"Rambut sama hitam, hati lain-lain." Begitulah bunyi peribahasa Melayu untuk menunjukkan perbezaan pendapat, hati, perasaan dan lain-lain antara manusia. Memang itulah realitinya, Allah mencipta setiap manusia berlainan antara satu sama lain.
Seseorang itu tidak harus mendesak atau memaksa orang lain untuk menerima dan bersetuju dengan pemikiran yang kita bawa. Malah dalam doktrin Islam, kita diajar "tiada paksaan bagi orang bukan Islam untk memeluk Islam". Tetapi perlu difahami bahawa sekali seseorang itu telah memeluk Islam, tiada lagi persoalan "tiada paksaan untuk mematuhi perintah Allah."
Allah Taala berfirman yang bermaksud:"Tiada paksaan dalam memilih agama." (Surah Al-Baqarah 2;256)
Orang yang suka mendesak orang lain supaya menerima pendapatnya, tidak akan dihormati orang lain, malah akan diumpat dan dicela. Sebaliknya berbaik sangka dan meraikan pendapat orang lain menunjukkan pengorbanan emosi dan hati yang amat tinggi. Namun, untuk meraikannya perlu ada batas tertentu. Yakni ia mestilah tidak bertentangan dengan syariat dan adab-adab Islam. Kaedah usul fiqh ada menyebut:
"Apa yang baik itu adalah apabila syarak mengatakan baik dan yang buruk itu adalah sesuatu yang dikatakan buruk oleh syarak."
Akak Nora Berkata : Tidak salah jika kita memberi ruang untuk orang memberi pendapatnya. Mana yang elok, kita jadikan panduan. Jika dia bersuara yang tidak betul, kita betulkan dengan penuh lemah lembut. Cara mengur kesilapan pun ada caranya. Bak kata dr. fadzillah kamsah, 5 pujian satu teguran. Tak gitu...
p/s: Akak nora sibuk hari ini. Baru berpeluang mengadap ms.lappy. Itu pun sambil enjut buai adik soleh..haru menaip sebelah tangan ni...
Betul tu kak nora, kita tak bole paksa orang menerima pendapat kita.. Nama lagi pendapat, kita utarakan, dan kita terima la komen nyeee.. Tapi kalau si pemberi pendapat nak pertahankan pendapatnya, tu takpe, sebab tu adalah haknya :)
ReplyDeletebtol tue akak..
ReplyDeletexsemestinye pendapat kite sentiasa btol setiap mase...
beri peluang pada org laen juga....