Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, May 15, 2011

Wanita..kaum yang lemah..

Mesti dah biasa kita dengar pepatah itu. Sehinggakan kita pernah di pandang serong oleh kaum lelaki. Hinggalah kaum wanita kini bertungkus lumus nak sama taraf dengan lelaki. Ada yang nak jadi bos, ada yang nak jadi juru terbang, jangan tak tau..ahli bina badan yang pakai seluar kecik dengan badan berketul-ketul tu perempuan nak buat. Banyak lagi sebenarnya bidang yang kaum wanita nak ceburi untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki.

Pada aku. Lelaki pun KAUM YANG LEMAH juga..tapi dari sudut berbeza..dan mereka sendiri yang mengaku yang mereka lemah. Contohnya:

" Ni yang LEMAH ni..budak mengangis-nangis macam ni..."
" Bila perempuan seksi, pujuk aku gitu..ni yang buat aku LEMAH ni...cair woo.."
" Bila aku balik rumah, bini aku membebel. Ni yang aku LEMAH ni, malas la nak dengar khutbah dia.."

Banyak lagi situasi yang lain. Jadi, jangan terlalu highlight kaum wanita itu kaum yang lemah..kerana setiap manusia ada kelemahannya.

Cuma kelebihan lelaki adalah mereka telah ditetapkan menjadi ketua keluarga yang menyara, medidik dan membimbing ahli keluarga mereka. Jika isteri dan anak-anak anda tidak melakukan apa yang Allah perintahkan, adakah itu kaum yang kuat dan hebat..

Seorang isteri yang demam dan sakit, namun gagahi juga bekerja. Balik rumah pula selesaikan kerja rumah, menyediakan santapan untuk keluarga dan macam-macam lagi hinggakan terasa..masa rehat itu adalah membazir untuk digunakan walhal, badan juga perlu penjanaan semula kuasa. Rasanya ramai tak suami yang mengambil berat, picitkan bahagian yang sakit, ringankan kerja isteri di rumah, mengambil sedikit tugasan menjaga anak, membantu isteri di dapur. Bukan tiada..cuma terlalu sedikit sehingga tak nampak. Aku, nampak lah..ada kat sebelah rumah aku ni..huhu..

Kalau mereka yang demam, isteri tak tentu hala. Tidur pun tak senang, terjeling-jeling kan suami. Memicit apa yang lenguh..tapi, sayang..suami bertambah berdengkur jika isteri tak sihat. Ish..ish..adakah itu dikatakan kaum yang hebat. Komunikasi itu penting, perlulah 2 hala..jika sehala, tak kemana..

Niat bukan untuk melagakan kaum. Cuma sedih dengan persekitaran. Terlalu banyak kritikan buat wanita. Namun, wanita sekarang tidak mahu berdiam. Mereka juga ingin bangun menentang. Tapi, INGATLAH..hukum hakam sebelum menentang. Janganlah disebabkan mereka curang dengan anda yang setiada, anda juga ingin curang seperti mereka. Adakah itu penentangan yang sepatutnya.

Hidup berkeluarga terutamanya, bersandarkan antara satu sama lain. Mengapa..kita perlu fikirkan yang lain walhal yang di rumah berkhidmat untuk anda sudah bernekad hidup setia bersama anda hingga akhir hayat. Kan lebih penting sama-sama membawa ahli keluarga, membimbing mengenali erti kehidupan, erti iman kepada Allah..mengenali dosa dan pahala juga balasannya. Kerana manusia sekarang, sudah bingung...pening..dan keliru...apa itu DOSA..

Bak kata izzat...apa yang penting...KERJASAMA..

5 comments:

  1. haa memang tak de kak , tak tau nk cakap mcm mana mentaliti lelaki nih dh dibentuk dr kecil lelaki tk perlu buat kerja rumah , lelaki adalah ketua , lelaki kuat , lelaki cakap apa perepmpuan mesti iktu dan terbawa2 , kalau bercakap pun tk pernah diorang ambik port perempuan tk lemah sebenarnay perempuan kuat sbb tu dalam islam anak2 mest taat ibu baru ayah kan sbb ? memang dah perempuan segala2nya

    ReplyDelete
  2. lelaki ataupun perempuan sama2 saling lengkap melengkapi.. sehebat2 lelaki disisinya tetap seorang perempuan. Lelaki yg berdamping dengan lelaki atau gay bagai ni takkan di pandang hebat pun mcm tu juga perempuan yg lesbian or pengkid. masing2 memerlukan antara satu sama lain untuk membina kekuatan.
    TERKINI : HIDUP KAU TAK BEST SEBAB TU KAU TAK CERITA
    TERKINI : GAMBAR KUCING DI KAFANKAN SEBELUM DI TANAM
    TERKINI : HARUS MENGUMPAT KALAU..

    ReplyDelete
  3. akk baik2 jer nora.. cuma buzy sikit lately.. pi mesy sana sni.. tq atas ucapan.. Selamat hari guru juga utk nora.. selain ibu .. nora juga guru kepada anak2 di rumah .. itulah yg selalu kita lupa.. tugas mendidik bukan saja digalas oleh guru.. tapi semuanya bermula dari rmh.. Syabas!!

    ReplyDelete
  4. Mmg betul selalunya kaum hawa bergelar ibu itu lebih hebat dari kaum adam mgkin kerana kehebatabn itu yg buat kaum adam mula lepas tangan... kasihan pd isteri2 yg teranaiya oleh lelaki2 sprti ini.

    ReplyDelete
  5. Kaum laki lemah ngan nafsu :)
    Kaum pompuan pun sama, so msing2 ada kelemahan :)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...