Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, July 7, 2012

Dugaan Soleh belum terhenti.

Fuh..!!!
Rasa berkurun abadnya juga aku tidak mengemaskini blog ku ini. Tuntuttan tanggung jawab sebagai ibu kepada anak yang tidak sihat dan kehadiran si kecik yang menambahkan keriuhan rumah tangga ku.


Hanya sunyi bila mereka terbongkang menidurkan diri. Tapi, pada waktu itu jugalah aku berkali ganda tangkasnya mengerjakan apa yang belum dikerjakan. Sahaja nak menung menarikan jemari menaip entri blog?...tiada kesempatan langsung..

Tapi sekarang..aku di wad menanti Soleh yang admit kerana demam yang amat panas..mencecah 40C. Kenapa...akan ku cuba kisahkan di sini.


Mulanya hanya pembedahan menukar tiub shunt dalam kepala Soleh, namun soleh koma pada hari kami dibenarkan pulang. Ini akibat jangkitan kuman air di dalam kepalanya, sekali lagi soleh dimasukkan ke ICU. Kali ini la aku rasa lama sangat. Hampir sebulan pada bulan Mac yang lepas. Aku pun dah sarat memboyot. Tapi, aku lanyakkan juga diri ini ke hulu kehilir.


Oleh kerana saluran keluar air berkuman itu tidak boleh melebihi 10 hari, doktor terpaksa juga operation letak shunt baru di belah kiri kepala soleh pula. Tawakkal sebab airnya masih keruh..jangkitan kuman masih ada. Selesai semua..soleh menunjukkan kesan positif dan dia menjalani pemeriksaan MRI satu badan yang hampir memakan masa 1 hari 1 malam..hampir pukul 12 malam baru selesai. Dan soleh dimasukkan air kerana satu hari tu dia tak makan atau minum apa-apa, tambahan dia tak sedarkan diri kerana terpaksa diberi ubat tidur dengan dos yang tinggi. Untuk memudahkan kerja-kerja MRI.


Soleh menunjukkan kesan pemulihan yang positif. Namun, ketika itu kami berkenalan pula dengan Pakar Kanser di sini. Itulah berita tak berapa sedap di dengar sebelum kami pulang ke rumah. Kalau rajin dan ingat..ada dalam entri akak nora ketika soleh dibenarkan pulang. Sekarang ni guna phone saja..jadi susah nak tag entri tu.

Pakar kanser itu atau namanya Dr.Lin menyatakan bahawa soleh mungkin perlu menjalani kemo. Terkedu juga akak nora sebab..kalau terus di kemo, Soleh baru nak pulih dari 2, 3 operation masa tu. Dan akak sendiri menanti hari nak bersalin. Tiada siapa boleh ambil tugas akak.

Selepas report MRI keluar, Dr.Kumar menyatakan ketumbuhan dalam otaknya memang tiada masalah. Tiada masalah. Tapi, Dr.Lin menyatakan ada sesuatu dalam tulang belakang soleh. Kecil sahaja. Dia masih perlu pantau benda tu. Tak nak kemo sesuka hati.

Kata orang..hospital swasta ni akan proceed dan paksa kita ikut solution mereka. Tapi, pada akak SDMC. .mereka beri masa untuk kami berfikir. Jadi..kami tangguhkan. Diulangi sekali lagi..kami tangguhkan.

Kami pulang.

Tiba masa akak melahirkan iffat.

Soleh banyak berubah dengan kehadiran Iffat. Dia bertambah kuat dan mampu bergerak walau dalam keadaan meniarap.

Kami masih teruskan usaha berubat, makan apa yang patut dan usaha pelbagai cara. Kami tak diam saja melihat keadaan soleh. Walau ketika itu..akak masih dalam pantangkan iffat, seminggu je akak rehat. Lepas tu entah ke mana pantang aku.

Dr. Lin nak jumpa kami dalam sebulan lagi. Tapi, atas kesulitan kami sempat Dr.Kumar di Ara Damansara. Dan bulan depannya..12 jun soleh admit sekejap untuk MRI. Mungkin pesakit tak ramai, petang itu juga kami dapat report MRI. Dan dr.kumar nyatakan sesuatu di belakang soleh itu seperti dah membentuk dinding yg tebal. Maknanya dia dah mereka. Dia suruh kami buat appoinment jumpa ketiga-tiga doktor pada 25 jun.

Pada tarikh itu..dr.sofiah menerangkan gambar scan tu. Bahagian kepala dia memang ok dan tiada masalah. Bahagian tumor otak tu pun airnya mengalir elok. Oh ye..dr.kumar ada sedut sedikit air kepala soleh..jernih sungguh jernih. Membuktikan tiada jangkitan lagi.

Tapi, tulang belakang pula ada berita sedih. Penyelesaiannya cuma kemoterapi. Dia tanya apa keputusan aku. Aku kata dah lama ditangguhkan.

