Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, April 25, 2011

Takkan nak taip dengan kaki kot...

Walaupun hanya sehari aku tak menjengah blog, rasa macam dah lama je. Risau pula kot-kot tetamu yang datang fikir aku dah berpindah kan..hikhik..

Al-kisahnya semalam aku memulakan aktiviti seperti biasa. Kain yang dalam 2 hari terkumpul perlu disegerakan. Dah isi air juga serbuk pencuci..bila di pusingkan...arrrgggghhhhhh...

Pemusing kat bawah tu tercabut. INI......SERIUS....kain dah basah..hendak tak hendak, kasi berus sama tangan jugak. Banyak tu...ade baju uniform en.hubby juga.

Bukan nak mengada-ngada tak boleh nak basuh pakai tangan. Tapi, sejak eksiden retak pergelangan tangan kanan ni, memang pergerakan agak terbatas. TApi, aku lanyakkan juga. Kalau tak buat, siapa nak buat lagi kan..tak nak merungut rangat aje. Tapi, nampak gaya memang dah rosak tu..kena cari yang baru ni. Alhamdulillah pengeringnya masih boleh berkhidmat walaupun hanya boleh isi 4,5 helai je untuk satu-satu masa. Kalau aku yang perah, hah...sebaldi air menitik lagi dari baju tu..huhu..

Kerja berjalan seperti biasa. Bila malam menjelang...rasanya macam nak putus tangan. Usahkan nak menaip, nak tidur pun tak boleh. Tahan aje, jangan tunjuk muka sakit..pasal en.hubby tengah tak sihat, batuk-batuk dan luka kerongkong. Adik pula selsema dan batuk-batuk..nasib baik abg yusuf  ada perkembangan yang baik...sihat.


Tentang gambar tak boleh upload tu, aku rasa betullah angkara network sebab..ada masanya ok, laju. 10 blog aku boleh jengah. Tapi, sekarang ni 1 blog pun susah, aku nak kasi kemas blog sendiri pun rasa nak lentok. Kepada follower-follower yang akak nora tak jenguk lagi..akak nora minta maaf. Bukan saja-saja, memang tak berkemampuan..nak jengah bloglist pun mana yang sempat. ya..

Akak dah rindu nak berkongsi kisah..tapi, kena sesuaikan dengan keadaan kan..tak suka la keje tergesa-gesa, nanti hilang mood. Macam bersolat, lakukan dengan perlahan dan penuh penghayatan, janganlah tergesa-gesa dan nak cepat habis je, hilang kekusyukkan nya kan...

3 comments:

  1. bulan lepas "kawan baik" kak ain pun buat hal jugak...tak larat nak basuh gune tangan...mcm nak patah ,kalau sikit kain baju tak pe, ni byk maklum la..rakyat jelata kat umah tu kan ramai...

    akhirnye dapat yg baru..nak repair pun beratus jugak harganye...

    ReplyDelete
  2. iyerlah sama dgn bee nih sibuk manajng walo tk kerja wee

    ReplyDelete
  3. Takper....jgn susahkan diri. Blogging utk luahkan rasa, bukan utk menyiksa.. Kami semua akan tetap setia..jgn risau.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...