:
  1. Losyen halia mustajab tu, aku pilih extra hot..tapi tak de lah panas sangat. boleh la. Bila dah pakai memang aku cover apa yang boleh, stokin tak lepas. Jadi terasa segar dengan peluh yang keluar tu.
  2. Tungku, biasanya mak aku sediakan. Aku tungku pagi, petang dan malam biasanya lepas mandi, kan sejuk. Memang terasa sedapnya. Aku tungku dengan penuh tawaduk kali kedua pasal ubat tak berapa boleh makan kan. Alhamdulillah, tukang urut tu cakap peranak aku kecut dan merangkap ke tulang belakang dengan baik.
  3. Jus herba..haa yang ini memang aku sediakan sampai 2 botol. aku suka. Inilah satu-satu ubat yang tiada masalah bagi aku, luka jahit pun aku cuci dan ubat menggunakan jus ini. Lepas pengalaman jahitan aku retas dan bernanah masa anak pertama, ubat ni lah yang membantu luka besar itu pulih tanpa perlu dijahit hidup-hidup..yang penting..kemas semula di situ kan..

itu je..yang penting barang-barang untuk anak aku. Aku belum ada pengalaman jaga anak perempuan, jadi ini adalah persiapan untuk bayi lelaki aku berpantang:

  1. minyak gosok, kat kampung aku je ada. memang masa dalam pantang, anak aku tak guna bedak atau losyen. Memang aku urut dia setiap kali lepas mandi dengan minyak tu, dari kaki..hinnga la ke atas. Tu pasal la, body anak membesar dengan sihatnya. Kan ada pakar yang kata, urutan bayi itu membantu pembesarannya. Dan yang penting sekali dia senang nak tidur, tak meragam dan tiada perut kembung.
  2. pastilah dibantu dengan barut ya..anak-anak zaman moden dah kurang berbarut. Tapi, pada aku tak salah..paling  kurang pun guna untuk dalam pantang ni. Ada juga berbedung..tapi cuaca tidak mengizinkan, anak aku kepanasan dalam bedung. Tapi, kadang-kadang aku belasah juga sebab anak aku tak tidur selagi tidak dibedung
  3. penuam pusat- bukan ibu je sibuk berpantang, baby aku sibuk berpantang. lepas mandi memang rutinnya macam-macam. Kalau pusat tu dah terpisah dari tali pusatnya boleh la tuam, setrusnya aku akan tuam sikit-sikit di sebelah kiri, kanan perut dan terus ke bahagian 'telurnya'. MAsa ni lah macam-macam boleh jadi, dia kentut kaw-kaw sampai terpancut-pancut membuang..terpancut-pancut pili bombanya..memang kelakar. tapi itu tanda dia selesa. Setengah orang takut usik lama-usik lama, cepat pakaikan lampin kan..pada aku, lantakkan..dia nak buang-buanglah.
kerja izzat hari-hari dulu suka bertanya bila adik nak kuar, bila adik nak kuar..memang teruja dia.
Akhir sekali, barulah menyusu dan tidurkan dia. Memang tiada masalah. Cuma anak aku yang kedua ni, dia bermasalah ruam. Kata doktor dia panas masa dalam perut. Huhu..itu adalah punca ketagihan mengidam yang terlampau yang aku alami. Nak tau apa..aku suka kunyah ais. Kalau tak dapat rasa macam nak hangin satu badan. Aku kunyah kuib ais kecik-kecik tu dah macam kunyah kacang, emak aku cakap. Bila dapat nikmatnya....perangai aku tu timbul lebih kurang 2 bulan nak melahirkan. Bila dah selesai, cuba sekarang ni aku kunyah, sebiji pun rasa nak pecah kepala. Masa mengidam tu, penuh mulut aku kunyah. Tak baik memang tak baik..tapi, susah nak cakap. Alhamdulillah, lama-lama hilang juga ruam tu..

Pengalaman aku mungkin sama je macam orang lain. Tapi kan..yang aku tak boleh lupa masa nak lahirkan baby kedua ni. Sakit di paksa sakit kedua ni lagi dasyat..sabarkan aje. Bila dah tiba masa, doktor nak tengok jalan, nak sedia nak potong apa yang patut la tu, aku leh bantai buang angin kat muka dia..
"tak pe..tak pe..buang je.." dia sabarkan aku.

