Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, April 26, 2011

Anak di panggang kerana mencuri...

Pergh..berjaya tak akak nora buat tajuk entri hari ini. Jangan marah ya..ini perkongsian pengalaman masa aku darjah 1 dulu.

Aku bersekolah agama dalam sesi petang. Bersama seorang rakan yang turut tinggal di area flat itu, kami berjalan sama-sama ke sekolah. Hinggalah, ada sekali tu aku tak ke sekolah beberapa hari. Tak ingat la nape..ponteng kot..hahaha..

Bila dah ok, aku ke sekolah macam biasa dengan dia. Tambah seorang lagi 'kawan'. Aku pun tak ingat siapa..

Pelik, bila balik. Mereka ajak aku menyinggah di satu pasar raya yang tidak jauh dari sekolah agama tu..(jauh tak jauh la..). Hairan juga aku ni, yelah..darjah 1 masa tu belanja 40 sen je. Mesti lah dah habis masa rehat tadi. Yang budak-budak ni siap singgah situ nak beli aa..banyak nya duit..

Aku ni ngikut aje la...member aku ni cakap.

"Kau ambik benda-benda ni buat macam aku buat, tak payah bayar." Dia pun ambil dan sorok dalam baju la, tudung la...

Weh....memang aku ni darjah 1. Tapi, aku tak bengap sampai ke situ..ITU NAMANYA MENCURI la..bila aku mula nak membebel ala-ala ustazah at sekolah tadi, mereka marahkan aku. Suruh diam...aku tengok je perlakuan mereka. Memang sah dan sahih, mereka ni mencuri.

Mereka ni dari kelas lain, tak sama dengan aku. Mungkin tahap pemikiran berbeza. Kadang-kadang tension juga aku. Aku kata macam ni..mereka bangkang.."bukan..macam tu la.."

Dalam 2, 3 kali..aku dah tak tahan nak tanggung. Masa tu kecik la weh..mana leh tahan simpan benda macam ni lama-lama kan.

Macam biasa, aku ke rumah dia. Tunggu dia bersiap. Mak dia ada...aku pun mula la..

"Hari ni..aku tak nak ikut ko gi Bintang lagi. Tak nak la buat macam tu lagi, tu mencuri la..kalau kena tangkap nanti, aku pun sama kena."

Wargh..saja aku kuatkan suara bagi mak dia dengar. Apalagi mak dia terus 'sambar' budak ni dan soal siasat, sambil tu..

"Uji..(kakak dia)..ambik suratkhabo..tali..cepat..ikat dia.." Aku makin kaget. Aduh..biasa aku dengar rotan ke..tali pinggang ke..apa kes nak tali sekali ni. (Nyesal tak jugak aku ni..)

Aku berjalan ke bilik tempat mereka 3 beranak 'beroperasi'. Dari pantulan pintu bilik yang berkilat tu..aku nampak member ni diikat kaki dan tangan. Emak pegang kaki dan kakak pegang tangan..di hayun-hayun atas suratkhabar yang dibakar hingga besar apinya itu. Meremang bulu roma aku masa tu..real..budak tu sedang dipanggang dengan gaya tersendiri. Sambil tu, mak dia bising marahkan dia dan bertempik.."nak buat lagi tak..."..raungan tak payah nak cakap la...

Akhirnya, aku sekolah sendiri. Tanpa inform apa-apa. Esoknya...aku jumpa dia. Jelas di tepi-tepi rambut ada yang 'terbakar'. Tapi tak de kejadian melecur. Aku rasa mak dia hayun kasi panas je. Takut-takutkan dengan 'api neraka' kot. Lepas tu memang dia tobat tak mencuri lagi. Yang bagusnya kami tetap kawan seperti biasa dan mak dia tak pernah la nak muncung-muncung dengan aku pasal aku ngadu anak dia mencuri.

Cuma, aku hairan situasi sekarang. Kenapa bila ada orang mengadu tentang anak kita..kita teruskan marahkan si pengadu. Apa kata kita tanya anak kita dulu, selidik dulu...selidik juga si pengadu tu..takut dia 'fitnah' anak kita jugak kan...

Apa-apa pun itu semua pengalaman akak nora...moga kita berjaya mendidik anak kita bercakap benar, kerana bila berbohong lama-lama nanti mencuri tau...,

5 comments:

  1. Bukan setakat bermusuh..kdg2 tu sampai siap marah2, carut2 lagi.. Meletus perang...

    ReplyDelete
  2. HOHHOHOHO.. kejam. Kalau ko siap lukih lagi musti besh. org dulu-dulu punya teknik mengajar, takyahrefer buku pun kann? skang ni, makin banyak buku parenting, makin kuang ajo anak2. pelik x?

    ReplyDelete
  3. budak2 sekarang ni tak macam dulu ,kat sekolah da jenuh tegur diorg,mmg kurang ajar sgt,kalau pihak sek mengadu kat mak bapa budak2 tu,mana mak bapa diorg nak mngaku anak mereka nakal,kat umah baik je..
    bila besar nanti byk le jd perompak,blajar main2.., yg penting skang didikan sempurna ibu bapa dari awal sebelum da besar pnjang sampai sek menengah da tak reti bahasa langsung..(panjang plak membebel)..

    ReplyDelete
  4. takut benar TK baca tajuk entry ni..
    dulu2 x mcm skrg kn??

    ReplyDelete
  5. hee mak dia acah2 jer tu org dulu wat cam tu anak dia tetap tk sakit kan , lain cr sekarang ni

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...