Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, April 9, 2012

Hari ini..soleh bertemu jua dengan Dr. Lin..doktor apa pula tu?


Akak nora sedang menanti hari. Walau terasa dah tak mampu...kuharungi jua. Masa ni soleh masih di icu. Kami ambil kesempatan bawak mak akak nora ni gi tukar cermin mata dia. Dah daif sangat...



Inilah keadaan Soleh ketika kepala dia ditebuk untuk mengeluarkan air berkuman itu. Setiap hari air yang ditakung itu di analisis. Dalam 3 kali juga soleh tak sedar bila alat tu di laraskan ke tahap tinggi. Kalau tak sedar..itulah yang menyebabkan soleh akan koma. ALLAH Maha Besar...Soleh berjaya mengharungi detik-detik cemas itu.
















Sehinggalah, doktor Dato Halili terpaksa juga meneruskan pembedahan meletakkan shunt baru di bahagian kiri kepala soleh. Selama ni di bahagian kanan. Kenapa terpaksa? Sebab..analisis terakhir air di kepala soleh menunjukkan keadaan yang masih tidak jernih seperti di kehendaki. Keruh dengan kehadiran berdarah. Doktor risau darah itu sendiri akak membentuk keadaan berjeli dan menyumbatkan tiub shunt soleh. Kalau nak tau..tiub shunt tu bukan la besar mana lubangnya. Memang potensi tersumbat atau berkuman sentiasa ada.

Pembedahan itu telah meninggalkan pelbagai parut jahitan di kepala dan abdomen Soleh. Menangis hati kecil ini melihat keadaan anak kecil ini. Tapi...Soleh sentiasa menunjukkan dia kuat. Oleh itu..ku campakkan jauh-jauh perasaan itu. Hingga ada pelawat berkata.."u masih boleh senyum ketawa ya..." mana dia tahu apa yang aku tanggung. Secara logik..gembirakah aku melihat soleh...tambahan sakit menanti hari. Cuma...apa yang aku sematkan..inilah cara Allah dekatkan aku dengan Dia. Maka...tabahkan aku menghadapinya. Sungguh..aku takut mohon dipermudahkan...apa yang tak putus aku mohon...tinggikan dan kuatkan iman aku menghadapi semua ini.






Soleh sungguh ceria hari ini. Hari ini juga Dr. Lin berjumpa dengan kami. Doktor ini telah dicadangkan oleh dr. Sofiah..pakar neuro Soleh. Siapa doktor baru dalam rawatan soleh ini? Dia adalah pakar barah. Dengar jawatan dia saja..dah mendetakkan jantung aku.

Tapi..aku telah diterangkan oleh dr.sofiah sebelum soleh keluar dari icu lagi. Katanya..keadaan air dalam kepala soleh yang berdarah itu telah menunjukkan tumor itu masih ada bakinya. Jadi..mereka nak ambil langkah berjaga-jaga untuk mematikan kuman yang mungkin membesarkan tumor itu kembali atau menghadirkan kumab kanser dalam kepala Soleh. Macam selalu..aku mendengar dengan tenang. En.hubby tiada..semua perkara melibatkan soleh di hospital aku hadapi sendiri walaupun kini.



Kalau dia makan..mesti nak suap mulut ibu. Walaupun kecil situasi ini tapi terlalu menyentuh hati ini.

Jadi, apa cerita dr. Lin tadi..

Doktor lelaki berbangsa cina itu agak tua juga rupanya berusaha menerangkan kepada aku.

Katanya..tumor yang tertinggal itu masih bersaiz agak besar. Aku tak terkejut kerana tumor dulu terlalu besar hingga ke puncak otak. Iaitu kawasan yg paling sukar dan bahaya untuk dikorek buang.

Jadi..pendarahan dari tumor yang baki itu mengakibatkan air berkuman tersebut. Dan mungkin menyebabkan masalah lain di masa hadapan. Soleh terlalu kecil untuk radioterapi.

