Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, August 2, 2010

Bila Marah Menguasai Diri.

Baru-baru ini, hatiku dilanda ombak yang mengganas. Menghempas-hempas di tepian jiwa. Rasa nak pecah karang-karangan di lubuk hati ini. Walau seganas mana ayat yang aku gunakan, percayalah..hanya mampu yang aku lakukan. Menangis..bukan ku pinta ia mengalir. Kerana ia keluar bersama munajat ku padaNya. Ya Allah...walau banyak dugaan Kau turunkan, yang aku harap janganlah kau palingkan rahmatMu. Kerana itulah dugaan yang paling aku takuti.

Selama ini aku suka menasihati, rakan-rakan yang dirundung muram. Walhal aku tahu, kata-kata tak mampu memadamkan api kemarahan mereka melainkan mereka sendiri. Namun, doa ku sentiasa bersama-sama kalian.

Aku tak boleh melayani jiwa yang lara saja. Kehidupan mesti diteruskan. Berbekalkan zikir memohon ampun dan petunjuk aku teruskan tanggungjawab tanpa menimbulkan kekecohan.
Aku bukanlah insan yang penuh ilmu agama di dada. Tapi, apa yang rukun apa yang diperintahkan itu yang ku usaha untuk lengkapkan.

Kini, kita sudah menjejak bulan 8. Bermakna, bulan Ramadhan makin menjelang. Alhamdulillah, kita berkesempatan lagi menunaikan ibadah yang termaktub di dalam salah satu prinsip dalam Rukun Islam.

Syahdu rasanya, namun kesihatan agak terbatas. Kalau tak, ingin rasanya hari-hari bertarawih. InsyaAllah..

Moga kehadiran bulan mulia ini, menambahkan lagi kekuatan hati dan jiwa ini. Dalam melayani dugaan, terasa diri ini diperhatikan. Terima kasih ya Allah dengan dugaanMu, kerana dengan itu aku tahu Kau menyayangiku. Aku akan berusaha untuk lebih kasihkan Mu lebih cintakan Mu.

Rakan-rakan, doakan kemudahan bagiku menyelesaikan urusan hidup dari awal hingga akhir.

SALAM RAMADHAN BUAT TEMAN SEMUA

No comments:

Post a Comment

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...