Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, March 24, 2011

Temulawak?

Sejak dua menjak ni, akak nora suka makan nasi berulamkan temulawak. Bukan susah nak cari, emak mertua akak nora rajin bagi hasil tanaman dia. Masa mula-mula cuba. Macam tak caya je...sedap, lemak-lemak dia masyuk la dengan nasi panas. Benda-benda lain yang mak mertua akak bagi antaranya lempoyang, kunyit, dan cekur. Kalau akak buat jus ..payahnya nak telan. Jadi, akak kunyahkan aje.

Selain dari itu, ulaman segar pun senang di cari. Kalau pegaga tu jangan kutip daun je. Basuh bersih-bersih dan makan bahagian akar dia. Kat situ la khasiatnya..sedap.. Dulu, kawan akak ada bagi sejenis daun ni, tapi dia tak ingat nama nya. Ish..terkenang akak sampai sekarang. Apa lah nama dia, nak cari balik. Katanya ia elok untuk kesihatan wanita. Tapi, akak nora suka rasa dia...

Bersambung kisah temulawak..


Yang ini ter tua sangat..akak suka yang agak kurang tua sikit (punya lah tanak cakap 'muda')


Nama Tempatan: Temu lawak
Nama Saintifik: curcuma xanthorrhiza
Nama Lain: Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih
Famili: Zingiberaceae
Lokasi dijumpai: India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara

Pengenalan :
Temulawak (curcuma xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede" dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.

Tingkat kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, di berbagai macam jenis tanah pada ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.

Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temulawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita. Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal mahupun campuran. Sumber dari :http://www.bio-asli.com/herb/daun.asp#lawak

Dari segi keishatan wanita, memang terasa ada bezanya. Kulit pula, Alhamdulillah..tiada masalah. Apa-apa pun sekadar pengetahuan ya.


Kalau orang lain tak pernah makan..ada ke macam muka adik ni?hehe..adik belajar makan roti tu..

8 comments:

  1. alalaa.comeyy.. temulawak tu bukan buat bedak ke? aku nampak kat kedai.

    ReplyDelete
  2. Ulam -ulaman nih memang sedap. Segala ulam saya makan. Lama awak tak terjah blog saya. Keep in touch yer.

    ReplyDelete
  3. kalau macam tue apa kata kak nora try buat 1 product tuk muka nanti angah jadi ejen nak??hehehe

    ReplyDelete
  4. selalu tau ade bedak temulawak jer...
    byk kegunaanye tu ye...

    ReplyDelete
  5. kalo makan rasa ape ye kak. pahit tak

    ReplyDelete
  6. alamak mmg tak pernah mkn..klu bab ulam2 bley p stakat ulam raja je..huhuhuhuhu takut pahit..

    ReplyDelete
  7. makan tu buat ulam ke atau masukkan dlm masakan...? rasa mcm mana?

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...