Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, April 7, 2011

Kasihan budak sekolah sekarang...

Kisah yang tak sepatutnya berlaku antara guru dan murid sekarang ni makin bermbah-tambah pulak. Mencabul, merogol, dan terbaru ni..di belasah hingga meninggal dunia budak tu. Ish.. apa nak jadi.

Teringat masa akak nora jadi cikgu tadika dulu. Tambah tolak, lebih kurang hampir 6 tahun jugak lah aku berkecimpung melambung-lambung dalam arena itu.

Memang bukan cita-cita aku menjadi guru, sebab aku cepat 'hangin' tengok budak-budak mengada-ngada. Tapi, kisahnya bermula, ketika itu aku sudah menyandang jawatan Pembantu Tukang Masak..kadang-kadang merangkap juga jadik Tukang masak. Jangan main-main wo..masak bihun samapi 8 bungkus. Pakai kuali besar kawah dah masaknya. Masak nasi lemak macam nak gi buka kedai. Maklumlah kena masak sampai 3 tempat iaitu tadika 4,5,6 tahun belajar, taska budak dan baby (budak makan ramai..), dan Day care ( bebudak yang dah habis sekolah duk tunggu mak bapa balik kerja..)hehe..

Paling aku tak boleh lupa, tiap-tiap hujung minggu aku basuh 4 comforter sorang-sorang. Pakai tangan la...bila van hantar ayam sampai, aku angkat la 10 ekor ayam dalam satu besen tu ke dapur. Nasib baik siang ayam tu bukan aku sorang-sorang..Kalau tak..aku pun jadi ayam gak kat situ. Kena siang asing daging dan tulang, daging tu pula kena potong kiub-kiub kecil. Yelah..budak nak makan kan..

Entah macam mana bos boleh tahu aku ni lepasan Diploma, terus dia gasak aku jadi cikgu. Argh....tension aku, pasal tak pernah ngaja..aku ajar adik aku pun last-last aku give up.

Mula-mula cuba, aku pakai baju ala-ala kerja kat dapur juga. Tapi lagi dasyat, dapur dan kelas aku kena cover (bila tukang masak ada hal dengan bos).

Berbulan juga hinggalah akhirnya aku jadi 'jelita' sepenuhnya sebagai cikgu 'sha' pasal dulu aku bagi nama glamor je..hik hik...

Memang tension dengan bebudak ni..naknya yang bijak. Macam-macam hal..mau sakit jiwa mengadap mereka. Aku pun pernah tension, mau tidak..aku kan tak suka budak mengada-ngada. Tapi, aku tak pernah sikit pun 'sentuh' anak murid aku. Denda aku satu je..dan memang mujarab dengan mereka..

MASUK TOILET!!! Sekarang...!!orang yang suka kacau orang nak buat benda baik, nak belajar  sama macam......

"SYAITAN..." bebudak tu jawab...

SYAITAN duduk kat mana?- aku tanya..

"Kat toilet!!!" mereka jawab..

Maka gentarlah budak yang buat kacau ketika budak lain sibuk buat kerja masing-masing. Itu je ugutan aku, dan siap dengan alasan. Memang berkesan...Tapi, aku bukan kejam. Terkadang, aku bagi juga kebebasan kepada mereka untuk bising dengan kawan-kawan. Budak tadika maa..kita tak boleh sekat mereka sedang berkreativiti. Tapi, aku suka mereka..waktu belajar...memang konsisten. 6 tahun tak ada masalah baca karangan dan mengira tambah tolak 1 hingga 100 pakai jari tau..(teknik congak)..
Dalam tak ada kelulusan jadi cikgu, sekejap je aku dah di kenali. Entah bila pula mak bapak tau no tel aku. Memanjang tel pasal nak anta anak tuisyen dengan aku la, ngaji la apa la...hehe amacam..bleh tak?

Itu semua berubah bila...kita faham niat kita menjadi guru. Serius, aku tak tau gaji aku ketika itu (masa memula jadi cikgu)..yang aku fikir macam mana nak mengambil perhatian kanak-kanak ini. Sesungguhnya mengajar budak tadika memang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka memang kain yang kosong yang perlukan coretan yang membimbing.

Pernah aku layari 1 blog ni yang menjawab tentang melanjutkan pelajaran. dia tekankan, pilih aliran menjadi GURU kerana PASTI dapat kerja. Itulah yang akak nora lihat sekarang, bila kerjaya cikgu hanya dipandang sekadar cabang untuk mendapat duit sahaja, dan tanggungjawab di tolak ke tepi..cikgu pun dah ramai sangat sekarang ni kan...kawan-kawan akak pun berapa ramai jadi cikgu, akak dan abang ipar akak nora pun cikgu juga...

