Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, March 15, 2011

Contest : Definisi Cinta

Semalam segmen, hari ni contest pula. Masih lagi mood...cinta...cinta..cinta..

Akak nora jumpa contest ni dalam senarai event invitation. Berminat juga rasanya.


Klik banner contest jika anda ingin menyertainya.

Seperti yang kita tahu, cinta meliputi pelbagai aspek. Namun, akak nora cuba kaitkan cinta manusi dan terus kepada cinta Allah melalui esei pendek ini.

Pada akak nora, inilah definisi cinta dari lelaki buat wanita. Ada ke lelaki sebegini..hayati kata-kata ini.

CINTA SEORANG PEMUDA

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jari jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul..sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi, sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup..takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Pencipta.

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya..solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala...syoknya!!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan kerana rindukan saya. Saya juga begitu. Si dia bertanya "apa ubatnya, bang?" Saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa..semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam, "Makan, minum. jaga diri, pandu kereta elok-elok..nanti awak sakit saya juga yang susah hati...bla..bla..bla.." Tapi, bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuhhh..berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.

Doakan kami saling ingat mengingati, insaf menginsafi. Ya Allah, Ampunkanlah kami..semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya di syurga nanti. Amin..

Akak nora berkata : Ada perumpamaan menyebutkan cintailah dia yang apabila kamu melihat wajahnya, kamu mengingati Allah.

Tag :

Cikgu Tie
Nisha
Marnan
p/s:maaf kalau tak sudi...

9 comments:

  1. terima kasih tag cikgu tie.ada masa nanti cikgu buat.berminat jugak nie.hehehe...

    ReplyDelete
  2. sy pon dpt invitation neh tp xde masa nk buat.. huhu.

    gud luck akak :)

    p/s: sy dah klik blk HB akak :)

    ReplyDelete
  3. tq tag mar juga...
    definisi cinta hmmmm kena hypnosis dulu tu baru dapat idea hahahaha..melawak aje..

    gudluck ye kak nora...

    ReplyDelete
  4. cinta boleh lahir dalam madu dan racun..

    ReplyDelete
  5. gd luck akak...
    terbaek cara akak ungkap kan cinta...
    sgt terbaek...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...