4 das juga aku lepas kan..bukan apa, aku makan tengah hari je tadi. aku bertarung nak meneran pukul 8 malam, memang dah tak ada daya. Angin tu mungkin terkumpul akibat aku lapar tak makan. Memang nampak macam lawak, tapi maaflah doktor ..tak sengaja. Dan tak ada masa aku nak fikirkan malu ke apa masa tu..sakit nya, semua yang melahirkan sama macam aku akan rasa keperitannya. Memang tak mampu meneran, aku terpaksa katakan kepada doktor, aku takut terjadi apa-apa. Dan doktor buat apa yang patut, anak aku keluar tanpa bunyi. Akhirnya, Ada tangisan halus dari bayi 'besar' itu. Patutlah berjuang ibu nak keluarkan kamu. Alhamdulillah, Allah masih kasihankan aku.

Bila selesai segala, aku tak mampu nak bangun. Darah tumpah dengan banyak, pening...Malam tu tak boleh tidur. Ketegangan urat-urat masa berjuang tadi terasa sakitnya. Esok pagi, baru aku bantai tidur tengahhari, Dan syukur badan aku ok, esok petang nya juga aku pulang ke rumah. Bila doktor melawat, barulah timbul rasa malu aku bila terkenang kejadian dia di tembak dengan peluru angin..huhu..

Anak-anak bujang aku Abang yusuf dan Adik Soleh.
Itulah kenangan aku yang baru ada 2 orang anak lelaki, tetapi huru haranya macam dah banyak sangak anak aku kat rumah ni hehe..sebenarnya itu lah keindahan bergelar ibu. Untuk makbed, aku doakan semoga segala-galanya selamat buat ko ye..

Monday, May 9, 2011

Dunia sekarang, tiada beza haiwan dan manusia.

Tadi, aku sempat menonton National Geographic di Tv Astro ni. Rumah aku memang di halang keras untuk Astro ni. Siaran tv biasa pun tak terlayan...inikan astro. Cukup masa, Izzat mulalah tukar siaran nak layan kartun. Kalau astro tu, naya la..non-stop..Tak boleh di jinakkan dengan TV aje..Aku,memang tak kisah ada atau tidak tv ni.

Kisah yang aku tonton itu, berkaitan dengan kisah hidup ular tedung selar kuning. Bahagian yang aku terkejut, apabila ular yang jantan membunuh dengan kejam ular betina yang sudah bertelur dengan jantan lain. Emm...bila difikirkan, tiada bezanya ular itu dengan keadaan manusia zaman sekarang. Hanya kerana sifat cemburu, membunuh sekarang ni tersenarai dalam senarai untuk melepaskan geram.

Sebenarnya, bukan itu perlakuan yang boleh disamakan dengan keadaan manusia zaman sekarang. Fikir-fikirkanlah sebelum kita fikirkan kesilapan orang..err..ada kaitan ke?

p/s:kenapa ada trend sindir blog..adus..terasa juga, tapi akak nora bukan nak sindir, mungkin akak nora gunakan ilmu, memberri pendapat apa yang tuan blog bincangkan dan sewaktu dengannya. Kalau ada yang terasa dengan akak nora..minta maaf ye..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Konon-kononnya nak buat kejutan buat ibunda. Tapi, akhirnya ibunda yang buat kejutan kat aku. Tup-tup semalam, adik aku telefon mengatakan emak dalam perjalanan ke rumah abang aku di Balakong. Jadi, semalam juga akak nora ke sini. Tapi, tak lah menyertakan diri untuk tidur di rumah abang aku. Cuma jenguk-jenguk dan pulang juga.

Waktu entri ini ditaip, aku menggunakan mr.lappy abang aku.Maknanya aku dah sampai balik di rumah abang aku. Hik hik..teruja la menggunakan internet dia..fuhh...kalah smartfon aku..Sebenarnya line kat rumah aku tu pakai apa pun tak boleh. Semuanya lembab. Nanti la aku ubah kuali jadi satelit.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari ibu buat rakan-rakan seperjuangan. Semoga Allah merahmati ibu-ibu kita dari hidup di dunia hingga  mereka menuju ke sana. Doakan semoga mereka ditempat di tempat orang-orang beriman ya..

p/s: akak nora nak beronggeng hari ni..