Teringat kat ustazah Romsinah, ustazah ketika aku belajar di tingkatan 3. Itu adalah tahap kita di awang-awangan keremajaan. Tapi, bila watu pendidikan Islam, aku suka duduk sebelah dia ketika dia buat PAFA setiap murid, bukan apa..kadang-kadang aku selitkan pertanyaan. Seronok dengar dia menjawab..sejak itu akak nora jaga solat, puasa dan diri akak sendiri. Pokok pangkal nya pada diri kita, jangan bila kita tersesat kita asyik mencari kesalahan orang. Allah dah berikan kita aka dan fikiran, mengapa jadi binatang juga yang dipilih...

Jadi, akak nora kesiankan budak sekarang..jika ada yang seperti akak nora..seperti masa itu, perlukan bimbingan dan tunjuk ajar..tapi cikgu pulak, diri sendiri tak terjaga ( kan ada guru agama di tangkap sedang khayal ambil dadah..aper tu..) Kesiankan cikgu? cikgu tu lagi besar dari murid...lagi 'terpelajar' dari murid..lagi bijak berfikiran dari murid..jadi, janganlah kita sia-siakan anugerah itu semua. mengapa anda yang jatuhkan maruah anda sendiri.

KEPADA GURU-GURU YANG BERMATLAMAT, TERUSKAN USAHA ANDA. SESUNGGUHNYA STATUS GURU ITU SUNGGUH MULIA, MELALUI GURU, MEREKA BELAJAR MENGENAL SEGALA-GALANYA TERMASUK LAH KEHIDUPAN DI DUNIA DAN BEKALAN DI AKHIRAT. PELAJAR BERMASALAH...ITULAH DUGAAN DAN CABARAN BUAT ANDA, HADAPI DENGAN KELAYAKAN ANDA SEBAGAI SEORANG GURU.

p/s:moga-moga cikgu-cikgu anak aku nanti baik-baik semua..anak aku pun jadi murid yang baik-baik dan soleh solehah semua..

7 comments:

  1. betul kata akk tu skrng orng jd cikgu sbb gaji best n tak nak jd penggangur..jd bila niat dah tak betul mcm2 hal jd...tp cam best je dngr citer akak jd cikgu tadika tu..pesti dlm pening layan kerenah budak2 tp seronok..sbb budak2 ni ada je soalan tak terdugakan?

    ReplyDelete
  2. pernah bercita2 untuk menjadi pendidik...
    mayb bukan rezeki...

    ReplyDelete
  3. sy pon x pernah nk jd ckgu sbb nnt hangin bile dh ajar byk kali x phm2.heeh.

    smpai hatikan ckgu tu blasah budak2 smpai meninggal :'(

    ReplyDelete
  4. syabas Nora...bagus tu jadik guru cam Nora...
    tapi guru2x sekarang byk yg tak betui... (guru juga manusia)
    tapi mmg tak leh dinafikan sepatutnya guru menjaga peribadi mulia sebab guru pemberi tauladan yg baik tak kira kepada anak murud atau masyarkat...

    p/s: guru kena tangkap khalwat pun ada... lulusan Universiti di Mesir tu lagik... sesama guru pulak tue...isshh...malusss eh klu du citer kan...tp itulah guru zaman sekarang...mengajar sekadar nk duit semata-mata...

    walaubagaimanapun deqlis tabik springg kat guru2x macam drama Gemilang TV3 tue.... macam tu baru guru betui2x ikhlas mengajar nk anak murud berjaya... tulah contoh guru era70-an... harap ada lagi guru2x macam tu era millenium nie...

    wah..! panjang laks komen...:-) baru dapat online hari kedua nie:-) hehe..

    ReplyDelete
  5. Akak bekerja keras dulu sebelum jadi cikgu.. Dasyat gak buat keje masak2 nie dulu:) Kira akak kategori qhajin nieh :)

    Tugas guru mmg tggjwb besar, hanya yg bijak mampu menanganinya..:)

    ReplyDelete
  6. diorg makin besar kpale skrg nih.. yg ok tu ok lah.. umah sye ni kak btol2 tepi pagar skolah menengah.. diorg kuar jer skolah,, pacak motor,, wat mcm jalan bapak die punyer,, x pkir budak2 skolah yg lain pon gne jln yg sme.. klu diorg jer yg tergolek sye x kesah.. tkot cederakan org lain.. menyampah btol.. bljr ntah kemane2.. nk tunjuk samseng..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...