Kami jumpa pula dr.Lin, dan dia menerangkan tentg kemoterapi itu. Memang ada baik dan buruk juga kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Aku bersedia. Aku usaha..Allah...kau saja yg menentukan.


Hari pertama kemo- 27 jun. Melalak juga dia. Tapi bukan masa di cucuk jarum. Tapi..dia tension kena baring je atas katil tu. Lama juga le menenangkan perasaan dia. Alhamdulillah, masa cucuk line dan ubat dia diam tak meronta.


Keesokkannya..Soleh ok sedikit. Dia happy dan langsung tak menangis bila doktor inject ubat kemo ditangan dia. Hinggakan semua parent kat situ tengok je soleh di cucuk.

"dia sungguh kuat..good boy.."kata Dr.Lin kepada nurse.

Nurse pun suka layan dia. Dia kata soleh sungguh berbeza. Soleh redho je apa dia nak buat. Biasanya budak budak kat situ semua melalak, meronta dan memukul nurse pun ada.

Ya la...siapa yg suka kena cucuk kan. Orang dewasa pun ada yg takut. Inikan pula budak..cuma Alhamdulillah..soleh banyak memberi kerjasama. Walaupun dia rengek bila di cucuk tidak disentap tangannya. Kesian...tapi untuk kesihatan dia juga.

Ada orang kata kenapa nak buat kemo juga. Tangguhkan.

Akak nora kata..akak dah cuba tangguhkan. Dia nak sebulan..akak tangguh 2 bulan lebih. Dan keputusannya agak menakutkan akak nora. Jadi..akak kena usaha dengan kemo juga. Sambil itu akak nora masih usaha cara lain.


Minggu depannya, soleh hanya suntik ubat kemo. Tapi..disebabkan darah soleh sedikit menurun, soleh perlu menjalani pemindahan darah. 1 beg la jugak.

Sebelum soleh diputuskan menjalani kemo, aku dah ambil tempahan yang agak banyak. Jadi, sementara menung menunggu soleh...aku mengisi masa menjahit mana yang boleh. Biasanya aku jahit kemasan di leher yang memerlukan jahitan tangan. Iffat pula perlu diriba kalau tak, penat opahnya mendukung je. Sesekali aku bermain dengan soleh yang sedang baring menunggu.

Selesai hari Rabu...Khamis lepas ni kami hanya datang ambil suntikan naikkan sel darah putih saja. Nurse pesan kalau demam datang ke hospital sebab demam tandanya darah soleh diserang kuman.

Memang malamnya soleh demam. Panas memanjang. Pukul 3 pagi semalam kami ke kecemasan. Opah dan iffat ikut. Iffat tidur di rumah dan en.hubby meminta emaknya tidur dirumah kami menemankan izzat. Payah kalau nak kejutkan dia. Kalau masih ada yang tak tahu..rumah emak mentua akak nora depan rumah akak je.

Sampai di ruang kecemasan..suhu diperiksa. 38.6C kepanasan badan soleh. Aku menunggu di sisi dia. Kena cucuk tangan lagi nak masuk air dan ubat antibiotik rawatan jangkitan kuman. 4,5 kali cucuk di tangan dan di kaki..tp masih tak dapat uratnya. Hingga doktor incharge terpaksa panggil doktor lain. Alhamdulillah..ada doktor disekitar situ yang membantu. Sekali cucuk..

Wad penuh. Soleh terpaksa masuk NICU tp di cas sebagai bilik single room. Sebelum masuk, suhu diperiksa la. Naik sampai 39.6..oleh kerana NICU..opah dan iffat perlu menunggu di luar. Nasib baik selesa ada sofa.

Aku tunggu untuk menjawab segala soalan. Dengan keadaan soleh yang agak serius..jantung yang kencang dan kadar pernafasan yang tak teratur tak jadi mereka cas sebagai wad. Mereka terus ambil kes NICU juga. Suhu soleh panas memanjang dan mereka cakap soleh macam ada tarikan kejang2 nak jadi sawan. Belum pernah soleh ada sawan..tapi macam-macam boleh berlaku dengan suhu nak sampai 40C tu kan.

Opah menunggu di dalam kerana iffat nak susu la..nak di dodoila..jadi opah tak lalu. Lenguh weh...iffat nampak je kecik..tapi kus semangat tau..boleh lari urat belikat. Penat nak kejar.

Paginya...doktor Lin kata dah stabil. Cuma perlu dipantau. Sebab panas badan soleh masih turun naik. Soleh dibenarkan masuk ke wad biasa.


Opah dan iffat sebelum soleh ditolak ke wad. Sampai di wad. Opah tak hirau orang keliling. Dia menggigil sejuk. Biasalah kalau dia sejuk memang macam tu. Tapi dah sejam..aircond dah lama ditutup. Dia muntah-muntah dan macam tak sedar alam sekeliling. Sebelum tu aku dan info adik. Dia datang dengan yop. Mak sedar tapi tak larat bangun dan berdiri. Oleh kerana opah soleh gelemer di wad..ramai nurse datang membantu. Mak ditolak ke kecemasan. Susah hati aku. Masa aku susah..mak menolong. Masa mak macam tu..kaki aku terikat. Aku minta en.hubby ushar apa patut.