Saturday, May 7, 2011

Kenapa perempuan kena sanggul rambut..




Masa zaman hingusan dulu, rambut aku ni panjang. Melepas punggung. Tak ada maknanya nak rebonding masa tu, kalau malas nak jaga..ha..samalah macam KAK LIMAH tu. Nak potong, takut.. Masa tu ayah aku marah. Dia memang alergik dengan perempuan rambut pendek. Buktinya masa muda-muda memang mak aku rambut cantik menawan. Tapi, rambut emak ayah aku cantik ..ikal..kenapa rambut aku dah macam orang asli..huh..orang asli sekarang pun dah pandai rebonding woo..

Paling derita nak pergi sekolah. Apa lagi, mula ikat..lepas tu aku gulung-gulung..ha jadi la macam gambar di bawah ini.

Guna gambar patung je, nanti kena saman kalau guna muka orang. Kalau Allah tak suke, dia nak saman juga ke..ish..ish..

Di sekolah agama, akhirnya aku ditegur oleh seorang ustazah..ingat lagi di benak fikiran ni memang jelas sangat-sangat..

"Tak baik sanggul tinggi-tinggi ni, berdosa. NAbi Muhammad marah, tak suka. Kalau kita buat apa yang Nabi marah, Allah pasti marah dengan kita. Suka ke.." lembut je ustazah tu cakap. Ustazah tu sungguh ayu..tak hairanlah dia berpurdah, sesekali dia buka purdah memang mata melekat je kat wajah jernih dia.

Lepas itu, memang aku takut nak sanggul tinggi-tinggi. aku ikat dan gulung-gulung je kat bawah dan menyorok la sanggul tu di dalam anak tudung. Kalau boleh rendah nak rendahkan lagi. Sungguh takutkan dosa ketika itu. Budak-budak kan..

Bila dah bijak sikit barulah aku faham kenapa..huh..penghuni neraka tu..Nauzubillah...
 Memang sampai sekarang aku takut nak sanggul tinggi. Bila dah remaja, makin rimas. Aku bising itu dan ini, nak ikat leceh la, getah rambut tu tak best la..cepat kendur la..tak selesa la..

Emak cakap selamba je " Orang bersanggul tak guna getah pun..ko yang teruk sangat nak lilit.."

Sebenarnya emak dah banyak kali ajar masa tu. Tapi, punyalah lembab nak faham pusingan tangan-tangan tu.

Tapi, kan aku ni jenis takut. Emak aku cakap "Perempuan tak tau sanggul rambut memang berterabur la kehidupan rumah tangga dia.." Emak aku yang faham dengan aku ni suka ugut begitu.

Bukan aku nak tunjukkan aku percaya kata emak aku tu, cuma sebagai insan yang takut tulah kerana MELAWAN cakap ibu. Aku pun belajar la bak alunan tangan yang dah macam nak menari tu.

Wargh..senang je...sejak hari tu. Tiada masalah sanggul. Hidup ku mudah walaupun tanpa pengikat rambut, Tapi, sapa yang suka rambut macam iklan tu, aku rasa payah kot..pasal rambut yang diproses ni licin dan sukar untuk disanggul.

Cuma aku tak nampak apa lagi disebalik kata-kata emak tu. Cuma, mungkin kebetulan terkena kat adik aku..tu la..dia tak belajar sanggul rambut. Jadi, kepala dia pun dah macam bonggol unta..hehe..agaknya sipa-siapa yang sanggul tinggi-tinggi tu memang tak pandai sanggul rambut kot... sebab yang aku belajar ni, ia menjadikan rambut tu kemas dan bulat..bukan besar membojol tu macam trend sekarang ni..ish..ish..persoalannya..CANTIK KE..

Yang lagi menyedihkan, yang tak CUKUP RAMBUT NAK BERSANGGUL tu..kenapa pula siap ada sanggul buatan..sekadar nak ada bonggol di kepala anda. Sedih dengan manusia MALANG ini..sesungguhnya Islam itu mudah, tapi anda yang menyusahkan islam itu sendiri.

