Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, April 27, 2011

Bukan semua orang sukakan kita...

Aku juga macam manusia biasa. Aku bukannya manusia seperti nabi yang dianugerahkan
"maksum" iaitu terhindar dari melakukan dosa dan kesalahan. Aku juga pernah leka dan alpa dari jalan Allah swt. Namun bersyukur kepada Allah, aku tidak terlalu jauh terpesong. Niat dihati yang selalu ingin mendekati Allah telah menyelamatkan aku dari jauh terpesong.

Satu prinsip yang aku cuba pegang.."dah tahu benda tu salah, bertaubat jangan buat lagi.." Mudahkan..aku pun cuba tak beza-bezakan orang lain. Kerana aku mungkin sama seperti mereka dulu. Leka dan lupa dengan perintah Allah.

Jadi, bila ada seseorang meluahkan rasa tertekan dalam kebingungan, aku cuba terapkan "kembali pada-Nya". Kerana itu adalah sebaik-baik tawakal setelah kita cuba berusaha sebaik mungkin. Aku ingatkan kepada mereka itu semua dugaan Allah yang rindukan rintihan doa kita kepada Dia. Atau dia ingin melihat sekuat mana CINTA kita kepada-Nya.

Mungkin atas perkataan-perkataan yang sering aku gunakan, aku sering di siniskan dengan:

"haa....habis ustazah dan mula bercakap"
"ye la ustazah nora..."

Bukan aku nak bangga, tapi aku malu. Ilmu aku jika dibandingkan dengan pangkat 'ustazah' tu, suku pun tak sampai. Terlalu jauh bezanya. "Ustazah" adalah golongan guru dan pendidik yang amat-amat aku hormati. Melalui insan yang bergelar ustazah jugalah aku sedar dan mula mengenal kesilapan diri yang selama ini aku ambil ringan saja.

Walaupun aku pernah mengajar asas-asas bacaan Al-quran..aku rasa tak kena murid-murid aku panggil aku 'ustazah'..panggil cikgu sha saja ye...segan dengan gelaran itu. Rasanya tak sampai lagi. Ala..macam anda-anda yang bekerja kuli, tapi orang atasan anda panggil anda 'bos'..tak ke malu..

Alkisahnya, masa aku mula-mula mengenali FB dulu, tiba-tiba di suatu hari ada rakan yang add aku. Aku rasa macam kenal. Fotonya dia pakai seluar ketat dan baju pendek memang tutup had dada je dan perut terdedah. Suasana seperti di kelab. Aku agak mesti dia ni penyanyi kelab, sebab masa sekolah dia suka masuk koir atau nasyid. Memang suara dia ada power, high key..hehe..

Aku pun terima dia, tak adalah niat nak block. Kawan tetap kawan. Kemudian, aku tengoklah album dia. Barulah aku makin jelas dan faham, mengapa orang kata FB ni pun menjadi salah satu tempat pengumpulan dosa. Memang dasat-dasat gambarnya. Tapi, yang aku sedih...komen dia dapat semuanya kata cantik, nice dan macam-macam yang positif. Ye la..yang tak setuju tu mungkin macam aku, diam aje tanpa komen.

Sering juga status dia menunjukkan dia dalam kerunsingan, selalu tak sihat, hati yang gundah..dan macam biasa, komen-komen aku adalah seperti selalunya. Cuma, aku ringankan sikit ayat-ayat itu, takut dia terasa tersangat. Aku nak buktikan, walaupun dia begitu, aku begini..aku tetap anggap dia kawan.

Tapi, tak lama selepas itu..aku tak boleh nak komen apa-apa. Bila aku tanya kat mereka yang pro FB ni, ternyata..AKU SUDAH DI BLOCK..terdiam aje lah..kita nak kata apa kan..

Bukan semua orang sukakan kita...macam aku menulis dalam blog ni, bukan semua yang datang suka membacanya. tinggal nota persinggahan saje di shout box..tapi, akak nora tak terasa apa pun..kita semua ada cara kita tersendiri kan..yang pasti hindarkan diri dari kemungkaran dan sayangi diri anda ya..

1 comment:

  1. jgn disindir kan...
    kite hanya menasehat...
    mayb yg diansehat tue xleh dengar..
    panas kot akak...
    tah la...
    sabar jew la akak...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...