Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, March 19, 2012

Bila doktor dah heran...akak nora lagi konpius...

Alhamdulillah..jumaat lepas, soleh selamat menjalani pembedahan kecil menukar tiub shunt dia. Tapi...kiranya tiub dia tak bertukar...yang bertukar hanya pam dia. Doktor gantikan dengan tekanan yang lebih rendah.


Masa dah selesai..di mana soleh telah di masukkan ke dalam icu untuk pemantauan, aku agak hairan kerana doktor buat tak tahu dengan kehadiran kami. Pokcik kumar tu la...dia macam bingung..terpinga-pinga..dan macam mencari ayat nak terangkan kepada kami..ibu bapa soleh.


Kata doktor, tiub sebelum ni memang ada masalah..dia seperti sumbat di bahagian kepala dan juga hujungnya di bahagian perut soleh. Tapi..yang hairannya..bila dia uji ketika di luar kepala..tiub itu berfungsi. Bila diletakkan di dalam kepala..ia tidak berfungsi. Namun, doktor tukarkan juga pamnya untuk memudahkan pengaliran air itu.


Tapi..kata-kata akhir dari pokcik doktor tu macqm tak best. Dia kata kalau tak berubah juga kandungan air di kepala soleh..mungkin tukar tempat untuk letak shunt itu pula. Aduhai....doakanlah ini yang pembedahan terakhir dan soleh bertambah pulih. Kesian la..banyak kali operate dalam masa terdekat je.


Tapi..nampak perubahan soleh. Dia dah macam soleh yang dulu. Kalau tidur..mesti nak peluk leher ibu. Kalau nampak abah dia datang..cepat2 tunjuk tangan nak salam abah. Mulut dia dah ringan nak berbunyi. Makan dah pandai memilih..nak yang sedap je..dan dah pandai minta..dia tunjuk je..hikhik..


3 pakar yang merawat dia gembira tengok perubahan dia. Alhamdulillah...moga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik untuk dia kan..


Tadi..pokcik kumar dia kata dah boleh balik esok...minta-minta lah pasti dan betul. Bukan apa..kekadang cakap doktor ni leh berubah-ubah. Sungguh akak nora tak larat sungguh dah. Ni pun kuat pasal paksa en.hubby import opah dari kampar. Kalau tak..mau nangis guling2 dengan si soleh juga..haha..seminggu sudah dalam hospital ni...kekadang perut merengat sakit. Hik..hik..sabar ye baby..tau la dah nak dekat..tapi bawak2 bersabar..kita kasi setel abang soleh dulu..


Published with Blogger-droid v2.0.2

3 comments:

  1. Alhamdulillah soleh dah nampak perubahan, mg dia cepat sembuh.. amin

    ReplyDelete
  2. semoga soleh makin sihat.. dan aktif seperti dulu.. due baby bile..?

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..soleh dh semakin sembuh..moga perubahan positif nie berterusan..same2 kiter doakan ea kak..insyaAllah..moga dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...