Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, April 19, 2011

Ada yang takut kubur tak...

Tiba-tiba teringatkan kisah lama. Lama sangat, ketika itu aku masih dalam darjah 1. Dulu-dulu, tak ada istilah naik bas sekolah. Memang menapak ke sekolah. Siapa yang tinggal di area Ampang, mesti tahu flat Taman Dato' Ahmad Razali. Ha..berjalan lah aku dari rumah aku di flat itu sampai la nun Kampung Melayu Ampang. Bergilir..ada yang sekolah rendahnya pagi dan sekolah agamanya petang dan sebaliknya. Begitulah kehidupan aku sehingga tamat graduate darjah 6. Teringat lagi, ketika sesi pagi sekolah agama, aku ke sekolah gelap-gelap subuh woo...saja suka-suka. Aku memang dalam kategori pergi sekolah awal. Senang....masa tu kecil, tak ada perasaan pun, takut ke apa ke. Serius masa aku kecil, mana ada kes rogol-rogol budak kecik ni berleluasa. Sekarang je...BUKAN LELAKI SANGAP...TETAPI DAH LEBIH MAKAN UBAT NAK KUAT, DAN PENGARUH VISUAL-VISUAL SEX NI DAH TAK PAYAH SOROK-SOROK..KAT SHOPING COMPLEX PUN BANYAK...MACAM-MACAM RUPA ADA...JADI 'TEGANG' TU TAK PERNAH KENDUR..SAMPAI KANAK-KANAK YANG 'TAK ADA APA-APA' PUN JADI..GUNA BOTOL TAKNAK PULAK..(tiba-tiba emo...)

Dalam kawasan sekolah agama aku tu, ada kawasan perkuburan. Masa zaman aku, nak ke kantin kena la melintasi kawasan kubur tu..bukan lintas gitu je. Ye la..kira macam meredah kawasan kubur tu, baru lah sampai kantin...realistik kan..tengah sesubuh lalu kawasan kubur..ish...waktu itu sikit meremang pun tak ada. Rasa jiwa yang amat damai, tenang, sayu...hendaknya waktu subuh..Sudah tentulah kami di ajar bagi salam kepada penghuni kubur tiap kali melaluinya. Kalau peluang dapat duk tepi tingkap dalam kelas, memang tepi tingkap tu pun ada kubur..aku pun tak tau sejarah sekolah tu. Tapi, aku amat suka dengan suasananya.

Gangguan? sepanjang 6 tahun aku disitu, pagi-pagi subuh atau petang senja sudah aku lalui..tiada pula aku terdengar kes-kes gangguan. Cuma, aku langsung tak pernah terserempak dengan acara pengebumian siapa-siapa yang meninggal. Mungkin dah sendat..memang penuh..

Rumah sepupu aku terletak tak jauh dari sekolah agama tu. Kami panggil dia 'akak'. Dia rajin ajak emak aku tidur rumah dia, dia suka sembang-sembang dengan emak. Sampai sekarang. Aku pulak tak berapa ngam ngan dia lagi teruk sampai sekarang..bukan bermusuh..cuma tak sehaluan. Itu kisah lain ya.

Tidur rumah dia lagi menakutkan dari meredah lalu di tepi-tepi kubur. Entah lah..mungkin aku di amuk-amuk dengan kisah dari akak yang selalu ada kelibat lembaga hitam berlegar di dalam rumahnya. Ish...

Tapi kan, tiap kali azan subuh dari masjid berdekatan, akan disahut pula bunyi anjing menyalak...

"aaaauuuuuuu......"pagi-pagi tu. Aku tak bertanya, tapi akak yang bagitau..katanya, anjing tu mendengar jeritan orang tersiksa dalam kubur tu. Wallahualam...

Masa berlalu, masa aku darjah 5 atau 6, dah lupa la..sekolah tu dah makin luas. Maka, terbinanya lorong pejalan kaki di sebelah kawasan perkuburan. jadi, tak perlu meredah kawasan kubur..lalu di tepi sahaja..amalkan memberi salam dan sedekahkan saja Al-fatihah, tiada ruginya..mereka saudara seislam dengan kita. Kita juga akan seperti mereka, cuma tak tahu bila ketikanya.

Itu bezanya pemikiran kanak-kanak dan dewasa kan. Kubur, tiada apa makna bagi kanak-kanak. Mereka tau, orang yang mati di dalamnya. tapi nak tanya lebih lanjut pun mereka tak tahu. Sebak memang sebak...terasa sakitnya menahan sebak melihat jenazah ayah aku di masukkan ke dalamnya. Aku tahan meraung, tak baik..sebagai anak, teruskan berakhlak dan beriman, doakan kesejahteraan mereka di sana. Itu lebih penting dari anda membina kubur itu dengan batu marmar la, apa la..serius kubur ayah kak nora bernisankan batu sungai saja. Dan dibina simen sekelilingnya. kerana takut tindakan tanah menjadikan ia rata dan mudah mendak ke dalam.

