Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, May 11, 2011

2ND GIVEAWAY MAKBED'S JOURNAL - yeeee....aku hamil lagi..!!

Jom Join 2nd GA Makbed
Klik untuk join dengan kisah kehamilan anda.

Ketika anak sulungku berusia 1tahun, aku dah mula berhenti ubat perancang. Jadi, aku berserah je..dapat atau tidak. Tapi, bukan automatik selang 2,3 hari melekatnya. Dalam setahun juga aku berusaha. Hinggalah tahun baru 2010, azam aku nak tambah lagi seorang. Nekad, walau Izzat Yusuf baru nak cecah 2 tahun. Bukan apa, terfikirkan badan yang makin lama makin berumur.

Bila aku merancang nak anak, aku akan lebih sensitif dengan kitaran haid aku. Catat apa yang patut supaya menjadi rujukan. Hinggalah dalam pertengahan Januari 2010, aku belum lewati kitaran haid aku. Bahagian bawah perut aku sakit, mengeras. Biasanya bila begitu, aku akan berurut dan minta mak cik tu urutkan perut sekali. Barulah lega.  bila bahagian rahim tu dinaikkan ke atas.

Tapi, bila aku dah merancang nak hamil lagi, aku kena berwaspada. Aku beli tester tu sampai 2 jenis. Bukan apa, pernah terkena yang rosak. Punya la tak sabar  tunggu hujung bulan untuk melepasi waktu kitaran, aku test juga.

"ish....mesti rosak ni..."line kedua itu kabur. Esoknya aku cuba lagi..

"ish..kabur juga.." macam ada sesuatu je kan. Masa tu aku bekerja sebagai guru lagi. Jadi, selepas habis sekolah esoknya aku terus memandu ke klinik panel kami. Memang kami dah kamcing dengan doktor itu. Aku pun ceritakan apa yang musykil. Seperti biasa, ujian urin dijalankan. Pembantu dia ambil masa yang lama. Doktor tak puas hati, 'kabur'...Kali ini, dia sendiri yang buat.

"Ye lah Zima..kabur line kedua ni. Mengikut yang sepatutnya, dah ada la ni. Tapi, tak pe..hujung bulan, dah lepasi tarikh. Kita pastikan.."Doktor memberi kata putus pada hari tersebut.

Dan seperti dijanjikan, aku ke klinik. Dan, memang azam tahun baru aku tercapai. Mengikut kiraan berdasarkan catatan aku, doktor sahkan dah sebulan aku hamil. Alhamdulillah..memang seronok. Izzat dapat adik..

Kehidupan ku berlalu seperti biasa, seperti zaman hamil dulu. Kurus kering pada permulaan kehamilan kerana tak lalu nak makan, asyik muntah monggek. Alahan yang kuat. Cubalah makan ubat apa yang patut, dia nak muntah..muntah juga. Warisan dari mak aku yang kuat alahan kot. Tapi, mak kata aku dan adik aku masih kuat lagi kerana mampu bekerja. Dia nak tengok cahaya matahari pun tak boleh.

Pernah aku adukan kepada doktor. Doktor kata bawa bersabar, hikmah orang yang alah asyik kuat muntah ni maknanya kandungan dia kuat tak mudah gugur. ooo..patutlah emak dan kakak aku yang pernah berpengalaman jatuh guling-guling dari basikal, Alhamdulillah..memang tiada apa-apa dengan kandungan mereka.

Izzat pun masih menyusu badan. Kadang-kadang sedih juga, sebab bukan ada susunya pun..ada pun sikit. Cuma dia gian ketagih. Alhamdulillah 2 tahun setengah umurnya, dia dah tak nak. Dia lebih suka minum di cawan.

Keadaan aku hamil macam ko la Makbed (tetibe jer..) tapi, ko kuat lagi..hehe..tapi bila baca kisah ko macam tak jauh beza, selera ko..minat ko bercelak tu..cuma..ko dah sepasang..aku kena 'maaf, sila cuba sebentar lagi..' lebih kurang macam tu lah.
5 bulan kehamilan ke 2. Besar kan, macam nak meletup. baru makan pizza tu..tapi percayalah, banyak lagi ruang kosong.

Dulu, masa lahirkan anak yang sulung, aku sibuk nak cari produk untuk aku berpantang dengan jayanya. Membazir kerana anak aku tak tahan. Tapi, bila menghadapi anak kedua..aku buat ala kadar je. Produk khas pun tak beli. Sebab takut kesan kepada anak aku. Jadi, yang penting masa pantang anak kedua ni:
  1. Losyen halia mustajab tu, aku pilih extra hot..tapi tak de lah panas sangat. boleh la. Bila dah pakai memang aku cover apa yang boleh, stokin tak lepas. Jadi terasa segar dengan peluh yang keluar tu.
  2. Tungku, biasanya mak aku sediakan. Aku tungku pagi, petang dan malam biasanya lepas mandi, kan sejuk. Memang terasa sedapnya. Aku tungku dengan penuh tawaduk kali kedua pasal ubat tak berapa boleh makan kan. Alhamdulillah, tukang urut tu cakap peranak aku kecut dan merangkap ke tulang belakang dengan baik.
  3. Jus herba..haa yang ini memang aku sediakan sampai 2 botol. aku suka. Inilah satu-satu ubat yang tiada masalah bagi aku, luka jahit pun aku cuci dan ubat menggunakan jus ini. Lepas pengalaman jahitan aku retas dan bernanah masa anak pertama, ubat ni lah yang membantu luka besar itu pulih tanpa perlu dijahit hidup-hidup..yang penting..kemas semula di situ kan..

itu je..yang penting barang-barang untuk anak aku. Aku belum ada pengalaman jaga anak perempuan, jadi ini adalah persiapan untuk bayi lelaki aku berpantang:

