Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, March 13, 2011

Tsunami di highway?

Baru sampai rumah semalam selepas habis urusan aku di Perak.


Mula-mula ke tempat ni? haa...apa? ingat aku nak failkan kes-kes cerai berai ke?

Tak lah, aku nak mengambil salinan surat nikah aku dengan en.hubby. Kan dulu banjir besar di rumah aku. Habis rosak hancur surat nikah kami. Nanti mana tau nak honey moon mana-mana..sia-sia je kena 'tangkap' kan..hehe

Tapi, yang penting masa nak daftarkan kelahiran anak memerlukan dokumen ni. Jadi, tu yang kami berusaha juga nak yang baru. huhu...besar betul..berukuran a4, tak boleh laminate pulak tu. Tapi, apa pun dah selamat. Tak risau lagi lepas ni..

Tak lupa juga...

aku ke kedai cermin mata dapatkan cermin mata baru aku yang dah berkurun siap. Entah apa en.hubby fikirkan, sampai nun di Perak dia suruh aku tempah spek. Ni spek pakai di rumah. Anak-anak aku kan ganas..jadi hangin betul aku kalau problem spek aku asyik senget kena gedebush gedebish dengan mereka. Silap-silap abah nye pun tumpang sekali..

Dari zaman belajar dulu, aku suka frame plastik. Lantaklah nak kata aku rupe apa..yg penting aku selesa. Aku tak suka spek ada nose pad tu..leceh..kata je spek kat rumah, kekadang aku blasah je guna di mana saja..

Nak buat macam mana, mata akak nora ni tahap tak boleh pakai contact lens..jadi, terimalah hakikat pakai spek aje..ade duit nanti buat laser aaa...(hilang terus mata..)

Sepanjang aku di kampung, terkejut dengan berita di TV. Tentang bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Nauzubillah, minta dijauhkan dari negara kita. Tapi, siapalah kita nak melawan takdir Allah kan. Terkenangkan, kehebatan negara Jepun. Pelbagai kemajuan dan teknologi yang begitu dasyat pada pemikiran kita. Namun, siapa mereka untuk melawan kehebatan Allah yang tiada taranya. Sekelip mata, mereka dilanda musibah.

Ketika menyusuri lebuh raya ke Shah Alam dari Bidor semalam, hujan turun dengan agak lebat. Anak-anak tidur. En.hubby menumpukan perhatian pemanduan. Tiba-tiba fikiran ku melayang, macam mana..tiba-tiba air bah dari bukit bukau di kiri kanan kami ini? Tsunami melanda...? (Ish..mana ada...kawasan tu jauh dari laut..)..Siapa kata, kuasa bukan di tangan kita. Sebenarnya, bila-bila masa saje Allah boleh turunkan BALA' ke atas kita yang tak jemu-jemu melakukan dosa.

Jantung aku berdegup kencang, memikirkan suasana kelam yang dilimpahi hujan lebat itu. Dalam hati berdoa, memohon ampun kerana sedar diri ini bukan yang terbaik. Namun, ku pohon yang terbaik kerana dari ku hanya yang buruk-buruk belaka.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah. Allah berikan lagi peluang untuk kami bernafas dan mengalunkan zikir keampunan dalam hembusan nafas itu.

Renungan kita bersama : BALA' yang Allah turunkan adalah atas dosa-dosa kita juga. Namun, jangan bersedih atas ujian-Nya, teruskan ibadah dan percaya kepada Allah kerana melalui ujian itu dia memberikan kasih sayang Nya dan menilai keimanan kita.

Terima kasih kepada yang membaca.

1 comment:

  1. frame plastik lagi tahan lame berbanding ngn yg xdak frame..:)silap hb trbelah spek..jadi spek mata lanun.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...