Aku terjumpa...
Jumpa di SINI
Aku cuba teka siapa penceramahnya, dari segi topik dan ayat. Memang tepat tekaan aku. Aku memang tak berapa boleh menerima ayat-ayat penceramah ni. Ingatkan pendapat aku seorang...tapi, ramai rupanya.

"dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang,

Mereka tidak akan masuk syurga dan mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."

Jadi mengapa kita nak menolak hadis, atau kita bangga menyatakan bahawa kita inilah golongan wanita di akhir zaman. Nauzubillah..syabas anda telah bertudung, tapi mengapa anda bertudung bukan untuk melindungi maruah anda. Astagfirullah..dah kira emo entri aku di sini.

Cuma tersentuh, sedih..apatah lagi bila terdengar kuliah di masjid..

"islam akan pergi dari kita tidak seperti ia datang kepada kita dengan gemilangnya. Ia pergi dari kita apabila manusia tidak menyokong islam itu sendiri.."

Buktinya dah banyak, apabila Al-quran tiada dalam diri kita macam-macam masalah..gejala sosial yang berakhir dengan pembuangan bayi, ayah yang sanggup meratah darah dagingnya sendiri, anak-anak yang memperlakukan ibu bapa mereka seperti binatang dan yang paling menggerunkan..ada golongan muslim yang murtad dan bertukar agama. Ya Allah..sungguh menakutkan.

Mungkin inilah dugaan buat aku. Hidup bersendirian di dunia, berhadapan dengan pelbagai jenis manusia..itu semua dugaan Allah siapkan buat aku. Siang malam ku doakan agar kalian bersama ku memperbaiki diri kita kearah lebih baik. Biarpun sedikit namun ianya kekal..dari yang gah namun ianya hanya kadang-kadang..

Saya blogger muslimah

Anjuran BLOG PILIHAN HATI
Sesungguhnya diri ini bukan sempurna,
Namun, sentiasa berusaha mencari redha-Nya,
Sentiasa dahagakan setiap titis rahmat-Nya,
Moga imanku mampu menyala,
Setiap pelosok di jiwa,
Kerana makin takut dengan dunia,
Yang sudah pasti banyak tipu daya.

Ingat kan aku jika terlupa,
Pimpinlah aku jika salah cara,
Tegurlah aku jika terleka,
Doakan aku dijauhi dosa.

Salam Ukhwah dari akak nora buat pihak penganjur.

TAG : Srikandi Cinta dan humayraa

Friday, May 6, 2011

Segmen :Pinky Momma ajak gelak...


Segmen GELAK PinkyMomma
wargh....akak nora join tau pinkymom. Tapi, kisah tu kalau tak tergelak tak kisah la..saja kongsi pengalaman ya. Siapa berminat boleh KLIK di atas. Blog anda akan di review..ha..yang ni akak nora tak jamin. Blog akak nora memang bersepah pasal akak nora asyik sibuk kemas rumah, tapi blog pun tak sempat nak mop..harap maklum ya..

TApi, entri terlawak leh dapat hadiah...ermmmm...

layan aje laha kisah akak dolu-dolu..

********


Kalau teringat semula kisah ni, memang akan tersengih hik..hik akak nora dibuatnya. Kisahnya adalah ketika kami berkonvokesyen di UiTM, Shah Alam. Pastilah itu pertama kali kerana masa tu konvo untuk Diploma Teknologi Makanan, kos yang akak nora ambil ketika menuntut di sana.

Memang bergetar-getar jantung. Tambahan pula ketika perarakan masuk ke dewan. Siapa yang pernah tu pasti terasa apa yang akak nora rasa. Maksud akak, bagi yang pertama kali. Siapa yang hebat banyak kalai tu, mungkin tak sama rasa terujanya macam akak ni.

Kami diletakkan dalam dewan. Dan kami duduk tu dan dalam barisan-barisan yang tersusun. Kerjanya asyik..kuk..kik..kuk...kik..dengan member sebelah. Habis..nak jadi cerita sederet tu kawan-kawan sekelas juga kan. Berpoyo-poyoan la kami. Kami mengetahu kisah dalam dewan besar nun..melalui skrin je..tup..tup..nampak muka ibunda akak nora..seorang je dia masa tu...huk..huk..sedih juga. Mula-mula dia tak boleh datang, yelah..tak ada siapa. Tapi, atas bantuan sepupu mereka sampai juga.

