Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, May 14, 2011

2nd GA Makbed sudah tiba. -pengalaman menyusukan anak sulung


Last..last..dah habih citer dah...

Kalau ko rasa entri penyertaan aku menyemak, aku minta maaf la. Anggap aku menaip entri aku dan menumpang lesen GA ko ek..teruja nak kongsi pengalaman ni..hehehe..aku mulakan kisah.

Apabila anak sulungku selamat dilahirkan. Pertama kali aku fikirkan, tentulah nak menyusukan dia. Tiba masa dan ketika, selepas semua family en.hubby pulang..nurse membawakan Izzat Yusuf kepada aku. Emak aku suruh menyusukan. Aku pun melagakkan gaya dari pembacaan aku dan visual-visual yang berkaitan dengan penyusuan bayi.

Hish...punyalah banyak gaya aku. Dia buat tak tau jek..tidur...mesti nurse dah bagi susu formula ni.

Bila balik ke rumah. Operasi di mula kan..menyusukan Izzat Yusuf. Hehehe..Izzat dah mula mengesel-gesel mencari..jumpa..tapi, macam tak betul je. Tak dapat..mulalah dia menangis..lapar...hendak tak hendak mak aku bancuhkan susu formula gift dari hospital. Diam dia sekejap. Kenapa ye..? Aku dan mak berfikir..Aku cuba-dan cuba tapi tetap macam tu, susu formula juga yang dia minum.

Malam itu aku rasa semacam. Sejuk. Mengigil gila-gila aku. YA Allah...kenapa ni. Rasa macam tak kena. Baju sejuk dan stokin dah pakai. Aku menggigil dalam selimut. Esok paginya aku rasa macam ada buah kelapa kat dada aku..dah boleh tanding ngan Pamela Anderson. Huu..sengal..Izzat tetap macam tu. Aku cerita dengan mak yang aku tidur menggigil. MAk kata tu demam susu...

Berlarutan sampai aku balik kampung. Kali ni lagi menggila sakitnya dada aku. Macam nipis je kulitnya sebab dah bengkak membesar sangat. Susu banyak tapi tak minum. Aku cuba pam keluar..tapi tak mahu..(rupanya pam tu salah pasang..)Aku cuba tuam ngan tuala basah, tapi lupa..panas ke sejuk. Aku bantai sejuk..Argh...tak kurang pun. Mak aku telefon mak bidan sorang ni. Dia kata pakai tuala panas. Patutlah..tapi selesa dia sekejap je. Mak aku cuba urut pakai sikat. Dia kata opah ajar..urat kat situ kan halus-halus jadi dengan tangan tak kena. Huhu..sakit wo....tahap meleleh juga airmata.

Masalah aku bukan tak ada susu, tapi tak ada puting. Anak aku bengong nak hisap macam mana. Penatla aku tonyoh-tonyoh masuk mulut dia. Tapi, mungkin anak aku ni malas nak berusaha lebih sikit. Tak dapat aje ngamuk la, Aku terpaksa picit manual untuk melegakan kesakitan..pekat je..rugi susu awal ibu tau. Banyak kolostrum..

Alkisahnya, emak dan kakak aku ke farmasi membeli pad. Aku pakai yang ikat punya gara-gara sakit bernanah tu. Tapi, masa tu tak tau lagi.

emak aku berjalan di bahagian puting-puting botol. Dengan niat nak beli puting botol. Bila jurujual bertanya. Emak aku yang peramah ni bercerita.

"Anak tu, putingnya tak ada..susu banyak. Agaknya kot nak pakai puting palsu kot..hehe.."Emak aku sangka dia buat lawak.

"Ada, makcik nak ke?" mau tak terkasima emak aku..ada jual puting palsu. Emak aku pulak ingat jurujual tu buat lawak. Huhu..

Memang ada, silicone nipples. Kelakar jugaklah masa mula-mula emak aku tunjukkan kat aku. Penggunaannya senang je. Bila dan cuci dan keringkan. Letak je kat tempat sepatutnya. Memang Izzat hisap..sebab puting dia memang tersedia besar kan. Bila baby hisap, udara makin kedap dan makin lama puting kita akan memenuhi kawasan dalam silicon tu.

Rasa nak menangis tengok anak aku menyusu. Akhirnya menyusu juga ko dengan susu ibu. Dalam 2,3 hari aku cuba. Aku cuba trick pula. Bila dia sedap menyusu aku tarik silikon tu dan bagi direct kepada dia. Erm...mengamuk jugalah. Dia da biasa rasa getah kan..apa la..tapi kalah juga. Akhirnya, dia menyusu sepenuhnya. Banyak...hingga, aku terpaksa pam dulu baru bagi dia menyusu selepas pengalaman dia tersedak sampai biru badan dia ..tak bernafas . Jadi, aku fobia kalau susu banyak.

Rupanya..anak lelaki ni kuat menyusu kot. Bila dah dapat nikmat susu badan, kerjanya asyik menysu sampai muak-muak. Heran aku..aku bagikan aje pasal susu badan kan. Tapi, mula-mula menyusukan memang rasa menyentap sampai ke rahim. Pedih wooo...kulit tu baru nak biasa galak dihisap. Pernah sekali aku tengok terbit darah di aerola tu..ish kang jadi bersiung pula anak aku..

Tapi, untungnya menyusu badan..memang kawasan peranakan kita cepat kecut. Betul...

Anak kedua pula. Puting dah ada la..tapi susu tak berapa nak keluar. Jadi, Soleh malas nak hisap..lambat..gelojoh betul anak-anak aku ni. Tak ada pula simptom bengkak-bengkak. Mak aku urut juga pakai sikat..ikutkan aje. Masa cek kat hospital sebelum balik kampung, doktor ada bagi ubat. Ubat penambah susu, tapi kalau baby tak hisap susah sikit nak dirangsangkan.

Di kampung, rebusan lobak putih menjadi sajian berpantang. Ada nurse bagi petua. Makan lobak putih tu boleh menambahkan susu. Berkesan, tapi bukan tu aje..aku minum susu hari-hari, ubat doktor tu aku makan..dah tentulah..aku tuam dengan menggunakan tungku juga. Tapi, syukur..masih lagi menyusukan Soleh.

5 comments:

  1. woww cenggitu sekali pengalaman kak nora..anak lelaki memang cenggitu kan kak

    ReplyDelete
  2. Sy pun mengalami masalah yg sama dulu tapi x tau lak ada punting getah tu.. jenuh gak memerah!!

    ReplyDelete
  3. pengalaman kita lebih kurang sama cuma anak kami sampai tahap silikon tu tetap tak reti hisap lastly terpaksa le perah je then apabila kita kerap perah je susu akan kering ,skang ni pakai susu formula je,rasa sedey plak..huhu

    ReplyDelete
  4. waa.. mekasih banyak. entri ko tak nyemak la. aku bukannye wat kontest kecantikan.

    mak aku dulu pun belikan aku puting pelesu. sebab puting kecik beno. merasalah aku menyusukan oni walaupun dia tak berapa nak mau sebab dah rasa susu formula kan. tapi, aku lastnye pam gak boh botol kasi dia minum , dah dia suka sgt kat botol. kali ni utk 2nd baby, aku mmg nak fully bf. thanks utk entri ni. aku lebih ready.

    ReplyDelete
  5. assalam...
    betul3x...syafiq pn time mnum ssu mmg gelojoh.
    penah gak jd bengkak susu cm akk msa dlm pantang dlu.mmg sakit yg t'amat sg kn?pengaaman betoi!!!

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...