Ramalan cuaca sekarang ini menyatakan bahawa hujan dan panas tidak menentu. Selalu juga ku tonton berita di tv yang memaparkan kisah rakyat Pakistan yang menderita dengan bencana alam yang menimpa mereka. Apa yang mampu kita nasihatkan pada mereka, bersabar. Bersabar....
Tapi, bila perkara itu benar-benar berlaku ke atas diri kita. Mungkin kita akan melenting, sebelum kesabaran menjelma jauh di lubuk hati ini. Kenapa aku berkata sedemikian? Kerana, aku dah alami nya. Kelmarin dan yang paling mencabar kesabaranku adalah detik-detik semalam. Hujan yang kuat dan lebat menyebabkan bahagian dapurku di naiki air. Aku cemas keseorangan. Dengan perut memboyot aku menahan air dengan tuala dan apa-apa yang boleh menahan air itu dari ke ruang tamu. Kalau tidak, lagi haru biru aku. Dalam hati dah mula nak mengamuk, nak menggerutu rasa marah ni..pasal dah banyak kali perkara macam ni terjadi. Aku dah tak larat ..penat...
Kedua-dua kejadian tersebut terjadi di saat aku sibuk menyediakan juadah untuk hidangan berbuka. Tidak lama selepas itu, aku beristighfar dalam hati. Begini kah aku menyambut dugaan dari Allah. Memohon ampun dan bantuan moga diringankan beban ketika itu. Aku sedar dugaan ketika itu tidaklah seteruk seorang ibu di Pakistan melihat 3 orang anaknya tenggelam timbul lemas di bawa arus banjir. Nauzubillah...insaf aku di dalam hati...
Kepada rakan-rakan, jika ada kata-kata aku yang membawa kepada perkara yang tidak baik, sedarkan aku. Biar lah aku malu di dunia. Janganlah aku malu di depan Allah, menggalas dosa yang bertimbun. Wallahualam..
Salam berpuasa ya...
No comments:
Post a Comment
Akak Nora suka baca komen anda....