Masa di tunggu sudah tiba, akak kaget..panik..cemas...akak nora memang cemas kalau akak nora orang pertama dalam sesuatu barisan ni. AAAAAA...sudah..belakang akak nora nak dekat 50 orang yang akan mengikut. Aku nak ke mana ni..?tu la...tadi sibuk kuk..kik..kuk..kik..dah tak tahu nak ikut pintu mana. Untuk pengetahuan anda, pintu dalam dewan tu berlambak..

Arahan untuk keluar. Dari jauh je brader tu tunjuk isyarat jari. Aku nak tanya pun jauh sangat. Pusing la ke belakang..akak terjenguk nak tanya siapa, ke kiri ke kanan dan...akak terus jalan walhal dalam bingung nak ke pintu mana...nape tak de sapa jaga jalan mana nak ikut ni....aarggghhh..BAYANGKAN DALAM TENSION TU..YANG 50 ORANG KAT BELAKANG AKAK NORA NI IKUT AJE..ke kiri ke akak ke kanan ke aku aku teruskan berjalan konon-konon akan jumpa jalan penyelesaian, mereka pun tawaduk khusyuk ngikut aku, ada juga yang tak puas hati tapi..ikut juga aku di belakang....aje huduh budak U buat perangai macam tu..hingga lah...

"WEI...SHA..!!! ko nak kemana tu..sini la.." Akhirnya, ada juga sahabat yang menamatkan konvoi kami yang berjubah dalam satu barisan ni..yang hilang arah tuju...kami pulang ke pangkal jalan.

Rupa-rupanya orang jaga barisan tu kat belakang sana..dekat je dengan tempat duduk aku tadi. Kenapa la..anda-anda yang duduk belakang aku ni tak nak tunjukkan jalan yang benar..macam mana nak berdakwah ni, dah orang tu salah ikut menonong je la korang. Bila aku pusing belakang..aku tengok satu dewan yang beribu ade kot..tengah gelakkan aku..Yang pengikut ajaran songsang belakang aku tadi dah tunjuk muka bengang!!! sempat aku dengar orang jaga pintu tu merungut.."pekak ke tak dengar orang panggil.." huhu...nak nangis pun tak guna..akak gelak sorang-sorang dalam hati jek.

Bila berdiri atas pentas, menanti nama aku dipanggil. Bila di panggil, aku terus berjalan ke hadapan, terus teringat kisah tadi. Aku tersenyum sambil bersalam dengan En., Naib Canselor. Aku bersalam dengan tangan kiri menopang tangan kanan. Sopan sungguh la tu kekonon..

Petang tu aku lepak dengan member sama-sama batch. Gambar konvo baru di ambil. Kawan-kawan aku semua jeles tengok gambar aku..tersenyum dan jelas ayu bergaya (uweekkk) ketika bersalam dengan naib canselor. YAng mereka ni masam dan muka apa-apa entah. hahaha...mereka tak tahu masa tu aku teringat kenangan bengong menjadi Ketua Ajaran Songsang..

Thursday, May 5, 2011

Tutorial pertama di blog akak nora

Masa tu memang lah gedik-gedik seronok ada blog sendiri. Tengah memboyot juga ketika itu. Selalu bercerita tentang kehamilan anak kedua, kisah seharian, hinggalah terasa macam..aaaaa..apa nak tulis isikan dalam blog aku ni. Macam saja setiap kisah. Masa tu akak nora tak kenal lagi erti perkataan "blogwalking"..jadi ada 1 atau 2 je blog yang akak nora pergi. Ben Ashaari pun tak kenal lagi masa tu.

Ketika bulan puasa, agak aktif jugak..boleh la..bukan hari-hari pun. Sibuk orang bertanyakan satu resepi ni. Akak nora pun sibuk juga la cari dalam fesbuk. Fuh..try punya try ada yang termanis..ada yang terpekat..dan macam-macam ter..hinggalah casingnya juga, Menjadi tumpuan akak nora. Tak pandai lagi nak guna google. Jadi, sambil menung-menung di petang hari. Kerat-kerat la daun pandan ni..hingga la jumpa idea sendiri.

