Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, April 27, 2012

Mesti ramai yang kenal beliau ni...

Sekarang ni memang payah la nak update blog..dulu masalah gadget..sekarang ni dari note..tab..laptop..semua ada..tapi Allah yg menentukan. Akak nora tiada masa...sejak ada baby ni..bergabung pula dengan soleh...akak nora dah umpama dapat anak kembar.

Percaya atau tidak..larat atau tidak..aku kena hadapi juga tuntutan hidup aku. Dalam seminggu berpantang..aku dah kena dukung soleh seberat 10 kg tu untuk dimandikan..selepas itu baru selesaikan baby pula. Angkat besen mandi berisi penuh air. Itu semua adalah kerja yang sepatutnya aku kena elakkan. Apakan daya..masa tu mak aku kena segera balik kampung menyelesaikan urusan peribadi..tak cukup dengan itu aku kena sama2 dengn en.hubby ke hospital dari pagi untuk temujanji rawatan soleh. Petangnya ke pusrawi untuk cek kuning baby Iffat. Alhamdulillah..tak kena admit cuma dinasihatkan beri susu badan dengan banyak. Alhamdulillah juga..susu melimpah ruah buat Iffat. Malamnya..kami sambung dengan perubatan cara islam dan kebatinan..sampai pukul 1 pagi.

Dalam penat tu...sebenarnya di waktu petang kejadian yang bertarikh 26 April 2012 bersamaan dengan hari Khamis...semalam tau...akhirnya buat julung kali...saudari cantik jelita ni menjenguk teratak hinggap aku di Kg melayu subang ni.



Kenal tak... Makbed aaaa...yang glemer di blog makbed journal tu..sorry la tak le nak tag link blog dia..huhu...

Dia kata dia lagi gemuk dari aku..tapi aku segan di sisi dia...rasa sememeh betul aku ni...huhu...

Sekali mak mertua aku menjenguk...terus bantut aku nak snap2 gabo...rugiiiiinye...nanti senang2 kita dating2 tengok wayang ye makbed..haha...

Dah lama beliau merancang nak jumpa aku..macam2 juga halangan..hinggalah beliau nekad bersama suaminya yang kebetulan ada urusan di Klang.

Kalau ko nak tau MAKBED...ko lah rakan blogger pertama yang jumpa aku..lagi spesel terus sampai kat rumah aku...huh...terharu aku...sampai terus sign amik ko jadi agen insuran aku dengan Iffat Yunus...punya teruja.

Semoga pertemuan itu merapatkan dan memanjangkan usia persahabatan kita ya...amin...

posted from Bloggeroid

8 comments:

  1. Malam Nora,
    aduhai Nora... tak dapat nak komen tentang keadaan Nora tu, kalaulah ada yang membantu meringankan beban Nora ketika dalam pantang, alangkah baiknya!
    Seronoknya dnegar certa Nora dapat jumpa Makbed... moga persahabatan kekal abadi.

    ReplyDelete
  2. wawawawa... touching!

    Insyaallah, akan ada yg rakan-rakan menyusul. Rezeki Allah nak bagi jumpa di rumah. Kalu tak kan plan nak jumpa kat spital....

    Tengok wayang adalah kesukaan. Nanti leh lepak sesama. Sori ..aku tak dpt bawak oni ngan wawan. Ada rezeki lagi, aku bawak depa jumpe ko lak.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Nora...seronoknya dpt jumpa kekawan blogger yg dtg berikan sokongan...:)

    ReplyDelete
  4. Salam Puan Nora, bykkan doa n bersabar. Wish yg terbaik utuk u dan anak2 ye!

    ReplyDelete
  5. wah makbed.. ni kawan baik Lulu Caldina ni :)

    ReplyDelete
  6. Dugaan buat akak yg menjadikan akak terus kuat..

    Makbed-Myra penah terjah blog dia :)

    ReplyDelete
  7. assalam ..
    seronoknya jumpa rakan blogger ye..siap bertandang ke rumah lg..
    kesihatan perlu juga dijaga tu..mintak lah suami angkatkan air siap2 dulu utk soleh mandi sebelum g keje..bukan apa takut buat keje terlalu berat bentan nnt..

    tahniah jg atas kelahiran Iffat..

    ReplyDelete
  8. Muka pun dah ada iras2 mcm 2 bradik

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...