Pernah sekali, ketika itu izzat baru setahun umurnya. Aku menzirahi kubur arwah dengan kakak dan emakku. Terkejut melihat kubur tu berlubang ..tanahnya mendak ke dalam. Dengan kudrat perempuan, kami gunakan apa yang ada di sekitar kawasan perkuburan itu untuk menambah tanah dan menambaknya. Masa tu memang musim hujan. Banyak lagi kubur di sekitarnya begitu.

Bila Izzat penat, aku berehat dalam kereta bagi izzat menyusu. Ketika itulah izzat 'bersembang' di tingkap kereta. Makin seronok macam 'di agah-agah'. Tentulah tiada siapa. Dia kan bayi lagi...Wallahualam..

Itulah kisah akak nora berkaitan dengan kubur. Akak suka terkenangkan kubur, berada di dalam nya..serentak itu kita rasa takut, cacing, ulat, yang paling besar...ular membelit hingga berselang tulang belulang..anda mahu tak? KALAU NAK...TERUSKAN JANGAN BERSOLAT SAMPAI ANDA MATI..

13 comments:

  1. nauzubillah.takotnye kalau x solat smpai ke mati.hmm..nice post.sy rse terharu tp x tahu kenapa :') mgkin sbb post nie ingat mengingatkan semua orang kot :)

    ReplyDelete
  2. budak kecik mmg bole nampak bnde yg xbole nmpak dgn mata kasar..tok nnk la yg ckp camtu.

    ReplyDelete
  3. akakkkkkkkkkkk rindu ngan akak lama angah tak kesini kan??kan?? apa pun terbeliak bijikkkkk mata angah baca n3 akak besaq tueeee

    ReplyDelete
  4. sedihnya dengan ayat terakhir sekali tu..
    hmm tetiha terfikir masih ada kah org yg tak solat sampai ke mati?? sedih kan?? kasihan pun ada..

    adakah sengaja leka, buat2 leka atau jahil?

    itulah tetiba deqlis teringat melentur buluh biar dari rebungnya..jika dari kecil2x tak dilatih solat..pasti beginilah jadinya... sampai ke tua, anak cucu cicit masuk bilik masa maghrib utk bersolat, dia?? dia hanya bersembang kosong tanpa rasa malu pada org lain apatah lagi pada Allah...subhanallah...!!

    deqlis ada kisah jugak pasal kubur nie..insyaAllah akan masuk list dalam untuk tajuk entri akan dtg:-)

    ReplyDelete
  5. takut sgt..tq saling ingat mengingati

    ReplyDelete
  6. Kubur, sebuah tempat yang bakal menjadi persinggahan kita suatu hari nanti. Kita hanya menunggu giliran kan... masa saya kecik2 dulu pun kubur menjadi tempat laluan saya utk ke sekolah atau ke masjid. (",)

    ReplyDelete
  7. satu cerita yg menarik...sama cam sy masa sek menengah kiri kanan sekolah ada kubur..tp kami masa tu dah di momok kan ngan citer2 antu jd agak penakut la jugak...sesungguhnya mengigati mati itu adalah bagus..membuatkan manusia sentiasa bersedia setiap saat..tp brp ramaikah yg mengingati kematian setiap masa? sy adakala terlalai juga..

    suka ayat guna botol tak nak plak..hehhehehe..class gitu

    ReplyDelete
  8. Banyak mesej dari kubur nie...banyak suasana yang boleh dilakarkan...

    ReplyDelete
  9. wahh akak nora sampai macam tue sekali buzy akak yer...

    ReplyDelete
  10. hari kak ain gi training pun citer mcm ni jugak...
    mmg rase insaf sgt2...kite hanya sementara jer kat dunia ni...nyeri tu..sape nak tolong kite kat sane nntkan..sorangjer kat dlm kubur yg sempit tu...

    ini email kak ain:
    ainnoraini0908@yahoo.com
    nak tau kak ain tinggal kat menekann...berjiran kite ni tau...entah2 pernah selisih bahu tapi tak kenal...

    ReplyDelete
  11. saling ingat mengingati.. memang ada pun yang tidak solat sampai mati..

    ReplyDelete
  12. Salam Nora. Akak ada tag Nora utk contest Cikgu Cinta. Kalau sudi joinlah yer.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...