Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, April 23, 2011

Bila bosan berblogging...

waaa..tajuk emo tu ek..

Tak ada pula berblogging tu mencetuskan rasa kebosanan di jiwa aku ini. Malah ia menjadi satu arena untuk aku salurkan apa saja yang rasa terdetik di benak pemikiran ini. Namun, sesekali ingin juga ku selitkan cerita-cerita ku ini dengan gambar-gambar berkaitan agar makin jelas maksudnya.

Yang jadi masalah seterusnya sebagai penyebab aku dah makin bosan, kenapa susah sangat nak masukkan gambar. Berhari-hari aku tunggu, masih tak berjaya juga.

Entri bergambar ini penting di kala idea berayat-ayat hilang tak kunjung tiba. Melalui sekeping gambar, sedikit sebanyak dia boleh memujuk ayat-ayat itu hadir.

Bukan itu saja..aku nak join mana-mana contest dan GA pun dah masalah sekarang ni. Kerana, syarat utama nak join contest pelbagai tu haruslah menempekkan banner contest atau GA di ruangan entri aku kan.

Bila perkara-perkara yang membuatkan kita teruja namun bertukar menjadi huru-hara, sudah pastilah..ayat 'kebosanan' akan menerjah di ruangan minda ini.

Masalah ini takkan timbul kalau aku hanya menaip sahaja..

Jadi, kepada yang berpengalaman dalam bab-bab macam ni. Mungkin boleh membantu suri rumah yang merangkak IT ni. Khidmat anda, akak nora dahulukan dengan ucapan terima kasih.

6 comments:

  1. akak gambar tu kena kecik kan dia punya..apa ke benda namanya..haa size...klu sy la sy buka gambar tu dlm window photo galery n kecikkan size..alhamdullilah jdik..leh upload gamba

    ReplyDelete
  2. aneh juga, sebab saya tak pernah ada masalah pun upload gambar kat blog.

    ReplyDelete
  3. kami pun rasa size besar sgt kot ,kalau kami just upload pic yg sizenya bawah 1mb je,akak buka pic kat microsoft ofice picture manager dan gi kat edit size dan resize kan..

    ReplyDelete
  4. emm..
    TK pun kdang2 payah gak nk insert gambar ni, nk2 time tenet slow..

    ReplyDelete
  5. biasa upload besar ok jugak fren , erm selagi tk kena kat batang idung tak tahu ler sebab nya , cuba lah dulu resize gambo tu bg kecik saiz nyer, kadang2 sebab templet tu error ke salah coding ker..

    ReplyDelete
  6. kadang2 ada gak..tapi apa pun jgn cepat putus asa akak...lepas nie rindulah ngan akak

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...