Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, April 2, 2012

Soleh dah bosan...

Masuk minggu ni dah nak 3 minggu la soleh dalam icu. Terakhir kisahnya, soleh selamat di bedah untuk menempatkan tiub shunt dia yang baru di sebelah kiri pula. Akak nora tak dapat nak upload gambarnya sebab hp dah bertambak besor..susah sikit nak hala2 kamera...dapat nanti, akak nora kongsikan. Ada pelbagai jahitan di atas kepala soleh.

Kuman dalam air tu terlalu banyak. Mengikut sukatan saintifik...perlu kurang dari 4. Soleh punya ada 3 ribu lebih...terkejut juga mula-mula aku memikirkannya. Sebenarnya berkali-kali soleh tak sedarkan diri masa dia menggunakan tiub shunt mengalirkan air terus keluar. Ini kerana alat tu ada tahap-tahap. Doktor tukar-tukarkan tahap dia untuk menentukan jenis shunt yang akan digunakan oleh soleh. Bila soleh buat hal macam tidur tapi tak sedar tu memang menakutkan. Tambahan pula dengkuran soleh macam tersekat nafas tehenti-henti. Kalau diikutkan, memang dah nak jerit nama soleh. Tapi mohon Allah kuatkan iman aku....aku hadap juga soleh...apa nak jadi jadi la...tetapkan dalam hati soleh kuat..dan tiap kali nurse turunkan tekanan barulah soleh sedar semula. Hinggalah doktor putuskan tekanan shunt soleh perlu tekanan rendah.

Masa soleh di bedah, airnya masih keruh. Dan kiraan kuman masih 300 lebih. Namun, doktor tetap kena teruskan sebab tempoh penggunaan tiub aliran terus keluad tu hanya 10hari penggunaan je. Kalau tidak potensi kuman yang lain pula. Jadi, walau soleh selamat diletakkan shunt baru, hati ini tetap tak senang. Kalau dulu soleh buat hal tak sedarkan diri, mereka boleh turun naikkan alat tu. Sekarang shunt dalam kepala, kalau ada problem lagi...penyelesaiannya pastilah di bedah lagi.

Ya Allah....runtun hati aku. Bila ada peluang...aku menangis juga. Selalunya waktu solat isyak kat rumah. Sakit tahan sebak...kang nangis sesaja..mesti mak aku risau. Walhal, bukan aku nak nangis tension...cuma nak melegakan. Sambil berdoa la ku hamburkan segala-galanya.

Alhamdulillah...setakat ini nampak soleh cepat pulih dari pembedahan tu. Dia banyak minum susu, makan pun dah separuh mangkuk. Soleh dah tembam...sambil tu, aku suapkan juga makanan kesihatan yang pernah membantu soleh nak pulih dulu. Doa-doakan semoga soleh terus sembuh...pulih...macam kanak-kanak lqin. Bermain dengan abangnya..dan menanti kelahiran adik dia...hm...mungkin lambat lagi. Tapi...usaha tetap usaha kan. Ramai yang mndoakan soleh...Alhamdulillah..anda semua dalam doa akak nora.

InsyaAllah, hari ini mungkin dapat masuk wad biasa. Yang buat akak nora tak sedap hati...perut ni dah semacam..hehe...moga ada masa lagi...baby sabar yek...

Best gak taip enti guna tab ye...pinjam izzat yusuf punya..maklumlah ibu dapat NOTE dia pun dapat tab juga...abah bermurah hati nak bagi.

Nanti berpeluang...akak upload gambar soleh ketika di sini ya..sekarang tak dapat...

6 comments:

  1. Hati ibu mne yg x sedih ble bermcm2 dugaan menimpa ank tersyg...k.nora mmg seorg ibu yg kuat...inyaallh selg k.nora kuat soleh pn akn ttp kuat mngharungi dugaan yg mndtg...sye akn sentiasa mndoakn yg tbaik tuk soleh n k.nora sekeluarga...inyallh..moga soleh cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. untuk soleh dan kak nora, semoga dipermudahkan segalanya....

    ReplyDelete
  3. moga soleh cepat sembuh kak nora.. hanya doa mampu sy titipkan untuk soleh..
    baby tak sabar nak tgk dunia.. hehehehe..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Nora sayangggg....
    syukurlah teknologi perubatan hari ini yang canggih dapat membantu mengesan dengan cepat masalah Soleh, dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Mudah-mudahan Soleh akan sembuh segera.

    ReplyDelete
  5. terjumpa blog ni. saya doakan semoga soleh cepat sihat. dia anak yg kuat

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...