Sebenarnya, hari ini adalah hari pertama akak nora berbuka di luar. Kawan en.hubby sibuk nak tengok kami anak beranak. Berjumpa lah juga aku dengan 3 orang perempuan bergelar isteri juga. Kami tak berapa bersembang. Mungkin nampak muka garang aku kot. Sebelum balik sempat la sembang sikit-sikit dan ada juga antara mereka menyatakan nak hantar tempahan baju kurung. Aku kata kalau setakat sepasang tu..sempat lagi siap sebelum raya..rezeki..memang tak de cukup nya RM 20 tu, tapi akak nora amat berharap rezeki selepas dia merasa hasil tangan akak ni kan..moga dia boleh rekeman kat rakan-rakan dia yang terdekat..tak ke gitu..
Ok, kita beralih ke kisah hari ke 20 ini.
Cabaran yang lepas ada mengisahkan tentang pergaduhan yang paling teruk yang pernah aku alami kan..atau sedikit ceritanya di sini.
Aku menaip kisah itu dengan tulus, tak sebut nama dan menggambarkan rupa parasnya. Hanya luahan hati dan perasaan. Kisah itu sudah lama berlalu..dan ianya terbuka semula apabila aku paparkan di blog picisan ini. Dan sesungguhnya kes itu habis di situ sahaja.
Apa aku merepek ni..?
Kerana tiba-tiba..aku dapat msg di FB aku, berkata-kata...
salam sha,(nama pena di UITM dulu..shahaira..)
ape kabar? bz menjahit ker? alhamdulillah rezeki anak2 ko..
Tujuan aku msg ko ni sbb aku bru je godek2 ko pnye blog, dan ade satu entry ni aku macam perasan yg ko tujukan entry tu tentang aku, btul ke?
Serius selama ni sampai sekarang ni aku mmg tak tau langsung aku da wat ko n zai sampai mcam tu skali. Bile aku bace, menitis air mata aku rasa bersalah ya amat sangat...
Sbb seingat aku sblm kejadian tu korang sempat bgi kt aku hadiah sempena besday aku yg aku masih simpan sampai sekarang....dan aku jdi kompius knp korang memulaukn aku selepas tu...
Aku mmg tak sangka...mungkin aku tak sedar perbuatan aku tu dan aku rasa sedih sebab korang tak bgtau kt aku ape salah aku yg mungkin aku boleh perbaiki sikap buruk aku...huhuhuhu....
Jadi hari ni aku ........... mengambil kesempatan di bulan baik ni nk mohon maaf semaaf-maafnya atas perbuatan aku yg lalu pde ko n zai.
Dan terima kasih sbb skrg ni pon korang masih mau nk cakap n balas komen2 aku di fb.
Ikhlas dari hati,
xxxxxx (akak rahsiakan nama dia..)
Wahai kawan ku..sesungguhnya, terlalu lama aku memikirkan kisah itu. Sepicing pun aku tak mahu memalukan kau, oleh itu aku pendamkan saja apa yang aku rasa. Aku tidak mengadu domba kisah ini pada rakan kita yang lain selain zai. Mereka kata aku yang burukkan keadaan, tapi tidak sedikit aku melenting.
Bukan kita tak boleh berkawan..kita masih berkawan..percaya lah..
Masa berlalu mengajar kita semakin matang dan lebih berfikiran. Moga itu membantu kita lebih berpengalaman menghadapi manusia dengan pelbagai jenis sifat, siapalah kita nak melawan kuasa Allah yang telah mencipta hamba Nya pelbagai rupa untuk kita saling kenal-kenalan,
Sempena bulan baik ini, ingin kunyatakan sekali lagi..dari dulu lagi telah aku maafkan. Tiada guna menyimpan dendam. Jadi, jika ada yang masih tersaki baki rasa tersinggung tu, aku dengan rendah hati memohon ampun dan maaf kerana aku tetap manusia biasa. Aku bukan yang terbaik, namun sentiasa berdoa dan berusaha menjadi yang terbaik. Salam Ukhwah..
tersentuh pula jiwa kami membacanya..hehe
ReplyDeletekadang2 kalau kita tak luahkan kesalahan orang tersebut mereka tidak akan sedar yg mereka telah melakukan kesilapan,
apa2 pun dah saling maaf memaafi, itulah jalan terbaik..:)
saling maaf bermaafan adalah yg terbaik...
ReplyDelete