Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, March 31, 2011

Nama pun khabar angin kan...Akak Nora pernah kena tau..

Mesti dah basi cerita Jackie Chan kononya dah mati tu kan...Teringat pula kes steve yang sikit-sikit 'so beautiful' dengan binatang tu. Bila dia disahkan mati, ada yang menjawab.."bukan dia dah lama mati ke?"..hebatnya kuasa 'khabar angin' tu.

Akak nora sendiri pernah di landa ribut taufan khabar angin ini. Hingga menyebabkan emak akak menangis tau.

Al-kisahnya, ketika itu akak bersahabat baik dengan seorang Pakar X-Ray Hospitl Kampar. Akak kenal dia melalui bekas kakak ipar akak nora. Nama dia Encik Zul...muka dia, serius macam Adiputra Si Tanggang tu..hehe. Hitam manis dan berkaca mata..akak memang alergik lelaki 'berkulit putih'...

Tapi, akak nora tak adalah sampai bercinta. Berkawan, pasal pasti dia dah berpunya. Pernah dia ajak akak nora keluar pergi makan. Akak kata tak nak lah...masa tu akak nora dah belajar kat uitm dah, balik bercuti. Akak nora tak nak sebab di rumah tak ada orang. Emak menunggu ayah di wad. Adik-adik akak ada la...

Tak lama lepas kejadian dia ajak akak keluar makan, ayah akak nora dijemput Illahi. Dia salah seorang yang mandikan dan menyolatkan ayah akak nora di sekolah. Kami memilih untuk mempercepatkan urusan jenazah kerana rumah akak nora masa tu payah ooo..semak..jadi mungkin payah, tambahan dikelilingi kawasan orang cina.

Selepas peristiwa itu, akak belajar seperti biasa di U. Hingga di suatu hari, akak menerima panggilan dari adik akak yang ketika itu masih di tingkatan 5.

"Ko buat apa, mak sampai menangis2 tau."

Akak tercengang..aku nak couple pun tidak..tiba-tiba macam ni..

"Cik nuar datang ngamuk ngan emak cakap jantan nak keluar dengan ko bukan susah, bagi je RM200, bawak la kemana-mana.." Ngucap panjang akak nora dengar cerita tu. Air mata dah menderu jatuh..sungguh akak nora tak tau apa yang telah berlaku.

Arwah cik nuar tu memang suka mengamuk tak tentu pasal..tapi, aku tak pernah buat pasal dengan dia..nape ye..hujung minggu tu juga aku balik ke kampung.

Setelah di soal siasat, dan aku bertanya sungguh-sungguh, apa sebenarnya. Mak aku pun bercerita..

Sebenarnya cik nuar ni dengar dari mulut seorang mak cik yang encik Zul ni kata, "Sayang (nama aku), anak cik mah (mak aku) tu bukan susah nak bawak keluar, bagi la RM200... Lepas tu, yang mak cik ni bagi tau la kat cik nuar (ada bau-bau hancing sikit ngan family aku)" pergh..rasa menyirap darah panas di wajah aku bila terfikir itu perbuatan Encik Zul. Emak menyambung..

"Tapi, Encik Zul dah jumpa makcik tu pasal cik nuar dah nak gi serang dia (AKU BENCI ORANG YANG SUKA SERANG2 NI...BENCI YANG AMAT SANGAT!!!!,,,hish arwah..dah..jgn citer pasal dia). Encik Zul pun marah mak cik tu..

"Mak cik cakap apa kat orang ni, sampai habis orang huru hara dibuatnya. Saya cakap, sayang, anak cik mah tu bukan senang nak ajar keluar, bagila RM 200 sekali pun.."

Rupa-rupanya, encik Zul dah jumpa emak menerangkan keadaan sebenar dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Dan aku langsung tak dapat jumpa dah...sampai sekarang..

Melalui cerita itu, nampak sangat status aku kan..hingga habis huru hara di buatnya. NAsib baik ada perwira menyelamatkan maruah aku..itulah pengalaman..

Pesan akak nora, jangan suka bawak mulut..apatah lagi mengenai aibnya seseorang..dosa besar ye..

5 comments:

  1. Ish sampai gitu sekali yer akak..

    ReplyDelete
  2. Waaa....ada hero la...boing..boing..hihihiihii.. Part lain tu sabar jer la..part hero tu kembang jer kan...hihihiihi..

    ReplyDelete
  3. Macam2 kan kak, kalau ikutkan fitnah dunia nie memang haru, silap gaya leh gaduh..

    Yg penting sabar, tu dinding terbaik..

    ReplyDelete
  4. Wahhh!!Kak dah buat Comment Moderate ye..hehee

    ReplyDelete
  5. subhanallah...
    mulut sgt bisa jika xreti nak jaga...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...