Jadi..apa yang dia cadangkan...soleh perlu menjalani kemoterapi dan mungkin akan dibedah sekali lagi untuk buang baki tumor itu. Jika bernasib baik...mungkin hanya menjalani kemoterapi saja.

Aku angguk tanda faham. Kalau anda ditempat akak nora...anda akan rasa apa akak nora rasa. Tapi..dalam hati...Allahuakbar..Kau yang aturkan buat aku. Redhakan aku tanpa tumpahnya air mata...aku berjaya menahan.

Cuma..terkadang..ada juga rasa bahangnya hati bila soalan banyak diajukan. Itu sebab aku tak minat terima tetamu. Kalau sekadar melawat..aku terima. Tapi..soalqn yg banyak buat aku tertekan dan tak minat langsung nak menjawab. Tak payah dr org lain. Dari emak aku pun dah cukup...

"masalahnya..kan dr.kumar kata hari tu dah buang habis..kenapa ada lagi?"

"ubat mahal soleh makan tu tak boleh ke nak baikkan soleh..?"

Aku hanya mampu menjawab..doktor yg belajar tinggi2 tu pun dia kata kita hanya mampu berikhtiar. ALLAH juga yang menentukan. Mereka hanya manusia biasa. Hebat mana mereka..Allah juga yang izinkan setiap perkara itu berlaku. Emak terdiam...salah ke cara aku menjawab...memang hingga ke saat ini aku tak henti berusaha untuk soleh. Tak putus asa..sampai nak berpantang pun aku tak fikir sangat.

Jadi sekarang ni...aku berada di bilik MRI. Soleh perlu di scan lagi. Mungkin mereka nak pastikan keadaan soleh sebenarnya.



Masalahnya sekarang...mereka tak dapat lagi line ditangan atau dikaki Soleh. Memang sejak berisi..susah nak dapat line bila diperlukan. Kesian juga lah sebab kena cucuk berkali-kali.



Baru semalam benda ni dibuka. Kalau cakap awal-awal nak MRI tak ada la minta doktor buang benda ni. Kan da susah. Tadi staff MRI da cuba buat kat bilik kecemasan. Tak dapat..sekarang ni cuba dengan doktor sofiah yang sedang menunggu di wad. Aku ambil keputusan tunggu je di sini. Sebab..bila aku tak ada..soleh tak nangis..harap2 dapat la line tu.

Di saat begini..apa yang diperlukan oleh aku...pasti jawapannya SOKONGAN...dari pelbagai pihak terutama...orang disisi yang hampir dengan aku. Tapi...apa yang aku hadapi..TEKANAN dari segenap arah...oleh itu aku lebih suka berdiam. Namun..mereka tak faham juga...kita sama-sama di uji jadi..jangan terlalu memikirkan kusut sendiri. Kasihanilah diri ini..

Itu sebab..aku tak kisah bila en.hubby kata dia ada kursus mula hari ini. Susah la bagi dia nak menuju ke sini jika ada kecemasan..termasuk kalau aku sakit nak beranak. Izzat pun ada dengan aku..sedih tengok dia kurus tak makan walhal duduk dengan nenek dia kat subang. Kesian dengan emak aku yang setia temankan aku..walhal pelbagai masalah menanti dia diluar sana. Walau badan emak di sini...dia selalu ceritakan masalah itu dan ini..terasa benar aku dah menyusahkan dia sangat2 bila mendengar masalah itu.

Jadi...tiada SOKONGAN buat masa ini. Aku diuji sentiasa bila segenap sudut sengaja mencari amarah aku. Termasuk orang yang sepatutnya kuat disisi aku. Apa yang sematkan dalam hati..
"aku tahankan amarah ini..aku pelihara perasaan ini..aku jaga lidahku ini...semata mata kerana mu ya Allah..."

