Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, March 7, 2011

Umpama Kuda Liar

Apa itu nafsu?

Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, dan sentiasa mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan.

Daripada nafsu itulah timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan lain-lain lagi. Itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik. Nafsu adalah generator kejahatan dalam tubuh badan manusia.

Imam Al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan.

Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.

Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Antaranya ialah nafsu mutma'innah yang sifatnya tenang dan bebas daripada gangguan kejahatan. Maksud Firman Allah swt :"Hai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan."(Surah al-Fajr 89: 27-28)

Ada kalanya nafsu belum stabil. Kebaikan yang dilakukan belum terasa indah, namun apabila berbuat kejahatan terasa pula kekesalannya. Nafsu ini dinamakan nafsu lawwammah. Firman Allah yang bermaksud:"Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan." (Surah al-Qiyamah:75:2)

Dan kedudukan yang paling parah apabila nafsu berada di peringkat ammarah bi al-su - yakni nafsu yang tunduk seratus peratus kepada kehendak syahwat dan syaitan. Firman Allah yang bermaksud :" Dan aku tidak akan membiarkan nafsuku kerana nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Surah Yusuf 12:53)

Akak Nora Berkata : Berkisah tentang nafsu-nafsi ni, teringat dengan kata-kata emak dulu. Dia kata 'kalau dah bernafsu, imam berserban tinggi 3 jari pun boleh tercampak serbannya.'

Dulu, akak nora diam dan memikirkan kata-kata emak tu. Ye lah..masa tu masih dalam mengenal dunia kan. TApi, cuba kita lihat fenomena dunia kita sekarang. Yang kita harapkan dapat mendidik kita dalam ilmu agama, itulah yang kini menjadi perosak anak bangsa. Apa yang mendorong mereka kalau bukan NAFSU. Mereka tertunduk dengan nafsu yang akhirnya mengawal pendirian mereka. Nauzubillah..macam mana pula pegangan kita sebagai insan yang kurang ilmu ni. Ha..jangan berbangga dengan berkata.."tak payah nak berlagak ustaz dan ustazah ni..sekarang bukan boleh pakai diorang ni..", keran, kasihan kepada mereka yang tidak berdosa. Sekurang-kurangnya, mereka tersungkur dalam mencari ilmu agama. yang lain, tersungkur dalam semak, gelap dan dipenuhi dengan segala macam kekotoran dunia.

Ini bukan masa untuk mencari salah siapa, diam itu lebih bermakna jika kita berfikir sejenak. 'Apa yang kita cari dalam dunia yang sementara ni?'. Harta, kemewahan, kesenangan, kebebasan, hingga kita lupa...apa yang kekal. Ish..akak nora selalu lupa semua ni, bila akak marah, tension dengan en.hubby, mengadap perangai anak-anak, kerenah orang sekeliling, penat dengan alam sekeliling yang sentiasa memberikan tekanan. Hingga membuat akak nora terduduk dan termenung apabila semua amarah itu hilang.

Begitu kuat nafsu amarah itu menggoda akak supaya ikut kata hati yang menyesatkan. Astaghfirullah..bersama kita memperbaiki keperibadian kita.

4 comments:

  1. bile nafsu da mguasai diri, macam2 kte bole buat,cth : marah.sampai tahap mmbunuh pn boleh

    ReplyDelete
  2. betul tu kak nora...imam berserban pon melayang serban kalo terlayan nafsu nafsi ni kan...btw mama dah link kak nora coz xnak terlepas entri terbaru ^__^

    ReplyDelete
  3. mendidik nafsu agar sentiasa berada di atas paksi agama memamg tidak sesenang yg disangka. bnayak faktor g perlu diambil kira, termasuklah faktor biah solehah.

    p/s= ada beza yg ketara antara org agama dgn org beragama. org agama tak semestinya org beragama dan org beragama tak semestinya org agama.

    p/s= klik2 hb.

    ReplyDelete
  4. jgn biarkan nafsu kuasai kite...
    lawan...
    kawal semampunye...
    moga2...
    insyaAllah...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...