Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, March 23, 2012

update ringkas tentang soleh ya...

Kesihatan akak nora agak terganggu. Terutama bahagian pinggang dan ari-ari. Dah cek klinik..doktor tetap bagi tarikh 26 april sebagai due date nya. Jadi..dia tak nampak le tanda2 akak nak beranak awal kan.


Alhamdulillah..Soleh dah sedar dua hari selepas kepala dia ditebuk untuk aliran keluar air berkuman tu. Semakin hari dia tunjukkan respon. Dia kenal lagi dengan akak nora dan abahnya. Alhamdulillah...tapi airnya masih belum jernih..keruh lagi. Jadi..doktor masih teruskan dengan antibiotik untuk melawan kuman tu.


Yang susah hati ni..doktor kumar ada spine conference kat germany. Ahad ni pergi untuk 10 hari. Dia pass kes soleh kat doktor lain. Nampak kerisauan pada riak wajah doktor kumar bila melawat soleh. Kalau boleh dia tanak pergi...tapi tuntutan kerja. Jadi..dalam masa ketiadaan dia..jika soleh bertambah stabil dan perlukan pembedahan shunt yang baru..doktor tu la yang meneruskan prosedur itu. Esok..kami akan di perkenalkan dengan doktor baru tu..Dato' Halili katanya...


Soleh dah bertambah berdikari sekarang..mungkin dah biasa sedut nebulizer..sampai dia sendiri boleh pegang..senyum pun ok. Kekadang dia gelak..cuma menyusu tu kembali la menggunakan 'belalai' dia tu. Kesian kan...kena sabar la soleh...


Published with Blogger-droid v2.0.2

12 comments:

  1. soleh cepat sembuh ya...acik doakan adik soleh...

    ReplyDelete
  2. Agaknya Nora penat, banyak bergerak...seboleh-bolehnya minimakan pergerakan, tapi dalam keadaan Nora sekarang...Soleh perlukan lebih perhatian, cuma hati-hatilah ye dik.
    Insya-Allah... Dia akan sentiasa permudahkan sehala urusan Nora sekeluarga....Amin!

    ReplyDelete
  3. mg cepat sembuh ya sayang...

    nota: Nora jgn stress ok, jaga kesihatan bb dlm kndungan itu

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah ....soleh dah sedar ye... semoga bertambah kuat ye soleh.... akak pun jaga kesihatannya ye....

    ReplyDelete
  5. Semoga tiada apa2 problem lain yg akan berlaku semasa ketiadaan dr Kumar nanti... sy juga doakan kesihatan kamu dan baby sentiasa baik supaya senang kamu berada di samping soleh setiap masa.

    ReplyDelete
  6. SOLEH yg kuat utk terus berjuang melawan penyakitnye..

    ReplyDelete
  7. bes kan tgk dia senyum..... weh, coversation aku ngan ko belom selesai tau.

    ReplyDelete
  8. sayu bila melihat wajahnya.. smga solleh cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  9. moga soleh cepat sembuh ya.. soleh kan good boy..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikumNora..moga soleh cpt2 sembuh yer...:)

    ReplyDelete
  11. الحمد لله
    الحمد لله
    syukur dgn berita ini

    ReplyDelete
  12. Semoga Soleh cepat sembuh, InsyaAllah

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...