Mungkin orang lain dah buat dan orang lain ada caranya, tapi mas tu tiada siapa dan tiada jalan. Susah kalau sifat 'ingin tahu' ini bermaharajalela..hik..hik..bila dah siap, dengan menggunakan tangan ibunda sebaga model..jadilah tutorial pertama dalam blog Akak nora. Jangan malu jang segan ye kalau nak mengimbau zaman akak nora mula-mula menaip sebagai blogger. JENGUKLAH DISINI.

Sekarang ni, bila dah agak pandai sedikit la..baru la sedar dunia blogging ni..MasyaAllah besarnya. Hinggakan akak nora rasa berada di dunia lain kalau sedang berblogwalking, tapi jangan risau..belum pernah disorokkan oleh bunian blogger..hik..hik..jangan cakap besar ya..

Joget lambak di kenduri kahwin aku tak jadi..



Bagi mereka yang pemikirannya terbuka mungkin tak suka apa yang aku taipkan pada hari ini. Namun, ia hanyalah perkongsian pengalaman dan pendapat peribadi. Jadi, janganlah disalahertikan kerana bukan niat ingin menuding jari kepada sesiapa pun.

Sejak aku berpindah memulakan kehidupan di Malim Nawar, mungkin agak kejutan pada aku yang dibesarkan di Ampang. Kehidupan di situ agak kekampungan. Namun, tak pernah pula aku menyesal kerana tiada bezanya bagi aku. Ini kerana masa aku tinggal di Ampang dulu pun, aku bukanlah jenis enjoy-enjoy melepak dengan kawan-kawan. Mungkin ada sekali dua. Jadi, perasaan jemu dan bosan tinggal di kawasan yang agak 'ulu' tidak pernah hadir. Malah, aman dan tenteram. Rumah lama aku itu terletak jauh dari kesibukan jalan. Melihat kehijauan di hadapan rumah. Sejuk je..tapi sekarang dah ada jalan raya besar dah selepas aku pindah ke Kampar selepas ayahku meninggal dunia.

Di Kampar, kami sekeluarga duduk di kawasan taman. Alasan emak nak berpindah di situ, dekat dengan kakak dan abang aku. Tak apa lah..walhal sayang juga rumah lama..besar dan berhalaman. Asalkan emak gembira, sudahlah. Alhamdulillah..aman juga di rumah baru itu. Rumah kami berhadapan dengan saujana mata memandang. Cuma kadang-kadang terganggu dengan kehadiran pengunjung yang tuannya selalu tak ambil kisah dengan sensitiviti penduduk di situ.



Tapi, emak aku yang gila memancing, akan mengisi masa lapang di lombong depan rumah aku ni. Kalau dah bosan dengan ikan yang dipancing atau dijala oleh adik aku, emak akan buat pekasan. Pergh..pekasam goreng yang emak aku masak memang boleh kalahkan lauk hotel 5 bintang..hik hik..kalau nak cuba tengok,  klik sini.

Cuma, bila tiba musim-musim orang mengawan..hik..hik..orang sibuk nak kahwin, aku mula dapat lihatkan satu pattern di sini. Ala...tempat lain pun ada punya..karaoke dan joget lambak. Joget lambak biasanya buat malam, selepas pengantin selesai acara potong kek dan buka hadiah sikit-sikit. Biasanyalah..sekarang senang, masa sanding potong je masa tu kan. Selesai. Malam nanti cerita lain pula.

Pernah juga aku pergi menjenguk. Yang tak dapat aku lupa, berhampiran dengan rumah kakak aku. HUH!!!! Buruk keadaannya...pihak kugiran membawa sekali 'sekumpulan mak nyah' untuk menghangatkan suasana. Aku yang dah dapat gambaran, terus pulang ke rumah. Itu ke yang mereka bangga-banggakan. Tidak lama selepas itu, ada kereta polis berlegar di taman. Kata adik aku, ada budak-budak muda makan 'pil' jadi mereka layan syiok sampai tak senonoh. Ish...orang yang menganjur tu, tak fikir ke budak-budak kecil yang ada di sekeliling itu.