Aku faham perasaan en.hubby...perbelanjaan makin bertambah..habis simpanan kami...itu pun Allah itu mengasihani kami dimana tiada masalah dalam rawatan..cuma perbelanjaan keperluan soleh dan kegunaan harian kami di hospital ni. Moga ada rezeki buat soleh..sabar ya soleh..ini juga alasan dimana aku tak pernah bising hubby jarang menjenguk soleh..masanya di isi dengan kerja dan overtime. Tambahan kursus ini nanti menyebabkan gaji dia berkurangan sebab dia dianggap tak berkerja..bukan sehari dua tapi 3 bulan. Tabahkan suami ku ya Allah..

Alhamdulillah..soleh berjaya dapat line kat tangan dia dan sekarang ni..6.31 ptg dia da berada dalam gelung MRI. Sempat ku jeling tadi..mereka bukan scan kepala je..tapi seluruh badan.



Doakan semoga soleh terus kuat menghadapi dugaan hidup dia ya...

posted from Bloggeroid

14 comments:

  1. kadang2 saya taknak baca kisah soleh ni sebab tak tahan nak bayangkan penderitaan dia. terlalu kecil dia nak hadapi semua tu. Moga akak Nora terus tabah

    ReplyDelete
  2. saya doakan nora tabah menghadapi dugaan ini. Dan juga semoga Solleh cepat sembuh. Amin Ya Rab

    ReplyDelete
  3. sy cuba tahan airmata setiap kali baca coretan akak..tp sy tak kuat...akak manusia yg sgt tabah...sy doakan agar keluarga akak diberikan kekuatan mengahaungi semua ini... sy tetap mendoakan supaya soleh sembuh speti anak lain...kuatkan semanagat ya akak..allah sygkan akak sekeluarga...

    ReplyDelete
  4. berat mata memandang, berat lagi bahu kak nora dan soleh yang memikulnya...x ada ucapan lain dari saya melainkan semoga kalian terus tabah dengan ujian ini...pahit akan manis jua akhirnya...insyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Walaupun pertama Kali membaca coretan Akak, saya dpt bayangkan dugaan berat yang Akak tempuhi, moga Allah membalas kesabaran Akak ini, Salam peluk cium saya buat Adik soleh, Adik kuat, auntie bangga denganmu

    ReplyDelete
  6. semoga akk tabah menghadapi hari2 yg mendatang...aminnn

    ReplyDelete
  7. Berat sungguh ujian yang Nora terima. Percayalah, ingatan akak pada Nora dan Soleh x pernah putus. Semoga Nora tabah dan semoga Allah permudahkan segalanya.... Amiinn...

    ReplyDelete
  8. akak..kuat utk soleh k..d0a kami sentiasa utk akak n soleh..

    ReplyDelete
  9. akak ..jue doakan yang terbaik buat akak n soleh serta keluarga akak....memang akak ibu yang tabah....ALLAH sayangkan akak sekeluarga...DOa kami buat akak sekuarga sentiasa mengiringi akak...

    ReplyDelete
  10. semoga segalanya dipermudahkan.. sedih baca kisah soleh...

    ReplyDelete
  11. ish.. kuat sungguh akak...

    Ya Allah! Kau permudahkan urusan keluarga ini. Kau anugerahkan mereka dengan kesihatan yang baik, kemurahan rezekiMU dan kekuatan dan mengharungi dugaan MU. Kau kasihi lah anak kecil ni, berilah dia kesembuhan seperti mana kanak-kanak lain.. Amin...

    ReplyDelete
  12. Allahuakbar...kak, saya doakan akak sentiasa tabah & kuat. InsyaAllah kak, ganjaran itu lebih bermakna kak..

    ReplyDelete
  13. setiap kali baca perkembangan Soleh..ada perasaan terharu,sedih & kadang2 gembira dgn perkembangannye..tp kali ini tewas jg air mata ini, sebak dijiwa melihat dia masih nak suapkan ibu dia w/p dia sdr terlantar..

    p/s: semoga nora,soleh dan family terus tabah mengharungi dugaan yg besar ini..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...