Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, March 31, 2011

Nota Nora : Isteri Solehah seperti 10 SITI - Siti ke-3

Siti Fatimah

Jadilah seperti Siti Fatimah yang redha dengan suaminya, redha dengan kemiskinan yang dialaminya. Sehinggakan dia hanya memiliki satu bantal dan satu selimut untuk di kongsi bersama dengan suaminya, Saidina Ali.

(tapi, itulah yang romantiknya kan. Hubby akak nora memang suka nyendal satu bantal dengan akak. tapi sekarang susah nak tidur dekat-dekat pasal tidur sekali dengan anak-anak. Renovate bilik tidur tak susah-sudah lagi. Macam pelarian di rumah sendiri pulak..haha)


Siti Fatimah akan berusaha bersungguh meminta maaf dengan Saidina Ali jika suaminya itu terasa hati dengan dia. Pernah sekali dia bertawaf mengelilingi Saidina Ali yang sedang duduk sambil merayu agar dia dimaafkan.

Akhirnya, Saidini Ali tersenyum dan memaafkan Siti Fatimah. Siti Fatimah menceritakan peristiwa yang menggembirakan itu kepada Ayahandanya, Rasulullah saw ketika dia menziarahi Rasulullah.

Kata Rasulullah saw: "Walaupun kau adalah puteri kesayanganku, anak yang paling aku sayang, seandainya kau meninggal dunia dalam keadaan suamimu tidak meredhakanmu, nescaya aku tidak akan menyolatkan kamu."

Akak Nora Berkata:
Pernah akak nora terfikir, buat tak tahu saja. Jangan dilayan baik sangat kalau laki tu pun tak pernah hirau perasaan kita. Tuntuttan agama apatah lagi..(tengok cerita drama melayu, isteri yang baik sgt terhadap suami yang jahat)..Astagfirullah..ke situ akak nora. Hinggalah akak nora terdengar kuliah berkaitan redha suami yang membenarkan kita sebagai isterinya mencium bau syurga. Jika tuntutan agama seperti solat, puasa yang tidak ditunaikan itu..itu adalah urusan antara dia dengan Allah. KIta yang masih yang ada hidayah dan mata hati ini, teruskan beriman. InsyaAllah...Allah itu Maha Mengetahui..

3 comments:

  1. salam


    siti yang betul baru melahirkan peribadi y betul..hehe

    ReplyDelete
  2. syurga isteri di kaki suami...
    subhanallah...

    ReplyDelete
  3. Supaya kita sebagai isteri sentiasa dlm keredhaan suami.. Aamiinn..
    Terima kasih kak atas cerita nieh.. Sngat2 berguna :)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...