Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, August 28, 2010

Lepatku Menjadi..hahaha..

Salam Ramadhan buat sahabat ku di luar sana. Sedar tak sedar dan makin jauh kita nak meninggalkan bulan mulia ini. Jadi, jangan lah kita sia-siakan saki baki ramadhan ini. Moga kita masih berkesempatan memperoleh keberkatan darinya.


Sejak dua menjak ni, bila aku kemaskini blog aje..mesti citer bab makan kan. Bukan apa, aku teruja. Maklumlah..dah terlewat baru nak cuba masak macam-macam. Puasa tahun lepas, aku dan suami banyak membeli juadah. Jadi, aku jarang memasak apatah lagi nak cuba buat kuih itu dan ini. Tahun ini, walaupun perut agak sendat dengan orang baru di dalam, macam-macam resepi pula yang aku cuba. Penat pun rajin je. Kata orang, kalau kita rajin sangat masa mengandung, berkemungkinan dapat anak lelaki..ye ke..? wallahualam..


Ketika ke kedai membeli sayur pagi tadi, anakku merenget nak pisang. Aku malas nak beli kerana pisang yang di jual itu, semuanya dah lembik-lembik. Hendak tak hendak terpaksa juga aku beli. Yang menyakitkan hati aku, dia cuma nak makan sebiji je. Dah..siapa nak makan yang baki tu. Rupanya dah lah tak berapa menarik...


Buka peti ais, ternampak kan sisa kelapa parut yang aku gunakan untuk buat sambal kelapa kelmarin. Jadi, menu yang terfikir..ialah lepat pisang..Ini adalah pertama kali aku nak melepatkan pisang. Hehe..nak kongsi resepi pun, aku tak pandai pasal aku ni jenis campak mencampak..tapi bila orang bagi resepi campak mencampak kat aku..aku marah woo...hahah


Daun pisang..tak ada masalah. Mak mertua aku rajin berkebun. Tepi rumah ada, belakang rumah pun ada. Pukul 6 aku mula kan operasi. Apalagi agak menggelupur..Tapi, jangan risau..aku 'cool' je. Akhirnya...

Masa dalam pengukus tadi, macam tak jadi je. Jadi tawakal aje lah...Masa berbuka tadi, dah makan kurma. Apa lagi..waktu untuk mencuba...Tersengih aku...kalau jual laku nih..pandai juga aku buat lepat..hahaha..masuk bakul sendiri nampaknya. Apapun Alhamdulillah...

Salam Ramadhan ya...

No comments:

Post a Comment

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...