Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, March 17, 2011

Ben Ashaari : Lelaki vs Perempuan Kerana Fizikal

Sempena hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke-4 (bebudak lagi) ni, aku nak cuba menjawab soalan-soalan dalam segmen en.Ben ni. Wa...agak panas sepanas cuaca sekarang ni..
Klik Banner jika anda berminat ya.

1.Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?

Pernah, tipu kalau tak pernah. Aku tertarik lebih kepada peribadi. Sungguh fizikal no.2. Pada aku, macho pun akan hancor kalau peribadi buruk.

2.Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?

Tak, akak pilih peribadi dan keluarga si lelaki. Akak nora mengutamakan aset jangka panjang, seperti bimbingan dan kasih sayang. Buktinya..suami akak nora rendah dari akak nora tau. Pernah di gelar kakak kepada en.hubby. Tapi, dia lagi tua tau..

3.Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?

Akak suka bibir dia kerana manis mengukirkan senyuman, comel bila baca Al-Quran.

4.Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?

Ada sedikit setuju, sebab kalau susah hati tak lalu makan. Yang pergi pusat nak kurus tu susah hati la pasal suami tak leh terima rupa bentuk isteri dia.
Macam en.hubby akan heran bila akak tak order makan apa-apa bila dia keluar, risau dia akak tak nak makan. Pada akak nora, bukan berisi bdan yang perlu dipertikaikan, kesihatan yang penting sebenarnya. Kurus, solid molid ngancam..tapi sakit, kan tak best jugak.

5.Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..

Kalau dulu mungkin tak. Sekarang...IYA!! mereka menggunakan kesempurnaan mereka kearah tidak baik. contoh..ANAK IKAN dan adanya SUGAR DDADDY..nak jelaskan maksud tu ke..?so, mereka jadi kaki perempuan untuk nafsu syaitan dan kepnetingan mereka, begitu juga perempuan. TApi..ingat!!! bukan semuanya..cuma kebanyakkan, sampai susah nak cari yang sebaik-baiknya.

6.Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..

Lelaki idaman - Dr. Fadzillah Kamsah..suka mengambil hati dan menggembirakan pasangan

7.Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?

Puashati. biasalah porchbag kat depan nun..tapi yg penting sehat..

8.Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?

Kurang sikit, kerana susah nak cari baju..semua jadi ketat dan seksi. Dan akak nora takut lelah. Yelah bila bdan besar, cepat penat.

9.Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?

Macam akak cakap penting untuk kesihatan. tapi, kalau alasan dia nak cantik, jangan anda rasa tertekan. Cuba kalau anda mampu, jika tidak jangan rasa anda paling buruk. Cantikkan diri anda dari segi yang lain. Kerana kalau kita berkorban untuk dia pun belum tentu dia puashati dengan kita. Namun, usahalah niat untuk bahagiakan dia.

10.Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..

Tak mujarab - mujarab jika anda disiplin dengan menu harian dan gaya hidup anda. Kalau kita amalkan produk tu tapi, gaya kita menghentam makanan sama je...mana berkesan kan. Pada akak nora, disiplinkan diri ddan nekadkan keinginan dulu. BAru cari produk yang sesuai..

wah..akak nora dah habih jawab exam..ada yang nak periksa jawapan akak nora tak..

3 comments:

  1. wahh, rajin ye akak join segmen BA. bagus² :)

    nak join jgk tp mcm xde idea jek huhu.

    p/s: terima kasih ats nasihat akak. insyaALLAH, sy jaga :)

    ReplyDelete
  2. JAWAPAN YG bagus...nice..:)
    prince dtg dri blog bro ben...
    selmat berkenalan ye..
    lau sudi jengukla blog prince yg newbiee n buruk ni ye....:)

    ReplyDelete
  3. Salam KaK Nora,

    Terjah dari Segmen BA - Follower ke-178

    Yeah macho yg hancussss!
    Nice&Jujur+Sweet n3.. :D

    singgah ler:http://themptyanty.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-lelaki-vs-perempuan-kerana.html

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...