Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, March 25, 2011

Sangat setuju dengan kak Aziela..

Kadang2 suami nie sukar nak memberikan penghargaan pada kita sbb mereka sangat selesa dengan kita. Mereka tak perlu sgt berhati2 sebab kita adalah sebahagian drpd diri mereka sendiri. Itu pendapat suami. Kita isteri selalu harapkan kasih sayang atau sekurang2nya diberikan hint yang mereka nampak hasil kita. Realitinya, kita berikan sebaik dan sedaya yg kita boleh untuk mereka tanpa menunggu apa2 remarks sbb bila kita tak ada barulah suami akan sedar pengorbanan kita yang tidak ternilai. Janji kita bahagia dengan kebahagian yg suami kita ada... Opss..panjang plak. Mcm entry plak. Sorry ek Nora...heheheh

Ini komen Kak Aziela berkaitan dengan pertanyaan aku tentang penghargaan dari suami.( tak ada sorry2 kak..kita share kan..)

Betul...

Masa mula-mula dulu, cey..masa baru se dua tahun berkahwin, rasa macam nak 'menunjuk' je apa yang aku lakukan khas untuk suami tersayang. Tapi, sakit hati kalau dia 'tak nampak' atau mungkin 'malas puji'.

Cemburu? aku saje yang cemburu..dia nak cemburu apa. Sebab rekod aku bersih, tiada lelaki lain selain dia. Dari segi berkawan atau perhubungan. Bukan bermakna akak nora tak ada kawan berjantina lelaki, cuma adab dan batasan tetap di jaga. Pantang akak nora berbual atau bersms dengan lelaki lain kalau bukan hal yang terdesak. Jadi, akak memang alergik perempuan yang suka melayan ni..ye la ye la....alasan tak tahu status, jadi nasihat akak, jangan terlalu menurut tanpa usul periksa. 'Jual mahal' tak salah untuk menjaga kehormatan diri sendiri kan..

Bila masa berlalu, banyak ilmu dan pengetahuan aku tentang rumah tangga aku tuntut. Hinggalah, mata hati aku terbuka. Kenapa aku beria-ia nak menunjuk apa yang aku buat. Dia tak nampak dia tak hirau, tapi itu adalah tanggungjawab aku dan hak aku yang perlu aku tunaikan sebagai isteri dia.

Sejak itu, pelbagai aku usaha untuk menyenangkan hati dia semata-mata mendapat redha dia dan Allah. Ingat..kalau kita meninggal dalam keadaan suami tak redhakan kita, tak cium bau syurga lah kita. Nauzubillah..

Biarlah dia tak nampak, yang pasti akak bahagia membahagiakan dia. (tetiba bergenang...)...oklah...

7 comments:

  1. tul tue...yg penting kita yg alaminyaaa hehehee

    ReplyDelete
  2. kadang rasa penat gak sbb dia cam wat tatau jek. huuu.... tapi redha tu penting. isteri tidak meminta-minta adalah yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. Uikss...Nora buat entry pasal komen akak...heheheh. Tq..tq... Tp tu la hakikatnya bila menggalas title isteri nie kan...

    ReplyDelete
  4. Betul...setuju sesangat..Yelah, kadang tu tanya gak,kalau masak ape2 tu.Ok ke tak sedap ke tak..Jawabnye : emmm..

    Tanye lagi,sedap ke..jawabnye : ok dah..
    Bila dah tanye banyak kali tu, dah tak rasa excited nak tahu...huhu

    ReplyDelete
  5. Suami ni kekadang saja taknak tunjuk, padahal diorang pun kekadang cuba buat utk tarik peprhatian kita yg kadang2 tu kita pun buat2 tak nmpk gak..hehee

    ReplyDelete
  6. salam kak nora.

    Dalam melayari hidup kita bnayak mengutip pengalaman. Tapi lagi penting kitau turut memungut pengajaran. Pengalaman dan pengajaran yg akan mematangkan. Dgn ini kita semakin faham erti kasih dan makna sayang. semakin mengerti erti suami dan isteri. semakin arif pengertian rumah tangga.

    ReplyDelete
  7. wah..
    seronok tngok orang bahagia..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...