Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, April 27, 2011

Kubur masing-masing katanya...

Pernah tak kita 'berkata' sedikit..tapi di balas..

"Kau sibuk kenapa..? Kubur nanti lain-lain.."

Hehe..dengan selamba jawabkan aje..

"Pasal kubur lain-lain la aku ingatkan kau. Kalau kubur kita sama, bolehlah aku back-up kau ke, tolong kau ke masa kena seksa nanti.."

Agak-agak apa dia balas..mau dapat sedebik kan kalau dia jenis tak faham-faham lagi la.

Aku baru terdengar kisah dalam kuliah maghrib ni.

Alkisahnya...Nabi Muhammad dan bala tentera islam baru selesai berjuang satu peperangan besar. Dengan masih memakai pakaian perang, badan kotor yang masih belum di cuci, luka-luka yang masih belum di ubati, Nabi SAW berkata..

"Sesungguhnya ini adalah jihad yang paling kecil.."

Bala tenteranya terkejut. Kerana dalam peperangan itu sungguh banyak yang terkorban dan ada juga yang parah-parah. Dan mereka bertanya,

"Jadi, apakah jihad yang paling besar ya Rasulullah..?"

Jawab Baginda..

"Sesungguhnya kita semua sudah tahu bahawa jihad yang paling besar di sisi Allah SWT ialah apabila kita berjuang menundukkan nafsu kita ke jalan Allah SWT. Hidup dan matinya kerana Allah, segala perbuatannya niat kerana Allah SWT.."

Imam ini turut menyatakan walau apa jua yang anda hendak lakukan, hatta nak keluar rumah untuk melakukan pekerjaan sebagai peniaga, niatlah segala kerana Allah SWT. Semoga segala pekerjaan anda menjadi ibadah dan di permudahkan oleh Allah dari awal hingga akhir.

6 comments:

  1. semua datang dari Allah SWT..
    Kita hendaklah sentiasa mengingatiNya..
    sesungguhnya kita akan kembali juga kesisi Allah SWT..

    ReplyDelete
  2. assalam Kak nora...
    kalau nak tahu ttg lesen tu..
    akak gi tgk kat ini
    http://www.adamxis.com/2011/04/tutorial-pasang-lesen-creative-commons.html

    ReplyDelete
  3. Untuk mentazkirah memang tidak semudah menyuap makanan ke dalam mulut. Tapi ganjaran Allah amat besar buat yg sabar memeri tunjuk ajar demi kebaikan.

    .....moga kita sentiasa berada di landasan yg sentiasa di dalam redha Allah.

    ReplyDelete
  4. Bila Allah dijadikan sasaran matlamat, hidup dan kehidupan tidak akan tergelincir dari orbit agama.

    Oleh itu, ikhlas perlu sebati dlm diri, ia ia mengalir segar bersama denyut nadi dan degup jantung.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...