  1. minyak gosok, kat kampung aku je ada. memang masa dalam pantang, anak aku tak guna bedak atau losyen. Memang aku urut dia setiap kali lepas mandi dengan minyak tu, dari kaki..hinnga la ke atas. Tu pasal la, body anak membesar dengan sihatnya. Kan ada pakar yang kata, urutan bayi itu membantu pembesarannya. Dan yang penting sekali dia senang nak tidur, tak meragam dan tiada perut kembung.
  2. pastilah dibantu dengan barut ya..anak-anak zaman moden dah kurang berbarut. Tapi, pada aku tak salah..paling  kurang pun guna untuk dalam pantang ni. Ada juga berbedung..tapi cuaca tidak mengizinkan, anak aku kepanasan dalam bedung. Tapi, kadang-kadang aku belasah juga sebab anak aku tak tidur selagi tidak dibedung
  3. penuam pusat- bukan ibu je sibuk berpantang, baby aku sibuk berpantang. lepas mandi memang rutinnya macam-macam. Kalau pusat tu dah terpisah dari tali pusatnya boleh la tuam, setrusnya aku akan tuam sikit-sikit di sebelah kiri, kanan perut dan terus ke bahagian 'telurnya'. MAsa ni lah macam-macam boleh jadi, dia kentut kaw-kaw sampai terpancut-pancut membuang..terpancut-pancut pili bombanya..memang kelakar. tapi itu tanda dia selesa. Setengah orang takut usik lama-usik lama, cepat pakaikan lampin kan..pada aku, lantakkan..dia nak buang-buanglah.
kerja izzat hari-hari dulu suka bertanya bila adik nak kuar, bila adik nak kuar..memang teruja dia.
Akhir sekali, barulah menyusu dan tidurkan dia. Memang tiada masalah. Cuma anak aku yang kedua ni, dia bermasalah ruam. Kata doktor dia panas masa dalam perut. Huhu..itu adalah punca ketagihan mengidam yang terlampau yang aku alami. Nak tau apa..aku suka kunyah ais. Kalau tak dapat rasa macam nak hangin satu badan. Aku kunyah kuib ais kecik-kecik tu dah macam kunyah kacang, emak aku cakap. Bila dapat nikmatnya....perangai aku tu timbul lebih kurang 2 bulan nak melahirkan. Bila dah selesai, cuba sekarang ni aku kunyah, sebiji pun rasa nak pecah kepala. Masa mengidam tu, penuh mulut aku kunyah. Tak baik memang tak baik..tapi, susah nak cakap. Alhamdulillah, lama-lama hilang juga ruam tu..

Pengalaman aku mungkin sama je macam orang lain. Tapi kan..yang aku tak boleh lupa masa nak lahirkan baby kedua ni. Sakit di paksa sakit kedua ni lagi dasyat..sabarkan aje. Bila dah tiba masa, doktor nak tengok jalan, nak sedia nak potong apa yang patut la tu, aku leh bantai buang angin kat muka dia..
"tak pe..tak pe..buang je.." dia sabarkan aku.

4 das juga aku lepas kan..bukan apa, aku makan tengah hari je tadi. aku bertarung nak meneran pukul 8 malam, memang dah tak ada daya. Angin tu mungkin terkumpul akibat aku lapar tak makan. Memang nampak macam lawak, tapi maaflah doktor ..tak sengaja. Dan tak ada masa aku nak fikirkan malu ke apa masa tu..sakit nya, semua yang melahirkan sama macam aku akan rasa keperitannya. Memang tak mampu meneran, aku terpaksa katakan kepada doktor, aku takut terjadi apa-apa. Dan doktor buat apa yang patut, anak aku keluar tanpa bunyi. Akhirnya, Ada tangisan halus dari bayi 'besar' itu. Patutlah berjuang ibu nak keluarkan kamu. Alhamdulillah, Allah masih kasihankan aku.

Bila selesai segala, aku tak mampu nak bangun. Darah tumpah dengan banyak, pening...Malam tu tak boleh tidur. Ketegangan urat-urat masa berjuang tadi terasa sakitnya. Esok pagi, baru aku bantai tidur tengahhari, Dan syukur badan aku ok, esok petang nya juga aku pulang ke rumah. Bila doktor melawat, barulah timbul rasa malu aku bila terkenang kejadian dia di tembak dengan peluru angin..huhu..

Anak-anak bujang aku Abang yusuf dan Adik Soleh.
Itulah kenangan aku yang baru ada 2 orang anak lelaki, tetapi huru haranya macam dah banyak sangak anak aku kat rumah ni hehe..sebenarnya itu lah keindahan bergelar ibu. Untuk makbed, aku doakan semoga segala-galanya selamat buat ko ye..

5 comments:

  1. Assalamualaikum...


    saya blm bpeluang lg nk tambah anak. yg 1st umurnya dah hampir 2 thn. kdg2 dia bising jugak kata nak baby, nak baby..

    happy blogging :-)


    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete
  2. terbaiklah kak nora... ekeke, lepas ni boleh tak lulu doakan kakak ngandung lagi.. untuk girl pula..ngee

    ReplyDelete
  3. wahh... gini ko kate simple? segala info ada ni. mekasih bebanyak. aku cuak gak ni nak jaga baby boy. suka btul baca tips-tips jaga anak ko especially bab tuam tu. tak terpikir laks.

    camana wat air herba tu? kasi resepi buleh...

    inilah tujuannya aku wat GA bertajuk gini. HAHHAHHA... ko paham?

    ReplyDelete
  4. Terperinci dan jelas info yg diberi. Hebatnya tugas seorg ibu.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...