Ada juga majlis yang penuh islamik. Ada bermain rebana biasanya, marhaban..khatam Al-Quran dan yang kelakarnya, satu acara wajib di waktu malam adalah JOGET LAMBAK...hahaha..gelak la aku fikirkan.

Mungkin tiada masalah, hanya nak bersuka ria dan sambil-sambil tu katanya bersenam. Masalahnya, jika 'disalahgunakan' ..kerana biasanya budak-budak muda yang tak cukup akal yang menyertai acara tersebut. Lainlah kalau orang tua yang berzapin ke..boleh terima la juga. Ini tarian gelek pinggul yang memualkan. Ish...memang pemandangan yang kurang menyenangkan.

Hinggalah tiba saat giliran kenduri aku pula.


Paginya berlalu seperti biasa. Aku ke masjid untuk dinikahkan. Dan acara bersanding pun ada. Lebih kepada bergambar. Bukannya beria bersanding untuk di rampai-rampaikan. Mula-mula aku tak setuju dengan karaoke, aku bagi alasan tak cukup duit. Tapi, abang ipar aku yang upahkan. Aku cuma nakan sound system. Yelah..nanti sunyi sangat kan. Paling kurangpun ada la bunyi rakaman kompang bila en.hubby datang. Dan konon-konon nak macam Dato Siti..hahahah..aku siap set kat orang tu lepas kompang, sambut en hubby dengan lagu DEALOVA. Itu aje yang aku minta.



Sebenarnya, aku malas nak buat acara malam. Tapi, kakak dan emak aku beria. Katanya, rugi simpan lauk banyak. Boleh ajak orang makan. Kek 3 tingkat tu dapat percuma sekali dalam pakej busana pengantin, serius memang berbaloi ambil dengan mereka ni. Murah sangat-sangat. Biasanya pada malam hari, orang kenakan gaun. Adik aku dulu pun siap buka tudung. Dan ramai lagi macam tu. HAH..!! apakah kahwin begitu. Tu pun aku tak setuju. Memang sekali dalam seumur hidup, tapi aku tak nak. JAdi, aku tetap memilih baju begitu. Tiada masalah..memang bagus pemilik kedai tu, selalu membantu.

Masa inilah, karaoke mula dilancarkan. Suasana dah hingar bingar. Risau je ada mamat-mamat motor singgah layan pil. Walhal memang aku tak jemput mat-mat motor ni. Suasana hiruk pikuk diluar. Yelah..bukan perlahan diorang layan karok. Nasib baik rumah aku depan lombong kan.

Jam telah menunjukkan pukul 10 ketika itu. en.hubby dah nampak ting-tong dah. Kami mengambil langkah masuk ke bilik tidur. Jangan risau, tak ada apa-apa malam itu. Sebab masing-masing tak ada feel. Maklum lah, hari ini nak kahwin, semalamnya sempat lagi bekerja. memang penat dengan acara pagi hingga ke malam tu. en.hubby lagi la penat dengan memandu ke Perak dari shah alam lagi kan..

Selepas solat sunat syukur, aku terdengar bunyi motor yang datang. Bunyinya seperti dalam bilangan yang banyak. Aku jenguk keluar tingkap, tingkap bilik aku menghala ke halaman dan berdekatan dengan operasi karaoke itu. Memang ramai, budak-budak muda lelaki semuanya, dalam pemakaian yang tak senonoh, selebet pada mata aku. Isshhh..siapa yang bawak datang ni, memang seorang pun aku tak kenal.

Namun, aku teruskan niat aku juga. Aku baca surah Yassin tanda bersyukur dan disedekahkan buat arwah ayah aku. Pastilah saat-saat begini, teringatkan dia. Mesti bahagia kalau keluarga kami sempurna pada hari bahagia itu. Disebabkan bunyi diluar agak bising, aku terpaksa membacanya dengan kuat sedikit.

