Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, March 22, 2011

Bila anak kecil tak nak makan...

Memang masalah kalau anak-anak kecil ni tak nak makan. Kalau dah besar, tak tahu lah akak, pasal belum ada pengalaman. Anak akak nora yang sulung baru 3 tahun.

Ketika dia mula mengenal erti makan, memang Izzat ni boleh tahan bab makan. Sekejap je akak bagi dia nestum pelabagai rasa. Lepas tu akak masak nasi bubur pelabagai rasa pula. Tiba masa, dia tak makan. Bagi tu tak naka, bagi ni tak nak. Menyusu pun tak nak...Ni akak cerita pengalaman akak. Jangan korang samakan dengan pakar pemakanan tu..hehe.

Izzat susah makan kalau:

1. Demam

2. Lama dah tak u-uh..so,perut tak sedap. Ini memang masalah dia dari kecik. Bukan dia susah nak uang atau sembelit. Tapi, bila rasa nak membuang, dia akan duduk henyakkan punggung dia kelantai. JAngan bagi najis tu keluar..masalah kan..Jadi kena aware keadaan dia, kalau semacam je tu. cepat2 paksa dia ngangkung juga...hehe. Nasib baik dah besar ni dia berubah dah.

3. Akak masak tak sedap.

4. HA..yang ni akak nora tak tau suratan atau kebetulan. Tapi, memang berkesan pada anak akak dan anak-anak buah akak yang lain. Meh akak kisahkan..

Satu hari, izzat seharian tak nak makan. Makan dalam keadaan tak selera. Dah 2,3,4,5 hari juga la masa tu. Ketika itu, akak di rumah emak di Perak. Kakak akak datang bertandang, rumah dia bukan jauh pun..

Dia kata, "ce potong rambut anak ko. Kalau ikut anak-anak lelaki nyah, bila rambut panjang je memang susut badannya. Tak nak makan." Memang agak panjang rambut anak aku. dalam seinci lebih dah..

Apa lagi, bertempik-tempik ane kedai gunting rambut tu. Dia marahkan Izzat tak nak duduk diam-diam..(izzat alergik dengan kaum dia..akak pun tak tau nape). Tak lama lepas itu. Selera dia kembali ok, dan muk-muk macam biasa. Cuma dah besar ni..tinggal pipi je tembam. Dia kurus meninggi, makan ngalahkan abahnya.



Tu pasal mereka ni asyik dogol aje. Adik pun sama, kalau rambut dia dah mula menegak panjang..mula lah semua serba tak kena. Bila dak kasi gunting..suka aje..yalah..cuaca kadang-kadang panas kan..rimas...


Inilah Muhammad Irsyad Soleh sekarang. Dah 5 bulan. Beratnya 9kg. Kebolehan dia sekarang menjerit, menyanyi masa nak tido, gelak berdekah-dekah dan tour setiap bucu rumah dengan bergolek saja, tak suka gigit benda yang ibu beli untuk exercise gusi tu.

Dia suka gigit besi...


Soleh...!!! hari-hari kena aware jangan bagi dia buat gitu, pasal dia ada sakit kulit sekarang ni. Kena rujuk pakar dah..tunggu appoinment.

Adik soleh memang sedap di uli-uli. Tengok akak genggam paha dia..dapat gigit sedap tu. Dalam banyak-banya cucu mak mertua akak, 'produk' kami yang tak berapa nak cerah. hehe..Kalau mak akak dia mesti bising, " dah ibunya niat jangan bagi putih..." hahah..masalah juga akak nora ni ye...orang lain sibuk dak putih gebu..

Tengok, memang nak mengigit aje kerja dia. Abang dia dulu, tak minat masuk2 benda dalm mulut. Akak boleh bagi Izzat main duit syiling masuk dalam tabung tau masa umur dia 6,7 bulan. Memang dia tak masuk duit tu dalam mulut, sampai dah besar ni. Adik dia..? bahaya...

Kerja sekarang, asyik membuli akak...uwaaa...itu kalau akak nak potong kain. Kalau tengah nak buat kuih..bayangkan je lah..Tunggu masa dia tido, lagi tak bergerak akak ni pasal akak kena tunggu je kat buai..


putih ke , hitam ke, gemuk ke, kurus ke, ligat ke ke, perlahan ke.....itulah buah-buah hati penyeri hidup akak nora dan en.hubby

2 comments:

  1. huihhh..sihat dan kuat nye anak ko!! dapatkan aku buleh gigit peha tu salu. geram.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...