Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, March 17, 2011

Aku nak tolong MELAYU..tapi..

Bukan sekali ni aku terkena, tapi dah banyak kali. Kenapa ye...memang orang melayu meniaga begitu ke? Ish..aku pun pernah niaga dulu. Tapi, tak pernah layan customer ikut mood. Nak marah, bentak-bentak..benci lah aku..customer tu punca rezeki korang. Kalau dia tak redha, tak berkat rezeki korang, baru tau.

Al-kisahnya, di suatu hari di rumah emak aku di Kampar, Perak. Kakak aku datang bertandang, dan minta tolong aku buatkan kad jemputan untuk majlis anakknya berkhatan. Kalau anda semua nak tahu, akak nora dah banya membantu orang membuat kad-kad macam ni. Kad kawen pun ada..bukan apa, akak membantu orang yang taknak kuar budget banyak untuk kad semata-mata..tapi, diorang puas hati pasal 'berkualiti'.

Aku bukannya ada diploma mahupun sijil dalam pembuatan kad ni. Software khas pun tak ada tau. Aku just susun dalam 'WORD', set kedudukan dan print. Di sini, aku menggunakan teknik mencetak untuk kad tu cantik dalam bentuk depan belakang. Biasanya aku print sendiri la. Tapi, kan rumah aku dilanda banjir. Habis jahanam printer yang baru seminggu aku beli. Sekarang ni en.hubby macam dah merajuk nak beli printer buat masa terdekat ni.

Jadi, aku pergilah menjenguk kedai orang melayu kita ni. Memang tak besar..'4 kangkang kera 'kot...aku siap bawa ms.lappy pasal thumbdrive tiada. Kedai tu memang sengkek, tapi mungin owner dia hebat kan, tak payah kedai besar2.

Aku minta TOLONG dia print kan gambar dihadapan..kata2 pula di belakang..dia cakap..

"Kalau nak saya edit, kena edit semua ni. Ni dah salah teknik ni"

Aduh..memang la..korang ingat semua orang pandai ke guna komputer buat kad macam bisnes dia tu. Tapi, akak nora try juga menggunakan teknologi yang dah ada depan mata kan.

"Ala..nak biasa2 je, pasal buat hebat2 pun nanti orang buang jugak.."Kakak aku membalas.

Dah 2 kali print, tak betul juga, gambar kat depan tulisan tertonggeng kat belakangnya..aduh..akhir sekali, akak tak kisah pasal akak dah terfikir idea lain.

"ok lah tu..cuma minta kecilkan gambar kat depan tu sikit.." akak terpaksa minta tolong kerana komputer dia nun jauh di tempat dia bekerja.

dia boleh jawab " macam mana nak kecikkan gambar ye...?"

Hello...sapa yang bijak pandai bab guna komputer dalam kedai ni..ofkos la dia..siap buat bisnes macam-macam kan. Aku tunjukkan guna ms.lappy aku.

da siap print..aku tak puas hati lagi..dalam hati dah mula .."apa ke benak sangat dia ni.."

Dengan selamba dia jawab "saya tension org guna word macam ni.." ada kah itu perkataan yang baik di hadapan customer anda. Sepatutnya anda tunjukkan anda benar2 ingin berikan service yang baikkan.

Aku malas nak buat lagi..aku balik dan tinggalkan ayat untuk dia " ni lah beza bijak dengan pandai.."(yang bijak tu aku la...hahahaha guling..guling..)

Esoknya, aku try kat pekan pula. Warg...takut nak masuk cc tu pasal exklusif sgt. tempat duduk dia memang sofa yg takkan kematu bontot anda kalau duduk lama-lama. Dan Owner dia cina...

Aku pun minta tolong macam yang aku kata kat kedai melayu semalam..lagi kesian, pasal printer n komputer dia guna jauh..ulang alik dia ikut kehendak aku.

"Ok, mau cuba lagi ke.." Aku terpaksa kata ok lah, pasal prisian komp dia tak sama ngan ms.lappy. Jadi banyak yang tak sama. Tapi, service dia bagus tak buat sampai kita terasa dengan dia.

Terasa beza nya. Mungkin tak semua peniaga Melayu begitu, tapi..mungkin akak selalu terkena kan..tu yang nampak macam semuanya begitu.

p/s: buat dengan printer sendiri lg seronok. tak payah nak print banyak kali macam ni. last2 aku jugak yang kena buat. korang ada link tak cemana nak buat kad-kad gini..?

4 comments:

  1. tu la kan kak..kite kdg2 nak support sama2 kite tp dah diaorg kekwat nak wat cmner?

    hurmm pasni MARK besar2 itu kedai hihi
    say NO..NO..NO..

    bab yg bijak nak guling2 tu x menahan ahahaha
    lawak lar kamu ;p

    ReplyDelete
  2. he he..memang no no no..dah lah barang berhabuk..macam mana nak maju..

    ReplyDelete
  3. itu memang kebenaran nye...
    beza melayu n bukan bangsa kite...
    bukan nak hina bangsa sendiri...
    yg baek ade...
    yg buruk ade...
    yg buruk tue patut dibaiki..
    jika nak maju...

    ReplyDelete
  4. salam.. akak,just nk bg idea kurang pandai saya ni.. kalau guna WORD,rasanya akak try MICROSOFT OFFICE PUBLISHER lg senang kot.sebab boleh buat partition..saya dok buat buku program guna ini la.. boleh jugak guna photoshop,tapi banyak benda pulak nak keda edit..

    sekadar perkongsian... =)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...