Pastilah orang karaoke itu terdengar. Dan...yang seronoknya, sedikit demi sedikit acara karaoke itu tamat. Dan aku meneruskan bacaan dengan aman dan kesyukuran yang amat sangat, kerana kami tak sempat terlibat dalam acara yang mungkin akan melibatkan budak-budak tak senonoh tu. Moga Allah menunjukkan jalan yang benar buat mereka.

Akak Nora idamkan perkahwinan yang indah namun jangan tersasar hingga membuat perkara yang tak sepatutnya. Perkahwinan itu mudah, mungkin kita saja yang menyusahkannya. Mungkin ada yang terlalu ringkas majlisnya, syabas akak nora ucapkan. Kerana akak nora masih ada keluarga dan mengambil kira apa kata mereka. Mana yang elok akak nora ikutkan saja. Apa yang penting cara kita mengekalkan keharmoniannya hingga ke akhir dunia. Dan, sama-samalah kita gunakan status suami isteri itu untuk kita beramal ibadah dan mencari pahala dan keberkatan.

p/s: err...ada lagi ke joget lambak kat kenduri kahwin zaman sekarang ni?

Giveaway :Aromatherapy Bear.

Ke blog IBUDAMIA jika anda nak cuba nasib macam akak nora..weehhuu..

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Mei 2011. Kata penganjur, bau bear tu wangi..hik..hik..boleh akak nora letak dalam mrs viva yang di belasah oleh en.hubby..huhu..kesian dia..macam-macam bau sudah..

Akhir sekali salam kenalan buat penganjur..pertama kali menyinggah ni..

Tuesday, May 3, 2011

Nota Nora : Isteri Solehah seperti 10 SITI - Siti ke-7

Siti Muti'ah.

Mendengarkan namanya, mungkin kita kurang jelas dengan kisah yang berkait dengan nama wanita ini. Namun, jika kita mengetahui kisahnya, mungkin kita sudah berkali-kali mendengar cerita tersebut.

Di suatu hari, Rasulullah SAW berkata kepada anak perempuannya, Fatimah,

"Sesungguhnya, dihujung kampung ini ada seorang wanita, di mana dia dahulu masuk syurga sebelum mu."

Fatimah yang mendengar kata-kata ayahnya iu segera ke hujung kampung untuk melihat sendiri keistimewaan wanita itu hingga dia di janjikan masuk syurga sebelum Fatimah sendiri.

Pertama kali Fatimah datang dia tidak dibenarkan masuk kerana Siti Muti'ah memberi alasan dia tidak meminta izin daripada suaminya untuk menerima tetamu.

Esoknya, Fatimah datang semula bersama dua orang anak lelakinya, Hasan dan Husin. Juga tidak dibenarkan masuk kerana wanita itu mengatakan dia hanya meminta izin untuk Fatimah saja, tidak untuk kedua anak Fatimah.

Hinggalah kali ketiga, barulah Fatimah dibenarkan masuk. Siti Muti'ah melayani tetamunya dengan sebaik-baiknya. Hinggalah tiba-tiba dia meminta izin untuk beredar. Dia menukarkan pakaiannya dengan pakaian yang seksi, menyediakan air dan sebatang tongkat.

Fatimah terkejut dengan perubahan Siti Muti'ah yang tiba-tiba berubah penampilan sebegitu rupa. Fatimah bertanyakan kenapa, dan Siti Mutiah menjawab,

"Aku berpakaian begini kerana mungkin suami ku inginkan aku sekarang, aku sediakan air untuk suamiku yang dahaga dan tongkat untuk suamiku memukulku jika layanan ku tidak memuaskan hatinya." Walhal suaminya tidak pernah memukulnya sekalipun.

Fahamlah Fatimah mengapa ayahandanya berkata begitu.

Akak Nora Berkata :

Mungkin sesetengah orang mengambil remeh dengan tetamu yang datang ke rumah kan..termasuklah jurujual tu. jangan suka-suka hati bagi masuk..

p/s: Nota Nora terhenti di Siti ke-7 sebab akak nora tertunggu-tunggu sambungannya..tak ada sampai sekarang..ish..tak puas hati ni. siapa ada maklumat lagi 3 orang, kongsikan bersama akak nora ya..

sibuk lagi ni..sesiapa yang jenguk..nanti akak nora membalas..jangan marah ya..assalammualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...