Hari ini..seperti yang dah ditetapkan..soleh admit ward semula di SDMC. Sebab..esok dia ada operation penukaran tiub shunt. Semalam juga dia da mula demam di rumah. Risau juga..sebab tiba-tiba demam. Sampai di SDMC lagi merisaukan aku..badan soleh panas sangat sampai menggigil. Paling tinggi suhunya 38.9 C. Nurse dah mandikan dia..tapi masih tak bagi ubat sebab tunggu ujian darah.
Doktor Kumar datang menjenguk dan melihat keadaan soleh. Aku katakan le soleh mula demam semalam...tiada selsema dan batuk cuma tiba-tiba demam. Dia kata ujian darah soleh ok..tiada masalah..sepatutnya kalau demam ujian darah dia mesti down sekali. Dan dia bertanyakan kes DENGGI di tempat aku.. Aduh...bukan tak terlintas di fikiran aku..cuma aku takut nak fikirkan.
Akhirnya doktor putuskan untuk batalkan sahaja operation untuk esok dan soleh telah dikuarantin ke single room dari double room..memandangakan kawan sebilik tadi anaknya baru lepas operation..jadi mereka mengambil langkah berjaga-jaga.
Soleh masih menggigil..dan sekarang menanti doktor pakar kanak-kanak pula memeriksa dia. Ya Allah...sungguh tak tenang rasanya. Tambahan tinggal sendirian je di wad ni. Tiada lain yang sesuai..hanya bersabar...moga tiada yang lebih teruk berlaku kepada Soleh...
banyakkan berdoa kak...semoga keadaan Soleh cepat ok...
ReplyDeleteMudah-mudahan semuanya selamat. Macamana yang dalam perut tu dik Nora... kena jaga kesihatan juga ye.
ReplyDeletehope x da apa yang tidak diingini pada soleh...amin...
ReplyDeletesemoga soleh cepat sembuh dari demamnye..amin
ReplyDeletesiannya soleh demam...semoga soleh cepat2 sehat..
ReplyDeletemoga cuma demam biasa saja hendaknya. cepat sembuh ye laling...~
ReplyDeleteSemoga Allah memberi kesembuhan segera kepada adik Soleh. Amin
ReplyDelete