Suhu mak demam 40.3C dan tekanan darah tinggi. Takut nak bawa jauh2 sebab boleh berlaku strok. Biarkan dia terima rawatan di emergency..dan aku tak duduk diam. Kenapa? Biarlah rahsia....Alhamdulillah..tak lama lepas itu. Demam mak menurun dan dia sedar sedikit. Adik bawa mak ke rumahnya. Ye la..kat rumah aku..tiada siapa boleh tengokkan. Aku redho..itupun mak dia. Bukan mak aku seorang. Alhamdulillah..adik beradik masih ambil berat. Moga kesihatan mak bertambah baik.


Tinggal le semalam aku dengan mereka. Tak tidur juga la aku..bukan senang. Demam soleh asyik turun naik tinggi suhunya. Tunggu sikit masa lagi...

Huh...dari soleh admit wad ni..khamis aku mula taip sampai sabtu baru siap. Akak nora post ya...see ya..

posted from Bloggeroid

15 comments:

  1. Sabar ye k.nora..sedih n sayu ati ni ble tgok dugaan akk n soleh bertmbah...ssh sye nk bayangkan keadaan akk n soleh skg.sye hnye dpt doakn.dri jauh kak..harap sedikit sebyk dpt bantu akk n soleh.sye nk sgt soleh kembalo normal cam dak2 seusia dia..ble sye tgok sileh otomatik mest igt kat anak sye kak...sye akn sentiasa doakn akk n soleh...harap akn akn tp tabah n kuat...sye tau soleh bdak yg kuat dia mesti leh lawan pnyakit ni kak...iyaallah..moga akk n family serta soleh akn sentiasa mendpt yg terbaik..aamin....

    ReplyDelete
  2. kak noraa.... wani tak bleh baca dgn tekun la citer ni...rasa sebakkkk sesangat tgk akak diuji mcm ni... terfikir kalau lah wani yg diuji sebegini...hurmmm

    ReplyDelete
  3. Akak nora, semoga Soleh cepat sembuh ye. Semoga Soleh terus kuat untuk hadapi semua ujian ini. Begitu juga akak.

    ReplyDelete
  4. Apa yang boleh Kak Amie katakan lagi Nora... selain sabar, usaha dan tawakal... berat mata memandang, berat lagi bahumu memikul dik, namun sebenanrnya dirimu bukan keseorangan, ramai yang sentiasa mendoakan.... sembuh dan sihat untuk Soleh, sabar dan bertenaga untuk Nora, dan segalanya, untuk keluarga kecil Nora... amin ya Allah, Kau permudahkanlah urusan Nora bersama anak-anaknya!

    ReplyDelete
  5. moga soleh cepat sembuh.. tabahnya hati kak nora membuat saya merasakan diri ini begitu kerdil.. harap sy setabah kak nora..

    ReplyDelete
  6. Banyak sungguh dugaan akk alami...kagum dan terharu dengan kekuatan yang Allah kurniakan pada akk...semoga selepas hari diduga akan tiba hari yang sangat bahagia utk akk dan keluarga...semoga Soleh cepat sembuh! sayang sangat adik Soleh!

    ReplyDelete
  7. akak memang tabah.......jue doakan yang terbaik buat akak dan keluarga....

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, soleh mmg anak yg kuat, mg cepat smbuh ye sayang..

    ReplyDelete
  9. Hiba bile mdgr pkhabaran akak..akak..lebly pcaya yg adik soleh kuat utk tempoh nieh..sbb dia ingat pd Ibu n org lain yg korbankan diri utk dia..

    ReplyDelete
  10. suka tgk dia tersenyum..seolah2 mcm tidak mengalami apa2

    ReplyDelete
  11. Besarnya dugaan.Sy simpati.Be strong ya!Kita ibu2 yg terpilih, insyaallah.

    ReplyDelete
  12. Subhanallah.... Banyak sungguh dugaan Allah untuk Nora sekeluarga. Ingatlah yer, ini kerana Allah itu Maha Penyayang. Bertahan ok... I believe in you...

    ReplyDelete
  13. soleh untie doakan soleh cepat sembuh.insyaallah Allah maha besar dan tuk kak nora walaupun nurul mcm tak layak nak ucp dengan berat ati nurup ucp gak.semoga diberi ketabahan berterusan pd akak n Allah bg rezeki insyaallah..soleh kuat insyaallah

    ReplyDelete
  14. sedih saya baca kisah anak akak,sayu hati sy bila baca tentang dia yg masih kecil tapi menderita kanser...:(
    smoga soleh cepat sembuh...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...